Agak lama juga kawan tidak ke udara dengan panggilan sendiri. Selalunya kawan ke udara dengan callsign 9M4CJB dan 9M2SD. Tapi memandangkan callsign 9M2SD sudah tidak aktif, maka kawan beralih pula mengaktifkan callsign diri sendiri.
Malam tadi, sebenarnya kawan bercadang untuk rookie sahaja di band, iaitu memusing VFO dan spot mana-mana stesen yang kedengaran di frequency. Dan melihat samada stesen lain di dunia memberi respon terhadap spot kawan. Kawan rasa puas apabila stesen yang kawan spot di cluster itu mendapat pile-up selepas callsign spot itu terpapar di cluster. Perkara itu sebenarnya sudah menjadi habit kawan sejak berkecimpung dalam dunia radio amatur ini.
Kita balik semula ke Kulaijaya... jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Memandangkan semua ahli keluarga sudah hanyut dibuai mimpi, kawan pun melangkah longlai menuju ke bilik radio. Setelah meneliti ke semua band, nampaknya band 20m membuka dengan baik. Kadar noise yang dicatatkan di Kulaijaya amat menakjubkan. Ianya mencatat bacaan S0. Kawan cuba menunggu untuk beberapa minit lagi. Ternyata band masih lagi unggul, band masih senyap. Biar betul ni....mungkin aku tidak pasang coax cable kut pada conector. Setelah 2 kali memeriksa belakang rig, ternyata coax cable masih utuh terpasang pada rig dan antenna selektor. 20m booming malam ini.
Jadi kawan mengambil keputusan untuk mencuba CQ. Lagipun sudah lama tidak ke udara dengan callsign sendiri. Apa salahnya, kali ini aku aktifkan callsign aku. Mesti rakan-rakan dari seluruh dunia mencari cari, mana callsign 9M2ZAK nih.
Maka freq 14.011.5 menjadi pilihan kerana sebelah kiri dan kanannya tidak ada rakan yang CQ. Jadi selesalah sikit jika nak CQ nanti. Lagipun ianya tidak kacau orang...
Setelah beberapa minit CQ, panggilan kawan dijawab, stesen yang pertama sekali menyahut panggilan kawan adalah stesen dari Australia, iaitu VK6SMK. Kemudian sebuah stesen dari Amerika Utara pulak masuk iaitu W6PJ. Selepas itu, kawan terus pile-up dan pile-up sehinggakan kawan terpaksa menahan rasa hendak buang air kecil akibat dihujani oleh stesen yang bertali arus masuk ke Kulaijaya. Hasilnya... kawan berjaya mengutip 198 stesen dalam masa satu jam setengah dan mengumpul 37 DXCC.
Antara negara-negara yang berjaya kawan hubungi adalah:
- Asiatic Russia
- Belarus
- Estonia
- European Russia
- Isle of Man
- South Korea
- Latvia
- Australia
- Moldova
- Bulgaria
- Corsica
- Denmark
- England
- Finland
- France
- Germany
- Greece
- Hungry
- Italy
- Poland
- Portugal
- Romania
- Scotland
- Sweden
- Switzerland
- Ukraine
- USA
- Uzbekistan
- Serbia
- Indonesia
- Israel
- Japan
- Taiwan
- Croatia
- Macedonia
- Czech Republic
- Slovak Republic
Kesemua negara tersebut kawan berjaya contact hanya menggunakan antenna G5RV Jr yang terletak 35 kaki dari paras bumi. Antenna tersebut menjalankan tugasnya dengan baik sekali walaupun sudah 7 tahun beliau berada di atas bumbung rumah. Tahniah diucapkan kepadanya (G5RV). Wayar antenna yang beraksi cemerlang pada malam ini.
Tuntasnya disini, dapat dikatakan bahawa band 20m membuka dengan baik sekali dengan kadar noise yang rendah pada malam tersebut di Kulaijaya, Johor.
Good Luck In Your DX, De 9M2ZAK 73