Thursday, October 24, 2013

USB TO SERIAL CONVERTERS

Dalam era yang serba moden dan canggih ini, banyak peralatan komputer mengalami perubahan. Perubahan yang sangat ketara sehinggakan peralatan atau tool first generation langsung tidak boleh digunakan. Contohnya perubahan interface bagi hard disk, berubah dari IDE kepada SATA, VGA kepada HDMI, Comp Port iaitu RS232 ke USB. Namun setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya kerana teknologi ini dibina untuk memudahkan bukannya untuk menyusahkan manusia.

Bagi peminat hobi Radio Amatur, penyambungan atau hubungan komputer kepada transceiver semakin diperlukan. Banyak kelebihan yang kita akan dapat jika transceiver kita dapat dihubungkan dengan komputer atau laptop. Antara kelebihannya adalah :
  1. Memudahkan proses logging, dimana frequency dan band tidak perlu diubah atau dicatat kerana ianya akan berubah dan tercatat dengan sendirinya dalam logbook anda. Jadi tumpuan 100% dapat diberikan kepada aktiviti memburu rare station kerana selalunya mereka akan pileup.
  2. Memudahkan proses CQ, kita juga boleh menjadikan laptop  atau  komputer kita sebagai tukang CQ jika komputer itu dapat dihubungkan kepada transceiver. Banyak perisian pada masa kini yang menyediakan khidmat tukang CQ bagi memudahkan kita CQ ke udara. Semestinya ianya amat berguna kepada kita terutama sekali apabila ada aktiviti contest ataupun field day. Menjimatkan tenaga dan yang pastinya...ianya akan menambahkan lagi keseronokan kita semasa DX ataupun contest.
  3. Dapat berkerja dalam mode RTTY , BPSK, dan SSTV. Sudah pastinya ketiga-tiga mode dapat dijalankan jika laptop kita dapat dihubungkan dengan transciever. Mode ini sebenarnya ada peminatnya yang tersendiri. Kita tidak perlu risau, panggilan kita pasti akan dijawab sekiranya keadaan band bagus pada waktu itu.
  4. Aktiviti CW menjadi lebih seronok dan mencabar. Selain menggunakan Lambik ataupun straight key semasa CW, sebenarnya kita juga boleh menggunakan keyboard untuk menghantar CW. Menggunakan keyboard untuk aktiviti CW adalah amat berguna sekali semasa kita contest dan juga semasa CQ DX. Ini adalah kerana setiap stesen  yang masuk itu dapat kita uruskan dengan teratur dan cepat. Keadaan ini penting semasa kita contest dan juga semasa kita pileup di Field Day. Jadi peluang untuk stesen lain contact dengan kita adalah tinggi dan kita sebenarnya telah membantu mereka dalam pergelutan mereka bersama stesen-stesen lain semasa pileup dengan kita. Disamping itu juga, kita juga dapat menambahkan kuantiti QSO tanpa menjejaskan kualiti CW kita. Hebat bukan...

Berbalik kepada topik kita yang asal kembali, didapati kebanyakkan laptop pada hari ini tidak mempunyai serial port dan hanya USB port sahaja. Namun kita masih lagi boleh menggunakan peranti kita dengan menggunakan USB to Serial Converter, tetapi tidak semua USB Converter ini berfungsi dengan baik. Kawan banyak menerima laporan atau feedback mengenai kegagalan converter mereka. Jadi disini, kawan mencadangkan agar rakan-rakan semua mencuba dua atau lebih converter yang berada dipasaran. Jika sukar untuk mendapatkan USB converter dilokalan anda. Jangan risau, dibawah ini kawan senaraikan beberapa laman web yang menjual USB converter dengan harga yang selari dengan kualitinya.
  1.   www.mrusb.co.uk
  2. www.adenmedia.co.uk
  3. www.belkin.com
  4. www.eminent-onli ne.com
  5. www.keyspan.com
  6. www.lindy.com
  7. www.sitecom.com
  8. www.tripplite.com
  9. www.lelong.com.my
Kita juga boleh mengemaskini driver USB Converter dengan driver yang terkini di laman web ini :
www.prolific.com.tw

Selamat mencuba, 73 dari Zaki 9M2ZAK

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...