Monday, October 21, 2013

CQWW SSB 2013 : Debaran kini bermula



Dengan berbekalkan pengalaman beraksi dalam pelbagai kategori dalam contest-contest yang lepas, kali ini Station 9M2SM, sebuah station radio amatur dari Bandar Diraja Arau, Perlis akan cuba pula untuk menempatkan nama Malaysia dalam kedudukan 5 terbaik apabila bersaing pada CQWW SSB 2013 yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad iaitu 26 dan 27 Oktober 2013 ini. Dalam contest-contest yang lepas, 9M2SM telah beraksi dalam Kategori Single Operator Single Band Low, Single Operator Single Band QRP, Multi One dan kali ini mereka akan cuba pula beraksi dalam kategori Multi Two.


Keputusan untuk beraksi dalam kategori ini telah diputuskan oleh pengurus utama Station 9M2SM iaitu Encik Hairie selepas beliau mendapat tambahan dua lagi operator yang diimport khas dari Shah Alam dan Sarawak iaitu Encik Azlan (9M2AGC) dan Encik Syed (9M8SYA). Dengan pertambahan ini, maka secara tidak langsung, anggota pasukan station 9M2SM telah bertambah menjadi 6 station termasuk seorang wanita iaitu 9M2GET ( Hairie ), 9M2OUT (Oja – YL), 9W2SBD ( Salehan), 9W2SBL ( Own), 9M2AGC ( Azlan) dan 9M8SYA (Syed).

 Menurut Hairie (9M2GET), beliau amat bersyukur kerana pada contest kali ini, Station Arau-9M2SM mendapat bantuan dari Shah Alam dan Sarawak dan dengan bantuan yang dihulurkan ini, insyaallah station Arau akan menghasilkan sesuatu. Sesuatu yang tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah Radio Amatur Malaysia. Jadi sama-samalah kita nantikan berita gembira ini dari Arau pada hujung minggu ini. Keyakinan ini diolah berdasarkan kepada kekuatan dan kemantapan crew-crew mereka. Banyak input dan teknik telah diperbaiki dan dipelajari berdasarkan pengalaman contest-contest yang lepas dan sekali gus menguatkan azam pengurus station 9M2SM untuk turut tersenarai antara 5 station yang terbaik dalam Asia. Menurut Hairie, Station Arau-9M2SM akan senantiasa mencuba dan meneroka setiap kategori yang ada dan yang ditawarkan oleh pihak penganjur bagi mengelakkan pertembungan dan masalah demi kemajuan radio amatur Malaysia. 
 
9W2SBD - Salehan

Aktiviti Radio Sport ini perlu dinikmati oleh semua pemegang lesen, sehubungan dengan itu percaturan mengenai kategori yang akan disertai perlu dirancang dengan teliti oleh semua peserta untuk memberi peluang yang sama rata. Menurut Encik Salehan, pengalaman beraksi bersama 9M2SM adalah suatu pengalaman yang sangat berharga, ia memberi suntikan semangat yang sukar diperoleh kerana beraksi bersama bersama rakan-rakan sehobi. Aktiviti radio sport seperti CQWW secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin buat beliau untuk meningkatkan teknik dan kemahiran dalam aktiviti Radio Amatur sekaligus memberi cabaran kepada station-station lain dari seluruh dunia. Ujar beliau lagi, selain bersaing mendapatkan contact, Kita sebagai pengendali Station Radio Amatur juga tidak ubah seperti atlet Olimpik. Aktiviti Radio Sport seperti CQ WW diibaratkan sebagai sukan olimpik kepada ahli sukan peringkat dunia. Sebenarnya dalam tidak sedar, kita sebenarnya warga radio amatur membawa bendera Malaysia untuk menaikkan nama Negara Malaysia dan juga untuk pencapaian peribadi bagi tatapan anak cucu kita kelak nanti.


Berikut adalah pencapaian-pencapaian lepas Station 9M2SM bagi CQWW Contest:

 









Pengurus Station 9M2SM sedang dalam perbincangan dengan pengurus Station 9M2SD bagi mendapatkan khidmat operator CW pada CQWW CW 2013 yang akan berlangsung pada nanti. Pengurus Station 9M2SM, Encik Hairie yakin bahawa pasukan 9M2SD mempunyai barisan operator yang terlatih untuk dibawa ke Utara bagi mengharungi cabaran CQWW CW itu pada 23 dan 24 Nov nanti. Walaupun begitu, buat masa ini… keputusan mengenai siapa bakal terpilih menjadi operator import bagi Station 9M2SM belum lagi diputuskan, tetapi yang pastinya kemungkinan station 9M2SM akan mendapat khidmat operator import dari Selatan adalah tinggi. 

Team 9M2SD
Sebelum ini, apabila contest yang melibatkan mode CW berlangsung, Station 9M2SM hanya menghantar dua operator sahaja iaitu 9M2GET dan 9M2OUT, sudah pasti mereka akan menghadapi sedikit kesukaran berkaitan dengan masa dan tuntutan tugasan-tugasan yang lain. Jadi untuk memastikan kelancaran CQWW CW itu nanti, khidmat operator import amat diperlukan. Difahamkan juga, pengurus station 9M2SM juga ada menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat operator dari Pantai Timur. Siapakah gerangan operator – operator import itu nanti, sama-samalah kita nantikan pada penghujung bulan November ini. Insyaallah, jika tiada sebarang masalah, sesuatu akan berlaku pada CQWW CW itu nanti. 

Baiklah, sampai disini dahulu catatan dari saya untuk tatapan rakan-rakan sekalian. Semoga kita berjumpa lagi dalam post-post yang akan datang. Best 73 dari Zaki 9M2ZAK.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...