Thursday, October 24, 2013

USB TO SERIAL CONVERTERS

Dalam era yang serba moden dan canggih ini, banyak peralatan komputer mengalami perubahan. Perubahan yang sangat ketara sehinggakan peralatan atau tool first generation langsung tidak boleh digunakan. Contohnya perubahan interface bagi hard disk, berubah dari IDE kepada SATA, VGA kepada HDMI, Comp Port iaitu RS232 ke USB. Namun setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya kerana teknologi ini dibina untuk memudahkan bukannya untuk menyusahkan manusia.

Bagi peminat hobi Radio Amatur, penyambungan atau hubungan komputer kepada transceiver semakin diperlukan. Banyak kelebihan yang kita akan dapat jika transceiver kita dapat dihubungkan dengan komputer atau laptop. Antara kelebihannya adalah :
  1. Memudahkan proses logging, dimana frequency dan band tidak perlu diubah atau dicatat kerana ianya akan berubah dan tercatat dengan sendirinya dalam logbook anda. Jadi tumpuan 100% dapat diberikan kepada aktiviti memburu rare station kerana selalunya mereka akan pileup.
  2. Memudahkan proses CQ, kita juga boleh menjadikan laptop  atau  komputer kita sebagai tukang CQ jika komputer itu dapat dihubungkan kepada transceiver. Banyak perisian pada masa kini yang menyediakan khidmat tukang CQ bagi memudahkan kita CQ ke udara. Semestinya ianya amat berguna kepada kita terutama sekali apabila ada aktiviti contest ataupun field day. Menjimatkan tenaga dan yang pastinya...ianya akan menambahkan lagi keseronokan kita semasa DX ataupun contest.
  3. Dapat berkerja dalam mode RTTY , BPSK, dan SSTV. Sudah pastinya ketiga-tiga mode dapat dijalankan jika laptop kita dapat dihubungkan dengan transciever. Mode ini sebenarnya ada peminatnya yang tersendiri. Kita tidak perlu risau, panggilan kita pasti akan dijawab sekiranya keadaan band bagus pada waktu itu.
  4. Aktiviti CW menjadi lebih seronok dan mencabar. Selain menggunakan Lambik ataupun straight key semasa CW, sebenarnya kita juga boleh menggunakan keyboard untuk menghantar CW. Menggunakan keyboard untuk aktiviti CW adalah amat berguna sekali semasa kita contest dan juga semasa CQ DX. Ini adalah kerana setiap stesen  yang masuk itu dapat kita uruskan dengan teratur dan cepat. Keadaan ini penting semasa kita contest dan juga semasa kita pileup di Field Day. Jadi peluang untuk stesen lain contact dengan kita adalah tinggi dan kita sebenarnya telah membantu mereka dalam pergelutan mereka bersama stesen-stesen lain semasa pileup dengan kita. Disamping itu juga, kita juga dapat menambahkan kuantiti QSO tanpa menjejaskan kualiti CW kita. Hebat bukan...

Berbalik kepada topik kita yang asal kembali, didapati kebanyakkan laptop pada hari ini tidak mempunyai serial port dan hanya USB port sahaja. Namun kita masih lagi boleh menggunakan peranti kita dengan menggunakan USB to Serial Converter, tetapi tidak semua USB Converter ini berfungsi dengan baik. Kawan banyak menerima laporan atau feedback mengenai kegagalan converter mereka. Jadi disini, kawan mencadangkan agar rakan-rakan semua mencuba dua atau lebih converter yang berada dipasaran. Jika sukar untuk mendapatkan USB converter dilokalan anda. Jangan risau, dibawah ini kawan senaraikan beberapa laman web yang menjual USB converter dengan harga yang selari dengan kualitinya.
  1.   www.mrusb.co.uk
  2. www.adenmedia.co.uk
  3. www.belkin.com
  4. www.eminent-onli ne.com
  5. www.keyspan.com
  6. www.lindy.com
  7. www.sitecom.com
  8. www.tripplite.com
  9. www.lelong.com.my
Kita juga boleh mengemaskini driver USB Converter dengan driver yang terkini di laman web ini :
www.prolific.com.tw

Selamat mencuba, 73 dari Zaki 9M2ZAK

Monday, October 21, 2013

CQWW SSB 2013 : Debaran kini bermula



Dengan berbekalkan pengalaman beraksi dalam pelbagai kategori dalam contest-contest yang lepas, kali ini Station 9M2SM, sebuah station radio amatur dari Bandar Diraja Arau, Perlis akan cuba pula untuk menempatkan nama Malaysia dalam kedudukan 5 terbaik apabila bersaing pada CQWW SSB 2013 yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad iaitu 26 dan 27 Oktober 2013 ini. Dalam contest-contest yang lepas, 9M2SM telah beraksi dalam Kategori Single Operator Single Band Low, Single Operator Single Band QRP, Multi One dan kali ini mereka akan cuba pula beraksi dalam kategori Multi Two.


Keputusan untuk beraksi dalam kategori ini telah diputuskan oleh pengurus utama Station 9M2SM iaitu Encik Hairie selepas beliau mendapat tambahan dua lagi operator yang diimport khas dari Shah Alam dan Sarawak iaitu Encik Azlan (9M2AGC) dan Encik Syed (9M8SYA). Dengan pertambahan ini, maka secara tidak langsung, anggota pasukan station 9M2SM telah bertambah menjadi 6 station termasuk seorang wanita iaitu 9M2GET ( Hairie ), 9M2OUT (Oja – YL), 9W2SBD ( Salehan), 9W2SBL ( Own), 9M2AGC ( Azlan) dan 9M8SYA (Syed).

 Menurut Hairie (9M2GET), beliau amat bersyukur kerana pada contest kali ini, Station Arau-9M2SM mendapat bantuan dari Shah Alam dan Sarawak dan dengan bantuan yang dihulurkan ini, insyaallah station Arau akan menghasilkan sesuatu. Sesuatu yang tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah Radio Amatur Malaysia. Jadi sama-samalah kita nantikan berita gembira ini dari Arau pada hujung minggu ini. Keyakinan ini diolah berdasarkan kepada kekuatan dan kemantapan crew-crew mereka. Banyak input dan teknik telah diperbaiki dan dipelajari berdasarkan pengalaman contest-contest yang lepas dan sekali gus menguatkan azam pengurus station 9M2SM untuk turut tersenarai antara 5 station yang terbaik dalam Asia. Menurut Hairie, Station Arau-9M2SM akan senantiasa mencuba dan meneroka setiap kategori yang ada dan yang ditawarkan oleh pihak penganjur bagi mengelakkan pertembungan dan masalah demi kemajuan radio amatur Malaysia. 
 
9W2SBD - Salehan

Aktiviti Radio Sport ini perlu dinikmati oleh semua pemegang lesen, sehubungan dengan itu percaturan mengenai kategori yang akan disertai perlu dirancang dengan teliti oleh semua peserta untuk memberi peluang yang sama rata. Menurut Encik Salehan, pengalaman beraksi bersama 9M2SM adalah suatu pengalaman yang sangat berharga, ia memberi suntikan semangat yang sukar diperoleh kerana beraksi bersama bersama rakan-rakan sehobi. Aktiviti radio sport seperti CQWW secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin buat beliau untuk meningkatkan teknik dan kemahiran dalam aktiviti Radio Amatur sekaligus memberi cabaran kepada station-station lain dari seluruh dunia. Ujar beliau lagi, selain bersaing mendapatkan contact, Kita sebagai pengendali Station Radio Amatur juga tidak ubah seperti atlet Olimpik. Aktiviti Radio Sport seperti CQ WW diibaratkan sebagai sukan olimpik kepada ahli sukan peringkat dunia. Sebenarnya dalam tidak sedar, kita sebenarnya warga radio amatur membawa bendera Malaysia untuk menaikkan nama Negara Malaysia dan juga untuk pencapaian peribadi bagi tatapan anak cucu kita kelak nanti.


Berikut adalah pencapaian-pencapaian lepas Station 9M2SM bagi CQWW Contest:

 









Pengurus Station 9M2SM sedang dalam perbincangan dengan pengurus Station 9M2SD bagi mendapatkan khidmat operator CW pada CQWW CW 2013 yang akan berlangsung pada nanti. Pengurus Station 9M2SM, Encik Hairie yakin bahawa pasukan 9M2SD mempunyai barisan operator yang terlatih untuk dibawa ke Utara bagi mengharungi cabaran CQWW CW itu pada 23 dan 24 Nov nanti. Walaupun begitu, buat masa ini… keputusan mengenai siapa bakal terpilih menjadi operator import bagi Station 9M2SM belum lagi diputuskan, tetapi yang pastinya kemungkinan station 9M2SM akan mendapat khidmat operator import dari Selatan adalah tinggi. 

Team 9M2SD
Sebelum ini, apabila contest yang melibatkan mode CW berlangsung, Station 9M2SM hanya menghantar dua operator sahaja iaitu 9M2GET dan 9M2OUT, sudah pasti mereka akan menghadapi sedikit kesukaran berkaitan dengan masa dan tuntutan tugasan-tugasan yang lain. Jadi untuk memastikan kelancaran CQWW CW itu nanti, khidmat operator import amat diperlukan. Difahamkan juga, pengurus station 9M2SM juga ada menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat operator dari Pantai Timur. Siapakah gerangan operator – operator import itu nanti, sama-samalah kita nantikan pada penghujung bulan November ini. Insyaallah, jika tiada sebarang masalah, sesuatu akan berlaku pada CQWW CW itu nanti. 

Baiklah, sampai disini dahulu catatan dari saya untuk tatapan rakan-rakan sekalian. Semoga kita berjumpa lagi dalam post-post yang akan datang. Best 73 dari Zaki 9M2ZAK.

Thursday, October 17, 2013

56th World Scout JOTA 2013



19 Oktober – 20 Oktober 2013
Hutan Bandar, Bandar Putra Kulaijaya, Johor


Jamboree On The Air atau lebih dikenali sebagai JOTA adalah salah satu aktiviti tahunan yang dijalankan oleh semua ahli Pengakap dari seluruh dunia. Dalam masa lebih kurang dua hari ini, semua pengakap dari seluruh daerah, negeri dan malah seluruh dunia akan berkampung, berkhemah dan berkumpul untuk memeriahkan majlis yang hanya berlaku setahun sekali ini. Secara rutinnya, JOTA akan dilaksanakan pada setiap minggu ketiga dalam bulan Oktober pada setiap tahun.


Pada tahun lepas, iaitu pada tahun 2012, Jamboree On The Air – JOTA telah mencatat penyertaan hampir 700 000 ahli pengakap dari seluruh dunia dimana 13 500 station JOTA telah diaktifkan dan melibatkan hampir 22 500 pemegang lesen Radio Amatur dari 142 negara. Angka-angka ini menunjukkan bahawa aktiviti JOTA sangat popular dan dinanti-nantikan oleh semua ahli pengakap dari seluruh dunia. Ini adalah  kerana dengan JOTA, mereka dapat berhubung antara satu sama lain tidak kira dimana sahaja mereka berada disamping mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara negara. 

VA3DNE Danial ex 9W2DAL

Tali persaudaraan yang terjalin ini sebenarnya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit malah tidak boleh juga diadakan dengan sendirinya. Medium seperti gelombang radio inilah yang dapat menjadi penghubung persahabatan antara benua. Gelombang yang tidak pernah kenal erti sempadan malah ianya adalah gelombang yang menyatukan.
 
Zaki 9M2ZAK
Pada tahun ini, sebanyak 17 JOTA dari seluruh negara akan dibuka. Dimana ianya melibatkan 9 buah negeri dari semenanjung Malaysia dan Borneo. Antara station-station JOTA yang akan dibuka ialah :


Tahniah kepada semua Pengelola Station dan Station Master yang terlibat. Diharapkan agar semua aktiviti yang dirancang itu akan berjalan dengan baik sekali. Bagi penulis, saya akan terlibat sepenuhnya untuk Station JOTA Kulaijaya ( 9M4CJB ) yang akan dijalankan di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulaijaya, Johor. 
 
Jaya 9W2BUG
Tahniah diucapkan kepada saudara Jaya 9W2BUG kerana telah berjaya menghidupkan station JOTA Kulaijaya 2013 dengan jayanya dan tahniah juga kepada semua station JOTA organizer dari seluruh negara. Salam Pengakap dari saya dan diharapkan kita akan berjumpa lagi di udara kelak. 73 de Zaki 9M2ZAK.
 
Philip 9W2JJR

Sunday, October 13, 2013

Auto CQ with N1MM

Sebenarnya dengan menggunakan N1MM, kita juga boleh membuatkannya sebagai Auto CQ. Dimana fungsi auto cq ini amat berguna semasa dxing dan juga contest. Dalam post kali ini, kawan akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai cara-cara untuk menjadikan N1MM anda sebagai Auto CQ.

Peralatan yang diperlukan :
  1. Sebuah transceiver yang mempunyai keupayaan untuk sambung ke komputer. Selalunya product terkini Icom-Yaesu-Kenwood mempunyai keupayaan ini.
  2. CAT cable, sama ada dibeli ataupun homebrew.
  3. USB to RS232 Converter : Sesuai bagi mereka yang menggunakan Laptop. Manakala bagi yang menggunakan PC, anda boleh terus sambung ke port DB9 ( COM Port 1) tidak perlu USB converter. Namun anda masih juga boleh menggunakan USB converter ini jika COM Port anda digunakan ataupun rosak.
Berikut adalah langkah-langkahnya:


















My Computer>>>System Properties>>>Device Manager>>>
Tujuannya adalah untuk mengenalpasti nombor Com Port.

kemudian, pada N1MM
















klik pada Config >>> Config port

















Klik Hardware>>> kemudian pilih radio anda pada ruangan COM1 dan Klik >>> Set

















Kemudian>>> setkan segala butiran seperti dalam gambar diatas, Setting ini adalah setting yang kawan gunakan dan ianya berfungsi dengan baik. Jangan lupa Klik juga pada ruangan >>> PTT via Radio Command SSB Mode.

















kemudian Klik pada C: >>> N1MM Logger >>>

















kemudian >>> klik pada file wav
















dalam file wav tersebut, buatkan satu file baru, disini kawan buat dua file kerana kawan ada dua callsign. Jadi ianya terpulang kepada masing-masing.
















Kemudian, paste file audio rakaman CQ anda tersebut. Jangan lupa... namakan file wav itu sebagai CQ.wav.
















Kawan menggunakan handphone untuk merakam audio CQ kawan, dan selepas itu kawan convert ke file wav dengan menggunakan laman web ini, http://www.online-convert.com/. Jika rakan-rakan ada teknik yang lain untuk merakam, boleh juga digunakan. asalkan ianya file jenis wav. Kemudian letakkan file CQ.wav anda itu ke dalam ini.

















Selepas itu, inilah hasilnya...

 

Jika rakan-rakan ingin membuat auto CQ untuk aktiviti DX, Rakan-rakan yang budiman sekalian perlu merakam semula audio CQ DX dan save as CQ.wav. Oleh kerana nama filenya sama, maka file tersebut perlulah disimpan di tempat lain untuk mengelak overwrite. Jadi, jika hendak Contest, pastekan kembali CQ.wav yang contest ke dalam file callsign anda, manakala jika hendak DX, pastekan file CQ.wav yang mengandungi audio cq dx tersebut ke dalam file callsign anda jugak.. Bagi kawan, kawan buatkan dua file yang berasingan iaitu satu file DX dan satu lagi file Contest untuk simpan file CQ.wav contest dan DX itu tadi.

Rakan-rakan jangan risau, ianya tidak akan menjejaskan operasi N1MM. Percayalah kerana ianya benar. Maka dengan selesainya setting ini, selepas ini tidak perlulah rakan - rakan CQ berulang-ulang dengan kudrat sendiri. Semuanya akan dilakukan oleh mesin ini. Boleh pekena Nescafe @ teh tarik sambil CQ, boleh FB juga sambil CQ dan yang pastinya... tekak tidak perit air liur pun jimat. Selamat mencuba. 73

Oceania DX Contest 2013

9M2SD's shack
Tahun ini berlaku peningkatan pengumpulan mata bagi contest ini. Pada tahun 2012, kami hanya mampu mengutip 75 mata bagi mode Phone dan 1008 mata untuk mode CW. Manakala pada tahun ini, tahun 2013, berlaku peningkatan kutipan mata. Bagi mode phone, kami berjaya mengutip 4192 mata dan mode CW 3248 mata. Walaupun ianya tidak mencecah ratusan ribu kutipan mata, tetapi kami amat berpuas hati dan bangga sekali kerana contest ini begitu mencabar. Kawan dapat merasakan cabaran dan tekanannya kerana dalam Oceania Contest, kita station yang tidak tergolong dalam kawasan Oceania akan memburu station-station dari kawasan Oceania. Ianya berbeza daripada contest-contest yang lain dimana dalam contest-contest tersebut, kita station 9M2/9W2 akan diburu oleh station lain dari seluruh dunia. Jadi aktiviti pusingan tombol VFO akan senantiasa berlaku untuk memburu dan mencari dimana mereka berada. Antara station yang tergolong dalam kawasan Oceania (OC) ialah :

  3D2 - 3D2(R) - 3D2(C) - 4W - 5W - 9M6/9M8 - A3 - C2 - DU/DZ - E5/N - E6 - FK -FO -FO/A - FO/M - FW - H4 - JD ( Minami) - KH0 - KH1 - KH2 - KH3-7 - KH8 - KH8/S - KH9 - P2 - T2 - T8 - T30 - T31 - T32 - T33 - V6-7 - V8 - VK - VK(LHI) - VK9/W - VK9(X) - VK9(C,F) - VK9 (M), VK9(N) - VK0(M) - VP6 - YB - YH - YJ - ZK3 -ZL - ZM - ZL7 - ZL8 -ZL9

Dalam senarai entiti diatas, rata-rata entiti yang berjaya dihubungi adalah station dari Sabah (9m6), Indonesia (YB), Hawai (KH), Papua New Guinea (P29), Filipina (DU), Australia ( VK) dan New Zealand (ZL)

Ini bermakna masih banyak lagi entiti dari kawasan oceania yang belum atau dapat dihubungi. Apakah faktor-faktornya? adakah kerana keadaan band? adakah kerana faktor antenna? atau mereka tidak aktif semasa contest berlangsung? segala persoalan ini sedang berlegar-legar dalam kotak pemikiran kawan. Mujurlah ada juga station dari Kepulauan Borneo (9m6/9m8) yang aktif semasa contest ini berlangsung. Keaktifan mereka ini sekurang-kurangnya memberi sedikit nafas kepada rentak contest ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebarangkalian untuk dapat mendengar station dari New Zealand, Australia dan oceania - oceania yang lain adalah sulit sekali. Kesulitannya adalah dipengaruhi oleh kedudukannya, oleh kerana mereka terletak di penjuru dunia maka jarang-jarang sekali kita dapat mendengar audio mereka, dan agak sukar untuk meramalkan masa aktif mereka.


Syabas dan tahniah kawan ucapkan kepada 9m6XRO, 9M6YBG, 9M6ZAE, 9M8WAT, 9W6MHZ, 9W6ZIM, dan 9W6RAL kerana memberi rentak dan peluang kutipan mata kepada rakan-rakan kita dari Eropah dan Amerika Utara serta dari kawasan lain di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya kemeriahan CQ Oceania DX Contest ini lebih bermakna dengan kemunculan anda semua. Sekurang-kurangnya rakan-rakan kita dari seluruh dunia tahu dan sedar tentang kewujudan dan keaktifan kita. Sebenarnya...dalam masa yang sama, kalian telah pun mempromosikan negara kita ke seluruh dunia. Secara tidak langsung mempromosikan budaya kita, mempromosikan keunikan kita dan mempromosikan keindahan negara kita. Terima kasih kawan ucapkan...


 73 de Zaki 9M2ZAK

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...