Contest : All Asian DX Contest
Mode : CW
Penganjur : Jarl ( Japan amateur radio league)
Tarikh : 15 June 2013 hingga 16 June 2013
Masa : 8.00 pagi (15 June) hingga 8.00 pagi (17 June)
Callsign : 9M2SD
Operators : 9M2ZAK
Handle Operator : Zaki
Kategori : Single Operator All Band Low
Sabtu, jam 8.00 pagi...masa yang paling sesuai untuk aktiviti DX ataupun Contest, kerana pada masa itu keadan band dikatakan amat baik. Dalam ertikata lain, ianya membuka dengan luas. Dimana peluang untuk mengadakan contact dengan stesen-stesen yang jauh tidak mustahil dilakukan. Berapa jauh ianya boleh pergi? jika keadaan mengizinkan....dimana noise level rendah, kemungkinan besar kita boleh contact dengan stesen dari Amerika Utara dan Amerika Selatan. Sebagaimana kita sedia maklum, Benua Amerika ini jauhnya beribu-ribu batu dan secara logikalnya, mereka berada dibawah kita. Perbezaan masa pun ketara, 12 jam berbeza dengan kita negara Malaysia. Jadi sudah tentu ianya mengujakan jika kita berjaya contact dengan kita. Selain waktu pagi, waktu petang dan malam pun sama. Jika kita pagi, bermakna mereka malam...jika kita malam bermakna mereka pagi. Berdasarkan kepada pengamatan saya, stesen-stesen dari Amerika Utara dan Selatan ini aktif semasa peralihan matahari itu tadi. Dimana ianya terbahagi kepada 2 bahagian, pagi dan senja. Paling baik sekali....1 jam selepas matahari terbit atau terbenam. Iaitu sekitar jam 8 pagi atau jam 8 malam.
Tetapi pada pagi Sabtu tersebut, kawan tidak dapat join ini contest kerana menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diadakan di sekolah kawan. Terdetik juga perasaan rugi dalam diri, tetapi ianya adalah hobi, periuk nasi adalah keutamaan. Jadi kawan redha dengan situasi tersebut. Segala tugasan berakhir pada jam 1 petang. Sepanjang LDP berlangsung, Hati dan perasaan sebenarnya berada di shack kawan di Bandar Putra, manakala badan sahaja berada di Dewan. Mata memandang ke pentas...hati dan perasaan melayang jauh ke seluruh dunia. Mengenangkan contest yang sedang berlangsung pada ketika itu. Jika dikira - kira...kawan sudah ketinggalan 8 jam kebelakang, bermakna 100(+-) contact ketinggalan. Anggaran ini berdasarkan jika kawan hanya rookie sahaja. Hmm...memang rugi dan perlu kerja keras untuk mengejarnya kembali.
Jam 1:47 petang, pada mulanya kawan ingat nak terus balik rumah dan contest. Tetapi entah mengapa, terlintas pula dalam diri ini nak pergi ke rumah ustaz Ilyas 9M2UST ( High Speed CW Operator). Bukannya ada apa-apa pun, hanya sekadar menziarah sahaja. Jadinya...selepas LDP, kawan terus menekan pedal minyak kancil menuju UTM Skudai. Dekat sahaja dengan Senai, hanya 5 minit berkereta sahaja. Mesti pak ustaz tengah Contest nih...Sampai sahaja rumah ustaz, tekaan kawan tepat sekali. Memang pak ustaz kita sedang bersama dengan radionya. Tetapi apabila kawan tanya, dah berapa contact ustaz? jawapannya...."kosong lagi cikgu...kawan sambil sambil sahaja..ada kerja sikit tadi". Hmm...memang senasib dengan kawan, sebelum itu, pagi tadi...kawan juga ada menghubungi seorang lagi penggiat radio amatur tegar, 9M2GET..dari Arau, Perlis. Katanya..beliau juga bertugas pada pagi ini, malam nanti mungkin akan join contest. Maka jadinya...semua rakan-rakan seperjuangan tidak ke udara pagi ini. Kita serupa...
Semasa di rumah ustaz Ilyas di UTM Skudai, kawan ada juga monitor di frequency, pada ketika itu ustaz sedang monitor di band 20m. Band 20m adalah band kegemaran beliau. Dengan band 20m itu jugalah beliau akan menyertai CQ AA 2013 Contest ini, Single Operator Single Band Low. Semasa sedang moni, kedengaran band begitu baik sekali. Banyak stesen dari Amerika Utara, Russia serta Jepun rancak CQ di band tersebut. Pada ketika itu juga, paras adrenalin kawan juga meningkat...meter semangat kawan terus meningkat. Berada pada paras F jika hendak dibayangkan...hehe. Masuk ler ustaz...kata kawan kepada ustaz, Cikgu cubalah...ustaz mempelawa saya kembali. Maka dengan rasa tidak malunya. Kawan cuba masuk. Pada ketika itu, kedengaran sebuah stesen dari USA sedang CQ, signalnya amat kuat sekali. Rasanya 1 kilowatt dia hantar nih...berdentum audionya. Percubaan pertama oleh kawan tidak berjaya, tetapi kami berjaya menarik perhatiannya, 9M2 dididadahdidit...9M2dididadahdidit...selepas beberapa kali mencuba, kami berjaya mendapatkannya. Syukur alhamdulillah.
Namun, disebalik rasa kesyukuran itu, jiwa kawan pula meronta-ronta. Meronta-ronta untuk contest. Errr....rr...ustaz, kawan balik dululah...dah rasa menggigil nih...rasanya ustaz pun fahamkan?...hehe. Relaks dulu cikgu...kita minum dulu. Orang rumah saya ada buatkan air untuk cikgu...hmm..ok ustaz. Selepas menikmati secawan teh, kawan terus angkat kaki menuju Kulaijaya. Rasa jauh dan lama pulak setiap kilometer yang dilalui. Dugaan nih..dugaan...Selepas menunai solat Asar, kawan terus menuju ke bilik radio. Band yang pertama kawan pilih sekali ialah band 20m, kerana pada waktu itu, band 20m amat galak sekali. Berkeriuk-riuk bunyinya...bunyi tanda band cantik. N1MM diset dan yagi dihalakan ke Jepun, CQ TEST 9M2SD 9M2SD AA TEST, ke udara lagi. Selepas 2 jam lebih CQ, kawan berjaya mengutip 97 stesen Kebanyakkannya dari negara Jepun dan Amerika. Kemudian kawan berhenti untuk Maghrib dan selepas itu, kami sekeluarga keluar menjamu selera, kali ini pi pekena keowteow di jalan rajawali.
Sabtu, 9.15 malam. Selepas selesai segala urusan. Kawan masuk semula ke bilik radio menyambung pertarungan yang terhenti pada petang tadi. Kawan masih memilih untuk CQ di 20m kerana pada masa itu 20m masih lagi cantik. Yagi kawan masih halakan ke Jepun, memang niat kawan untuk cuba mendapatkan seberapa banyak stesen dari jepun ini kerana lagipun contest ini anjuran mereka, jadi mesti ramai yang duduk didepan radio sekarang ni. Itu firasat kawan...Firasat kawan menjadi pada malam itu, sepanjang malam tersebut. Kawan berjaya mengutip 103 stesen dari eropah dan sekitarnya. Aktiviti contest kawan hentikan pada pukul 3 pagi kerana berdasarkan pengalaman pengalaman yang lepas. Selepas jam 3 pagi, keadaan band tidaklah begitu baik, malah jika kita on air sekalipun, jumlahnya amat sedikit sahaja bagi tempoh tersebut. Maka kawan pun tutp kedai dan masuk tidur...
Ahad, 7.30 pagi. Aktiviti contest bersambung semula. walaupun kawan hanya tidur 4 jam sahaja, itu semua kawan tidak pedulikan kerana contest ini hanya setahun sekali sahaja. Hari hari lain boleh tidur jugak...ujar kawan dalam hati. Pagi ini, kelihatan band 15m cantik...senyap sahaja. Enak bunyinya. Yagi masih ditalakan ke Jepun, tiba-tiba.....terpandang 9M2SM di cluster...ada rupanya mamat nih...ingatkan tak join. Hmm...menarik nih. Sekurang-kurangnya ada juga teman untuk contest. Mana UST?..hmm...mesti ada tugasan lain nih...tak mengapalah. Jadinya pada pagi Ahad tersebut, kawan dan Hairie saja yang CQ bersama-sama. Di awal CQ, kawan hanya rookie sahaja, tetapi setelah melihat 9M2SM pile up, kawan berubah hati untuk merayau. Frequency dicari untuk lepak dan CQ, setelah dapat...9M2SD pulak menjerit ke langit mencari mata demi nama Malaysia tercinta. Hasilnya...kawan pun mengalami nasib yang sama seperti 9M2SM, kawan pile up, berduyun-duyun stesen NA dan JA masuk. Tiba-tiba...kedengaran sebuah callsign asing masuk, kali ini lain sikit. ianya bermula dengan P. Ambik kau, PY1KN dari Brazil masuk. Pucuk dicita ulam yang mendatang, memang dicari callsign ini, memang dikejar benua ini. Nasib menyebelahi kawan. Stesen dari benua Amerika Selatan menerjah masuk ke dalam CQ kawan. Syukur dan terima kasih kawan ucapkan. Aktiviti contest, kawan hentikan pada pukul 11.00 pagi. memandangkan pada ketika itu, paras kebisingan band sudah terlalu tinggi...bernanah telinga dibuatnya. Pada pagi tersebut, kawan berjaya mengutip 112 stesen yang rata-ratanya dari Jepun dan Amerika Utara. Satu dari Amerika Selatan, PY1KN.
Ahad, 3.30 petang. Petang itu, band 15m menjadi pilihan. Pada petang tersebut. Kawan ditemani pulak oleh ustaz. Beliau CQ di 20m dan kawan di 15m. Sebenarnya...sekali sekala...kawan akan jenguk jugak band 20m dan 10m, sambar mana-mana yang dengar. Memang ada stesen disana, tetapi tidak banyak dan semeriah di 15m. Nasib baik kawan main all band, boleh jugak lompat-lompat. Sepanjang petang tersebut, kawan tidaklah pileup, hanya easy sahaja. namun, pungutannya boleh tahan jugak. Pada petang itu kawan berjaya mengutip 94 stesen sahaja sehingga waktu Mahgrib.
Ahad, 8.50 malam. Aktiviti contest disambung semula. Kali ini, semua band kawan rembat. Malam ini kawan hendak rookie sahaja. Kenapa nak rookie? sebabnya:
- Sasaran 400 stesen sudah dicapai, malah pada ketika ini kawan sudah mengutip 506 stesen. Melebihi sasaran.
- Untuk merehatkan TS-2K, ini bermakna hampir 2 hari ianya bekerja. Jadi, kawan ingin memberi dia berehat setelah hampir dua hari bekerja.
- Ingin mencari rare station. Kawan bercadang untuk meneliti setiap khz mencari stesen-stesen yang rare dan unik callsignnya. Hanya sekadar menambah koleksi dalam logbook kawan.
|
9m2sm op 9m2get Hairie |
Tetapi...kita hanya merancang dan ALLAH juga yang menentukannya. Selepas kawan membaca post yang dihantar oleh Hairie di FB. Segalanya berubah, Kawan memilih untuk lepak 15m, setelah 9M2SM pile up disana. Bukannya untuk bersaing dengan 9M2SM tetapi untuk meramaikan dan menemani beliau disana, lagipun keadaan band yang membuatkan kawan ke sana. Pada malam itu, 15m senyap dan cantik sekali. Noise level...langsung tak ada. Sehinggakan boleh dengar rakan tuned 5 watt pada frequency. Pada mulanya, CQ kawan hanya disahut jarang-jarang oleh mereka, tetapi selepas beberapa minit. Keadaan menjadi gamat dengan pelbagai callsign yang cuba check in. Pileup di 15m. Pile up kali ini, berbeza dengan pileup yang sebelum sebelumnya. Kali ini, derumannya amat kencang, sehinggakan sukar sekali untuk menangkap setiap dit dan dah. Sudah macam berada di zoo, meriah dengan hiruk pikuk stesen dari NA dan EU. Rasa nak terkencing terpaksa dilupakan...memang mencabar pileup kali ini. Kawan mengalami pileup selama 3 jam !!!. Dari pukul 10 malam hinggalah ke pukul 1 pagi. Badan terasa amat letih sekali sebab dalam dua hari ini, kawan hanya tidur 4 jam sahaja. Lagipun esok hendak memulakan tugasan.
Selepas jam 1.15 pagi. Keadaan band 15m kembali bising. Tahap noise level kembali memuncak. Manakala stesen yang check in sudah berkurangan. Tiba-tiba kawan tersedar...rupa-rupanya kawan tertidur selama 15 minit dihadapan radio. Tidur dalam keadaan duduk. Adehh...sampai begitu sekali penangannya. Maka selepas itu, kawan PM pak ustaz dan menyatakan yang kawan ingin mengundur diri dari udara. Ustaz...kawan QRT dulu, badan dah letih sangat nih...ustaz teruskan cabaran contest ini dengan penuh semangat...kawan dah tak mampu dah ni. Kawan doakan agar ustaz mencapai sasaran ustaz....itu pesanan kawan kepadanya. Hasil pileup pada malam itu kawan berjaya mengutip
270 stesen dari serata Benua Eropah. Hasil CQ AA CW Contest 2013 kawan berjaya mengutip sebanyak 683 Callsign dari seluruh dunia. 73 de 9M2ZAK.
CALLSIGN: 9M2SD
CLUB: None
CONTEST: AA-CW
CATEGORY: SINGLE-OP ALL LOW CW
CLAIMED-SCORE: 152216
OPERATORS: 9M2ZAK
NAME: Zaki Bin Din
Log pun sudah dihantar ke JARL, ramai jugak yang masuk rupanya....
Mana UST nih...pak ustaz ooo pak ustaz...hantar log wei..hantar.....jangan lupa...