Wednesday, October 24, 2012

CW mode : kisahnya...


Sebenarnya tiada jalan mudah untuk menguasai mode CW ini. Ini adalah kerana mode CW ini boleh dikatakan sebagai bahasa lain, dimana ianya melibatkan perhubungan sehala antara dua individu yang menggunakan mode ini. Jadi apabila menyentuh tentang bahasa lain, sudah pastinya ianya melibatkan sesi pembelajaran dan pengajaran yang berterusan. Apabila disebut sebagai bahasa lain atau another language dalam bahasa inggeris, sudah pasti kita memerlukan latihan untuk menguasainya.

Latihan yang berterusan serta konsisten ini amat perlu dalam mencapai sasaran kita. Kita juga perlu melatih minda kita untuk membiasakan diri menerima DIT dan DAH ini sebagai satu gabungan nada yang akan membentuk huruf atau perkataan. Perlu diingat, otak kita adalah super computer yang paling hebat sekali dalam alam semesta ini kerana dengannya kita dapat mencipta computer yang telah banyak mengubah corak kehidupan manusia sejagat dan dengan otak inilah juga manusia mencipta Morse Code… Subhanallah…




Sehubungan dengan itu, tidak mustahil saya katakan disini bahawa kita sebenarnya mampu untuk melakukannya, mampu untuk menguasai CW tidak kira berapa WPM sekalipun, asalkan dalam diri kita ini ada keazaman yang tinggi serta disiplin diri yang mantap. Untuk membina keazaman, saya cadangkan anda melihat sendiri bagaimana pemegang-pemegang lesen kelas A beroperasi dalam mode ini. Mereka juga manusia biasa, mereka juga berumahtangga dan mereka juga seagama dan sebangsa dengan kita secara amnya tetapi bagaimana mereka melakukannya? Mereka dapat melakukannya kerana dalam diri mereka terdapat satu semangat atau keazaman yang begitu kuat sekali untuk menguasai mode ini. Dengan semangat kekuatan inilah mereka berjaya menguasainya…






Disamping itu juga, rasa tercabar juga memainkan peranan. Rasa tercabar ini muncul apabila kedengaran atau muncul tanda panggilan 9m2/9m6/9m8 dalam cluster mahupun diudara. Tetapi yang sedihnya, tanda panggilan ini bukannya milik anak watan, tetapi milik orang lain yang langsung tidak ada kaitan dengan tanah tumpah darah ini. Apakah kita sebagai anak Malaysia ini pengecut? Adakah kita ini pemalas? Jawapannya ada pada diri anda sendiri, anda sendiri yang perlu menjawabnya…



Bagaimana pula dengan tanggapan atau pandangan stesen – stesen lain terhadap kita. Saya tidak mahu mereka cop kita sebagai stesen yang tidak tahu CW. Ini adalah kerana jika dikira dengan jari, tidak habis sepuluh jari jika dikira sebenarnya. Tanda panggilan 9m2/9m6/9m8 sebenarnya adalah tanda panggilan kebanggaan kita. Kita mesti bangga dengannya. Kita mesti buktikan, kita mesti buktikan yang kita juga mampu ke udara dalam mode ini. Tidak mengharapkan orang lain untuk menggunakan tanda panggilan kita ini dalam mode CW tersebut.



Kenapa mode CW? Mode – mode lain kan ada? Ye, mode-mode lain pun memainkan peranan penting juga tetapi mode – mode ini terlalu mudah. Mode CW ini mencerminkan kesungguhan pengikutnya, memberitahu kita yang stesen ini telah berlatih bersungguh-sungguh siang dan malam untuk menguasainya… bukannya dapat jatuh dari langit!!! Maaf disini saya katakana, bagi mode-mode yang lain, sesiapa sahaja pun boleh mengendalikannya, walaupun oleh murid darjah 5 sekalipun. Dengan sedikit tunjuk ajar selama 15 hingga 20 minit, Nah!!! Beliau sudah mampu CQ ke udara. Tetapi ianya agak mustahil sedikit dengan mode CW ini. Ianya memerlukan latihan yang berterusan serta keazaman yang tinggi, dengan ini secara tidak langsung kita boleh mengetahui tahap kesungguhannya dalam hobi ini.
Ini adalah kerana saya pasti beliau telah banyak berlatih dan menempuh pelbagai dugaan untuk mencapai tahap tersebut dan ini boleh dijadikan penanda aras baginya. Kemahiran ini bukannya boleh datang dari kemewahan wang ringgit semata-mata. Ingat!!! Kemahiran ini tidak boleh dibeli, kemahiran ini memerlukan kesungguhan dan ianya lain dari yang lain, dimana bagi mode-mode yang lain, jika anda ada RM maka andalah stesen yang paling hebat tetapi tidak bagi mode CW…
73 de 9m2zak

Tuesday, October 23, 2012

Belakang parang jika diasah pasti akan tajam...


Hari yang dinanti telahpun tiba, walaupun saya tidak dapat turut serta, namun saya senantiasa memantau setiap aktiviti di sana melalui internet dan telefon. rasa berdebar-debar semakin memuncak... macam saya pula yang nak ambil CW test. 
 
 
terima kasih diucapkan kepada saudara Iqbal 9M2BAL kerana sanggup bersusah payah memberi liputan terkini sepanjang ujian itu berlangsung. Banyak info didapati daripada beliau sehinggalah ke keputusan terkini...terima kasih Iqbal.
 
Tepat jam 10.00 pagi, saya dimaklumkan bahawa semua calon diperintahkan supaya masuk ke bilik seminar SG01 untuk menduduki CW test... debaran semakin bertambah...rasa macam nak beralih jantung aku semasa di sekolah tadi....

Dari Kulaijaya ini, saya tidak putus - putus berdoa agar semua calon dapat menjawab dengan jayanya. alangkah indahnya jika semua calon yang menduduki ujian tersebut lulus dengan cemerlangnya dan ini secara tidak langsung dapat memeriahkan lagi callsign 9m2 ke seluruh dunia...namun harapan ini tidak menjadi kenyataan, lebih kurang jam sebelas lebih, berita ini diterima dari Cyberjaya...



Difahamkan seramai 41 calon dari seluruh negara Malaysia menduduki ujian ini, daripada 41 calon tersebut, 14 calon telah lulus dalam sesi penerimaan berikut adalah senarai namanya:
  1. 9W2NBQ - Abd. Aziz bin Abd. Malek
  2. 9W2DEL - Ahmad Fadhil B. Izharuddin
  3. 9W2TZA - Ahmad Rizal Bin Jusoh
  4. 9W2DYJ - Amran B Hj Sarip
  5. 9W2JJI - Azizi Bin Rahman @ Abd Rahman
  6. 9W2RZI - Md. Razi B Mohd Zin
  7. 9W2FWA - Mohamad Azla Bin Kamaruddin
  8. 9W2JJF - Mohamad Ilyas Bin Ismail
  9. 9W2DSH - Mohd Shahiran Bin Mohd Yusoff
  10. 9W2RDQ - Muhamad Subian Bin Sukaimy
  11. 9W2SGN - Shahrul Azril Bin Sulaiman
  12. 9W2GNS - Shahrul Nizam Bin Hashim
  13. 9W2WND - Wahid Bin Mohamed
  14. 9W2VDO - Wan Abd Rahim Bin Wan Ibrahim
Syukur alhamdulillah, Ustaz Ilyas telah berjaya lulus dalam ujian CW 2012. Itulah perkataan yang terdetik dalam sanubari aku selepas membaca blog yang dipostkan oleh saudara Iqbal 9M2BAL di www.9m2bal.blogspot.com

Bagi calon yang kurang bernasib, disini saya nasihatkan supaya jangan putus asa, teruskan dengan usaha anda, mungkin ada hikmah disebaliknya. cubalah renungi kembali dimana silapnya dan kenalpasti kesilapannya, Insyaallah, dengan belajar dari kesilapan itu, saya percaya pada sesi ujian yang akan datang, kejayaan pasti dalam genggaman...insyaallah...


    sebelum ujian CW 2012

Dengan lulusnya Ujian CW tersebut, maka Ustaz Ilyas pemegang callsign 9W2JJF ( Kelas B) telah berjaya mendapat callsign baru iaitu 9M2### ( Kelas A). Dengan Callsign ini, beliau boleh menjelajah ke seluruh dunia dengan tiket tersebut. Mendapat kebebasan untuk terbang ke mana sahaja asalkan keadaan band mengizinkan pada ketika itu. Antara band yang diberikan kepada pemegang kelas A adalah dari band 160m hinggalah ke band 70cm serta Microwave Band ( Satelite)

Tetapi untuk mencapai tahap ini, beliau telah berusaha siang dan malam berlatih mendengar Irama CW selama 6 bulan lebih dengan tanpa rasa bosan dan jemu demi mencapai cita-citanya. 

 
Pada ketika ini, ustaz Ilyaz langsung tidak mengenal satu huruf pun dalam CW....


Bak kata pepatah, Dimana mana ada kemahuan Disitu ada jalannya…bermula dari merangkak - rangkak untuk mengenalpasti dit dan dah sehinggalah mencapai tahap 50 wpm. Ustaz Ilyas berjaya mengatasinya. Semangat inilah yang perlu ada didalam setiap sanubari peminat radio amatur di seluruh Malaysia. Bukan hanya sebagai hobi ikut-ikutan sahaja...

Ustaz sudah mampu untuk menerima code cw dengan jayanya...100% copy...

Perkara ini dibuktikan oleh Ustaz Ilyas sendiri, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh berlatih mendengar irama CW walaupun tidak kira dimana sahaja beliau berada…
Bagaimana beliau melakukannya, begini caranya:

a)       Memuat turun perisian CW_Player dari internet. Taip sahaja CW Player pada Google

b)       Berlatih mendengar dan kuiz dengan perisian CW_player selama setengah jam dua kali sehari. 

ustaz berjaya menguasai 50 wpm






 c)       Selepas berjaya mendapat skor 90 – 100% dalam kuiz, seterusnya melangkah pula ke sesi penerimaan, kali ini aktiviti  Random pula. Dalam aktiviti Random, computer akan menghantar huruf dan nombor secara rawak mengikut jumlah perkataan yang telah disetkan. Terpulang kepada anda untuk set berada perkataan. Untuk sesi Random ini juga, kita perlu menulis pada buku atau kertas setiap group yang dihantar dan cuba dapatkan 100% copy bagi setiap sesi penerimaan.                


Ustaz berjaya menguasai 40 wpm

d)       Disamping itu juga, selepas beliau berjaya menguasai A – Z, dan 1 – 0, setiap seminggu sekali, beliau akan berkunjung ke base saya untuk sesi simulasi CW Test, dimana pada sesi ini, saya akan menghantar 200 perkataan atau lebih, selalunya lebih dan 50 angka bagi setiap sesi. Tujuannya adalah supaya beliau biasa dengan perkataan sebenar dan merasai sendiri bagaimana sesi ujian cw sebenar itu nanti. Setiap kali sesi simulasi, saya hanya akan ulang sekali sahaja demi membiasakan dirinya dan untuk mengelakkan beliau melakukan kesilapan.
e)       Dalam sesi simulasi, pelbagai perkataan yang mencabar minda akan dihantar, tujuannya adalah untuk mencabar keyakinan diri serta untuk mengelakkan agakkan. Fenomena agakkan atau guessing ini boleh menjadi duri dalam daging semasa proses penerimaan. Ini adalah kerana, jika berlaku agakkan kita akan tertinggal huruf atau angka yang seterusnya kerana computer atau tester itu nanti tidak akan menunggu kita. Hasilnya..kita akan tertinggal…

                  
f)    Akhir sekali, selepas berjaya menguasai sesi penerimaan dengan jayanya, maka beralih pulak ke sesi sending, dalam sesi sending ini, saya memantau setiap penghantarannya supaya kena dengan lagu atau rythmnya. Begitu  juga dengan teknik - teknik memegang key dan tatacara menggunakan key, semua diperturunkan kepadanya.
      
   Pada mulanya saya mendapati beliau agak kaku  semasa menghantar, tetapi lama-kelamaan beliau semakin lembut dan menghayati setiap code yang dihantar. Setelah seminggu menjalani latihan sending, akhirnya ustaz Ilyas berjaya menguasai kemahiran menghantar atau sending dalam bahasa inggerisnya. Dibawah ini disertakan video semasa sesi latihan menerima dan menghantar selepas dua minggu menjalani latihan menghantar, beliau menjalani latihan amali di udara bersama dengan 9M2PJU dari Kuala Lumpur, sama-sama kita saksikan.

Sesi latihan sending dan receiving, ustaz menjalani latihan amali tersebut pada malam terakhir kelas CWnya.

Syukur ke hadrat Ilahi, semuanya sudah selesai, selesai sudah keperitan bertungkus lumus siang dan malam mendengar dan menerima irama CW. Tetapi perjuangan masih belum lagi selesai, di luar sana masih banyak lagi yang memerlukan pertolongan, selagi ada daya dan selagi ada kemampuan, aku bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan taraf lesen mereka, iaitu dari kelas B kepada kelas A. Sesungguhnya Ilmu itu adalah milik ALLAH SWT, menjadi tugas kita sebagai umatnya untuk menyebarkannya dan memberi manfaat kepada manusia secara amnya. insyaallah.
73 de 9m2zak.

Saturday, October 20, 2012

PSK RTTY SSTV Interface

Setelah hampir 2 tahun diam dalam digital mode, entah kenapa baru - baru ini tergerak hati untuk aktif semula dalam mode digital ini. Seperti yang kita sedia maklum, mode digital adalah seperti PSK-31, RTTY dan SSTV. Namun sebenarnya masih banyak lagi tapi yang paling popular dan banyak sekali pengikutnya adalah 3 beradik ini, PSK-RTTY-SSTV.

9m2zak DIGITAL MODE Station.

Sebelum ini, aku ada aktif dalam mode digital ini dan interfacenya dibuat sendiri berdasarkan diagram yang diperolehi dari google. Walaupun ianya sangat simple, namun kualitinya amat bagus sekali, Sebenarnya interface adalah direct interfacing antara radio dan komputer. Lihat rajah dibawah ini:



dengan menggunakan interface yang simple macam ini, aku telah berjaya membuat sebanyak 7918 contact. Working condition pada masa itu adalah Icom 718 dan 2 ele yagi sahaja. Cukup membanggakan...

Kali ini, aku tidak homebrew, kali ini, aku ingin mencuba interface dari internet pulak. Setelah meneliti google selama 2 - 3 hari, akhirnya aku berjaya menjumpai interface yang dicari-cari dan ianya murah pulak. Interface ini aku jumpa dalam ebay, harganya pulak adalah sekitar US15.90. ok lah tu.. dibawah ini link interface tersebut:

http://www.ebay.com/itm/EASY-DIGI-Digital-Sound-Card-Interface-PSK-RTTY-SSTV-NBEMS-JT-65-HF-VHF-UH5-/220896968460

Saya pasti anda sudah tentu sudah copy dan pergi ke link yang aku berikan diatas. Murah dan senang bukan...

Baiklah, interface ini memang sangat mudah dipasang. Kita hanya perlu mengikut sahaja langkah-langkah yang diberikan. selepas 15 minit, nah!!! anda sudah pun bersedia untuk menyelami dunia digital dalam radio amatur ini.

Antara bahan-bahan yang dibekalkan dalam kit ini adalah :

2 biji 600:600 audio Transformer

sebiji 4N25 Opto Coupler

dua biji 1ufd Capasitor

1 biji ( 1N4001 diode), 2 biji ( 1N4148A diode), 2 biji ( 2.2K 1/4watt perintang) dan sebiji ( 430 ohm 1/4 watt perintang)

3 biji monojack ini perlu dibeli sendiri

begitu juga 3 core wayar ini serta

Multi purpose box ini juga, untuk buat box baginya.


 lupa pulak, anda juga memerlukan satu set DB9 jenis Female untuk sambungan pada PC, DB9 bertindak sebagai PTT semasa Digital mode itu nanti.Setelah semuanya sudah sedia, maka kita pun boleh memulakan langkah seterusnya, iaitu pemasangan. Proses pemasangan tidaklah rumit sangat kerana pada PCB board sudah ada label masing - masing. Just plug and solder. Tetapi mesti berhati - hati kerana solder iron itu sangat panas, sila dapatkan bantuan rakan-rakan yang mahir mengendalikan solder iron jika anda tidak yakin. setelah siap di solder, beginilah rupanya.

mudah bukan? sebab itu ianya dinamakan EASY DIGI, terima kasih OM Cliff,  KF5INZ kerana menghasilkan kit ini. OK, setelah aktiviti soldering sudah selesai sekarang kita beralih pulak ke pemasangan port untuk transmit dan rx pulak.

Untuk TX, saya menggunakan Mic hookup untuk disambungkan ke board ini. 8 pin Mic connector digunakan untuk proses ini, Ini adalah contoh gambarajahnya.
manakala untuk sambungan PTTnya pulak, saya menggunakan DB9 jenis Female dan disambung pada DB9 jenis Male pada belakang PC ( Com 1 atau 2).

DB9 Female conector


semua sambungan ini kawan ikut dari skematik yang diberikan, contohnya adalah dibawah ini.


anda boleh juga hasilkan interface anda sendiri dengan berdasarkan skematik ini, ini adalah kerana interface ini berfungsi pada semua jenis radio. apa yang anda perlukan adalah hanya sedikit modifikasi pada MIC jack sahaja.

setelah pemasangan connection port dan kabel sudah selesai, maka sekarang kita beralih pula kepada pemasangan box pulak. Seperti yang anda lihat dalam gambarajah diatas, kawan menggunakan box hitam yang bersaiz 2 x 4 inci. Box ini boleh didapati dari kedai yang menjual barangan elektronik dan elektrik di kawasan kejiranan anda.

Bagaimana untuk meletakkan PCB ini ke dalam Black Box ini adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing. Untuk saya pulak, saya hanya tebuk pada sebelah tepi box itu sahaja mengikut saiz kabel yang tersedia itu. Syukur alhamdullilah tiada malapetaka berlaku sebab jika salah tebuk...habis...


 Setelah semua selesai, maka interface ini disambungkan kepada PC anda. Port yang digunakan adalah Line In /Mic, audio out/phone dan DB9 Male type.

 Sekarang semuanya sudah selesai, Syukur alhamdullilah... kawan sekarang sudah boleh beroperasi dalam semua mode, iaitu Phone/CW/RTTY/PSK-31/SSTV dan pelbagai lagi digital mode yang berada dalam dunia radio amatur ini. Dunia Radio Amatur ini terlalu luas untuk diterokai dan kita sebagai pengamalnya perlu senantiasa bersedia menerokainya demi kelangsungan hobi yang unik ini.

Baiklah, sekarang kita sudah ada digital interface yang sudah siap disambung pada PC. Bagaimana pula dengan settingnya. Untuk beroperasi dalam mode digital ini, anda boleh menggunakan pebagai jenis software digital mode yang berada dalam internet. Disini kawan gunakan HRD Deluxe kerana sudah biasanya. Sudah hampir 7 tahun kawan dengannya. Boleh dikatakan sudah serasi kiranya...


                                             Langkah yang pertama adalah open HRD Deluxe.

klik pada DM780 ( Digital Master 780)

pada DM780, sila klik pada Program Option untuk setting PTT, audio TX/RX serta COM2 setting.


Pada program option, sila pilih pada PTT dan setkan com2 atau com1 ( terpulang kepada anda, dimana anda sambungkan DB9 itu tadi, selalunya bagi pc baru, ianya ada COM1). selepas itu klik pada set DTR dan RTS untuk menghidupkan fungsi PTT melalui DB9.


selepas itu, klik pula pada bahagian soundcard, dan pilih Source pada bahagian Input/(Recieve) sebagai Line In atau Mic. sebenarnya tak kisah pun pilih mana-mana. Nah!!.. sekarang anda sudah pun bersedia untuk beraksi dalam mode digital. Selepas kawan akan postkan pula mengenai RTTY dan SSTV pula.


Syukur kehadrat ALLAH, Interface ini beraksi dengan sempurnanya. Selepas ini, akan muncul callsign aku disebalik waterfall meneroka seluruh alam ini.

SEE YOU ON WATERFALL, DE 9M2ZAK 73.



Monday, October 8, 2012

6 Meter Band Delta Loop

                                                6 meter mono band delta loop
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca. Terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana sudi datang menjengah blog yang tidak seberapa ini. Seperti yang saudara dan saudari maklum, posting kali ini berkaitan dengan 6 meter mono band delta loop.

Sebenarnya projek ini telah saya rancang tetapi oleh kerana ada kengkangan masa, maka ianya terpaksa ditangguhkan. Namun pada 27 Sept yang lalu, saya berkesempatan untuk melakukannya...

Terlebih dahulu, disini saya ingin terangkan sedikit bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan antenna ini, antara bahan-bahannya ialah :

  1. Wayar sepanjang 6 meter atau lebih sikit dalam 3 - 4 cm.
  2. dua batang tiub aluminium ( 2 meter setiap sebatang). jika anda ingin gunakan batang pancing pun boleh...
  3. 4 U bolt bersaiz kecil
  4. 3 batang Angle Bar, ( 1 kaki panjang setiap batang)
  5. 2 U Bolt bersaiz besar ( utk mengikat pole)
  6. dua wayar konektor
  7. 1 meter coax wayar 75 ohm ( coax ant tv/astro)
  8. sebatang pole dalam 10 - 15 kaki atau lebih, terpulang kepada anda...
Langkah - langkahnya:
  •  masukkan wayar 6 meter itu tadi ke dalam tiub aluminium ( 2 batang ) sepenuhnya.
  • kemudian buatkan bentuk segitiga dan pastikan kedua- dua tiub itu ada lebihan sikit wayar sekitar 1-2 inci..
  • kemudian pasang angle bar dan buatkan bentuk v, sebelum itu, buatkan bentuk V dahulu pada tiub untuk mendapatkan sudut yang sesuai bagi angle bar tersebut.
  • apabila sudah dapat sudut yang sesuai, ikat tiub tersebut pada angle bar dan ketatkan ia. ketatkan juga setiap skru pada angle bar supaya sudutnya tidak berubah. sila lihat gambar dibawah.
kemudian ambil coax 75 ohm dan sambung kepada wayar tersebut. bagaimana penyambungannya...itu terpulang kepada kreativiti masing-masing..

                                                         1 meter 70 ohm coax kabel

saya pula menyambung coax 75 ohm itu wayar conektor dan meletaknya didalam sebuah kotak hitam, dan membuat dua port skru untuk memudahkan penyambungan wayar 6 meter itu tadi. saudara/saudari boleh rujuk diagram dibawah dan terpulang kepada saudara/saudari untuk membuat penyambungannya.


 setelah semuanya telah selesai dibuat penyambungan, maka hasilnya adalah begini :

setelah delta loop ini dinaikkan, syukur ianya tidak mengalami apa-apa masalah, Malah bacaan SWR yang dicatatkan amatlah baik sekali, iaitu 1:5:1 dari fre 50.000.00 hingga 50.400.00. Julat fre tersebut sudah bagus dan sudah cukup bagi aktivti DX samada CW atau PHONE...dibawah ini adalah signal yang diterima olehnya. Kebetulan band 6 meter ini membuka dan ini hasilnya:


menerima signal dari 9m2/jg3tto, beacon 6 meter band dari Kuala Lumpur...

Sehubungan dengan itu, untuk menguji sejauh mana prestasinya. Saya mulakan dulu dengan projek beacon. Tujuannya adalah untuk menguji keadaan band serta antenna ini sekali. Dalam projek beacon ini, saya transmit dengan kekuatan 5 watt sahaja dengan selang masa 30 saat bagi setiap transmisinya dan TX pada fre 50.005.00MHZ. Laporan dari rakan-rakan amatlah dialu-aluka. Anda boleh menghantar laporan RX anda melalui email saya, 9m2zak@gmail.com ataupun melalui eQSL. Segala laporan dari anda amatlah dihargai sepenuhnya...


Terima kasih daun keladi diucapkan kepada saudara Azha 9w2bsx dan ustaz 9w2jjf kerana sudi menghulurkan bantuan serta tenaga dalam menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan bantuan yang diterima daripada anda berdua mustahil antenna ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, semoga kalian berdua senantiasa dirahmati olehNYA. Sekali lagi.. ucapan terima kasih dari saya...

Bagi rakan-rakan diluar sana, selamat mencuba dan happy homebrewing...73 dari Zaki 9m2zak...

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...