Listening – rahsia kejayaan dalam dxing
Dalam erti kata yang lain,
seorang dxer yang tegar boleh digelar sebagai seorang pemburu. Pemburu yang
hebat tahu apa yang diburu dan bila masa yang sesuai untuk memburu serta tahu
dimana buruan mereka berada. Mereka tidak buta-buta keluar memburu…mereka tidak
buta-buta cq di udara. Mereka tahu bila dan dimana mangsa mereka berada…ini
adalah rahsia kunci kejayaan mereka..
Sebab itulah kita kena
mendengar dahulu. Kita perlulah meninjau- nijau di setiap band untuk menangkap
stesen yang cq di udara. Perlu rajin memusing vfo ke sana ke mari. Mencari stesen yang jauh dan cuba cq. Lagi pun jika bernasib baik kita akan terserempak dengan rare station jika bernasib
baik. Kadangkala band hanya membuka dengan sekejap sahaja dan kemudiannya
hilang, ini selalu terjadi kepada high band seperti 10m – 12m 15m.
Kadangkala juga propogasi
hanya membuka di sesuatu tempat sahaja. Iaitu hanya kita dengan dia (dx station) sahaja.
Hanya stesen kita dan dia sahaja yang on air. Fenomena itu dinamakan selective propogation,
iaitu band open antara 9w2/9m2 dengan NA sahaja.
Ada juga yang berpendapat, kenapa mahu bersusah-susah…DX
custer kan
ada! Betul…DX Cluster memudahkan…tetapi ianya mudah jika kita adalah BIG GUN,
ianya mudah jika kita ada 1KW kasut..dengan kekuatan ini, kita dengan mudahnya
mencelah masuk ke dalam pile up rare station itu tadi. Maka sudah pasti rare
station tadi dalam genggaman kita.
Lagi satu kelemahan
berpandukan DX Cluster ialah masa yang tidak tepat. Apa yang tercatat pada
cluster itu bukanlah masa yang sebenar. Sebenarnya QSO itu telah pun
berlangsung mungkin 10 hingga 15 minit yang lalu. Yang pastinya propogasi pun
mungkin berubah jugak…
Sebab itulah kita perlu
mendengar, perlu rajin dan rajin memusing VFO. Jika bernasib baik, kita akan
berjumpa dengan weak station dan bonusnya pula ianya adalah rare station. Jadi
anda adalah orang yang pertama qso dengannya…hebat bukan!!!
Ok..berbalik kita kepada
listening itu tadi. Konsep listening ini senang sahaja. Kita mendengar di
setiap khz dan dengan perlahan – lahan bergerak menuruni atau menaik dalam
julat frekuensi yang ditetapkan. Contohnya 28000 hingga 29600. semasa
mendengar..berhenti seketika pada frekuensi yang ada aktiviti, dengar dengan teliti
samada station itu sedang dx atau contest atau ragchew. Jika dia sedang dx,
dengar betul betul samada dia split atau tidak. Selalunya dia akan mention up di
setiap penghujung panggilannya.
Cara yang berkesan sekali
semasa kita mendengar adalah dengan menggunakan headphones. Headphones membantu
kita untuk mendengar dengan lebih baik dan juga membantu mengurangkan bunyi
bising. Saya pasti…jiran kita mahupun xyl kita bukannya selesa sangat dengan audio
dari radio kita…mereka pasti rimas, rimas dengan bunyi noise tersebut. Lagipun dengan
menggunakan headphone kita juga mampu untuk mendengar weak station dengan lebih
baik sekali…
Tetapi kita perlu ingat,
tidak semua headphone mampu berbuat demikian. Ada headphone yang spesifik untuk musik
sahaja dan ada juga yang spesifik untuk komunikasi. Selalunya headphone untuk
musik adalah sekitar 50hz hingga 20000hz manakala headphone untuk komunikasi
pula sekitar 10 Hz hingga 22 hHz sahaja. Percayalah ada bezanya…anda akan
lebih mudah menangkap weak signal atau weak station dengan menggunakan
headphones range ini.
Setakat ini, headphones yang
terbaik untuk komunikasi adalah dari jenis HEIL. Anda boleh melayari web site
ini, http://www.heilsound.com –
pilihlah yang mana berkenan dihati namun apa yang pasti mereka amat pakar dalam
bidang mereka ini dan tidak akan mengecewakan anda…
Apabila pengalaman dalam
listening anda sudah meningkat, saya pasti anda akan dapat banyak manfaatnya.
Yang pastinya anda akan mudah menagkap rare station berbanding dxer yang lain,
dxer yang kurang mendengar..hehe. anda juga akan perasan yang kemahiran anda
dalam dxing ini juga meningkat, setelah beberapa lama..anda akan perasan yang
anda berupaya menangkap lebih banyak rare station berbanding dengan rakan-rakan
yang lain…selamat mendengar, 73 de 9m2zak