Monday, August 6, 2012

CW : Tips persediaan mental untuk calon – calon CW TEST 2012

Dalam kesibukan kita menjalankan latihan mendengar dan menerima sehari – hari, kita juga perlu faham kedudukan kita sebagai hamba ALLAH. Sebagai hamba ALLAH SWT, kita hanya mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya ALLAH SWT yang menentukannya. 
 
Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat – saat menghadapi ujian CW itu nanti, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini. Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
  1. Sentiasa bermunajat kepada ALLAH – Lakukan solat hajat dan pohon agar ALLAH campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi Ujian CW itu nanti. Minta pada ALLAH SWT agar dipermudahkan segala urusan semasa ujian cw itu nanti.
  1. Minta restu kedua Ibu bapa – Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda. Jika kedua ibu bapa sudah meninggal dunia, mintalah Isteri, adik atau kakak serta abang untuk mendoakan kejayaan anda.
  1. Banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran – Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. ALLAH SWT telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, yang mafhumnya. “ Sesungguhnya dengan mengingat ALLAH akan menjadi tenanglah semua hati” Bila hati sudah tenang, maka apa – apa urusan pasti akan menjadi mudah.
  1. Banyakkan berdoa – Pastikan anda tidak putus – putus dan tanpa jemu berdoa kepada ALLAH SWT. Selepas segala usaha dilakukan, hanya berdoa sajalah kepada ALLAH SWT untuk kejayaan anda dalam ujian cw itu nanti. Usaha dan doa adalah resepi kejayaan bagi setiap insan.


Ujian CW : Pelbagai gambaran negative

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh rakan – rakan atau calon CW apabila hampir dengan hari ujian cw ialah takutkan kegagalan. Walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri mereka ialah:


  1. Menyerah kalah sebelum berjuang – Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar cw jika sudah tahu hasilnya nanti, iaitu kegagalan. Mereka juga percaya yang mereka akan gagal dalam ujian berdasarkan kepada keputusan ujian-ujian yang dilakukan sendiri. Mereka cuba mendengar dan menerima, tetapi minda mereka sudah diprogram dengan kod “aku tidak boleh copy cw” dan ini akan membuatkan mereka terus ketinggalan.
  1. Merasakan belum bersedia – Keadaan ini berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar mendengar dan menerima cw dengan penuh ketekunan. Mereka rasakan yang diri mereka belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia – sia? Apa akan terjadi kalau lupa, dan mengira dit dan dah? Betapa malunya nanti kalau kawan – kawan yang kurang berusaha mendapatkan keputusan baik sedangkan aku berhempas pulas…semua ini bermain dalam fikiran mereka.
  1. Harapan rakan – rakan sekeliling yang terlalu tinggi – Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada mereka hinggakan mengganggu tumpuan mereka. Contoh yang ketara, jika mereka ini adalah wakil tunggal sesebuah daerah atau negeri. Sudah pasti ada tanggungjawab besar yang menanti mereka dan bebannya begitu berat sekali untuk digalas.


Ujian CW : Berfikiran Positif
Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas, anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau – kalau anda tidak menggunakan sisa – sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragui kebolehan diri anda.

Dalam berusaha, anda mesti berpegang kepada kata – kata seperti berikut.

Lakukan latihan setiap hari”
If you cant see it, you cant have it”
Something is better than nothing”
Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”

Kata – kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran.

Anda adalah orang yang sangat malang jika…..
  • Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana berada di tengah jalan anda…
  • Anda terlewat bangun dan terlepas sahur lalu anda salahkan pihak astro kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.
  • Anda disaman kerana memandu melebihi had laju lalu anda menyalahkan kereta kerana kereta tersebut boleh memecut dan mencapai kelajuan yang maksimum.

Anda sangat malang kerana….jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda, fikirkanlah…

Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga berjaya bagi calon – calon CW TEST 2012.
Best 73 de Zaki 9M2ZAK.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...