Pukul 1.07 pagi 17 Jun 2012 bersamaan dengan hari Isnin, cabaran CQ AA 2012 Contest ditamatkan kerana pada waktu itu, aku sudah tidak bermaya lagi. Kepala sudah menjadi sakit dan berdenyut - denyut disebabkan oleh badan yang terlalu letih. Itu isyarat yang menunjukkan bahawa cabaran AA ini perlu ditamatkan. Selepas hampir dua hari badan tidak mendapat rehat yang secukupnya. Itu penangan contest ini.
Cabaran CQ AA ini aku mulakan seawal jam 8.00 pagi iaitu 0000 UTC pada Jun 16 2012. Boleh dikatakan aku antara stesen yang terawal memulakan CQ. Dalam setengah jam yang pertama, aku memanggil di 14033.5mhz, tetapi oleh kerana selalu sangat dihimpit dan ditindan oleh stesen-stesen yang HIGH POWER, maka stesen kerdil ini terpaksa angkat kaki. Tiada pilihan dan tiada tempat parking, aku terpaksa QSY dari fre ke fre check in dalam panggilan rakan - rakan yang lain.
Dalam contest ini, aku memilih untuk beraksi dalam ALL BAND kerana memandangkan ketidakstabilan band- band dalam julat 40m hingga 10m. Pada hari pertama. band 10m langsung tidak menonjol, begitu juga dengan band 40m. Manakala band 20m dan 15m seperti biasa penuh sesak dengan rakan-rakan dari seluruh dunia memanggil dengan tanpa rasa jemu dan tidak berputus asa. Sepanjang 2 hari ini, band 20m dan 15m banyak membantu CQ AA ini dengan pembukaan yang stabil dan berterusan.
Pada cabaran hari kedua, band 10 meter pulak mengambil alih, secara tiba-tiba sahaja band 20m dan 15m menjadi sangat bising dengan QRM. Signal Noise pulak mencatatkan bacaan sehingga S6 - S7 bagi kedua - dua band, perkara itu terjadi sekitar jam 1.45 petang hari Ahad. Maka dengan segera aku angkat kaki QSY ke band 10m. Jangkaan tepat sekali, band 10m menjadi sunyi dan senyap sekali, sesekali kedengaran BAND SINGING memecah kesunyian band. Tanpa berlengah lagi, 28048.5 menjadi fre pilihan. Hanya dengan beberapa CQ sahaja, panggilan aku disambut, dan ianya berterusan sehingga jam 4 lebih. Selepas menjelang petang, keadaannya kembali bising dengan QRM seperti lazimnya.
Kali ini, Japanese Rig menjadi pilihan, Pesawat FT-77 dan MFJ-945E terpilih dalam membantu aku memburu mata dan DXCC selama 2 hari ini. Ternyata mesin tua ini masih lagi bertenaga dan cemerlang tanpa memberikan sebarang masalah kepadaku. Ianya langsung tidak buat hal seperti lazimnya. Selalunya FT-77 ini perlu dipanaskan dulu selama 10 hingga 15 minit untuk mengelakkan penyakitnya, iaitu DRIFTING tetapi syukur alhamdulillah. Gejala - gejala tersebut langsung tidak terjadi. Macam tahu - tahu sahaja yang khidmatnya itu amat diperlukan.
Dalbeam 3 band yagi pula menerajui segalanya. Band 20m - 15m - 10m menjadi tugasnya dalam dua hari tersebut. Memang ianya berfungsi dengan baik. Setiap stesen yang ditalanya memberikan respon dengan segera, tidak ada istilah AGN AGN, malah stesen - stesen tersebut terus memberikan RST dan AGE sebaik sahaja aku check in dalam CQ mereka. Terbukti bahawa signal aku diterima baik disana, semuanya sama ragamnya, semuanya sama responnya. Negara - negara seperti Argentina, Eropah dan Amerika Utara memberikan respon yang baik sekali. Tahniah kepada Dalbeam atas kecemerlangannya.
Dalam CQ AA ini, aku berjaya mengumpul mata sebanyak 72570 dengan 507 QSOs. Jika dibandingkan dengan contest - contest yang lain, 507 QSOs ini boleh membawa pungutan sehingga ratusan ribu, tetapi dalam CQ AA ini ianya lain. Ini adalah kerana jadual mata berikut:
80m band ....... 2 points per Asian QSO. 6 points per Non-Asian QSO.
10m band ....... 2 points per Asian QSO. 6 points per Non-Asian QSO.
20m - 15m band....1 point per Asian QSO. 3 points per Non-Asian QSO.
1 mata dan 2 mata untuk 1 QSOs bagi Asian, Mengikut statistik - aku memperoleh sebanyak 309 QSOs dari negara Jepun. QSOs majoriti dalam contest ini, 61 peratus contact dalam logbook aku adalah dari negara matahari terbit. Maka ianya sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah pungutan mata. Manakala yang selebihnya adalah dari serata dunia. Amerika Utara mencatatkan 46 QSOs, Asiatic Russia 17 QSOs, EU Russia 20 QSOs dan banyak lagi.
Setelah meneliti logbook beberapa kali, baru aku perasan, QSO dari benua Africa tiada dalam CQ AA ini. Tetapi ianya boleh dijangkakan kerana DALBEAM aku halakan sepenuhnya ke 30 darjah utara. Bukannya apa, jika hendak kumpul mata dalam contest, sesuai sekali kita tala ke negara Jepun kerana negara kecil ini mempunyai bilangan HAM yang paling ramai sekali berbanding Amerika Utara. Lagipun, contest ini dianjurkan JARL. Bagi ler sokongan sedikit...serta jangan khuatir, CQ kita pasti disambut di Jepun sana walaupun hanya satu station sahaja yang check in.
Sesuai dengan Contest Exchange, dalam contest ini, kita boleh study dan mengenal pasti purata umur yang aktif dalam radio amatur ini. Hasilnya menunjukkan bahawa umur 63 adalah majoriti dalam pungutan data semasa contest tersebut dan ianya adalah dari negara Jepun.
Golongan 60-an, atau golongan pencen begitu banyak sekali menyertai contest ini. Mungkinkah kerana mereka (60an) ini mempunyai banyak masa terluang dirumah? aku rasa mungkin....
Baiklah, setakat ini sajalah coretan saya dalam CQ AA ini. Semoga kita berjumpa lagi dilain post dan keluaran. 73 dari Kulaijaya...