Esok, tanggal 23 June 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, 3 Syaaban 1433 sejarah akan tercipta dalam dunia radio amatur di Malaysia. Dimana buat pertama kalinya, aktiviti DXING serentak di hampir seluruh negara akan dijalankan. 10m CQ Day ini akan bermula pada pukul UTC 0900, Malaysia Local Time 5.00 pm. Aktiviti Dxing ini melibatkan penglibatan seramai 15 Station dari segenap penjuru negara Malaysia. Antaranya ialah :
- 9M2ZAK 28.403
- 9M2ESM 28.417
- 9W2VAR 28.460
- 9M2KRZ 28.465
- 9W2SBL 28.470
- 9W2MZY 28.475
- 9W2SGN 28.480
- 9W2ZLH 28.485
- 9W2SBD 28.488
- 9W2JFF 28.490
- 9W2EJT 28.4988
- 9W2GEO 28.505
- 9W2VVH 28.511
- 9W2JDD/9W2CCM 28.515
- 9W2TS 28.520
dan disokong sepenuhnya oleh :
- 9M2ZAK
- 9M2ESM
- 9W2RMT
- 9M2GET
- 9M2BAL
Objektif aktiviti ini adalah tidak lain tidak bukan untuk memperkenalkan negara Malaysia ke seluruh dunia melalui gelombang radio. Ini adalah kerana melalui saluran inilah ( gelombang radio) kita dapat berkomunikasi dengan rakan - rakan lain di seluruh dunia tanpa sebarang halangan dan batasan.
Disamping itu juga, 9m2 land 10m CQ Day 2012 ini juga dapat memperkenalkan callsign 9W2, di dunia HF, dimana selama ini, prefix ini tidak beberapa dikenali oleh rakan - rakan lain di negara luar. Mereka hanya mengenali Prefix 9M sahaja, kerana 9M ada tercatat dalam peta Radio Amateur World Map keluaran syarikat Yaesu dari Jepun ini. Saya percaya, peta yaesu ini dimiliki oleh hampir seluruh peminat radio amatur dan sudah pastinya ia menjadi rujukan pertama mereka semasa mereka menjalankan aktiviti DXING mereka.
Sehubungan dengan itu, dengan perahan idea dan kerjasama dari rakan - rakan, maka terhasillah aktiviti ini. Ianya secara tidak langsung mengeratkankan lagi tali persaudaraan dan persahabatan dalam kalangan kita peminat radio amatur ini.
Pujian harus diberikan kepada 9w2sbd dan 9w2vvh kerana memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan aktiviti ini. Begitu juga dengan sokongan rakan - rakan dari Group My 10M group (My10Mg) yang tidak putus - putus memberikan sokongan dan dorongan untuk menjayakan aktiviti yang julung - julung kali diadakan ini.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, begitulah yang boleh diibaratkan kepada aktiviti DXING ini kerana seperti yang kita sedia maklum, band 10 meter ini, bukan seperti band- band yang lain. Band ini penuh dengan cabaran, band ini menuntut kesabaran, sesiapa yang kurang sabar, maka akan tersungkurlah dia. Manakala sesiapa yang sabar, maka kejayaanlah yang akan menghidu mereka.
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah, begitulah jua dengan aktiviti ini. Perlu diingatkan, dalam aktiviti Dxing ini, kita secara tidak langsung telah membawa nama Malaysia ke mata dunia. Negara Malaysia yang selama ini terkenal dengan penduduknya yang sopan santun dan berbudi bahasa janganlah dicemari keanggunannya. BerQSOlah dengan penuh tertib, penuh sopan dan santun kerana kita adalah DUTA kecil yang secara automatiknya mewakili negara yang tercinta ini.
Jadikanlah tatacara DXING kita, tatacara yang terbaik sekali, jadikanlah aktiviti ini sebagai aktiviti yang paling dikenang, yang paling ditunggu oleh semua station dari seluruh dunia. Biarkan mereka tahu yang station dari Malaysia ini adalah station yang memenuhi dan mengikuti semua DX CODE OF CONDUCT yang telah ditetapkan. Saya yakin. jika semua ini dijadikan panduan, aktiviti dxing ini akan dikenang dan ditunggu - tunggu oleh station dari seantero dunia....
see u in 9m2 land 10m CQ Day 2012...73 9m2zak.