Tuesday, May 29, 2012

Homebrew CW interface


Sebelum ini, puas aku merayau - rayau sekitar Johor Bharu dan Kulaijaya, mencari Projek Box yang sesuai untuk diletakkan interface ini. Akhirnya jumpa juga, tapi di Kulai juga. Bagus Kulai ni, macam - macam ada, kita hanya perlu rajin sahaja meneroka setiap kedai yang ada di bandar Kulaijaya. Untung badan..

CW interface ini mengambil masa hampir 3 hari untuk disiapkan. Cabaran yang paling getir ialah mendapatkan transistor 2n2222, iaitu jenis NPN. Pada mulanya aku hanya jumpa MPS2222A, tetapi ianya agak goyang sedikit. Irama cw menjadi seperti beralun, kadang kala dia menjadi lambat. Perkara yang sama juga berlaku kepada KSP2222A, selepas itu dicuba pula dengan PN2222. PN2222 boleh tahan juga prestasinya tetapi kadangkala apabila laptop dalam loading mode, transmisi akan menjadi slow, ia berubah dengan sendirinya iaitu dari 30WPM menjadi 20WPM.

Tiada pilihan lain, 2N2222A perlu didapatkan. Memang tiada disekitar Kulaijaya dan JB, tetapi dalam internet bersepah. Hanya dengan beberapa klik sahaja. 2N2222A menjadi hak milik. Memang ketara perbezaannya, licin, lancar dan bergaya sekali transmisinya. Difahamkan bahawa, 2N2222A ini adalah High Speed Switching Transistor. Patut ler cantik, Real Time TX.







Interface ini telah cemerlang beraksi dalam CQWW-WPX-CW 2012 tempohari. langsung tidak ada masalah, malah semakin cemerlang prestasinya. Jadi, sehubungan dengan itu, Aku belikan baju baru untuknya, supaya nanti tidaklah kesejukkan dikala menemani aku meneroka dunia ini nanti. Semasa WPX hari tu, Ia beraksi tanpa baju, namun tetap membanggakan. 73 9m2zak.

Sunday, May 27, 2012

CQ World - Wide WPX Contest : 9M2ZAK


Berakhir sudah CQWW-WPX Contest CW pada tahun ini. Dalam contest kali ini, penyertaan dari negara Malaysia agak meriah juga, antaranya 9M2SM, 9M2MT, 9M2TO, 9M2ZAK, 9M6XRO, 9M2JKL, 9M2/JE1SCJ, 9M2BDX, 9M6YBG dan sebagainya. Kenapa sebagainya, mungkin ada juga stesen yang lain menyertainya cuma tidak kedengaran di corong telinga aku sahaja.


Walaubagaimanapun, aku ucapkan tahniah kepada semua stesen yang menyertai contest ini kerana memberi persaingan sengit dan membawa nama negara Malaysia ke persada dunia. Dalam CQWW-WPX 2012 kali ini, rekod peribadi aku telah berjaya dipecahkan, dipecahkan oleh aku sendiri, iaitu pada tahun 2011, aku berjaya mengutip 1710 mata, dikutip dari band 20m, manakala pada tahun ini, 2012 - aku berjaya mengutip 86193 mata dan ianya dikutip dari band 40m - 20m - 15m - 10m. Peningkatan sebanyak 6983 mata. Itu pun selepas 12 jam ke udara. Hari Ahad penuh dengan jemputan.


Jika hendak dibandingkan dengan stesen - stesen yang lain, berapa sangatlah kutipan mata aku ini. Aku percaya, rakan - rakan lain seperti dari kepulauan Borneo sana tentu cemerlang dengan ratusan ribu pungutan mata mereka. Namun aku tetap berbangga dengan pencapaian aku ini kerana bukan mudah untuk menyertai contest ini, ianya penuh dengan cabaran dan dugaan. Perlu bersaing dengan stesen -stesen yang  empat angka kuasa pemancaran mereka, perlu sabar dalam memanggil cq dicelah - celah bot besar, perlu rajin angkat kaki jika ditindan oleh BIG GUN dan perlu sabar jika dibuli oleh HIGH POWER stesen.


Dalam contest kali ini, aku berjaya bekerja dengan 159 WPX ( 225 QSOs) dengan 54 ( 40m), 57 (20m), 77(15m) dan 12(10m). Jumlah DXCC yang terkumpul pula adalah 134 DXCC. 134 DXCC dalam masa 12 jam. Boleh tahan, sebab itulah aku suka menyertai contest, peluang untuk kutip dxcc cerah sekali kerana hampir seluruh dunia menyertainya. Aku juga berjaya bekerja dengan 5 benua dalam contest ini, Berjaya mengutip call dari benua AS, EU, NA, OC, dan SA.


Keadaan band pulak pada minggu ini amat baik sekali, terutama band 15m dan 40m. Begitu stabil sekali dan tahan lama. Manakala band 20m dan 10m mengalami prestasi flip flop, turun naik prestasinya. Hasilnya, band 15m dan 40m menjadi penuh sesak, hampir setiap khz diduduki. Stesen kecil macam kita ini langsung tidak ada peluang



Namun itu dianggap sebagai cabaran, cabaran dalam CQWW-WPX-CW Contest. Jumpa lagi pada tahun hadapan. 73 9m2zak Kulaijaya

Sunday, May 20, 2012

ZAK 1.05 CW interface

Setelah sukses dengan V1.01, V1,02, V1.03 dan V1.04. Kali ini, aku melangkah setapak lagi dengan ZAK V1.05 pula. Interface kali ini, agak berlainan sedikit dengan penambahan 2 unit 1N4148 dan  2 unit 0.01uF. Perbezaan memang ketara dengan penambahbaikkan ini. Apa yang ketara adalah kualiti transmitnya. Kali ini, ianya tidaklah beralun dan berdempeh - dempeh. seperti kereta yang mengalami masalah karburator. Ini adalah kerana nilai voltan adalah stabil. Nilainya tidak berubah iaitu sebanyak 5.87v tetap sehingga habis transmit.



Proses seterusnya pula adalah menghasilkan casing. Untuk memberi dan menaikkan nilai homebrew, aku bercadang untuk meletakkannya dalam casing daripada barangan terpakai...samada tin gula-gula atau sebagainya. Baru nampak macam homebrew dan rugged sikit. Apa pun, nantikan kemunculannya sebab sekarang masih belum jumpa lagi baju yang sesuai untuknya..

73, 9m2zak

Friday, May 18, 2012

My 15 meter band report

Malam tadi, band 15 meter kedengaran membuka amat cantik sekali. Bacaan signal noisenya sangat rendah, iaitu sekitar S0 - S1, memandangkan keadaan band sedemikian rupa, aku cuba cq untuk menguji sejauh mana pembukaannya. Memang dahsyat betul, hanya sekali cq, sepuluh station yang mari. selepas beberapa minit, aku terus berada dalam mode Pile Up. Aku pula berada dalam mode mengantuk, memang mengantuk teramat sehinggakan terangguk - angguk mengikut irama cw... setelah beberapa minit, aku ambil keputusan untuk tidur dan terpaksa send QRT. Maaf rakan - rakan, aku faham..aku pun Dxer seperti anda, Peluang sebegini memang jarang diperolehi. Tetapi apakan daya, kehendak alam perlu dipenuhi...badan perlu rehat. Lain masa dan ketika jika keadaan band membuka cantik, kita boleh bersua lagi...

Band : 15 meter
Frequency : 21001.7 mhz
UTC :  1418 - 1606z
Mode : CW
Operator : 9M2ZAK
Country Prefix :
OM-5, OZ-1, S5-4, SM-4, SP-10, SV-1, SV9-1, UA-19, UR-12, 4X-1, 9A-1, 9K-1, DL-12, E7-2, EA-1, EK-1, ER-1, F-5, G-3, GI-1, HA-4, I-1, LA-2, LZ-4, OE-1, OH-3, OK-4
Zone :
Zone 14 - 29, Zone 15 - 35, Zone 16 - 32, Zone 20 - 7, Zone 21 - 2

WPX Prefix : 105 STATION
4Z0 - 1, 9A1-1, 9K1-1, DJ1-1, DJ6-1, DK7-1, DK9-1, DL0-1, DL1-4, DL2-1, DL4-1, DL8-1, E73-2
EA3-1, EK1-1, ER1-1, F4-1, F5-2, F6-2, G0-2, G3-1, HA0-1, HA5-1, HA6-1, HA8-1, I1-1, LA1-1
LA6-1, LZ1-1, LZ2-1, LZ3-1, LZ5-1, MI0-1, OE5-1, OK2-1, OH5-1, OH8-1, OK1-2, OK2-2, OM0-1
OM2-1, OM3-1, 0M4-1, OM5-1, OZ8-1, R4-1, RA4-3, RA6-1, RD3-1, RN4-1, RU3-2, RV3-1, RW3-1
RW4-1, RX3-1, S51-1, S53-2, S57-1, SA0-1, SM4-1, SM5-1, SM7-1, SP2-1, SP3-1, SP5-3, SP6-1,
SP8-1, SP9-3, SV1-1, SV9-1, UA3-5, UA6-1, UR4-1, UR7-1, US0-1, US5-1, UT1-1, UT6-6, UT7-1, UU7-1, UU8-1, UU9-1, UX8-1, UY5 - 1

Country
ISRAEL - DENMARK - SLOVENIA - SWEDEN - POLAND - GREECE -
CRETE - EU RUSSIA, UKRAINE - CROATIA - KUWAIT - GERMANY -
BOSNIA HERZEGOVINA - SPAIN - AMENIA, MOLDOVA, FRANCE,
ENGLAND,  NORTHERN IRELAND,  HUNGARY, ITALY, NORWAY,
AUSTRIA, FINLAND, CZECH REPUBLIC



sebahagian eQSL yang diterima sejurus selepas QSO.

73, 9m2zak

Sunday, May 13, 2012

9m2zak eQSL

Ini adalah desigin terbaru Eqsl kad aku, ianya menggantikan Eqsl yang lama seperti di bawah ini. Semoga rakan - rakan berbesar hati menerima eQSL aku ini. Untuk pengetahuan rakan - rakan, Ini adalah gambar kampung halaman kawan. Kuala Perlis, Perlis.Gambar ini diperoleh dari Facebook. Terima kepada rakan di Kuala Perlis yang upload gambar ini. Terubat rindu kat kampung..

Ini pula eQSL yang pertama sekali, semenjak aku berjinak-jinak dengan Radio ini. Hanya menggunakan gambar yang tersedia ada dalam laman eQSL.cc, QSL ini aku anggap sebagai langkah pertama aku...selepas semakin selesa dengan laman eqsl.cc ini, aku mengambil keputusan untuk mengubah sedikit designnya, bukannya apa...saja hendak mencari kelainan. Dibawah ini adalah design yang kedua...

Hanya copy balik, QSL card aku dan jadikannya sebagai eQSL, itu saja. Sebenarnya malas nak design semula...hmm..lama juga dengan kad ini. Apa pun untuk mencari kelainan dan elakkan kebosanan. Perubahan dilakukan...

Harap dapat berjumpa dengan anda di frekuensi nanti....73 Zaki 9m2zak.

Friday, May 11, 2012

The 56-th CQ-M International DX Contest - 2012

9m2zak will QRV on this contest as Single operator all bands CW ( SOAB CW). 

The Union of Radioamateurs of Russia ("Soyuz Radiolyubitelei Rossii") has the honour to invite all radio amateurs from around the world to participate in the 56th annual CQ-M ("CQ-Mir", "Peace to the World") International DX Contest – in May, 2012. The primary goals of the CQ-M Contest are to unite people in peaceful coexistence, foster mutual understanding, and engage in sportsmanship and cooperation through amateur radio.

The CQ-M contest is held every year on the second full weekend of May.
In 2012 the contest commences 12th May at 12.00 UTC and ends 13th May at 11.59 UTC. Period of operation – 24 hours. 160, 80, 40, 20, 15 and 10m bands may be used.  Modes: CW and SSB.
A station may be worked twice on each band: once on CW and once on SSB.

 In each sub-category of the following categories, competition is among all participants of that sub-category (World standing), within each continent (Continental standing), and within each country and territory of the world as defined by the "P-150-C" award country list (Country standing).
Only one transmitted signal is permitted at any one time for all categories (except MOST, see below).

2.1. SOSB: Single operator – Single band:
SOSB CW: CW only.
SOSB SSB: SSB only.
SOSB MIX: Mixed mode (CW and SSB).

2.2. SOAB: Single operator – All bands:
SOAB CW: CW only.
SOAB CW: SSB only.
SOAB MIX: Mixed mode (CW and SSB).
SOAB QRP: QRP, output power limit is 5 watts PEP.
SOAB CW LP: CW only – Low power, output power limit is 100 watts PEP.
SOAB SSB LP: SSB only – Low power, output power limit is 100 watts PEP.
SOAB MIX LP: Mixed mode (CW and SSB) – Low power, output power limit is 100 watts PEP.

 MOST: Multi operator – Single transmitter, All bands, Mixed mode (CW and SSB):
– participants in this category must observe the "10-minute rule" for band changes; the start of operation on a new band is determined by the time of the first contact on that band.
– only one transmitted signal is permitted at any one time; two simultaneous signals are allowed on two different bands only when the station worked on the second band gives multiplier credit. That second band for multiplier credit may be changed only after 10 minutes from the moment of the first contact made on that band. Contacts made on that second band which give no multiplier credit (i.e. made by mistake), must be included in the log; there is no penalty for these contacts; but these contacts must be included in the log for the benefit of the other station.

2.4. SWL: Short-wave listeners, All bands, Mixed mode (CW and SSB).

2.5. Veteran (for CIS countries only): World War II veteran, All bands, Mixed mode (CW and SSB).
 Exchange of RS or RST, and QSO serial number (starting from 001) is required for all contacts.


4.1. Participants from the Russian Federation:
– QSO with the same federal district of Russia – 1 point;
– QSO with another federal district of Russia – 2 points;
– QSO with another country of Europe or Asia – 2 points;
– QSO with another country of North America, South America, Africa, Oceania, Antarctica – 3 points;
– QSO with any maritime mobile station ("/MM") – 3 points.

4.2. Participants from other countries of the World:
– countries of Europe and Asia: any QSO with Russian Federation – 2 points;
– countries of North America, South America, Africa, Oceania, Antarctica: any QSO with Russian Federation – 3 points;
– QSO with own "P-150-C" country – 1 point;
– QSO with another "P-150-C" country (except Russia) on the same continent – 2 points;
– QSO with another "P-150-C" continent (except QSOs with Russia) – 3 points;
– QSO with any "/MM" station – 3 points.
The "P-150-C" award country list can be found here: www.srr.ru/AWARD/r150s_list_e_new.php

 4.3. Participants of SWL category:
– complete logging of the first station and only the callsign of the second station ("single-side SWL") – 1 point for that first station;
– complete logging of both sides of a QSO – 3 points.
The same callsign may be logged only once on a band for QSO points credit. In single-side SWL, that second callsign may be logged no more than 10 times on a band.

 Each country in the "P-150-C" award country list counts as a multiplier only once on each band. "/MM" stations do not count as multipliers. SWLs have no multipliers. The "P-150-C" award country list can be found here: www.srr.ru/AWARD/r150s_list_e_new.php

 The final score is the sum of QSO points on all bands, multiplied by the sum of multipliers on all bands.

 7.1. Plaques and certificates will be awarded to the world's top scoring stations in each sub-category of SOAB and MOST. Ten or more stations must be in the final listing before an award will be made for that sub-category.
7.2. Medals and certificates will be awarded to the world's top scoring stations in every sub-category of SOSB. Five or more stations must be in the final listing before an award will be made for that sub-category.
7.3. Medals will be awarded to each participant in the Veteran category.
7.4. Certificates will be awarded to:
– world's 2-5 positions in each sub-category of SOAB and MOST;
– world's top three in the SWL category;
– continental's top three in each sub-category of SOSB, SOAB and MOST;
– each country's winner in each sub-category of SOAB and MOST following the "P-150-C" award country list.
A minimum of fifty QSOs must be made for a certificate to be awarded.
7.5. In 2012, all the awards are donated by contest sponsors.

 9.1. Computer log.
Please send Cabrillo log by e-mail:
– name you log "CALL.CBR", where "CALL" is your callsign;
– attach single log file to one e-mail;
– put your callsign and category in the e-mail's subject line, e.g. RA3AA SOAB CW LP;
– please put your comments and describe your equipment in the body of the e-mail;
– a confirmation will be sent in two weeks; if no confirmation received, please try to send your log again or send a query to ua0agi(at)andys.ru
– you may send your log on 3.5" computer disc, CD or DVD.

Monday, May 7, 2012

My New DXCC : 3A2LF and 7X3WPL

                                                          7X3WPL MY NEW  DXCC #203

                                                        3A2LF my new DXCC #202

Selepas habis layan, History Channel mata tak dapat lelap pulak. Masih lagi dalam keadaan segar bugar. Memandangkan keadaan band 15m cantik malam ni, aku mengambil keputusan untuk DXing, dengan harapan mata ini akan terlelap ketika asyik menikmati irama cw tu nanti...

Yagi masih lagi dihalakan ke arah 280 darjah. Biarlah dia ke arah tu. lagi pun aku tidak mengharap apa-apa pada malam ni. Hanya untuk melepaskan boring sahaja...

Boleh tahan juga 15m malam ni. Hampir kesemua fre diduduki. Jadi aku naik ke atas, dxing di 21003.3. Tak sampai seminit panggilan aku dijawab. semakin lama semakin banyak pula check in. rata - rata dari negara EU. ada juga yang datang dari Asia.

Akhirnya keadaan menjadi pile up, berduyun-duyun nak masuk...tapi dalam kekalutan tu, terdengar juga callsign yang agak pelik. Maka laluan diminta kepada yang lain supaya memberi laluan kepada callsign 3A2...Memang betul..3A2LF 599 599 dari Monaco masuk ke Kulaijaya. Tahniah diucapkan kepada diri sendiri...kemudian selang beberapa minit kedengaran pula callsign yang tak biasa didengar..ambik kau lagi..
7X3WPL 599 599 juga masuk dari Algeria ke Kulaijaya. Syukur kepada allah kerana memberi aku 2 DXCC baru pada malam yang sejuk ni. Aktiviti dx diteruskan lagi..dengan harapan akan ada yang baru check in...tetapi takde...namun aku tetap melayan rakan - rakan dari EU dan Asia check in dalam dx aku.Memberi mereka peluang merasa bekerja dengan negara kecil Malaysia ini....

hasil malam tadi...dapat 46 station yang rata-ratanya dari EU...

SM6CUK  UT4FM  Z3PY  UT6EC  SP3GCL  IK2TYP  4L1MA  OM3SX  IK2GRA 

RN1A  OM8LA  OK2BUT  SP6CES  7X3WPL  OH6NVT  OH2BN  SP5IR   IK3JLS

SP7ATA  RW3AO  3A2LF  IT9XUA  DJ5EJ  F4ENK  IK1IYU  UW5SW  OK2LA

IZ3MGN  F5RU  EA1EYN  EA3AV  UW2XW  UA4LFR  SP3AMZ  IK7NXU  OK1AHJ

UR5HMF  F4GFP  DJ3DX  YU7YZ  RU6LC  DJ2IA  EA5KU  SP9NLI  DL3LSM  PA0BW

73, 9M2ZAK



Sunday, May 6, 2012

My 10 meter band report. 6 May 2012



 Cuaca pada hari mendung sepanjang hari. Panas pada awal paginya dan kemudian hujan lebat serta kilat berlaku pada tengahari. Selepas keadaan reda, cuaca menjadi mendung sepanjang hari hingga ke saat artikel ini ditulis.


Hari ini, aku halakan yagi ke 290 darjah. Kerana aku yakin, yang aku akan bertembung dengan EU yang pada masa kini menghalakan yagi mereka ke arah negara Yaman. Perhatian dunia kini, bertumpu ke Yaman kerana mereka ingin mendapatkan QSO dengan station DX dari sana, iaitu 7O6T yang diaktifkan oleh beberapa rakan dari Russia. Boleh klik disini untuk maklumat lanjut mengenai mereka.

http://www.yemen2012.com/index.php

Jadi boleh dikatakan yang aku ini, mengambil kesempatan ke atas mereka. Mungkin juga...tapi kemungkinannya ada kebenarannya. Ini adalah kerana Yaman terletak 285 darjah dari Kulaijaya.
dan EU pula dalam 300 darjah. Jadi akan berlaku pertembungan antara kami.


Objektif DX aku, bukanlah untuk merampas semua EU station daripada 7O6T tu. tapi sekadar suka-suka sahaja dan mengisi masa lapang petang aku disini. Lagipun aku yakin, akan ada rakan - rakan dari EU sana akan gatal - gatal tangan pusing tombol VFO mereka meneroka khz yang lain kerana letih dan jemu mencuba untuk bekerja dengan 7O6T yang pasti sedang BIG PILE UP. Lagipun aku hanya nak DX dalam sejam lebih sahaja. Ikhlas DX aku ni...

Untuk menunjukkan keikhlasan. aktiviti DXing aku dilakukan di atas fre DX 7O6T, iaitu 28024. Ini adalah kerana mereka sedang beroperasi secara split. dan up sehingga 5 ke 15khz. Jadi untuk tidak mengganggu mereka, aku lepak di 28005. Tiada siapa pun kacau aku disini....memanggil dan terus memanggil...hasilnya...

IZ3NYG  IQ9GG  OK1AYU  IK1XPP  F5IEP  DL5FU  DL5ZB  RW3XW  IQ2LS  DL3YM  DL5AXX

RN3QR  UA3UAT  RK3TT  IR7C  RX6LBQ  IQ0PG  HB9CYV  UA9CBM  R7BM  DH8VV

Band : 10 meter
Fre : 28005
Operator : 9M2ZAK
Hour : UTC 9  = 4  QSOs
           UTC 10 = 17 QSOs
Radio NR : 1
Ant : 3 Band 10m-15m-20m Yagi
Mode : CW
Speed : 30 - 28 WPM

Country Prefix :
DL - 5, F-1, HB-1, I-6, OK - 1, UA-6, UA9 - 1

Zone :
14-7, 15-7, 16-6, 17-1, 21-2, 25-1

WPX Prefix :
DH8-1, DL3-1, DL5-3, F5-1, HB9-1, IK1-1, IQ0-1, IQ2-1
IQ9-1, IR7-1, OK1-1, R7-1, RK3-1, RN3-1, RW3-1, RX6-1,
 UA3-1, UA9-1

Jangkaan aku tepat sekali...73 9m2zak.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...