9 haribulan March 2012 ( Jumaat ) bertolak dari PPD Ledang menuju ke KLIA. Kontinjen bertolak dari PPD Ledang pada pukul 2.00 pagi kerana penerbangan ke Labuan adalah pada pukul 6.45 pagi. Setibanya di KLIA, iaitu pada pukul 4.00 pagi. Kami dimaklumkan bahawa penerbangan terpaksa di tunda ke pukul 6.45 petang kerana pesawat mengalami sedikit masalah teknikal. Pengumuman itu mengejutkan semua pihak, manakan tidak, semua terpaksa berada di KLIA selama 12 jam lagi untuk penerbangan seterusnya. Setelah mesyuarat bersama jurulatih dilakukan, kami semua sepakat untuk berada disekitar ruangan Departure dan berehat disitu untuk 12 jam lagi.
Apabila perkara ini berlaku, maka peningkatan kos pun juga berlaku. Ini adalah kos makanan dan minuman di KLIA amat tinggi sekali. Nasi lemak telur serta Nescafe panas kosnya adalah RM 7.50. RM 5.00 untuk Nasi Lemak dan RM 2.50 untuk Nescafe. Tetapi apakan daya, perut perlu diisi. Pada mulanya, kami bercadang untuk mengalas perut dengan hanya menjamah roti sahaja. Tetapi ianya tidak berkesan. Ini adalah kerana, apabila badan tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup. Maka kadar metabolisme badan akan meningkat sedikit dari kebiasaan. Akhirnya semua mengambil keputusan untuk makan nasi lemak di Cafeteria dan anggap ianya sebagai sahur kerana kami bercadang untuk makan dalam pesawat pula.
Syukur alhamdullilah, keadaan di KLIA begitu selesa sekali. Keselesaan dari semua aspek. Aspek makanan dan minuman - terbaik saya berikan. Aspek keselamatan - 5 bintang dari 5 bintang juga diberikan. Setiap penjuru KLIA kelihatan anggota polis dan tentera mengawal dan memantau kedaan dan mereka pula menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Tidak kelihatan langsung air muka kebosanan di wajah mereka, malah semangat menjaga dan mempertahankan negara begitu ketara kelihatan dari bahasa tubuh mereka. Terima kasih diucapkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia dan Tentera Darat Diraja Malaysia.
10 haribulan March 2012, 6.45 petang, kami bertolak dari KLIA Sepang menuju ke W.P Labuan. Syukur alhamdulillah. kami selamat sampai ke Labuan pada pukul 9.45 malam dengan jayanya. Ketibaan kami disambut oleh beberapa pegawai dari JPN WP Labuan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Warga Labuan ini sungguh peramah belaka. Pengangkutan bas disediakan oleh JPN WP Labuan untuk Kontinjen Johor berulang alik dari tempat penginapan ke tempat pertandingan. Penginapan kontinjen Johor adalah di SM Sains Labuan, manakala tempat pertandingan MSSM Ping Pong adalah di Dewan Besar Bangunan Ujana Kewangan WP Labuan. Dewan Besar Ujana Kewangan ini amat luas sekali. Ianya boleh memuatkan 1152 penonton. Ini bermakna 15 pasukan dari seluruh negara dapat dimuatkan dalam dewan besar ini dengan selesa sekali. Tahniah diucapkan kepada pihak pengelola kejohanan iaitu JPN WP Labuan kerana menyediakan segala kemudahan ini.
Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
Pihak Pengelola juga menyediakan kemudahan surau untuk pegawai Islam. Mereka menyediakan sebuah bilik khas di hujung dewan untuk kemudahan pegawai bersolat dan berehat. Dengan kemudahan ini, pegawai tidak perlu keluar dari dewan untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka sebagai seorang muslim. Syukur alhamdulillah. Kemudahan tandas juga disediakan. Tandas untuk pemain dan pegawai adalah berasingan. Tandas pula begitu bersih dan luas. Difahamkan bahawa segala kemudahan ini adalah untuk golongan VIP jika ada majlis atau mesyuarat atau seminar atau kursus dijalankan di dewan ini, dan dewan ini juga berhawa dingin dengan suhunya sekitar 20 darjah celsius. Keselesaan yang tiada bandingannya. 11 dan 12 haribulan digunakan oleh kontinjen untuk merehatkan badan selepas 1 hari setengah menempuh perjalanan. Kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya. Setiap perkara itu ada hikmahnya. Hikmah kontinjen Johor bertolak awal adalah kami dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran Labuan ini dari segi cuaca, masa dan makanannya. Semuanya berbeza disini, yang paling ketara adalah cuaca. Cuaca disini sejuk dan nyaman sekali udaranya. Angin sepoi - sepoi senantiasa bertiup dari segenap penjuru dan suhu persekitaran pula tidaklah terasa bahang. Berbeza sekali dengan Semenanjung Malaysia. Keadaan persekitaran dan masa jugak berbeza. Disini jam 6.30 petang sama keadaannya dengan 7.30 petang di Semenanjung. Alah bisa tegal biasa, lama - kelamaan kami biasa juga.
Hari ini, 13 hb Mac 2012, perlawanan dimulakan. Perlawanan peringkat kumpulan akan dimulakan dahulu. Pasukan Johor berada dalam kumpulan C bagi Lelaki 18 bersama dengan negeri Sarawak dan Kelantan. Manakala Perempuan 18 pula berada dalam kumpulan D bersama dengan Negeri Sembilan, Kelantan, dan Labuan. Lelaki 12 tahun pula berada dalam kumpulan B bersama dengan Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan. Perempuan 12 pula diletakkan dalam kumpulan C bersama-sama dengan negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Semoga pasukan Johor dapat bertanding dengan penuh semangat tanpa mengenal erti lelah dan penuh dengan semangat kesukanan serta setiakawan. Menang kalah adat permainan, semangat ditonjol cetus kejayaan.
Sempat juga dx di 40m, hasilnya pada 12 Mac 2012
- UA5FC 559/599
- 9M2NAM 55/59
- YC6CDN 55/59
- V85DX 53/59
- JA1KIS 559/599
- DU2US 559/599
- DS1RLG 559/599
- JF1TTN 559/599
- JH4PXG 559/599
- JH2UZR 559/599
- JH2XLV 559/599
- BG4ACE 559/599
akan bersambung lagi..