Selama 4 hari latihan Pusat MSSM Ping Pong diadakan di sini, iaitu bermula dari 7 Mac hingga 10 Mac 2012, kemudian 11 Mac hingga 18 Mac pula kontinjen akan berangkat ke Labuan untuk menyertai Pertandingan Ping Pong MSSM Labuan. Tugas berat menunggu aku disana kerana sebagai pengurus kontinjen, JPNJ mengharapkan sesuatu dari kontinjen. Insyaallah...selagi hayat dikandung badan, selagi itulah aku akan memberi yang terbaik sedaya aku sebagai manusia...
Sambil menyelam minum air, pepatah orang dulu-dulu memang ada benarnya... selari dengan hobi aku iaitu radio amatur ini, kesempatan ini aku gunakan sepenuhnya, menguji kemampuan radio dan antenna tidak kira dimana sahaja berada. Aku percaya, rakan-rakan yang pun sama jugak dengan aku, jika mereka ada kesempatan...
Military Dipole
Dipole ini dipasang hanya 6 kaki dari tanah. Ini adalah kerana coax yg dibawa oleh aku hanya sepanjang 20 kaki sahaja. Jadi ianya tidak cukup untuk aku memasang tinggi dipole tersebut. Cukuplah sekadar 6 kaki sahaja. Aku sedar, dalam ketinggian tersebut nilai db aku akan turun, silap haribulan zero db, tapi aku anggap itu sebagai cabaran buat aku dalam permainan ini. Namun dalam keadaan antenna yang sedemikian rupa, aku masih lagi dapat transmit. Dapat juga aku QSO di 40m bersama 9m2nam, yc6cdn, 9m2ody dan 9m2esm. Ternyata dipole ini menunjukkan taringnya. Memang sesuai dinamakan Military Dipole antenna ini, boleh beraksi dalam apa jua keadaan dan tempat.
Manakala bacaan SWRnya pula cantik, pada band 40m, ianya langsung tidak memerlukan antenna tuner, dipole ini hebat di 40m, bermula dari 7002 hinggalah ke 7140, 1:1 bacaan diberikan. Manakala band 20m hingga band 10m, ianya memerlukan antenna tuner untuk beraksi. Itu sudah dikira bagus tu namanya.
Signal noise disini amat membanggakan, ianya amat rendah sekali, iaitu sekitar S0 - S1, Mungkin kawasan ini jauh dari kawasan bandar dan agak terpencil sedikit, maka secara tidak langsung, ianya pun bebas dari segala QRM dan QRN yang selalu membelenggu kita.

Dalam pada itu, kedengaran callsign Pak Nordin, 9m2nm disebut oleh Pak Daud dan Pak Nasir. Berulangkali aku cuba mendengarnya tetapi hampa, tetapi menurut Pak Daud, Pak Nordin sedang memanggil aku dan beliau dapat copy audio aku di Pahang sana. Maaf Pak Nordin, audio Pak Nordin tidak dapat dicopy disini. Sebelah malamnya pula, aku berjaya QSO dengan 9m2ody, tapi kali ini aku transmit dengan kekuatan 5 watt dan RST yang diberikan oleh Ody adalah 56 - 57. Wah...bagusnya....terima kasih Ody.
Terima kasih atas kunjungan rakan-rakan Ham sekitar Ledang, esok pagi insyaalah jika ada kelapangan, kita sarap dengan sate Muar, terbaik...
73 9m2zak/p