Pada hari Ahad yang lalu, dunia digemparkan lagi dengan letusan solar yang amat besar sejak 7 tahun yang lalu. CME ( Coronal mass ejection ) meletus dengan besarnya dan terus menghala ke bumi.
CME yang amat besar ini meletus pada hari Ahad yang lalu, iaitu dikala semua penduduk dunia yang berbangsa Tiong Hua sibuk dengan persiapan menyambut tahun baru cina. CME ini juga menyebabkan aurora kelihatan di Utara UK dan Scotland pada malam tadi. Fenomena ini dijangka akan berterusan selama 2 hingga 3 hari lagi.
Fenomena Aurora
Apa itu CME?, CME ialah (Coronal Mass Ejection) iaitu ledakan atau letusan besar ribut matahari atau suria yang dilepaskan ke angkasa. Ledakan ini selalunya melepaskan jirim, medan magnet dan sinaran elektromagnet yang amat banyak ke dalam angkasa. Manakala bahan yang diledakkan itu adalah plasma yang terdiri daripada elektron dan proton. Ledakan ini juga dikaitkan dengan perubahan dan gangguan yang hebat yang berlaku dalam medan magnet matahari.
Ketika saya menulis di blog ini, bacaan fluks proton telah mencapai pada tahap yang tertinggi sekali dalam tujuh tahun kebelakangan ini.Di bawah ini adalah bacaan kelas M pada awal pagi 23hb Januari 2012.
Dijangkakan kemungkinan propogasi gelombang radio akan membuka dengan cantik terutama sekali bagi band 10m dan 6 meter. Manakala bagi Low band iaitu Band 40m ke atas, ianya boleh terganggu, malah akan tertutup terutamanya bagi kawasan utara dan tahap QRM iaitu bunyi bising pula akan menjadi terlalu tinggi. Mungkin mencecah sekitar S8 - S9. Sama - samalah kita berdoa kepada Allah agar perkara ini bertambah baik.
Apakah kesan CME ini kepada kita? bagus soalan tu.... Bagi pengamal radio amateur, ianya amat dinantikan kerana sistem komunikasi radio akan menjadi bertambah baik kerana lapisan F2 dan F3 akan dipenuhi dengan ion - ion yang akan membalikkan kembali pancaran radio ke bumi.
Dari sudut lain pula, CME ini boleh merosakkan satelit, semestinya akan berlaku gangguan dalam talian telefon kita, boleh merosakkan transformer elektrik TNB - pasti bekalan elektrik akan terputus sehinggakan boleh mengakibatkan gangguan elektrik berpanjangan akan berlaku. Apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik sudah pasti bermacam gangguan pula akan menyusul...
Bagi manusia pula, kita akan berdepan dengan risiko terdedah kepada radiasi yang berlebihan. Kesan jangka pendeknya adalah mungkin akan menyebabkan kerengsaan kulit, tetapi kesan jangka panjang pula mungkin akan meningkatkan risiko barah kulit. Jadi sebagai langkah pencegahan, dinasihatkan agar jangan lakukan aktiviti luar dalam seminggu dua ini. Demi kebaikkan kita bersama...Anda boleh mencari lebih banyak lagi info mengenai CME ini di www.solarham.com dan boleh memahami dengan lebih lanjut kesan radiasi ini di
http://www.majalahsains.com/
http://www.majalahsains.com/
http://9m2pju.blogspot.com/2011/12/kesan-radiasi-matahari.html
Membaca itu amalan yang mulia.. 73, zaki 9m2zak