"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Al'Alaq: 1-5)
Hari ini menerima sepucuk surat yang boleh dikatakan besar. Pada mulanya ingatkan QSL saiz A4, tetapi apabila dibuka, rupa-rupanya sekeping sijil keahlian daripada CWJF ( Grupo Juizorano de CW).
Kelab ini berpusat di Juiz De Fora, Brazil di mana presidentnya ialah PY4WAS, saudara Edson. Keahliannya adalah percuma dan untuk menyertainya, kita boleh dilayari laman web ini. www.cwjf.com.br
py4was
Setelah diamati dengan teliti, sijil ini telah ditandatangani secara hidup..wow...bukan cetakan..tapi tandatangan hidup...ini satu penghargaan buat aku yang baru berjinak-jinak dalam dunia cw ini. terima kasih aku ucapkan..
Falsafah kelab ialah, "The CWJF is a Group dedicated to the enhancement and improvement of radioamateurs in the practice of CW on all continents"
Dengan ini bertambahlah lagi koleksi dinding bilik radio aku dengan sijil-sijil hasil dari permainan radio aku ini......
Operator : 9m2zak Antenna : Dalbeam 6 element 3 bander Yagi mode : cw Power : 50 watt Beaming : around the globe Total QSOs : 106
Pada hari ini, boleh dikatakan band 10 meter membuka dengan baik sekali. bermula seawal jam 7.55 pagi, waktu tempatan hingga jam 10.55 malam band ini membuka. Kesempatan ini nampaknya digunakan sepenuhnya oleh semua penggemar radio amatur ini.
Band 10 meter membuka sepanjang hari, dari pagi membawa ke petang, dan dari petang membawa ke malam. Subbahanallah!!!!
Band pula penuh dengan Dxer-Dxer yang tanpa jemu cq di jaluran. Aku pun turut serta bersama dengan mereka. Mengambil tempat di 28002 dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.45 malam...
Mujurlah aku mendapat xyl yang begitu memahami keadaan band 10 ini dan memberi aku ruang untuk dxing. Terima kasih aku ucapkan... Pagi-pagi lagi setelah bersarapan...aku memulakan dxing di band 10 meter dan aku tidak dapat berhenti kerana setiap cq aku dijawab dan signal report yang diterima pulak amat baik sekali...599.
Aku tidak keseorangan rupanya...hari ini ramai rakan-rakan radio turut serta dxing dan tidak melepaskan peluang ini.
Seperti disorongkan bantal.... hari minggu band 10 meter open... memang terbaikkkk..
antara rakan-rakan radio yang cq ialah 9m6ybg, 9w2vvh, 9w2www, 9w2mso, 9m2esm, 9m6tan, dan 9w6han. Mereka begitu bersemangat sekali cq dan aku yakin mereka pun berjaya seperti aku jua...
Cuaca pula amat cantik sekali...sinar mentari berterusan memancar sehingga petang...
dalam pukul 5.00 cuaca mendung dan hujan sekejap sahaja...dan selepas itu...hujan berterusan sehingga malam....Syukur cuaca yang hujan ini tidak membawa kilat...dan yang pastinya...aku boleh teruskan dxing aku.....
hasil cq hari ini.. 9M2ZAK has 9494 contacts stored.