Wednesday, December 22, 2010

Fierce Battle In Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan dan pembaca-pembaca yang budiman sekalian. Paparan kali ini berkaitan pula dengan Peperiksaan Radio Amateur yang telah berlangsung di MITC Melaka bagi zon selatan.
Boleh dikatakan agak ramai juga yang mengambil bahagian dalam RAE kali ini dan dianggarkan seramai 200 lebih calon-calon dari seluruh pelusuk kawasan selatan tanahair mengambil bahagian. Kebanyakkannya dari negeri Johor dan segelintir dari Melaka serta Negeri Sembilan.
Berlangsung di tingkat 2 bangunan MITC yang begitu cantik dan selesa serta nyaman sekali penyaman udaranya. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang mengambil bahagian kali ini. Tahniah juga kepada pihak yang bertanggungjawab iaitu SKMM yang telah berjaya menganjurkan peperiksaan ini dengan jayanya. Syukur alhamdulillah ianya bermula dengan lancar sekali dan berakhir dengan tenang sekali. Syabas sekali lagi kepada petugas-petugas peperiksaan yang telah memberikan layanan yang baik serta tidak lokek dengan senyuman. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit debaran calon-calon yang dari pagi hingga ke tengahari, tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah.

Peperiksaan RAE kali ini aku sertakan sekali 3 calon dari Kulaijaya. Mereka adalah anak-anak muda dari Senai yang begitu minat dan menjiwai hobi radio ini. Masih muda, semuanya berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK Senai. Minat mereka ini datangnya dari pengalaman mereka yang selalu mengikuti aktiviti DXing yang aku dan Danial lakukan. Tak kenal maka tak cinta, bila dah cinta terus angkat itu RAE. Semoga minat dan jiwa mereka dapat diteruskan kerana hobi ini banyak mendatang kebaikan dan faedah kepada kita, masyarakat dan negara.
Dunia ini kecil bagi radio amateur, ini terbukti kerana semasa RAE ini. Aku telah banyak berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak nampak batang hidung mereka. Alih-alih kat sini juga jumpa dengan mereka. Secara tidak sengaja berjumpa dengan 9w2pie, 9w2phm, 9w2rio, Abang Bagong, 9w2nek, dan 9m2ccc. Semuanya berjumpa dihadapan pintu masuk Grand Ballroom MITC ini. Masing-masing membawa calon masing dari xyl, harmonik dan rakan-rakan mereka. Inilah dia radio amateur, SALAM DI UDARA GENGGAM DI DARATAN.

Difahamkan yang 9m2ccc, bang nik kita ni baru sahaja pulang dari Perlis Indera Kayangan, pergi melancong ke Pulau Langkawi katanya dan terus ke MITC Melaka ini untuk membawa harmonik beliau menduduki RAE. Beliau juga menyatakan yang beliau telah pun genggam dengan 9m2get dan 9m2out di kediaman mereka Arau Bandar Diraja, Perlis. Begitu juga dengan Pak Rio (bertopi) beliau bertolak selepas subuh dari Mersing membawa harmonik dan xyl untuk menduduki RAE. Kepenatan memandu berjam-jam di jalan raya akhirnya hilang seketika apabila bertemu semula dengan rakan-rakan lama. Pak Pie (9w2pie) pun sama, kali ini harmonik beliau pula mendudukinya. Kalau diizinkan Allah, maka lengkaplah Pak Pie sekeluarga dengan callsign masing-masing...boleh pasang repeater kat base nanti...hehe.

Itulah dia radio amateur, masing-masing dengan cerita dan kisah tersendiri. Bersengkang mata memandu dari utara ke selatan, dari timur ke barat semata-mata hanya kerana hobi...hobi yang menyatukan kita semua. Menyatukan semua pengamalnya tidak kira dimana mereka berada mahupun diserata dunia, di angkasa lepas dan dibulan sekalipun kerana bagi Ham Radio, the world is small for them and nothing is impossible for them to stay in touch no matter where ever is... jumpa lagi... de 9m2zak, 73

Monday, December 20, 2010

sejak kebelakangan ni...


bekerja dengan RA1ASF

Sejak kebelakangan ni...didapati propogasi pada band atau jalur 15m membuka dengan cantik sekali. terutamanya pada sebelah petang. iaitu sekitar jam 4.00 hingga ke senja...pada awal pagi pun sebenarnya propogasi band ini membuka juga tapi tak menentu keadaannya dan kurang stabil...tapi pada sebelah petangnya propogasinya cantik, stabil dan tidak qsb. Selalu kedengaran stesen dari eropah sana masuk ke shack aku ni. Kadang-kadang stesen dari jepun dan China pun kedengaran juga. Macam biasa....audio mereka begitu mantap sekali...
Video diatas sebenarnya adalah dalam keadaan qrp, aku memancar hanya 5 watt sahaja. anda boleh tengok pada meter power pada rig tu..berapa dia naik...dan dia juga bekerja dalam qrp. Cantikkan audionya. aku percaya..audio aku pun dia terima semacam aku terima dia kerana respon yang diberikan amat cepat sekali. Klu dia rakam dan email kepada aku kan besttt...ini bermakna dia juga menerima pancaran aku dengan jelas, terang dan baik gitu. Itulah dia band 15m...membuka dengan cantik sekali. pada petang tadi...lupa pulak..aku beaming ke arah utara, 20 darjah utara- lebih tepat lagi... hehe..

CALLDXTIMEBANDMODERSTrRSTs
9M2ZAKR7AU2010-12-20 17:5340mCW599 599
9M2ZAKS21YX2010-12-20 17:1440mCW599 599
9M2ZAKV85SS2010-12-20 17:0540mCW599 599
9M2ZAKRW3QJA2010-12-20 16:5340mCW599 599
9M2ZAKXU7KOH2010-12-20 16:4040mCW599 599
9M2ZAKVK6FDX2010-12-20 15:1720mSSB59 59
9M2ZAKRA1ASF/MM2010-12-20 08:2915mCW599 599
9M2ZAKJA1KGW2010-12-20 06:5520mCW599 599
9M2ZAKJA3DRO2010-12-20 06:4720mCW599 599
9M2ZAKJR7WXR2010-12-20 06:3615mCW599 599
9M2ZAKJA2KSO2010-12-20 06:3315mCW599 599
9M2ZAKJA1CLW2010-12-20 06:2915mCW599 599
9M2ZAKJH8LLE2010-12-20 06:1615mCW599 599
9M2ZAKRN6AJ2010-12-20 06:1515mCW599 599
9M2ZAKJH1HDT2010-12-20 00:2820mCW599 599
9M2ZAKW7YAQ2010-12-20 00:2520mCW599 599
9M2ZAKW6BJH2010-12-20 00:1820mCW599 599
9M2ZAKBD2OB/72010-12-20 00:0920mCW599 599

de 9m2zak

Friday, December 17, 2010

S21YX - Bangladesh



Between December 16-21, Zorro JH1AJT, Ted JJ1LIB, Jon KL2A, Lee DS4EOI and A51HI will be active from Dhaka, Bangladesh as S21YX.

Look for them on 160-10m CW, SSB. QSL via JH1AJT. Good Luck and good dx..

de 9m2zak...

Thursday, December 16, 2010

Tap all night long...



Pagi semalam cuaca amat baik sekali, panas terik. Tapi bak kata pepatah langit tak selalu cerah. Selepas tengahari cuaca tiba-tiba berubah dari panas terik ke gelap gulita awan mendung sarat membawa hujan menunggu masa sahaja untuk mencurahkannya...
Pagi ini aku hanya sambil-sambil sahaja dxing di 20m dan 40m. Hari ini banyak pulak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi sambil-sambil tu radio tetap on untuk monitor. Band 20m pada sebelah tengahari agak teruk sikit. Ada le satu dua station dari China dan Japan melakukan dxing, kedengaran juga beberapa stesen dari VK ragchew di 14300. Pada mode cw kedengaran sebuah stesen dari Japan melakukan dxing. Monitor juga untuk melihat perkembangannya...setelah sekian lama dia memanggil..tiada pula yang menyahut...hmm...takde orang ke atau orang takde...kalau difikirkan kembali memang ada logiknya kerana pada waktu itu sudah maklum bahawa masa orang sedang bekerja. Sambung kerja lagi...Hari boleh dikatakan band 10m cantik. Ini kerana begitu kuat sekali beberapa stesen local sedang qso party. ada yang tenggelam timbul audionya dan ada juga yang solid molid. Difahamkan mereka sedang qrp. Baguslah tu...membuat eksperimen dengan watt yang berlainan.Hobi ini memang unik dan praktikal...Sengaja aku fokus kepada tugasan aku hari ini sebab malam ni aku ada plan. hehe...plan apa lagi kalau orang radio ni...dx lerrrrrr...
Sebenarnya target dan objektif dx malam nie adalah stesen dari benua Latin. Ini kerana log aku begitu sikit sangat stesen dari sana. Bukannya apa sengaja untuk menjadikan ianya sebagai satu aktiviti untuk elakkan dari bosan. Jadi kita wujudkan objektif dx kita. Selalu kita dengar rakan-rakan yang dx memanggil cq na cq na...kadang-kadang cq vk cq vk. Sebenarnya inilah objektif sasaran dx mereka..Tapi aku cq cq sahaja...sebab kalau stesen yang lain masuk pun..aku rembat juga...hehe....


dxer
StationFlagsStart TimeBandModeRST s/r
9M2ZAK UN7AB Kazakhstan 2010-12-16 16:4540mCW 599 599
9M2ZAK N6TI United States 2010-12-16 16:2740mCW 599 599
9M2ZAK RW6FS European Russia 2010-12-16 16:1840mCW 599 599
9M2ZAK KI7VR United States 2010-12-16 16:1340mCW 599 559
9M2ZAK R6FF European Russia 2010-12-16 16:1140mCW 599 599
9M2ZAK RN9A Asiatic Russia 2010-12-16 16:0040mCW 599 599
9M2ZAK SM4OTI Sweden 2010-12-16 15:5940mCW 599 599
9M2ZAK UH8A Asiatic Russia 2010-12-16 15:5740mCW 599 599
9M2ZAK JH1DLD Japan 2010-12-16 15:4940mCW 599 599
9M2ZAK RA2FV Kaliningrad 2010-12-16 15:3940mCW 599 599
9M2ZAK 9M2MT West Malaysia 2010-12-16 15:1840mCW 599 599
9M2ZAK 9M2ADA West Malaysia 2010-12-16 15:1340mCW 599 599
9M2ZAK VU2DX India 2010-12-16 15:1040mCW 599 599
9M2ZAK RA9MA Asiatic Russia 2010-12-16 15:0040mCW 599 599
9M2ZAK 9M6YBG East Malaysia 2010-12-16 14:5740mCW 599 599
9M2ZAK R3ZZ European Russia 2010-12-16 14:5440mCW 599 599
9M2ZAK 9M2RDX West Malaysia 2010-12-16 14:4740mCW 599 599
9M2ZAK VK6AGI Australia 2010-12-16 14:0820mCW 599 599
9M2ZAK EW8MK Belarus 2010-12-16 12:1120mCW 599 599
9M2ZAK VK3XU Australia 2010-12-16 11:4220mCW 599 599
9M2ZAK SM4EXP Sweden 2010-12-16 11:3220mCW 599 599
9M2ZAK UN5P Kazakhstan 2010-12-16 11:2820mCW 599 599
9M2ZAK SM3DTQ Sweden 2010-12-16 11:2320mCW 599 599
9M2ZAK OH3TT Finland 2010-12-16 11:2220mCW 599 599
9M2ZAK JR6GIM Japan 2010-12-16 11:1120mCW 599 599
9M2ZAK YU7KMX Serbia 2010-12-16 10:3620mCW 599 599
9M2ZAK UR5MM Ukraine 2010-12-16 10:2820mCW 599 599
9M2ZAK UN7JGY Kazakhstan 2010-12-16 10:1920mCW 599 599
9M2ZAK UA0ZBT Asiatic Russia 2010-12-16 01:5020mCW 599 599
9M2ZAK R0/KE5JA Asiatic Russia 2010-12-16 00:3620mCW 599 599
9M2ZAK JA7BWT Japan 2010-12-16 00:2620mCW 599 599
9M2ZAK 7N1PRD/0 Japan 2010-12-16 00:2420mCW 599 599
9M2ZAK MD0CCE Isle of Man 2010-12-16 00:2340mCW 599 599
9M2ZAK RN3AW European Russia 2010-12-16 00:1240mCW 599 599

Dxing malam tadi ada spesel sikit sebab malam tadi aku berjaya mendapat contact dengan beberapa stesen 9m..hehe... ini kali pertama aku qso dengan mereka. Terima kasih bang Rizal 9m2rdx, 9m2ada, bang azman 9m2mt dan bang Go 9m6ybg kerana memberi sokongan dan dorongan kepada aku untuk terus dx pada malam tu. Dengan sokongan saudara sekalian sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk ketuk tanpa jemu dan bosan memecah kesunyian malam yang dingin itu...
73, de 9m2zak

Tuesday, December 14, 2010

15 meter band booming



9m4cjb in qso with F5IN

Sebenarnya aku dah qso dengan mat salleh ni. Tapi bila tengok band cantik dan kuat pula signalnya maka terus capai handset dan shoot video ni. Hari ini boleh dikatakan band 10m dan 15m membuka dengan kuat dan senyap sekali. dimana noise yang terhasil tu sangat rendah signalnya...petang tadi kedengaran begitu banyak sekali stesen dari eropah menerjah masuk ke konti aku....pagi-pagi lagi band 20m pula cantik. Dalam 2-3 hari ini aku ada perasaan yang band 20m membuka dengan baik pada awal pagi dan pada sebelah malam pula band 40m meletup....kaaboooommm!!!

9m6ybg on 40m

Sunday, December 12, 2010

knocking on heavens : 12 Disember 2010



Cuaca boleh dikatakan panas terik juga pada hari ini. dari pagi hingga petang panas terik. Sedikit hujan pada sebelah petangnya, tapi ia macam lalu sahaja.... Sebenarnya perancangan pada hujung minggu ini adalah untuk cq di bahagian barat dan timur alam ini. Tetapi apabila dihalakan yagi pada kedudukan tersebut, Kadar kebisingan amat tinggi sekali, pernah mencecah s7 dan stabil pada s4-s5. Boleh tahan jugak bunyi qrm tu...
Akhirnya selepas pusing-pusing itu rotator...kembali juga ke utara. Apabila dihalakan ke utara kadar kebisingan band terus menurun, dari s4-s7 tadi terus senyap s0-s1. Bunyi cacing atau band signature amat kuat sekali sehingga menenggelamkan pancaran rakan-rakan yang cuba masuk ke cq aku. Dah jadi macam qsb. Tapi sebenarnya bukan qsb cuma ditindan oleh bunyi cacing sahaja. Speed pada hari ini sekitar 19-20 wpm sahaja. Sengaja ketuk dalam kelajuan tersebut kerana ingin menikmati iramanya...begitu mengasyikan dan senang sekali jiwa pabila mendengarnya....
Sedang asyik lena dibuai ditdit dan dahdah...kedengaran pula loceng terbang...ada rakan dari Simpang Rengam, Kluang mahu mari...Ok jugak..lama tak jumpa... 9w2bpd - cikgu Din. Saja - saja dia datang base aku nak lepak petang-petang hari sambil santai depan radio... Petang tadi aku dxing sambil dibantu olehnya dalam apa yang patut. Nak timba pengalaman katanya...Bagus jugak, sekurang-kurangnya dapat jugak tengok bagaimana orang dxing kat cw. Beruntung sama sekali...sebab masa aku zaman 9w2 dulu...mana ada peluang nak tengok benda-benda macam nie..ketuk lagi dan terus ketuk lagi......hasil ketuk ke langit hari ini....

dxer
StationFlagsStart TimeBandModeRST s/r
9M2ZAK 5K3B Colombia 2010-12-12 16:5940mCW 599 599
9M2ZAK XWPA Laos 2010-12-12 16:4440mCW 599 599
9M2ZAK RU3MJ European Russia 2010-12-12 16:3840mCW 599 599
9M2ZAK ZS1WA South Africa 2010-12-12 16:1220mCW 599 599
9M2ZAK VK8NSB Australia 2010-12-12 09:5715mCW 599 599
9M2ZAK VK2AET Australia 2010-12-12 09:4815mCW 559 559
9M2ZAK UA0LX Asiatic Russia 2010-12-12 09:1220mCW 599 599
9M2ZAK JH2KIL Japan 2010-12-12 08:2820mCW 559 559
9M2ZAK RV0CD Asiatic Russia 2010-12-12 08:1920mCW 599 599
9M2ZAK JA4JBZ Japan 2010-12-12 08:1620mCW 599 599
9M2ZAK JA7EDZ Japan 2010-12-12 08:1320mCW 599 599
9M2ZAK JA3GMS Japan 2010-12-12 08:0520mCW 599 599
9M2ZAK JA2KOG Japan 2010-12-12 08:0220mCW 599 599
9M2ZAK RA0FD Asiatic Russia 2010-12-12 08:0020mCW 599 599
9M2ZAK JR3HZW Japan 2010-12-12 07:5720mCW 599 599
9M2ZAK RW0UM Asiatic Russia 2010-12-12 07:5120mCW 599 599
9M2ZAK YB2HM Indonesia 2010-12-12 07:4120mCW 599 599
9M2ZAK JA1FCC Japan 2010-12-12 07:2820mCW 599 599
9M2ZAK 7K2MGX Japan 2010-12-12 07:2420mCW 599 599
9M2ZAK HL2HO South Korea 2010-12-12 07:1520mCW 599 599
9M2ZAK JE2QIZ Japan 2010-12-12 07:1420mCW 599 599
9M2ZAK JG3CKF/1 Japan 2010-12-12 07:0720mCW 579 559
9M2ZAK JR8NOD Japan 2010-12-12 07:0520mCW 599 599
9M2ZAK JO3XCI Japan 2010-12-12 06:5515mCW 599 599
9M2ZAK BX100 Taiwan 2010-12-12 06:4415mCW 599 599
9M2ZAK JG1RSO Japan 2010-12-12 06:3915mCW 599 599
9M2ZAK JR6HQ Japan 2010-12-12 05:2315mCW 599 599
9M2ZAK YB2EUZ Indonesia 2010-12-12 03:0540mCW 599 599

Antenna yang digunakan ialah DAL 6 element 20/15/10 m Band Yagi. Manakala bagi band 40m pulak aku gunakan Baby G5RV. Semenjak 6 ele ni naik, G5RV ni macam merajuk pulak. Kalau dulu dia dapat cover all band, 10,12,15,20,30,dan 40m. Tapi kali ni dia hanya cover 40m. Band-band lain semua outsss!!!! Pelik jugak.... Adakah kerana ada gangguan dari element2 yagi tersebut yang membuatkan bacaan swr melambung? adakah kerana ianya dekat dengan yagi dan membuatkan bacaan swr melambung? atau adakah dia cemburu dengan rakan barunya itu??...Hmm....apapun kalau ada masa dan cuaca mengizinkan aku akan naik ke atas semula dan percubaan yang pertama ialah untuk ubah lokasinya...untuk melihat perubahannya... jauhkan ia dari yagi supaya mereka tidak bergaduh lagi...


kedudukan g5rv

Kalau diamati betul-betul...ia memang rapat dengan yagi tersebut. Maka tidak hairanlah kalau mereka selalu bergaduh. Kata orang tua-tua, yagi tersebut dah jadi macam element untuk g5rv dan g5rv sebaliknya...sama-sama berkait antara satu sama lain.... Pening kepala jugak bila memikir kat mana aku mau taruk itu g5... dah le sekarang band 40m tengah dok galak sekarang....

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...