Sunday, October 28, 2018

Oceania DX Plaque 2017

Oceania DX Contest Plaque
Baru-baru ini saya ada menerima satu lagi plaque. Kali ini plaque dari Wireless Institute Of Australia. Dimana kami, 9M2GET, 9W2RUT dan 9M2ZAK telah menyertai Oceania DX Contest pada tahun 2017 yang lalu. Kategori yang kami serta ialah Multi Opr Two Tx atau bahasa mudahnya multi operator multi transceiver. Contest ini hanya berlangsung selama 24 jam iaitu bermula pada petang sabtu jam 4.00 petang dan berakhir pada Ahad jam 4.00 petang juga. Syukur, kami bertiga berjaya mengharungi cabaran 24 jam ini dengan jayanya dan sungguh tidak disangka, kami berjaya mendahului peserta-peserta lain dari seluruh dunia dengan begitu cemerlang sekali.

Tony Burt VK3TZ, gambar diambil dari Wireless Institute Of Australia
Terima kasih diucapkan kepada saudara Tony Burt VK3TZ kerana bersusah-payah meluangkan masa dan keringat untuk menguruskan penghantaran plaque ini ke Kulai, Johor. Semoga kita berjumpa lagi, 73 Zaki.

p/s boleh lawat website ni untuk shopping,  https://www.rippletech.com.au/

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...