Semalam saya ada menerima sebuah VHF 2m band tranceiver keluaran ICOM iaitu model IC-2200H. Sebaik sahaja mengeluarkannya daripada kotak, terus kelihatan masalahnya, DC power cable IC-2000H hangus terbakar, manakala kepala DC conector pula habis cair akibat daripada suhu yang terlampau tinggi. Bau hangus seperti getah dan plastik terbakar jelas baunya.
DC power cable terbakar |
Menurut pemilik IC-2200H ini, kejadian kebakaran IC-2200H ini berlaku semasa beliau sedang mobile. IC-2200H ini dipasang di dalam kereta. Tiba-tiba dia terbau hangit seperti bau getah terbakar dan apabila diselidiknya, rupanya DC power kabel sedang mencair dan mengeluarkan asap. Dengan sepantas kilat engin dimatikan dan power cable dipotong untuk mengelakkannya daripada merebak dan menjadi lebih teruk lagi.
ianya bermula dari sini |
Untuk mendapatkan kepastian bagaimanakah keadaan komponen-komponen yang lain pada board, maka proses trouble-shooting dilakukan. Proses ini dilakukan dengan penuh berhati-hati dan detail sekali kerana ianya melibatkan kebakaran yang besar jika dilihat kepada tahap kerosakkannya.
proses trouble-shooting pada board IC-2200H |
Setelah meneliti board, didapati :
1. Reversed/over voltage Diode DSA3A1 dan RD20E berada dalam keadaan sempurna,
2. Capacitor C200, C295, C205 dan C207 tidak short dan sempurna,
3. Transistor 2SC 4684 ada 13.0V
4. Voltage regulator, IC8 AN78L05M ada input 13.8 dan output 5.1V
5. 8V Regulator TA7808F ada input 13.0V dan output 7.9V
6. Voltage amplifier NJM3404AV tidak short
7. Transistor DTB113ZK ada 5V dan DTC144EU ada 8V
Kesimpulannya, apabila reversed dan over voltage protect diode berada dalam keadaan sempurna maka sudah pastilah komponen yang lain akan sempurna. Perkara ini sudah saya dapat buktikan setelah meneliti setiap komponen pada block power, dan semua berada dalam keadaan baik.
Persoalannya, kenapa kabel power cair?
Apabila diamati dengan betul-betul, kabel yang terbakar tu adalah kabel -ve, iaitu GND. jadi mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan GND. Namun jika nak dikatakan ada short komponen dgn GND, Maka mestilah fius akan blow. Tetapi perkara ini tidak berlaku, maknanya tiada komponen yang short ke GND.
Jadi, saspek utama ialah system antenna. Kesilapan yang biasa dilakukan semasa memasang mobile antenna pada kereta adalah seperti berikut:
1. Bracket tidak sentuh dengan body kereta.
2. Antenna tidak sentuh dengan bracket ant.
3. Braid coax tidak sentuh dengan body PL259
Semua perkara di atas akan menyebabkan GND akan floating. Apabila berlaku perkara tersebut, kualiti audio transmisi kita akan menurun dan ada bunyi hissy serta tidak jelas. Maka sudah pastilah kita akan menaikkan kuasa pancaran bagi mendapatkan audio yang ok. Hasilnya reflected RF power yang tinggi akan terhasil akibat fenomena GND floating itu tadi dan bacaan SWR sudah pastilah melambung. Maka suhu kabel akan meningkat dan lama-kelamaan akan mencairkan segala bahan yang tidak tahan kepada suhu seperti plastik dan getah.
Untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berulang, beberapa perkara kecil ini janganlah diambil mudah seperti :
1. Gosok bahagian dalam bracket ant supaya sentuh dengan body kereta.
2. Gosok bahagian tapak mobile ant pada bracket supaya sentuh dengan mobile ant
3. Tap-kan wayar GND atau GND Braid jika ada dari body kereta ke Bracket.
4. Tap wayar GND dari -ve batery ke body kereta.
5. Ukur elok-elok panjang coax agar ngam-ngam sampai dan tiada lebihan coax.
6. Elakkan daripada menggulung coax yang lebih. Ukur biar ngam-ngam.
7. Sentiasa periksa SWR ant dan jika boleh, pasang ant tuner.
Ujian pancaran dan penerimaan juga dilakukan. Semua berjalan dengan baik. IC-2200H ini sudah pulih seperti sediakala. Maka ianya akan dipulangkan kembali kepada tuannya selepas ini. 73 Zaki.