Friday, March 30, 2018

Panduan cepat dah mudah untuk baca ramalan Solar - Terrestrial Data


Untuk itu, tengok terus data 4 perkara ini, iaitu Solar Flux, Sunspot, Nilai A dan Nilai K. Solar Flux selalunya menunjukkan bacaan sekitar 50 hingga 200. Semakin tinggi bacaan solar flux, semakin tinggilah MUF iaitu Maximun Usable Frequency dan secara tidak langsung, peluang untuk mendapatkan stesen DX amatlah tinggi.

Sunspot pula ialah bilangan tompokan pada matahari, jadi semakin tinggi bilangan sunspot maka semakin baiklah propogation secara teorinya.

Nilai A dan K pula mewakili aktiviti geomagnetik bumi, kali ini bacaan dia lain pulak. semakin rendah bacaan A dan K. Maka semakin baiklah band pada ketika itu. Bacaan nilai K : 3 dan nilai A : 10 atau kurang lagi adalah satu bacaan yang boleh dikatakan ok.

Secara kesimpulannya, apabila kita melihat Data Solar Terrestrial di atas, Target kita adalah bacaan flux dan sunspot yang tinggi serta bacaan A dan K yang rendah. Jika itu terjadi, sesuailah tune antenna anda dan tekanlah PTT. Pasti akan ada sesuatu diluar imaginasi anda. 73 Zaki.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...