Namun pada era serba canggih ini, kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pengesahan QSO dari station tersebut kerana sudah ada beberapa kaedah yang lebih cepat dan mudah untuk mendapatkan pengesahan seperti eQSL dan LOTW. Tetapi dalam posting kali ini, saya ingin membicarakan mengenai paper QSL dan bukannya electronic QSL. Topik eQSL dan LOTW akan dibicarakan pada paparan yang akan datang.
|
QSL kad dari Israel |
Selalunya QSL kad yang datangnya dari negara-negara yang jarang didengar atau rare ini akan menjadi kebanggaan. Untuk menzahirkan rasa puas hati dan kepuasan yang tidak terkira itu, mereka biasanya akan memperuntukkan satu sudut khas pada shack mereka untuk mempamerkan kad-kad tersebut. Ini ada sebagai dorongan dan malah ianya akan menaikkan semangat mereka untuk terus menerokai gelombang ini.
Istilah QSL kad ini sebenarnya diadaptasi daripada Q-code, iaitu QSL bermaksud "I am acknowledging receipt" tetapi apabila QSL ini disebut dalam bentuk pertanyaan seperti QSL? maka ianya akan menjadi "can you acknowledge receipt?" Asalnya dahulu, sesebuah station selalunya akan berkata "Please QSL" apabila mereka membicarakan tentang pertukaran maklumat dan pengesahan QSO dan lama kelamaan kad atau kertas yang digunakan untuk mengisi butiran QSO itu secara semulajadi melekat dengan istilah QSL kad.
|
QSL kad dari Macedonia |
Dari segi fizikal, QSL kad tidak ubah seperti sekeping poskad. Namun nilai yang ada pada QSL kad itu menjadikan QSL kad berbeza dengan sekeping poskad. Sejajar dengan perkembangan teknologi radio amatur dan pertambahan pengamalnya, QSL kad kini sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap station untuk memilikinya atau menyediakannya.
Dari segi sejarah, QSL cards ini sebenarnya sudah bermula sejak tahun 1920-an lagi. Dimana ianya dipelopori oleh station broadcasting, pada era 1920-an tentulah masih lagi dalam mode AM dimana pada masa itu, mereka akan membalas QSL kad kepada mana-mana station yang menghantar signal report mengenai kualiti dan seberapa jauh pemancaran signal broadcast mereka di seluruh dunia. Jadi secara tidak langsung, stesen komersil broadcast ini akan mendapat maklumat yang tidak ternilai bagi mereka, iaitu dapat mengetahui sejauh manakah keupayaan stesen broadcast mereka itu boleh pergi. Lama-kelamaan, aktiviti mengumpul QSL kad dari stesen broadcast ini menjadi suatu kegilaan pada era tersebut dan lahirlah istilah DXing dan SWL (ShortWave Listener)
|
QSL kad dari Zimbabwe |
Kebanyakkan QSL kad pada masa kini dicetak dan dihiasi dengan pelbagai bentuk graphic dan penuh dengan warna-warni. Itu sebenarnya terpulang kepada kreativiti setiap station tersebut asalkan di dalam QSL itu masih mengandungi beberapa perkara asas dan penting dalam membolehkan QSL kad itu diterima untuk proses memohon award dan sebagainya. Antara perkara yang wajib ada dalam QSL kad ialah Callsign, Tarikh, Masa, Signal Report, Band dan Mode.
Manakala element seperti peralatan, antenna, locator serta beberapa perkara yang lain itu adalah pilihan dan terpulang kepada station tersebut untuk memasukkannya. Secara asasnya, QSL kad ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian hadapan yang menyatakan station callsign, nama operator dan lokasi. Manakala pada bahagian belakangnya pula lebih kepada report, iaitu Callsign, Tarikh, Masa, Signal Report, Band dan Mode.
|
QSL dari Korea Selatan |
Pada ruangan report, Callsign bermaksud callsign station yang berjaya dihubungi, Masa diisi dalam UTC, Band pula kadang-kadang ditulis band sahaja seperti 40m atau 20m dan kadangkala ditulis juga freq dalam ruangan Band. Jangan risau... kedua-duanya diterima pakai. Mode pula seperti CW, SSB kadangkala ditulis phone dan juga digital seperti RTTY dan PSK31.
Perkara yang paling penting sekali dalam QSL kad ialah Signal Report. Signal report bagi mode CW-DIGITAL ditulis dalam bentuk RST, Dimana R ialah Readability ( ditulis dari scale 1 hingga 5). S ialah signal strength ( ditulis dari scale 1 hingga 9) dan T pula adalah untuk Tone (ditulis dari scale 1 hingga 9). Signal yang mendapat report 599 adalah yang terbaik. JIka anda mendapat QSL kad yang tertulis RST 599, ini bermakna pancaran anda adalah yang terbaik.Manakala bagi mode voice pula, signal reportnya hanya mengandungi Readability dan signal strength. Maka ianya akan menjadi 59 contohnya.
|
QSL dari Australia |
Jangan lupa... dalam QSL anda itu jugak, jangan lupa menyatakan samada anda pada masa itu sedang mobile atau portable dan sebagainya.
Masa, masa adalah sangat penting dalam QSL kad. Jika anda menggunakan masa lokalan anda dalam penulisan report QSL kad anda, maka disini kita akan menghadapi masalah. Masalah dimana kedua-dua report dari station A dan station B itu bercanggah. Apabila bercanggah sudah tentu kesahihan report itu akan diragui. Jadi untuk mengatasi masalah tersebut, Masa perlu diselaraskan, untuk itu... masa dalam UTC diguna pakai. Coordinated Universal Time jika diringkaskan menjadi CUT, tapi UTC digunakan untuk merujuk kepada Coordinated Universal Time kerana kesesuaian dan faktor bahasa. UTC ini sebenarnya lahir dari perkataan Peranchis, iaitu Universelle Tempes Coordinate dan ianya membawa maksud yang sama.
|
QSL dari Amerika Utara |
Bagaimana nak tukar masa lokal ke UTC? jangan risau, ianya amat mudah dan senang sekali. Anda hanya perlu ingat pada pukul 8.00 pagi waktu Malaysia, maka waktu UTC ialah 00:00 z. Nampak tak huruz Z tu, huruf Z tu sebenar sama dengan UTC, sekadar untuk ringkasan sahaja. Maknanya UTC 00:00 adalah sama 00:00z. Ada juga yang mengatakan Z itu merujuk kepada Zero degree kerana UTC kan selalu rujuk pada GMT iaitu pada kosong darjah.
Jadi, senang sahaja, saya ulangi, pukul 8.00 pagi waktu Malaysia adalah sama dengan 00:00z. Pukul 9.00pagi waktu tempatan sama dengan 01:00z dan seterusnya. Dalam format UTC, kita tidak boleh menyatakan yang 01:00z itu adalah waktu pagi kerana pada waktu itu, 01:00z di Amerika Utara adalah waktu malam. Jadi disini akan nampaklah keberkesanan menggunakan waktu UTC dalam penulisan report QSL kad. Sebenarnya waktu UTC ini digunapakai secara meluas didalam sektor penerbangan, satelite, military dan sebagainya.
|
QSL dari Sri Iskandar, Perak |
Post, apabila ada sudah ada QSL sendiri dan juga logbook anda sudah melimpah dengan pelbagai callsign dari seluruh negara, maka sudah pastilah anda juga ingin mengirimkan QSL kad anda ke negara-negara tersebut. Ada dua cara sebenarnya dalam kaedah pengiriman QSL kad ini. Kaedah yang pertama ialah dengan menghantar terus QSL kad ini ke station sasaran anda. Namun jika anda mempunyai sehingga puluhan ribu contact, sudah pastilah ianya akan menjadi sedikit masalah dari segi kos dalam proses pengiriman kad tersebut.
|
QSL dari Iceland, Kutub Utara |
Bagi negara Malaysia, kos bagi penghantaran sekeping QSL kad ke negara eropah dan Amerika Utara dan Selatan ialah RM 2.00 manakala bagi dalam kawasan asia ianya sekitar RM 1.50. Jika kita ingin menghantar dalam sekeping dua, rasanya tidak menjadi masalah. Tetapi jika beratus keping... perkara itu perlu difikirkan semula. Jadi untuk itu, ada satu lagi kaedah yang digunakan dalam menguruskan penghantaran QSL kad ini secara banyak, iaitu dengan menggunakan khidmat Biro QSL Kad. Khidmat ini ada disediakan dalam persatuan radio di setiap negara, di Malaysia... MARTS ada menyediakan khidmat Biro QSL kad. Dimana MARTS akan menguruskan QSL kad anda yang datang secara bundle dari Biro persatuan radio amatur negara lain dan juga menghantar QSL kad anda ke negara lain melalui Biro. Perkhidmatan Biro QSL kad ini selalu memakan masa yang lama. Masa yang lama itu bukanlah berbulan-bulan, tetapi mungkin bertahun-tahun. Jika anda memerlukan QSL kad anda dengan segera untuk proses award dan sebagainya.... saya cadangkan disini agar anda melakukannya secara kaedah direct. Tetapi jika anda tidak rushing, kaedah biro amat sesuai untuk anda.
|
eQSL dari Kuwait |
Kesimpulannya, QSL kad ini sebenarnya mempunyai nilai yang tidak terhingga bagi pengamal radio amatur kerana ianya adalah bukti kepada pencapaian kita dan mempunyai nilai sentimental sendiri apabila pada kad tersebut pengirim ada menulis kata-kata dan mesej sendiri yang ditulis dari mereka yang berada jauh beribu batu diluar sana. 73 Zaki.
|
eQSL dari kutub selatan |
" Dunia ini menjadi kecil dengan radio amatur"