Saturday, March 9, 2013

Bergelut pagi-pagi...band 30m

 Kesempatan malam minggu digunakan sepenuhnya...pada awalnya kawan hanya meluangkan masa monitor di 6 meter. Memantau setiap frequency beacon disana. Tetapi malam ini, nampaknya band 6 meter (50mhz) tidak seperti malam-malam terdahulu. Malam ini bacaan noisenya amat tinggi di Kulaijaya. Sekali dengar tak ubah seperti bertih beras digoreng dalam kuali yang penuh dengan minyak panas. Sememangnya amat menyakitkan telinga...


Tombol VFO sekali lagi diramas...tetapi kali ini ramasannya agak lembut sedikit...setiap pusingan disertakan dengan penuh kasih sayang. Kawan pasti...kasih sayang ini juga terpahat pada kawan-kawan yang lain, rakan-rakan radio amatur, dari seluruh dunia mahupun dilokalan. Setelah meneliti hampir ke semua band yang ada, band 30m menjadi landasan kawan pada malam ini untuk memulakan penerbangan.


Frequency 10114.5mhz menjadi pilihan pada awalnya, tetapi oleh kerana lemas akibat dihimpit oleh pesawat-pesawat besar, maka kawan mengambil keputusan untuk mengubah haluan. 10106.00mhz menjadi pilihan. Disini boleh dikatakan agak nyaman jugak, tiada splatter, tiada qrm, dan desirannya pula amat lembut sekali. Setelah SWR dan tone disetting, penerbangan ke Eropah dimulakan. 


Tidak perlu menunggu lama, dalam 2 kali CQ...panggilan dijawab...dan selepas beberapa ketika...berpusu-pusu mereka masuk. Sekali dengar macam  tebuan tanah kehausan madu pun ada jugak, tapi perjuangan mesti diteruskan, dengan lafaz bismillah dan sedikit kecekalan...layanan first class kawan hulurkan kepada setiap stesen yang check in. Syukur alhamdullilah...segala kesulitan menghadapi pile up dapat dihadapi...hasilnya :

kawan mendapat 53 QSOs dengan 25 DXCC dalam masa 43 minit. Syabas kawan ucapkan kepada rakan-rakan yang check in kerana mereka begitu berdisplin dan menggunakan sepenuhnya Kod Etika DX. Bila kita layan orang dengan baik, nescaya orang akan layan kita dengan terbaik sekali. Sepanjang sesi pile up tersebut, tidak ada potong memotong walaupun kawan memanggil berkali-kali. Mereka setia menunggu callsign mereka diketuk...semoga persahabatan yang terjalin ini kekal dan berterusan selama demi kesejahteraan sejagat. 
                                                                                                                                  73 de Zaki 9M2ZAK

just received some eQSL after DXing...



Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...