Saturday, October 20, 2012

PSK RTTY SSTV Interface

Setelah hampir 2 tahun diam dalam digital mode, entah kenapa baru - baru ini tergerak hati untuk aktif semula dalam mode digital ini. Seperti yang kita sedia maklum, mode digital adalah seperti PSK-31, RTTY dan SSTV. Namun sebenarnya masih banyak lagi tapi yang paling popular dan banyak sekali pengikutnya adalah 3 beradik ini, PSK-RTTY-SSTV.

9m2zak DIGITAL MODE Station.

Sebelum ini, aku ada aktif dalam mode digital ini dan interfacenya dibuat sendiri berdasarkan diagram yang diperolehi dari google. Walaupun ianya sangat simple, namun kualitinya amat bagus sekali, Sebenarnya interface adalah direct interfacing antara radio dan komputer. Lihat rajah dibawah ini:



dengan menggunakan interface yang simple macam ini, aku telah berjaya membuat sebanyak 7918 contact. Working condition pada masa itu adalah Icom 718 dan 2 ele yagi sahaja. Cukup membanggakan...

Kali ini, aku tidak homebrew, kali ini, aku ingin mencuba interface dari internet pulak. Setelah meneliti google selama 2 - 3 hari, akhirnya aku berjaya menjumpai interface yang dicari-cari dan ianya murah pulak. Interface ini aku jumpa dalam ebay, harganya pulak adalah sekitar US15.90. ok lah tu.. dibawah ini link interface tersebut:

http://www.ebay.com/itm/EASY-DIGI-Digital-Sound-Card-Interface-PSK-RTTY-SSTV-NBEMS-JT-65-HF-VHF-UH5-/220896968460

Saya pasti anda sudah tentu sudah copy dan pergi ke link yang aku berikan diatas. Murah dan senang bukan...

Baiklah, interface ini memang sangat mudah dipasang. Kita hanya perlu mengikut sahaja langkah-langkah yang diberikan. selepas 15 minit, nah!!! anda sudah pun bersedia untuk menyelami dunia digital dalam radio amatur ini.

Antara bahan-bahan yang dibekalkan dalam kit ini adalah :

2 biji 600:600 audio Transformer

sebiji 4N25 Opto Coupler

dua biji 1ufd Capasitor

1 biji ( 1N4001 diode), 2 biji ( 1N4148A diode), 2 biji ( 2.2K 1/4watt perintang) dan sebiji ( 430 ohm 1/4 watt perintang)

3 biji monojack ini perlu dibeli sendiri

begitu juga 3 core wayar ini serta

Multi purpose box ini juga, untuk buat box baginya.


 lupa pulak, anda juga memerlukan satu set DB9 jenis Female untuk sambungan pada PC, DB9 bertindak sebagai PTT semasa Digital mode itu nanti.Setelah semuanya sudah sedia, maka kita pun boleh memulakan langkah seterusnya, iaitu pemasangan. Proses pemasangan tidaklah rumit sangat kerana pada PCB board sudah ada label masing - masing. Just plug and solder. Tetapi mesti berhati - hati kerana solder iron itu sangat panas, sila dapatkan bantuan rakan-rakan yang mahir mengendalikan solder iron jika anda tidak yakin. setelah siap di solder, beginilah rupanya.

mudah bukan? sebab itu ianya dinamakan EASY DIGI, terima kasih OM Cliff,  KF5INZ kerana menghasilkan kit ini. OK, setelah aktiviti soldering sudah selesai sekarang kita beralih pulak ke pemasangan port untuk transmit dan rx pulak.

Untuk TX, saya menggunakan Mic hookup untuk disambungkan ke board ini. 8 pin Mic connector digunakan untuk proses ini, Ini adalah contoh gambarajahnya.
manakala untuk sambungan PTTnya pulak, saya menggunakan DB9 jenis Female dan disambung pada DB9 jenis Male pada belakang PC ( Com 1 atau 2).

DB9 Female conector


semua sambungan ini kawan ikut dari skematik yang diberikan, contohnya adalah dibawah ini.


anda boleh juga hasilkan interface anda sendiri dengan berdasarkan skematik ini, ini adalah kerana interface ini berfungsi pada semua jenis radio. apa yang anda perlukan adalah hanya sedikit modifikasi pada MIC jack sahaja.

setelah pemasangan connection port dan kabel sudah selesai, maka sekarang kita beralih pula kepada pemasangan box pulak. Seperti yang anda lihat dalam gambarajah diatas, kawan menggunakan box hitam yang bersaiz 2 x 4 inci. Box ini boleh didapati dari kedai yang menjual barangan elektronik dan elektrik di kawasan kejiranan anda.

Bagaimana untuk meletakkan PCB ini ke dalam Black Box ini adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing. Untuk saya pulak, saya hanya tebuk pada sebelah tepi box itu sahaja mengikut saiz kabel yang tersedia itu. Syukur alhamdullilah tiada malapetaka berlaku sebab jika salah tebuk...habis...


 Setelah semua selesai, maka interface ini disambungkan kepada PC anda. Port yang digunakan adalah Line In /Mic, audio out/phone dan DB9 Male type.

 Sekarang semuanya sudah selesai, Syukur alhamdullilah... kawan sekarang sudah boleh beroperasi dalam semua mode, iaitu Phone/CW/RTTY/PSK-31/SSTV dan pelbagai lagi digital mode yang berada dalam dunia radio amatur ini. Dunia Radio Amatur ini terlalu luas untuk diterokai dan kita sebagai pengamalnya perlu senantiasa bersedia menerokainya demi kelangsungan hobi yang unik ini.

Baiklah, sekarang kita sudah ada digital interface yang sudah siap disambung pada PC. Bagaimana pula dengan settingnya. Untuk beroperasi dalam mode digital ini, anda boleh menggunakan pebagai jenis software digital mode yang berada dalam internet. Disini kawan gunakan HRD Deluxe kerana sudah biasanya. Sudah hampir 7 tahun kawan dengannya. Boleh dikatakan sudah serasi kiranya...


                                             Langkah yang pertama adalah open HRD Deluxe.

klik pada DM780 ( Digital Master 780)

pada DM780, sila klik pada Program Option untuk setting PTT, audio TX/RX serta COM2 setting.


Pada program option, sila pilih pada PTT dan setkan com2 atau com1 ( terpulang kepada anda, dimana anda sambungkan DB9 itu tadi, selalunya bagi pc baru, ianya ada COM1). selepas itu klik pada set DTR dan RTS untuk menghidupkan fungsi PTT melalui DB9.


selepas itu, klik pula pada bahagian soundcard, dan pilih Source pada bahagian Input/(Recieve) sebagai Line In atau Mic. sebenarnya tak kisah pun pilih mana-mana. Nah!!.. sekarang anda sudah pun bersedia untuk beraksi dalam mode digital. Selepas kawan akan postkan pula mengenai RTTY dan SSTV pula.


Syukur kehadrat ALLAH, Interface ini beraksi dengan sempurnanya. Selepas ini, akan muncul callsign aku disebalik waterfall meneroka seluruh alam ini.

SEE YOU ON WATERFALL, DE 9M2ZAK 73.



2 comments:

9w2edu said...

Terbaik ni.. cikgu maknyanye di ebay tu kita DIY sendiri la yer. komponen dan board dibekalkan ker ?

Zaki Bin Din said...

ye...kita hanya pasang mengikut arahannya sahaja...cubalah...mujarab.

9m2mdx Great Dxer From Alor Gajah, Melaka

9m2mdx Nazmi adalah satu lagi tanda panggilan yang tidak asing lagi dalam dunia radio amatur. Khususnya dalam aktiviti radio contest. ...