Friday, July 30, 2021

Mencuba HF Amplifier : Mosfet HF Amplifier

 


 Kali ini saya ingin mencuba pula HF Amplifier ini, Peralatan yang saya gunakan ialah FT450, CW Straight Key. Tuner MFJ-962D dan antenna Diamond W8010 . Berikut adalah hasil ujiannya.

Band 40m

  1. 5w drive 18v psu = 140w
  2. 10w drive 18v psu = 250w
  3. 15w drive 18v psu = 320w
  4. 20w drive 18v psu = 430w
  5. 25w drive 18v psu = 540w
  6. 30w drive 18v psu = 620w
  7. 35w drive 18v psu = 730w
  8. 40w drive 18v psu = 820w
  9. 45w drive 18v psu = 940w
  10. 50w drive 18v psu = 1050w     

demikian hasil eksperiment saya. 73 sampai kita jumpa lagi

Saturday, July 24, 2021

Yaesu FTM-300DR C4FM/FM 144/430mhz Dual Band Digital Transceiver

 

Kali ini kita tengok yaesu pula. Model kali ini ialah Yaesu FTM-300DR, dual band radio digital yang menyediakan features yang agak menarik jika hendak dibandingkan dengan model-model lain seumpamanya. Boleh dikatakan fungsinya hampir sama dengan abang sulungnya iaitu model FTM-400DR, tetapi dia ada sikit kelebihan berbanding FTM 400 iaitu dia boleh guna mode digital pada kedua-dua slot dan yang best sekali ianya boleh monitor secara serentak pada dua-dua slot, umpama dua radio duduk dalam. di bawah ini saya tunjukkan videonya.


Tengok tu, kan aku dah kata, memang terbaiklah, bab kata orang putih, ianya Simultaneous reception of two separate freq, on different bands, or within the same band (V+V/U+U). Fungsi inilah yang menarik sebenarnya. Manakala features yang lain ianya tidak banyak beza dengan FTM-400DR. Salam 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK.



Wednesday, July 21, 2021

Micro SDX : 9M2ZAK/QRP worked with E20WXA

 


Kali dapat lagi sebuah station dari Thailand, kali ini E20WXA. RST dia bagi 5NN. fuh...... terima kasih Khun Chai dari Pathumtane, Thailand.  73 de 9m2zak/qrp.

Micro SDX : rakaman cq 9m2zak/qrp dari Kajang Selangor

 

Rakaman ini dibuat oleh abg Lan 9m2lan dari Kajang, Selangor. Nampaknya kedengaran dengan kuat audio CQ disana. Faktor band membuka dengan cantik adalah punca utamanya. Terima kasih bang Lan diatas CW QSOnya dan rakaman CQ DX QRP saya ini. Semoga kita berjumpa lagi pada sesi DX yang akan mendatang.

Tuesday, July 20, 2021

Micro SDX : 9M2ZAK/QRP CW QSO with E29TGW on 40m band.

 

Petang tadi saya berjaya membuat contact (QSO) dengan satu station dari negara Thailand. Keadaan band sangat bising dengan namun QSO berjaya juga dijalankan. Inilah kelebihan mode CW, ianya dapat menembusi kebisingan band dikala keadaan band yang tidak mengizinkan. Video CW QSO tersebut saya abadikan di bawah untuk kenangan. 


Explorasi dan ujian bersama Micro SDX ini akan diteruskan. Lagipun PKP kan, so sekurang-kurangnya ada juga aktiviti untuk elak rasa bosan berkurung di rumah. Jaga Jarak anda dan jangan keluar rumah jika tiada urusan penting. Sama-samalah kita hentikan penyebaran virus Covid-19 ini. 73 dari saya Zaki 9M2ZAK. 

ni video saya siap translate kan

P/s - Pengembaraan meneroka dunia ini bersama uSDX akan diteruskan. Nantikan post-post akan datang.

Saturday, July 17, 2021

CQWW VHF 2021 : 9M2ZAK

 

                          9M2ZAK CQ pada freq 50.135mhz mode CW. Ada nasib....adalah QSO.

Homebrew HF amplifier : Bias amplifier #7

 

Bias bagi HF amplifier yang ke-7 ini berjaya disiapkan. Kali ini ianya tidak mengambil masa yang lama, iaitu sekitar 4 jam sahaja untuk siapkan keseluruhan PA board. Mungkin kerana pengalaman-pengalaman yang lepas banyak membantu aku dalam bertindak lebih cepat dan pantas dalam menangani isu-isu yang sama dan berulang dalam pembuatan PA ini. Jumpa lagi dalam perkembangan terkini pembuatan HF amplifier yang seterusnya. 73 dari saya Zaki 9M2ZAK.

Kisah Aku Membangunkan Aplikasi Tempahan Dewan dan Bilik Mesyuarat

  Bermula dengan urusan harian di sekolah Aku nak kongsikan cerita di sebalik aplikasi tempahan dewan dan bilik mesyuarat SMK Bandar Putra. ...