Tuesday, July 31, 2012

9m2zak : SSB : Pile up with 10 watt in 20m

Selepas eyeball dengan Azha 9w2bsx, aku kembali ke shack aku memantau mana - mana band. Selepas 10 - 15 minit tombol dipusing - pusing, akhirnya aku berhenti pada band 20m. Ini adalah kerana kedengaran band tersebut sangat senyap dan baik sekali. Signal noise yang tercatat pada skrin Icom 718 menunjukkan bacaan S0 dan S0 dan ianya begitu stabil sekali. Ternyata band 20m pada malam ini membuka dengan cantik sekali. Untuk lebih menyakinkan aku, frequency 14100 ditalakan. Ramalanku benar belaka. Kedengaran signal beacon bertalu-talu dan berterusan. Hampir ke semua beacon yang ada dimuka bumi ini kedengaran di frequency. Band amat cantik malam ini.

Berikut adalah laporannya:

Antenna        : G5RV Jr
Transceiver   : ICOM 718
TX PWR      : 10 watt

Hasilnya amat membanggakan, walaupun dengan hanya 10 watt dan 30 minit sahaja aku berjaya mendapat :

QSOs    : 46 station
DXCC   : 27
ZONE   : 10 zone iaitu zone 4 - zone 14 - zone 15 - zone 16 - zone 22 - zone 24 - zone 25 - zone 26 -
                zone 27 dan zone 28.

Worked : DU2BOQ   RW3KO   CT2FXR   DL5FU   PB5X   RA1TL   MO0KYI   DL5RMM   OH8JV   EA7ICN  DD3SAT   S57S   RW3OZ   PD3MR   OK2HB   S55ZZ   IK2LFF   PA5VL   DL2SWN   OK2PMF   SM0P   E20UPZ   ON7LX   SN1E   UY0IW   ON8GL   DJ8EL   F5PCV   IZ5ILF   DL1SMA   RN3AUR   RW1CW   PD1RK   SQ7NSN   HA5OV   BA4KW   YB7XO   AB9O   RX3AGD  JM6EQU   E21JQM   JG1LFF   VU2PLL   DL9OHA   OE9RJJ   GW4AYJ   

Aktiviti dx terpaksa ditamatkan apabila ada station yang berkuasa besar memancar disebelah aku dan ini menyebabkan aku terus tenggelam. Beginilah nasib bagi station kecil yang cuba beraksi di lautan luas. Dayung yang kecil manakan sama dengan enjin diesel berkuasa kuda...

   




 Berdasarkan komen - komen yang terdapat di dalam cluster, signal aku rata - ratanya dapat diterima dengan baik sekali, minimun diterima dengan kekuatan 5/5 dan maksimun ada yang memberikan 5/9. Semuanya hanya dengan 10 watt !!! Anda boleh rujuk pada gambarajah di atas sekali. Terima kasih sekali kepada semua station yang check in dalam DXING aku pada malam ini. Diharapkan agar kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang.

73 de Zaki 9m2zak.

Sunday, July 29, 2012

My Oceania DX Contest 2011 Award

Bulan Ramadhan bulan yang mulia, bulan rahmat dan bulan berkat....Kebenarannya terbukti dan tidak boleh dinafikan lagi. Dalam  minggu bulan ini, aku sudah memperoleh 3 sijil contest yang aku sertai pada tahun lepas dan awal tahun 2012. Iaitu :

                                  HA-DX Contest

                                   UBA DX Contest 2012

Sebelum ini, aku jugak ada menerima beberapa lagi award daripada contest tahun 2011 iaitu CQ WPX CW dan PHONE. Semua sijil - sijil ini aku terima sekitar awal dan pertengan tahun ini.


          
           
               
Syukur ke hadrat Ilahi diatas segala kurniaan ini. Tanpa izinNYA aku rasa aku tidak mampu untuk sampai ke tahap ini. Alhamdullilah..

Berbalik kita kepada Oceania DX Contest 2011, dalam contest ini aku beraksi sebagai Single Operator All Band High Power. Aku cuma mendapat 203 mata sahaja. Itupun setelah dua jam sahaja aku beraksi kerana semasa hari contest tersebut aku begitu sibuk dengan tugasan. Jadi aku korbankan segala - galanya demi sesuap nasi. Namun ALLAH itu Maha Kaya, Maha Pemurah dan Lagi Maha Pengasih. Pengorbanan aku akhirnya dibalas. Syukur sekali lagi dan lagi...

Berikut adalah keputusan penuh yang aku perolehi dalam lampiran sijil tersebut :

OCEANIA Ron Wills ZL2TT Memorial Trophy - VK4QH
OCEANIA Single-Op ALL Band CW Plaque - VK2IM
OCEANIA Single-Op ALL Band LOW Power CW Plaque - ZL1TM
AUSTRALIA Single-Op ALL Band PHONE Plaque - VK4QH
AUSTRALIA Frank Hine VK2QL Memorial Trophy - VK2IM
AUSTRALIA Club Plaque - Eastern & Mountain District Radio Club
ASIA Single-Op ALL Band PHONE Plaque - JA7NVF
ASIA Single-Op ALL Band CW Plaque - UA0CA
NORTH AMERICA Single-Op ALL Band PHONE Plaque - K8IA/7
NORTH AMERICA Single-Op ALL Band CW Plaque -N6RO
EUROPE Single-Op ALL Band PHONE Plaque - RS3A
EUROPE Frank Vander Drift VK3COF Memorial Plaque - YL3FT

Setiap pemenang diatas akan menerima Memorial Trophy dan Plaque mengikut kategori masing-masing. Alangkah bertuah mereka, tetapi aku maklum untuk mencapai tahap seperti mereka, banyak kerja dan homework perlu disiapkan dan dipelajari seperti sistem antenna, kuasa pemancaran dan pengurusan masa. Aktiviti contest ini sebenarnya bergantung kepada kepandaian kita mengatur masa kita, iaitu masa utk tidur-makan-contest - tidur - makan -contest.

Jika dilihat pencapaian mereka, mereka mempunyai skill yang tinggi dalam CW dan Phone. Kemahiran yang tinggi dalam pengurusan logs, kecekapan yang jitu dalam mengendalikan pile-up, bijak dan mahir meramalkan keadaan band, dan juga mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi umpama telinga lintah yang senantiasa memasang telinga menanti mangsanya...

Tetapi semua ini tidak bermakna juga jika kita tidak mempunyai masa, semangat dan kesabaran yang senantiasa meninggi dan berterusan. Untuk mencapai tahap seperti mereka, kita perlu 48 jam menghadap radio. Tetapi mereka - mereka ini BOLEH dan BOLEH dan TERBUKTI dan BERJAYA. Ini adalah kerana... mereka - mereka yang nama diatas sana adalah orang yang jiwa dan raga mereka hanyalah kepada Radio Amateur. Tiada apa yang dapat menghalang mereka...tahniah diucapkan.

GL es GDX es GPUASA de Zaki 9M2ZAK, 73

Friday, July 27, 2012

My UBA DX Contest 2012 CW Certificate...


Hari ini aku menerima sekeping lagi sijil dalam aktiviti Contest aku ini. Kali ini diterima dari penyertaan aku dalam UBA DX Contest 2012 yang telah berlangsung pada 25 dan 26 haribulan Februari 2012 tempohari. Dalam contest ini aku hanya memperoleh 196 mata sahaja yang dikutip dari 44 QSOs.

Objektif UBA Contest adalah setiap station sama ada dari dalam Belgium atau dari luar Belgium ( DX) akan cuba untuk contact station dari Belgium untuk mendapatkan jumlah contact sebanyak yang mungkin.

Dalam contest ini, aku hanya mendapat satu sahaja station dari Belgium iaitu OR2F, iaitu saudara Lyubomir SLAVOV aka (Leo) dari Poperinge, Belgium di band 20 meter. Exchange yang diterima daripada beliau adalah 599 0191 WV. Ini bermakna WV membawa maksud yang beliau adalah dari West-Vlaanderen. Selebihnya adalah station DX yang rata - ratanya datang dari negara Jepun, Russia dan sekitar Asia Tenggara.

Dalam contest ini jugak, aku beraksi sebagai Single OP ALL LOW CW, iaitu Operator perseorangan di semua band HF yang dipertandingkan seperti 80m, 40m, 20m, 15m dan 10m serta memancar dengan kekuatan 100 watt. Kekuatan pancaran 100 watt ini dikira sebagai LOW POWER dalam contest ini.

Walaupun band yang disediakan terdiri daripada 80m hingga 10m, namun aku hanya mampu beraksi pada band 40m-20m-15m-10m kerana tidak mempunyai antenna 80m. Terdapat banyak kekangan untuk menaikkan antenna 80m. Kekangan yang besar sekali adalah faktor ruang yang terhad dan tidak mempunyai kawasan yang cukup untuk menaikkannya. Kawasan base aku hanya mampu untuk dinaikkan antenna 40m dan ke bawah sahaja. Tetapi perkara ini sedang difikir - fikirkan, ada jalan penyelesaiannya. Iaitu dengan cara Vertical atau pun menggunakan Trap Dipole. Perkara ini sedang dalam kajian dan analisis sebelum keputusan diambil.




Esok, 28 dan 29 Julai 2012 akan berlangsung pula satu lagi contest. Kali ini RSGB IOTA Contest. InsyaALLAH jika tiada apa-apa kekangan dan halangan, aku akan beraksi pula sebagai :

Single Operator 24 Hrs - World - CW - Low Power


73 es gud contest es GL De Zaki 9M2ZAK...

Wednesday, July 25, 2012

9m4cjb pile up on 20 meter band...


Hari ini hari Rabu, seperti biasa....hari rabu aku khaskan untuk 9M4CJB beraksi. Malam ini aku bercadang untuk beraksi sebagai 9M4CJB memandangkan keadaan band yang agak baik. Terutama band 20 meter. Setelah selesai segala tugasan dan urusan, maka tepat jam 10.00 malam aktiviti dxing aku pun bermula. 9M4CJB pun berkumandang ke udara...hasilnya:

JJ5IZ   JE1SGH   JA6BLX   JL1SAM   JL4HOZ   UR3CM   VU2GZ   UA0ZV   K6KII   RN6MA   JQ1DPP   DF3IS   JL1ELQ   UY6IM   UX1IM   OK2BZ   F5VV   US1US   JM1LRA   BD7BW   UA4FDL   HA5BVG   E20UPZ   RA6ARI   RJ5DX   JH3AWX   S52DG   6K5BXG   LZ2TW   JJ1NYH   RA4WA   RA4CGX   JR2NAX   JA9APS   BA4HE   JA4SSM/6   R7AT   R3RR   UN7BY   DL5FCZ   BD7KBH   JH5AVM   R7HF   UA3ECJ   HL1LUA   UA6ACK   RX3F   9A208DX   UD3T   HL4CCM   J38KGH/7   UA4LU   DJ8WI   RA3EF   JR1UMM   UA3DTS   I2ZZU   US2IW   RW6MBC   UA4HAZ   OE8KR   IW1PDP   W5IZ   US6EX   VE7KG   ON4UN   UA6HSZ   OK2PAY    UT6IG   UA6YT   SP9KR   RD9CX/4   IK5FKF   LA8OM   SP2GWH   NX1P   IK2AFF   NM7G   UT1LG   UA3MCG   EI4IN   LZ1CY   OZ5DX   F6DYY   IK8RRY   DL6UNF   RX3AFV   RZ5ZZ   DK9QD   UA3QUS   UY3QT   SM5BOB   RX3AX   UX3IY   9M6RHM

QRV            : 1403.2khz & 14001.5khz
Total QSOs  : 95 station
DXCC         : 27 country
Continent     : 4 continent
Zone            : 14 zone
Antenna       : G5RV Jr
Power          : 50 watt
Mode           : CW
Rig               : Yaesu FT-77

Aktiviti Dxing ditamatkan pada jam 11.40 malam memandangkan keadaan band yang kembali teruk dengan QRM serta noise yang tinggi iaitu sekitar S5-S6. Terima kasih diucapkan kepada semua station yang check - in pada malam ini. Terima kasih juga kepada Pak Rahim 9m6rhm kerana sudi meluangkan masa untuk QSO dengan saya pada malam ini. Setelah selesai QSO dengan anda, maka saya pun QRT dari band. Malam sudah larut....

     73 es gud DX De 9m4cjb operated by Zaki 9M2ZAK...

Sunday, July 22, 2012

30 meter band report : 9m2zak


Antenna     : G5RV Jr
Rig            : Yaesu FT-77
Power       : 50 watt
Frequency : 10102.0 khz
Mode        : CW

Station worked,

JP1NWZ   JH4GNE   JR1IJV   JI1RXQ   JJ2LPV   JH3DJX   W6YA   W2RS   K6KII   W6FI   JA0AXV   JP1FJE   JA2DHF   JA2GQT   NN6CH   JA2JRG   NN6A   JA4SSM/6   JQ1TAR   JA3BDP   JS2PKR  RU3EQ   NS6C   JA3BDP   RN7G   UA3ZQ   W6PG   JQ1YIW   HS0ZKG   RX6JX   RA4NT   RA4LM   LZ3ZX   RA4LK   4K8M   N6TQ UX6IB   JE1AEX

36 QSOs - 9 DXCC - 1 new DXCC in 30 meter band ( 4K8M )

Malam ini band 30 meter agak memberangsangkan, walaupun ianya mencatat kadar kebisingan yang tinggi namun aktiviti DX dapat juga dijalankan. G5RV Jr berfungsi dengan baik sekali. Walaupun ianya dipaksa untuk bekerja di 30 meter tetapi ianya tidak menghampakan. Rata - rata memberikan respon yang baik, majoriti 599. Disamping itu juga, malam ini aku juga dapat new DXCC, iaitu dari Azerbaijan 4K8M. Ianya adalah DXCC terbaru aku dalam band 30 meter ini...terima kasih diucapkan....




   73 es gud DX De Zaki 9M2ZAK...

Saturday, July 21, 2012

17 meter band report : 9M2ZAK


Station Callsign  : 9M2ZAK
Operator            : Zaki
Antenna             : G5RV Jr
Power                : 50 watt
Transceiver        :  Icom 718
 Frequency          : 18089.8 khz
Mode                  : CW
Speed                : 30 wpm

Station Worked :

DL1HRE   OM3TDD   DL5ML   SP7SQM   RA6F   DL4FF   OK1MAV   G3HTA   RX4CD   F6GCP   OK8YD   JK3NSD   DL3VDL   RN6HDR   OK1JMK   R7AY   UA3DEF   HA0HW   DJ4OQ   DL3ZI  HB9ANM   SP9MRN   DM3WGN   IK3GZU   IV3YER   HB9BXE   UR4IX   UR3IFD

28 QSOs with 15 DXCC.

Duration : UTC 14:23z to 14:56z  ( 33 minutes )  



   73 es gud DX Zaki 9M2ZAK...

Friday, July 20, 2012

40 Meter Band DX Report : 9M2ZAK


Station Callsign  : 9M2ZAK
Operator            : Zaki
Antenna             : G5RV Jr
Power                : 5 watt
Transceiver        : Yaesu FT - 77
Frequency          : 7004.4
Mode                  : CW
Speed                : 30 wpm

QSOs : 49 station.

JR1BFZ/2   JM1RTE   JA1GSV   UA0CT   EA3KU   UR2MO   OH7UG   DL3VDL   JA6EHA   VK6DXI   HA3HZ   UT3EK   RA3LU   OH6NUW   RN3BLU   DJ2NR   RA9CB   JA0CVC   LA4GHA   UT0UM   S56DX   OZ2TF   R2DW   RW3WA   UR8GM   UA9CY   DS1RJI   SP2LNW   UA3EKZ   YD1DDB   YB1HK   DM5EL   LY3B   RM5Z   UA3ZQ      JA0FVU   EW7LD   LY1G   JA1CQR   I2TAO   UA4CR   DS8WE   7L1WII   UT5ECZ   I3ZNG   HA3OD   IK2HSX   LA8HGA   IK5PWL.

20 DXCC - 9 Zone

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca, sempena bulan ramadhan yang mulia ini, saya disini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa kepada semua rakan tidak kira dimana sahaja anda berada.

Malam tadi, selepas selesai segala urusan. Seperti biasa...radio akan dibuka untuk meneliti keadaan band. Kedengaran kebanyakkan band  membuka dengan baik, dimana banyak station dari 9m berkumandang ke udara seperti :

  • 9m2esm (17 meter)
  • 9m2xdx (20 meter)
  • 9m2ody (40 meter)
Aku mengambil keputusan untuk DX di 40m memandangkan sudah ada wakil 9m di band- band lain. Lagipun keadaan band 40m pada waktu itu agak baik juga dimana signal noise yang dicatatkan di Kulaijaya begitu rendah sekali, iaitu sekitar S1 - S0 dan ianya berterusan selama sehingga saat artikel ini ditulis. Lagipun pada masa yang sama, aku ingin memberi laluan kepada rakan - rakan DX dari negara Malaysia untuk mereka meneruskan aktiviti dxing mereka tanpa sebarang gangguan. Disamping itu juga, secara tidak langsung, station dari negara Malaysia juga ada di merata - merata band sekaligus menaikkan nama negara kita dipersada dunia.

Objektif DX kali ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi contest yang bakal diduduki pada jam 3 petang esok iaitu  Russian Radio Team Championship Contest  yang akan berlangsung pada pukul  UTC 0700Z-1459Z. Boleh dikatakan dx ini sebagai sesi memanaskan rig dan menguji kemampuannya sebelum ia beraksi sepenuhnya pada keesokkan harinya. Syukur alhamdullilah, ianya masih lagi bertenaga dan mantap dari segi prestasinya Rata - rata memberikan respon 599 @ 5nn kepada aku semasa mereka check in dalam dxing aku tadi. Dapat disimpulkan disini bahawa G5RV Jr dan Yaesu FT-77 ini masih lagi berkerja dengan baik sekali walaupun dengan hanya 5 watt. Tahniah diucapkan kepada Yaesu kerana menghasilkan sebuah transceiver yang berkualiti dan lasak ini.






Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam posting yang akan datang, Selamat Berpuasa dari 9m2zak sekeluarga.

73 es gud DX Zaki 9M2ZAK...

Bila KA9Q Tiba-Tiba “Hang” Walaupun Service Masih Active — Cara Saya Buat Auto-Recovery Untuk Radiosonde Auto-RX

  Cara saya buat auto-recovery untuk Radiosonde Auto-RX + KA9Q + Airspy Mini Beberapa hari selepas setup Radiosonde Auto-RX 1.9.0 + KA9Q + A...