Saturday, November 23, 2019

CQWW CW 2019 : Reverse Beacon Network bahagian 1

Pada tahun ini, saya tidak join contest CQWW CW 2019 kerana kekangan tugas dan juga komitmen terhadap family. Hari Sabtu, 23 November, anak saya iaitu Angah dan Akmal bersunat. Majlis sunat bermula jam 7.30 pagi hingga jam 12.30 pm.


Selepas majlis sunat, terus ke dewan sekolah untuk persiapan Dinner Sekolah. Dinner Sekolah akan berlangsung pada malam ini.


 Selesai segalanya, petang saya baru sampai rumah. Pada mulanya teringin juga hendak join contest, tetapi apabila teringat akan aktiviti esok pagi, maka hasrat tersebut dilupakan. Esok pagi iaitu hari ahad pihak sekolah akan mengadakan gotong royong membersihkan sekolah. Maka habislah satu hari saya esoknya pula. Maknanya memang kena lupakanlah terus contest ini, jangan risau... ianya hobi sahaja, tugas dan tanggungjawab itu adalah lebih penting dan perlu diberi keutamaan.

 

Tetapi ianya masih belum berakhir disitu sahaja. Tetiba terbit satu idea. Boleh dikatakan bernas jugalah. Jika tidak dapat join contest dan bersama-sama berjuang bersama rakan diseluruh dunia pada 2 hari ini, namun sebenarnya aku masih juga boleh sertai mereka dalam contest ini. Tetapi dengan cara lain. Iaitu dengan menjadi skimmer. Dengan menggunakan RTL SDR buruk aku ini, maka stesen RBN Kulai dilancarkan.


Seperti yang dijangka, hasilnya memang luarbiasa. Sebenarnya tak luarbiasa pun. Saya dapat banyak spot sebab sekarang kan sedang contest, jadi sudah pastilah mudah. Antenna yang digunakan adalah dipole. Tujuan dipole digunakan adalah untuk study keadaan band. Dibawah ini adalah hasil sejam RBN Kulai.


Umpama berbakti kepada tanah, kali ini saya berbakti kepada dunia. Dengan data yang diperoleh dari Kulai, maka ianya sedikit sebanyak membantu stesen-stesen lain di luar negara dalam merangka dan merencana aktiviti CQ Contest mereka. Mereka boleh meramal keadaan band, menyusun strategi CQ mereka berdasarkan real-time data yang diperolehi dari kawasan khatulistiwa ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Ok sampai sini sahaja dahulu, saya nak siap-siap untuk ke majlis dinner akhir tahun pula.

RBN masih tetap dihidupkan.... bersambung.

Wednesday, October 23, 2019

JOTA 2019 : 9M4SJJJ

Seperti biasa, acara tahunan saya selain daripada Lighthouse, JOTA jugak adalah salah satu daripadanya. JOTA kali ini dibuat di SK Sri Tebrau, Johor Bharu. Station Master adalah saya, station manager adalah Jaya 9w2bug dan station coordinator adalah Adi 9w2ggz.Seramai 266 murid dari sekitar JB menyertainya dan diringi oleh seramai 71 orang guru dari pelbagai sekolah sekitar JB. Pada JOTA kali ini, saya ingin keluar dari kepompong kebiasaan iatu perhubungan secara HF. Kali ini saya akan mencuba pula mode DMR dan melihat keberhasilannya. 
Penggunaan mode DMR 100%

Apa yang saya dapati mode DMR ini begitu efisien sekali bagi kanak-kanak terutama bagi mereka yang pertama kali on-air. Ini adalah kerana : 
  1.  Tiada langsung noise yang biasanya datang dari HF. Noise ini sebenarnya sedikit sebanyak ganggu dan turunkan mode kanak-kanak untuk terus mendekati radio kerana "bising".
  2. Tiada kejutan peralatan, sebelum mereka sampai station saya, mereka perlu melalui beberapa station lagi seperti station simplex vhf, station phonetic dan sebagainya. Dimana mereka telah didedahkan dengan walkie talkie semasa di station tersebut dan apabila sampai ke station saya, mereka tidak kekok dan janggal memegang handy DMR ini kerana sudah biasa dan pernah menggunakannya kerana bentuk dan fungsi mekanikal sama. Jadi keyakinan ada disitu. Saya hanya perlu berikan handy kepada mereka dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
  3. Panggilan CQ yang tidak terlalu lama dan mendapat respond dari negara-negara luar. Mereka amat teruja dan gembira sekali apabila walkie talkie yang mereka pegang itu dijawab oleh rakan seperjuangan mereka dari UK, Israel, Eropah, USA, Hong Kong, Filipine, dan banyak lagi.
  4. Perbualan dan pertukaran maklumat berlangsung dalam keadaan tenang dan aman sekali kerana kualiti audio digital dan kejelasannya sedikit sebanyak menarik minat mereka untuk terus lekat di situ. Proses pertukaran maklumat antara benua berjalan dengan penuh keceriaan.
Pada awalnya, saya sebenarnya ingin menyediakan 2 station DMR supaya tidak berlaku kesesakan atau Q yang terlalu lama, tetapi itulah... kita hanya mampu merancang, berlaku sedikit masalah teknikal dan hanya satu set DMR saja yang dapat disediakan. Saya menggunakan sepenuhnya Jumbospot dan walkie talkie DMR jenama Anytone model AT-D868UV. 

Perancangan asal
Mengikut perancangan, station 1 DMR akan Run dengan menggunakan walkie talkie DMR Anytone manakala station 2 DMR akan run menggunakan walkie talkie DMR TYT. Namun berlaku sedikit kecelakaan dan masalah teknikal, Jumbospot #2 tidak dapat diselamatkan. Sebelum itu, saya berhempas pulas membanting tenaga dan masa untuknya. Pelbagai cara dan kaedah serta trick digunakan untuknya namun beliau masih berdegil. Maka pelan B digunakan iaitu run satu sahaja.

Jumbospot #1 dan #2
Masa sudah semakin suntuk, saya perlu tidur untuk JOTA dan memandangkan jam sudah menunjukkan jam 1 pagi, maka keputusan tersebut digunakan. Jumbospot #2 tidak digunakan manakala raspberry pi3 yang sepatutnya digunakan untuk station DMR #2 saya guna semula sebagai alat untuk monitor pi-star agar paparan dashboard pi-star saya menjadi lebih luas dan tidaklah nanti berlaku penumpuan dan kesesakan kerana masing-masing menumpu kepada monitor yang sama.


aktiviti JOTA DMR berjalan lancar
 syukur... semuanya berjalan dengan lancar sekali. Perkara yang menjadi kerunsingan saya tidak terjadi pada hari JOTA tersebut. Tiada QRM, tidak CQ terlalu lama, hanya satu dua CQ, semua dijawab sempurna. Aktiviti berlaku dalam suasana keriangan sebab tiada lagi bunyi bising HF. Masing-masing dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang station di luar negara sana ingin sampaikan. Secara amalinya, station eksperimen DMR JOTA SK Sri Tebrau berjalan dengan selancarnya. Jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta ditakdirkan lagi, pada tahun hadapan, kami akan menggunakan sepenuhnya Raspi sebagai media utama. Itupun jika saya dijemput lagilah... 73 dari 9M2ZAK @ AG7ME.
 
Gambar ehsan dari 9M2TPT



Thursday, August 15, 2019

DSDPlus Fastlane setup

start "" /AboveNormal "FMP24-VC.bat"
TIMEOUT 2
start "" /AboveNormal "DSD-VC.bat"
TIMEOUT 2
start FMP24-CC.bat
TIMEOUT 2
start DSD-CC.bat
------------

FMP24-VC.bat (-i1 adalah numbor dongle)(-Pxx.x adalah ppm correction) (-gxx.x adalah rf gain)
------------
FMP24 -i1 -o20002 -Pxx.x -rv -gxx.x
------------

DSD-VC.bat (-o1 adalah sound output device)
------------
DSDPlus -F1 -f1 -rv -o1 -i20002 -OM NUL
------------

FMP24-CC.bat (-fxxx.xxxxx adalah CC frequency)
------------
FMP24 -i2 -o20003 -fxxx.xxxxx -b9.5 -Pxx.x -gxx.x
------------

DSD-CC.bat
------------
DSDPlus -F2 -e -f1 -i20003 -rc -OM NUL
------------

Setup KA9Q-Radio radiosonde_auto_rx airspy mini

                             Setup KA9Q-Radio + radiosonde_auto_rx  (Airspy mini + Raspberry Pi + Docker) 1. Objektif Setup Manual ini bertu...