Monday, May 23, 2016

New Icom 7300 HF/50Mhz Transceiver

Icom 7300 ini saya terima pada hari sabtu yang lepas. Jadi memandangkan rig ini masih baru dipasaran. Jadi saya gunakan kesempatan ini untuk melakukan sedikit review bagi membantu bakal-bakal tuan punya Icom 7300 untuk kesenangan mereka. Kawan berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip... jika kita mudahkan kerja orang lain, nanti tuhan akan mudahkan kerja kita. Dalam review ini, kawan hanya buat review pada perkara yang menarik sahaja dan tiada pada rig lain. Selamat membaca. 

Phone Mode
Icom 7300 ini menggunakan receiver system jenis Direct Sampling Superheterodyne. Dimana apabila disebut Direct Sampling ini, convert signal RF terus ke dalam bentuk digital data, dan RF ini diproses oleh FPGA ( Field Programmable Gate Array) dan dihantar ke DSP. Maka sebab itulah audionya kedengaran macam ala-ala digital sedikit. Tahniah Icom.

berbeza dengan block receiver yang lain, dibawah ini contoh perbandingan dengan Icom 7600


Dengan FPGA, Icom mengatakan bahawa Icom 7300 ini mampu untuk  mengurangkan noise dan distortion. Video dibawah ini adalah contoh kemampuan FPGA yang sebenarnya.


Jika didengar dengan teliti, audio yang diproses oleh FPGA ini seolah-olah kedengaran hampir atau menghampiri audio digital. Noise dari band 40m telah berjaya dinyahkan... sengaja saya pilih band 40m sebagai band untuk test keupayaan menapis noise ini sebab kita sudah maklum bagaimana keadaan band ini sebenarnya. Jika didengar melalui headphone pula. Kejelasan audionya semakin terserlah. Kawan terus jatuh cinta pandang pertama apabila mendengarnya. Tidak hairanlah di luar sana, pemilik Icom 756 pro1/2/3 sanggup menjual rig mereka untuk dapatkan si kecil ini. Kini baru kawan mengerti mengapa.

RTTY


Inilah keistimewaan utama icom 7300 ini. Built-in RTTY(FSK). Dengan menggunakan icom 7300, kita dapat bekerja dalam mode RTTY tanpa memerlukan sebarang interface tambahan atau bantuan komputer untuk menjalankannya. Transceiver ini berupaya untuk decode terus audio RTTY dan paparkan pada skrin 4.3 inci beserta dengan paparan air terjun (waterfall) sekali. maka secara tidak langsungnya..kita boleh memancar dalam mode RTTY ini dimana sahaja hanya dengan Icom 7300 ini. Berbanding dengan sebelum ini, kita terpaksa angkut pelbagai peralatan seperti laptop, interface dan radio untuk beroperasi dalam mode ini. Kini semua sudah tidak diperlukan lagi dengan adanya icom 7300.

Spectrum Scope Screen



icom 7300 ini mempunyai dua mode spectrum scope. Yang pertama jenis Center Mode dan yang kedua pula adalah Fixed mode. Kita juga boleh tutup atau aktifkan Waterfall jika kita mahu dan bolej juga kecilkan scope untuk menjimatkan ruang screen kita.

centre mode 
Fix Mode

Apabila terdapat stesen yang signalnya lemah. kita boleh keluarkan stesen yang QRP atau lemah tersebut dari kebisingan band dengan aktif REF. Dimana ianya akan menguatkan signal yang lemah itu tadi dan kita dapat melihat atau monitor stesen tersebut.


Audio Recording : Voice recording 
ICOM 7300 ini juga mempunyai keupayaan untuk merakam audio direct tanpa melalui bantuan komputer. Ia juga mampu merakam audio semasa RX dan juga TX serta audio QSO kita jika kita mahukannya. Ianya sangat berguna jika ada mesej penting ataupun ada kecemasan. Kita boleh merakam moment tersebut untuk rujukan atau simpanan kita untuk masa depan. Selain daripada merakam, kita jugak mampu memainkan semula audio rakaman tersebut secara direct juga dari transiver berwarna hitam ini.


kita boleh pilih samada untuk rakan audio TX sahaja ataupun audio TX dan RX sekaligus. Selepas selesai rakaman, kita boleh memainkan semula rakaman kita tersebut dengan menggunakan  Voice Player.


Jadi apabila ianya boleh berfungsi sebagai voice recording, maka secara automatiknya ianya juga boleh dijadikan sebagai autocq. Fungsi autocq ini amat membantu sekali dikala kita ingin cq atau memanggil mana-mana rakan dari seluruh dunia tanpa berasa penat dan selesa sekali. Selain itu, IC-7300 ini juga ada fungsi antenna tuner. Jadi sudah tentu memudahkan kita apabila transceiver ini ingin dibawa bersama pergi melancong ataupun dibawa ke dxpedition.

Receiving dan Transmitting
Icom 7300 ini mempunyai dua aras dalam PreAmp-nya, iaitu Pre Amp 1 dan Pre Amp 2, Pre Amp 1 ini adalah jenis Wide Dynamic preamplifier, Wide Dynamic pre amp ini sesuai disetkan semasa kita berada di low band seperti band 40m, 80m dan 160m. Manakala Pre Amp 2 pula adalah jenis High Gain preamplifier. High Gain preamplifier ini sangat berkesan jika digunakan pada band 20m, 15m dan 10m kerana ianya akan menguatkan audio yang lemah dicelah-celah kebisingan band. Jadi sudah tentu station akan dapat didengar oleh kita dengan mudahnya. Selain itu, ianya juga mempunyai Twin PBT (Passband Tuning). Twin PBT ini akan mengurangkan dan memotong signal yang tidak diingini seperti QRM dengan kedua-dua PBT1 dan PBT2 digerakkan sehingga mendapat kualiti audio yang diingini oleh operator.


Disamping keupayaan Twin PBT-nya, Icom 7300 juga mempunyai 3 IF filter. Iaitu FIL1 untuk wide, FIL2 untuk mid dan FIL3 untuk narrow dan setiap IF filter ini mempunyai nilai yang berbeza mengikut mode. Sila lihat rajah dibawah untuk nilai tersebut.


Jadi disini kita bebas untuk memilih step berapa yang kita kehendaki, perlu diingatkan penggunaan FIL ini tidak terikat dengan mana-mana, ianya bergantung kepada kesedapan telinga operator itu sendiri, biarlah dia yang menentukan sama FIL berapa yang dia hendak. Jadi dalam penulisan ini, kawan tidak cadang FIL berapa sepatutnya digunakan... tepuk dada tanyalah operator itu sendiri... lain padang lain juga spesies belalangnya. 

Tetapi, Icom 7300 ini ada menyediakan dua mode tambahan untuk kita pilih semasa menggunakan IF Filter ini, iaitu mode SHARP dan juga mode SOFT. Mode SHARP akan meningkatkan kualiti audio, dimana audio akan kedengaran seakan-akan bersih dan hampir tiada noise. Manakala mode SOFT pulak sesuai digunakan untuk tangkap signal yang lemah seperti QRP station dan ianya amat sesuai digunakan pada high band seperti 10m dan juga 6m kerana ia akan menguruangkan bunyi garing pada band tersebut dikala band itu mencatat kadar noise yang tinggi.

Untuk membantu kita mendengar audio transmitting kita, icom 7300 juga ada fungsi Monitor. Dimana fungsi Monitor ini membolehkan kita memantau dan mendengar bagaimana bunyinya audio TX kita sebelum kita beraksi di udara, Jadi kita boleh adjust audio kita agar dapat full modulation dan TX dengan penuh bergaya sekali. Sehubungan dengan itu, kita boleh gabungkan ianya dengan adjust Speech Compressor. hanya aktifkan COMP dan bersuaralah di microphone sambil adjustnya sehingga dapat kualiti audio yang cantik dan tidak distort.

10m Band Repeater
10m band repeater ini adalah satu lagi kelebihan yang ada pada IC 7300. Kita boleh sertai atau connect kepada repeater yang berdekatan jika ada, dengan icom 7300 ini. Dimana sudah tentu ianya akan menjadikan pancaran kita akan pergi lebih jauh dengan bantuan repeater dikala band 10m ini tidak membuka dengan baik di lokalan kita. Function 10m repeater ini amat berguna sekali kepada kita. 

 Audio Scope Screen

Audio Scope screen ini memboleh kita melihat signal yang kita terima itu pada paparan FFT dan bentuk gelombang audio tersebut pada Oscilloscope disebelah kanannya. Kita secara automatiknya dapat tahu berapakah tx bandwith station yang sedang memancar dengan melihat pada paparan audio scope tersebut.

Jadi secara kesimpulannya, ICOM 7300 ini sesuai dimiliki oleh mereka yang ingin memulakan pengembaraan mereka ke dalam dunia HF ini kerana ianya mesra pengguna dan mempunyai fungsi yang standard dan tidak terlalu advance. Mereka (beginner) tidak akan keliru dan pening mengenai apakah filter yang harus digunakan untuk counter kadar kebisingan dikala band menjadi sangat bising. Mereka juga tidak gusar mengenai pemasangan interface untuk mode RTTY dan interface untuk komputer kerana ianya boleh digunakan dengan hanya USB kabel sahaja. Mereka juga tidak perlu gusar mengenai SWR antenna, kerana sudah tersedia antenna tuner didalamnya dan juga SWR analyzer untuk memantau bacaan SWR antenna. Memang cantik sekali Icom keluarkan model ini pada ketika ini, iaitu pada ketika ledakan teknologi skrin sesentuh bermaharajalela...hampir semua gadjet kini ada function touch skrin dari peralatan dapur hinggalah ke peralatan perubatan...semuanya sentuh skrin. jadi tindakan Icom menyertai era sentuh skrin dan mengaplikasikannya pada produk mereka ini adalah satu tindakan yang bijak dan berjaya mencuri hampir semua perhatian pemegang lesen radio amatur diseluruh dunia. Kini Icom 7300 sudah berada di merata dunia dan sedia untuk memberi persaingan kepada jenama-jenama lain dipasaran dengan technologi skrin sesentuhnya. 73

Wednesday, April 27, 2016

5 station per minutes



Jika KF6JQ tidak minta ulang, rasanya mungkin boleh capai sasaran kawan. Iaitu 6 station. Tapi tidak mengapa. Kawan akan terus mencuba dan mencuba. 73.

Saturday, April 23, 2016

6 meter band report : Working with 9M0S - Pile up from Japan station.

Hari ini cuaca seperti biasa di Kulai, panas terik dan kering. Hujung minggu ini, kawan tidak kemana-mana. Jadi adalah sedikit kesempatan untuk menjenguk seketika shack kawan yang sudah beberapa minggu tidak dijenguk dan dibelai. Kawan mulakan pengembaraan kawan dengan band 10m. Namun band 10m tidak menunjukkan sebarang aktiviti, malah apabila kawan monitor pada frequency beacon, langsung tidak kedengaran satu pun. Selalunya akan kedengaran jugak beacon dari Japan...paling kurang pun satu atau dua transmission dari sana. 

Kemudian kawan beralih pula ke band 15m, band tersebut pun sama. Hanya kedengaran noise sahaja. Monitor pada freq beacon pun sama jugak...langsung tidak kedengaran apa-apa. Hmm...apa sudah jadi ni. Tak mengapalah...maka kawan pun mengambil keputusan untuk menuju ke band cari makan, iaitu band 20m. Band 20m kawan gelar band cari makan sebab band ini sentiasa ok. Jika kawan cq sahaja di band ini, pasti akan ada menyahut cq kawan, tidak kiralah dari mana sekalipun. Pasti akan ada station yang masuk.

Ramalan kawan tepat, CQ kawan disapa oleh beberapa station dari Japan dan China. Kemudian...kedengaran station 9M0S masuk. Biar betul... kata kawan dalam hati. Kawan reply semula dengan menanya apakah ianya benar 9M0S? kemudian dia beberapa menyatakan bahawa confirm yang dia adalah 9M0S. Kawan menanya beberapa kali sebab takut kawan dipermainkan. Akhirnya...confirm ianya 9M0S apabila beliau mengesahkannya melalui Facebook. Kemudian kawan berhenti CQ dan turun ke bawah menikmati sarapan yang disediakan oleh isteri kesayangan kawan.

          

Kemudian, pada sebelah petangnya. iaitu sekitar jam 2. Kawan sambung semula aktiviti radio kawan. Entah mengapa dalam hati ini terdetik untuk pantau band 6m. Tiba-tiba kawan terserempak lagi dengan 9M0S di freq 50.100.00mhz. la...kat sini rupanya hang. Signalnya ok, dapat di-copy di Kulai. Sila tengok video di atas. Jadi kawan gunakan kesempatan ini, untuk menambah lagi koleksi band bagi 9m0s di band 6m, pagi tadi dapat bonus di band 20m. Petang pula, giliran kawan pula, menyokong aktiviti beliau di band 6m. Selepas QSO dengan beliau, kawan monitor sekejap aktiviti beliau untuk melihat station mana lagi yang masuk selepas kawan spot beliau di cluster. 

Kedengaran station dari Jepun jelas dan terang signal mereka semasa mereka cuba check-in dalam CQ 9M0S. Jadi ini suatu petanda baik. iaitu petanda bahawa band 6m membuka cantik ke arah Jepun. Samada dari Jepun ke Malaysia cantik, ataupun dari Malaysia ke Jepun cantik. Jadi untuk mengesahkan yang mana satu cantik. Kawan pun memilih 50110.00mhz sebagai freq untuk kawan cuba memanggil station Jepun tadi. 

Hanya selepas beberapa kali CQ, berduyun-duyun station dari Jepun check-in dalam CQ kawan. Fuhhhh!!!! ini kali pertama dalam hidup kawan selama menjadi ham radio operator ini, kawan pileup di band 6m. Jadi kesempatan ini, kawan gunakan sepenuhnya. Setiap station yang check-in tersebut kawan kutip satu persatu tanpa meninggalkan satu pun dibelakang. Malah ada jugak weak station dan QSB station yang cuba masuk. Kawan korek juga mereka dari dalam kebisingan band sehingga dapat sebab peluang untuk menikmati saat-saat bahagia seperti amat susah dah selepas ini. Sila lihat video dibawah.


Selepas 20 minute menikmati saat indah ini. Tiba-tiba semua pileup tadi hilang dan terus senyap. Fuhhh...mujur sempat kutip habis segala station yang check-in tadi. Kawan berjaya kutip 48 station dari Japan. Band tetiba menjadi bising dengan kadar noise yang menggila. Sebab tu mereka gelar band ini, sebagai magic band... ikut suka dia nak tutup atau buka. Tidak boleh jangka dan terus tutup secara tiba-tiba.

Sekian dahulu catatan kawan mengenai band 6m ini. Insyaallah esok jika ada kelapangan, kawan akan cuba lagi meneroka band ini. 73 Zaki.

Wednesday, April 20, 2016

4 station per minute


Target utama sebenarnya untuk capai 5 station, tetapi masih belum dicapai. rasanya perlu ditingkatkan keupayaan RX lagi. RX masih lemah. Latihan mendengar perlu diteruskan lagi. 73 de 9m2zak

Monday, March 28, 2016

CQWPX SSB 2016 : Single Operator 40m Low Power

CQWPX SSB menjelma lagi, sudah pasti hujung minggu lepas iaitu pada 26 Mac - 27 Mac 2016 semua station di seluruh dunia sibuk dan berkampung di dalam shack masing-masing untuk menyertai contest ini. Kawan juga turut serta dalam contest ini kerana jiwa kawan sudah sebati dengan radio sport ini. Hidup rasa macam tidak lengkap jika tidak menyertainya. Itulah penangan radio amatur, hobi yang menyatukan.

Kali ini, kawan sengaja memilih kategori single band single operator kerana ingin menguji antenna Diamond W8010, sungguhpun ant ini dapat cover band 80m hingga 10m, tetapi kawan hanya gunakan section 80m dan 40m sahaja. Bahagian 20m dan 10m kawan tidak pasang. Jadi secara tidak rasminya, ianya akan menjadi W8040. Dipole ini terdiri daripada dua trap, iaitu trap untuk 40m dan 80m. Apabila semuanya sudah dipasang, panjang keseluruhannya menjadi 19m sahaja. Pendek juga antenna ini, dan tidak memakan ruang yang banyak kerana ukurannya yang pendek.

Jadi mudah untuk kawan memasangnya. Dipole ini kawan secara inverted V. Dimana balun bu-50 diikat pada pole yagi tribander dan kedua-dua hujungnya itu diikat pada bawah depan rumah dan belakang. Mujur panjang keseluruhan rumah adalah 70kaki, maka proses pemasangan dipole ini tidaklah rumit kerana masih terdapat ruang yang banyak di atas bumbung sana.

Bacaan SWR pula bagus, pada band 40m, ianya dapat mencatatkan bacaan SWR yang rendah iaitu sekitar 1:1 hingga 1:7, dari frequency 7.000mhz hingga 7.200 mhz. Manakala bagi band 80m pula. SWR cantik 1:1 pada frequency 3.5000 hingga 3.570. sila lihat video dibawah.

                            

Berbalik kita kepada WPX....jadi sehubungan dengan itu. Kawan mengambil keputusan untuk beraksi bersama W8010 untuk melihat sejauh mana persembahannya dan kemampuannya mengharungi cabaran contest yang getir ini. Oleh kerana kawan beraksi pada band 40m, jadi aktiviti contest kawan hanya pada waktu malam sahaja. Ini adalah kerana band 40m membuka cantik pada waktu malam. Waktu siang...kawan penuhi dengan aktiviti tidur dan penyelenggaraan antenna dan system logging N1MM. Oleh kerana hari Ahad kawan bekerja, maka pada malam sabtu tersebut kawan terpaksa berhenti awal untuk tidur kerananya esoknya kawan bertugas.


Hasilnya...kawan berjaya mengutip sebanyak 121 station dari seluruh dunia dengan wayar sepanjang 19m ini. Pelbagai cabaran terpaksa kawan harungi dalam menempuh dugaan contest seperti dipijak oleh Big Gun, freq dirampas oleh station yang tidak beretika dan bertarung dengan noise serta QRM yang tinggi untuk mengeluarkan weak station atau station yang jauh dari celah-celah kebisingan band dan splatter dari station 1KW. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, ini adalah kali pertama kawan beraksi sebagai single band single operator dalam cabaran CQWPX ini. Cabarannya memang terasa sekali.

 Berikut adalah senarai negara yang berjaya dihubungi dengan wayar 19m ini.

  1. Malaysia ( 16 station )
  2. China (4 station)
  3. Germany (1 station)
  4. Filipina (6 station)
  5. Hungry (2 station)
  6. Thailand (2 station)
  7. Belarus (1 station)
  8. Italy (1 station)
  9. Jepun (9 station)
  10. Amerika (5 station)
  11. Hawai (1 station)
  12. Lithuania ( 1 station)
  13. Bulgaria (1 station)
  14. Finland (1 station)
  15. Czech Republik (1 station)
  16. Slovak Republik (1 station)
  17. Denmark (1 station)
  18. Slovenia (1 station)
  19. Russia (3 station)
  20. Kazakhstan (1 station)
  21. Ukraine (1 station)
  22. Brunei (1 station)
  23. Canada ( 3 station)
  24. Australia (1 station)
  25. Hong Kong (2 station)
  26. Laos (1 station)
  27. Indonesia (48 station)
  28. Latvia ( 1 station)
Jadi dapat disimpulkan bahawa wayar 19m ini berjaya sampai ke eropah dan juga ke Amerika Utara, manakala bagi kawasan Asia pulak, ianya tidak menghadapi sebarang masalah. Cuma benua Afrika dan Amerika selatan sahaja yang tidak berjaya kawan menghubunginya. Ini adalah kerana faktor masa dan arah pemasangan antenna. Benua Amerika Selatan dan Africa tidak berada dalam kawasan liputan antenna ini (bahasa mudah agar pembaca lain boleh memahami).

KLDX 
Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengharungi cabaran contest ini. Kawan salute kepada anda semua.

  1. 9m2si 
  2. 9m4sg
  3. 9m2pul
  4. 9m2get
  5. 9w2ahu
  6. 9w2dcw
  7. 9m6cdx
  8. 9m6lzy
  9. 9m6rhm
  10. 9m6xro
  11. 9m4ckb
  12. 9m4cpd
  13. 9m4cpm
  14. 9m4crx
  15. 9m4dx
  16. 9m4chs
Baiklah, kawan berhenti disini dahulu coretan kawan mengenai contest ini. Jika ada kelapangan dan ruang, kita akan berjumpa lagi pada post-post yang akan mendatang. Good Luck in your contest...73 Zaki.

Monday, February 15, 2016

My 10m band report : Feb 16 2016


Sejak dua tiga hari ini, band 10m semakin menjadi-jadi pula. Dimana ianya membuka dengan cantik dari segenap pelusok di dunia ini. Sebelah pagi, berlaku pembukaan ke arah Amerika Utara manakala sebelah petangnya pula ke arah eropah. Jadi kesempatan ini kawan gunakan untuk meneroka band ini. Lagipun sudah lama kawan tidak ke udara bersama band 10m ini semenjak prestasinya merudum pada permulaan masuk tahun 2016.

Pagi ini, band 10m terus melangkau ke NA, selalunya apabila kawan beam ke arah NA, stesen daripada Jepun sudah pastinya akan menyapa kawan. Itu dikira sebagai wajib, tetapi pagi ini, untuk mendapatkan kepastian kenapa tiada JA stesen, kawan monitor juga beacon dari sana. Memang sah, band terus melompat melangkaui JA, tiada langsung kedengaran Beacon dari Jepun. Hanya kedengaran beacon dari California sahaja.

Kadar noise pula amat mengagumkan. Tercatat di Kulai...dahulunya Kulaijaya... noise level sekitar S0 - S1... wow!!! kedengaran dengan jelas stesen NA yang check in, malah stesen dari Brazil dan Mexico juga turut serta check in dalam CQ kawan. Hasilnya.......

Band : 10m
Freq : 28040
mode : CW


  • W6LAX 
  • KB6NA 
  • N6PF 
  • KB4IA
  • K6LE
  • PY4OM
  • W4DJL
  • JA0AVS
  • K6ME
  • WV6C
  • N5KD
  • N9RV
  • RX0F
  • N6QQ
  • AL7JX
  • K0OK
  • N7RC
  • PY2RJ
  • AF6WG
  • JH0WYT
  • N6NO
  • AH6EZ/W7
  • JA0LNS
  • KH6LE
  • N7RD
  • K7DSE
  • W8JRK
  • XE2D
  • AI6Z
  • KH6BO
terima kasih diucapkan kepada semua stesen yang check-in. Jumpa dan jumpa lagi. 73 Zaki

Sunday, December 6, 2015

CQWW CW 2015 : HS0ZAR Contest Team, Phinmai Thailand.


Pada contest kali ini, kawan telah menerima undangan dari team HS0ZAR untuk menyertai pasukan mereka dalam cqww cw ini. Pelawaan tersebut kawan terima dengan hati yang terbuka, pasukan ini akan beroperasi dari Bantabong, Phimai, Thailand. Pasukan ini dianggotai oleh :

1. Fred K3ZO (USA)
2. Stiq LA7JO ( NORWAY)
3. Popa YU7EF (SERBIA)
4. Svante SM3DYU (SWEDEN)
5. Tony G4UAV (ENGLAND)
6. Ray HS4RAY (THAILAND)
7. Champ E21EIC (THAILAND)
8. Zaki 9M2ZAK (MALAYSIA)
9. Art HS4LKW (THAILAND)
10. Mike E29BUQ (THAILAND)
11. Joe HS2JFW (THAILAND)

Jadi secara tidak langsung, 7 buah negara bergabung dalam satu pasukan dan membentuk satu pasukan yang mantap. Dalam contest kali ini, kami bertanding dalam kategori Multi Multi. Semua ahli pasukan berkumpul di Phimai pada hari Khamis iaitu 26 Nov 2015. Jadi ada dua hari untuk setup station dan antenna. CQWW CW ini, HS0ZAR akan berada pada semua band, iaitu 10m-15m-20m-40m-80m-160m
with YU7EF Popa
Popa YU7EF bertanggungjawab menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan antenna. Di mana segala keputusan mengenai antenna hanya Popa sahaja yang buat. Manakala Sam pulak pada bahagian shack, beliaulah yang bertanggungjawab sepenuhnya memasang dan memastikan semua radio dan antenna berfungsi dengan baik. Tony bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan logistik, makanan. Beliaulah yang akan menyediakan makanan, minuman kepada para operator. Operator hanya perlu tekan loceng sahaja jika ingin pesan kopi atau snack. Jika ingin ke tandas, Stiq akan datang untuk menggantikan operator. Begitulah betapa tersusunnya perancangan mereka dalam contest ini.

Apa yang kawan perhatikan, mereka menjalankan tugas dengan baik sekali. Stiq juga bertanggungjawab menguruskan penginapan operator, dimana Stiq menyediakan satu banglow milik beliau untuk penginapan kami. Banglow tersebut terletak hanya lima minit sahaja perjalanan dari Bantabong Contest Station. Cuaca pula alhamdulillah, amat baik sekali sepanjang contest ini berlangsung. Berangin dan cerah, di sini Bantabong, Phimai  gelap awal, iaitu sekitar 6 pm, keadaan sudah pun menjadi gelap. Manakala pada waktu pagi pula, cerah awal iaitu sekitar jam 6 am.

Fred K3ZO dan Stiq LA7JO
Pasukan ini sebenarnya sudah terbentuk lebih daripada 30 tahun. Mereka selalu bersama merantau seluruh dunia melakukan dxpedition dan contest di negara-negara yang rare. Jadi perhubungan mereka amat erat sekali dan tidak ubah seperti adik beradik. Masing-masing sudah mengenali hati budi masing-masing. Jadi sudah tentulah keakraban mereka ini menjadi nadi kekuatan kepada pasukan ini. Di sini, aktiviti contest dimulakan pada pukul 7:00 pagi kerana UTC 00:00z jatuh pada pukul 7:00 pagi waktu tempatan di Thailand. Seperti yang kita maklum, waktu Thailand kurang sejam dari waktu negara Malaysia.

Bantabong, Phimai Thailand
Untuk antenna pulak, mereka menyediakan tiga tower. Dua tower untuk Run 1 dan satu lagi untuk RUN 2, manakala tower yang ketiga pula digunakan untuk memburu multiply station. Kedua - dua station RUN 1 dan RUN 2 ini menggunakan FT2000 sebagai rig utama mereka, manakala untuk stesen Multiply, pesawat K3 digunakan. Manakala untuk band pass filter, filter 4O3A digunakan sepenuhnya pada semua band. Iaitu dari 10m hinggalah ke 160m. Stack yagi digunakan untuk RUN 1 dan RUN 2. Manakala untuk band 80m, Vertical 80m digunakan, dimana vertical tersebut adalah homebrew dari Popa dan untuk antenna 160m, Loop antenna digunakan. Kedua-dua antenna 80m dan 160m ini adalah direct feeding dan tidak menggunakan balun. 

 shack engineer, Svante SM3DYU
Kawan salute kepada SM3DYU Sam kerana beliaulah yang telah bertungkus lumus menyiapkan segala perkara yang berkaitan dengan transceiver, coax, linear, dan bandpass filter. Masalah bandpass filter telah beliau selesaikan dengan jayanya. Beliaulah juga yang menyediakan system stack yagi, wiring dan setup untuk interface Hamradio Master dan membaikpulih transceiver dan linear pada masa itu jugak. Pengalaman berpuluh tahun beliau dalam bidang ini memang banyak membantu dan amat membanggakan dan amat bermurah hati memberi tunjuk ajar kepada kami. Selama 48jam ini, beliau senantiasa bersedia jika ada apa-apa permasalahan berkaitan setup dan shack. Komitmen yang ditunjukkan itu adalah faktor utama kejayaan pasukan ini. Tanpa beliau...agaknya macam manalah keadaannya shack ini. Terbaik Uncle Sam.

Art HS4LKW dan Mike E29BUQ sedang memanjat tower
Kredit juga diberikan kepada Art dan Mike, tanpa mereka segala perancangan yang berkaitan dengan antenna dan coax oleh Popa dan Sam tidak akan menjadi kenyataan jika dua orang yang berhati kering ini tidak memanjat tower yang setinggi 150 kaki ini. Mereka berdualah yang menjalankan tugas untuk menyalin coax baru, menyalin guide wire tower baru dan mengubah kedudukan yagi. Boleh dikatakan, mereka adalah mata, kaki dan tangan bagi Stiq dan Popa. Apa sahaja perancangan oleh Stiq merekalah yang akan tunaikan, manakala apa sahaja antenna yang disiapkan oleh Popa, mereka jugalah akan naik tower memasangnya. Memang langsung tiada rasa gentar dan cuak pada ketinggian anak-anak muda ini. Kawan cuma panjat setinggi ini sahaja, itu pun untuk pasang ant vertical 80m. Gambar di bawah....


pemasangan antenna vertical 80m
Setelah bertungkus lumus selama 48jam, kawan tidur hanya 3 jam sahaja sehari, Kami berjaya mengutip sebanyak 7,307,167 mata. Butiran kutipan QSOs mengikut band adalah seperti berikut:

Band 160m : 26 QSOs
Band 80m : 332 QSOs
Band 40m : 1345 QSOs
Band 20m : 1044 QSOs
Band 15m : 1679 QSOs
Band 10m : 854 QSOs

Jika diteliti, band 10m rendah kutipannya. Kutipan yang rendah pada band 10m ini juga dirasai oleh beberapa pasukan yang lain diseluruh dunia. Band 10m agak tidak memberangsangkan pembukaannya. Namun pada band-band lain, ianya boleh dikatakan agak lumayan, pile-up sepanjang masa dan tidak mengecewakan. Tahniah sekali lagi kepada Fred K3ZO dan seluruh pasukan kerana berjaya mengharungi semua cabaran 48 jam ini dengan jayanya. Disiplin dan komitmen yang ditonjolkan itu adalah kunci utama kepada kejayaan pasukan ini. Kawan berasa amat bertuah sekali kerana diberi peluang untuk beraksi bersama jaguh-jaguh dari serata dunia ini. Segala tips dan tunjuk ajar mereka kepada kawan akan kawan gunakan sepenuhnya demi perkembangan Radio Amatur tanahair kita. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Champ E21EIC kerana menjemput kawan untuk beraksi bersama keluarga besar ini. Kawan cuba buat yang terbaik untuk kalian semua.           73 dari saya Zaki 9M2ZAK.


Terima kasih Mike E29BUQ kerana menyediakan video ini.... awesome!!!

Setup KA9Q-Radio radiosonde_auto_rx airspy mini

                             Setup KA9Q-Radio + radiosonde_auto_rx  (Airspy mini + Raspberry Pi + Docker) 1. Objektif Setup Manual ini bertu...