Monday, May 23, 2016

New Icom 7300 HF/50Mhz Transceiver

Icom 7300 ini saya terima pada hari sabtu yang lepas. Jadi memandangkan rig ini masih baru dipasaran. Jadi saya gunakan kesempatan ini untuk melakukan sedikit review bagi membantu bakal-bakal tuan punya Icom 7300 untuk kesenangan mereka. Kawan berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip... jika kita mudahkan kerja orang lain, nanti tuhan akan mudahkan kerja kita. Dalam review ini, kawan hanya buat review pada perkara yang menarik sahaja dan tiada pada rig lain. Selamat membaca. 

Phone Mode
Icom 7300 ini menggunakan receiver system jenis Direct Sampling Superheterodyne. Dimana apabila disebut Direct Sampling ini, convert signal RF terus ke dalam bentuk digital data, dan RF ini diproses oleh FPGA ( Field Programmable Gate Array) dan dihantar ke DSP. Maka sebab itulah audionya kedengaran macam ala-ala digital sedikit. Tahniah Icom.

berbeza dengan block receiver yang lain, dibawah ini contoh perbandingan dengan Icom 7600


Dengan FPGA, Icom mengatakan bahawa Icom 7300 ini mampu untuk  mengurangkan noise dan distortion. Video dibawah ini adalah contoh kemampuan FPGA yang sebenarnya.


Jika didengar dengan teliti, audio yang diproses oleh FPGA ini seolah-olah kedengaran hampir atau menghampiri audio digital. Noise dari band 40m telah berjaya dinyahkan... sengaja saya pilih band 40m sebagai band untuk test keupayaan menapis noise ini sebab kita sudah maklum bagaimana keadaan band ini sebenarnya. Jika didengar melalui headphone pula. Kejelasan audionya semakin terserlah. Kawan terus jatuh cinta pandang pertama apabila mendengarnya. Tidak hairanlah di luar sana, pemilik Icom 756 pro1/2/3 sanggup menjual rig mereka untuk dapatkan si kecil ini. Kini baru kawan mengerti mengapa.

RTTY


Inilah keistimewaan utama icom 7300 ini. Built-in RTTY(FSK). Dengan menggunakan icom 7300, kita dapat bekerja dalam mode RTTY tanpa memerlukan sebarang interface tambahan atau bantuan komputer untuk menjalankannya. Transceiver ini berupaya untuk decode terus audio RTTY dan paparkan pada skrin 4.3 inci beserta dengan paparan air terjun (waterfall) sekali. maka secara tidak langsungnya..kita boleh memancar dalam mode RTTY ini dimana sahaja hanya dengan Icom 7300 ini. Berbanding dengan sebelum ini, kita terpaksa angkut pelbagai peralatan seperti laptop, interface dan radio untuk beroperasi dalam mode ini. Kini semua sudah tidak diperlukan lagi dengan adanya icom 7300.

Spectrum Scope Screen



icom 7300 ini mempunyai dua mode spectrum scope. Yang pertama jenis Center Mode dan yang kedua pula adalah Fixed mode. Kita juga boleh tutup atau aktifkan Waterfall jika kita mahu dan bolej juga kecilkan scope untuk menjimatkan ruang screen kita.

centre mode 
Fix Mode

Apabila terdapat stesen yang signalnya lemah. kita boleh keluarkan stesen yang QRP atau lemah tersebut dari kebisingan band dengan aktif REF. Dimana ianya akan menguatkan signal yang lemah itu tadi dan kita dapat melihat atau monitor stesen tersebut.


Audio Recording : Voice recording 
ICOM 7300 ini juga mempunyai keupayaan untuk merakam audio direct tanpa melalui bantuan komputer. Ia juga mampu merakam audio semasa RX dan juga TX serta audio QSO kita jika kita mahukannya. Ianya sangat berguna jika ada mesej penting ataupun ada kecemasan. Kita boleh merakam moment tersebut untuk rujukan atau simpanan kita untuk masa depan. Selain daripada merakam, kita jugak mampu memainkan semula audio rakaman tersebut secara direct juga dari transiver berwarna hitam ini.


kita boleh pilih samada untuk rakan audio TX sahaja ataupun audio TX dan RX sekaligus. Selepas selesai rakaman, kita boleh memainkan semula rakaman kita tersebut dengan menggunakan  Voice Player.


Jadi apabila ianya boleh berfungsi sebagai voice recording, maka secara automatiknya ianya juga boleh dijadikan sebagai autocq. Fungsi autocq ini amat membantu sekali dikala kita ingin cq atau memanggil mana-mana rakan dari seluruh dunia tanpa berasa penat dan selesa sekali. Selain itu, IC-7300 ini juga ada fungsi antenna tuner. Jadi sudah tentu memudahkan kita apabila transceiver ini ingin dibawa bersama pergi melancong ataupun dibawa ke dxpedition.

Receiving dan Transmitting
Icom 7300 ini mempunyai dua aras dalam PreAmp-nya, iaitu Pre Amp 1 dan Pre Amp 2, Pre Amp 1 ini adalah jenis Wide Dynamic preamplifier, Wide Dynamic pre amp ini sesuai disetkan semasa kita berada di low band seperti band 40m, 80m dan 160m. Manakala Pre Amp 2 pula adalah jenis High Gain preamplifier. High Gain preamplifier ini sangat berkesan jika digunakan pada band 20m, 15m dan 10m kerana ianya akan menguatkan audio yang lemah dicelah-celah kebisingan band. Jadi sudah tentu station akan dapat didengar oleh kita dengan mudahnya. Selain itu, ianya juga mempunyai Twin PBT (Passband Tuning). Twin PBT ini akan mengurangkan dan memotong signal yang tidak diingini seperti QRM dengan kedua-dua PBT1 dan PBT2 digerakkan sehingga mendapat kualiti audio yang diingini oleh operator.


Disamping keupayaan Twin PBT-nya, Icom 7300 juga mempunyai 3 IF filter. Iaitu FIL1 untuk wide, FIL2 untuk mid dan FIL3 untuk narrow dan setiap IF filter ini mempunyai nilai yang berbeza mengikut mode. Sila lihat rajah dibawah untuk nilai tersebut.


Jadi disini kita bebas untuk memilih step berapa yang kita kehendaki, perlu diingatkan penggunaan FIL ini tidak terikat dengan mana-mana, ianya bergantung kepada kesedapan telinga operator itu sendiri, biarlah dia yang menentukan sama FIL berapa yang dia hendak. Jadi dalam penulisan ini, kawan tidak cadang FIL berapa sepatutnya digunakan... tepuk dada tanyalah operator itu sendiri... lain padang lain juga spesies belalangnya. 

Tetapi, Icom 7300 ini ada menyediakan dua mode tambahan untuk kita pilih semasa menggunakan IF Filter ini, iaitu mode SHARP dan juga mode SOFT. Mode SHARP akan meningkatkan kualiti audio, dimana audio akan kedengaran seakan-akan bersih dan hampir tiada noise. Manakala mode SOFT pulak sesuai digunakan untuk tangkap signal yang lemah seperti QRP station dan ianya amat sesuai digunakan pada high band seperti 10m dan juga 6m kerana ia akan menguruangkan bunyi garing pada band tersebut dikala band itu mencatat kadar noise yang tinggi.

Untuk membantu kita mendengar audio transmitting kita, icom 7300 juga ada fungsi Monitor. Dimana fungsi Monitor ini membolehkan kita memantau dan mendengar bagaimana bunyinya audio TX kita sebelum kita beraksi di udara, Jadi kita boleh adjust audio kita agar dapat full modulation dan TX dengan penuh bergaya sekali. Sehubungan dengan itu, kita boleh gabungkan ianya dengan adjust Speech Compressor. hanya aktifkan COMP dan bersuaralah di microphone sambil adjustnya sehingga dapat kualiti audio yang cantik dan tidak distort.

10m Band Repeater
10m band repeater ini adalah satu lagi kelebihan yang ada pada IC 7300. Kita boleh sertai atau connect kepada repeater yang berdekatan jika ada, dengan icom 7300 ini. Dimana sudah tentu ianya akan menjadikan pancaran kita akan pergi lebih jauh dengan bantuan repeater dikala band 10m ini tidak membuka dengan baik di lokalan kita. Function 10m repeater ini amat berguna sekali kepada kita. 

 Audio Scope Screen

Audio Scope screen ini memboleh kita melihat signal yang kita terima itu pada paparan FFT dan bentuk gelombang audio tersebut pada Oscilloscope disebelah kanannya. Kita secara automatiknya dapat tahu berapakah tx bandwith station yang sedang memancar dengan melihat pada paparan audio scope tersebut.

Jadi secara kesimpulannya, ICOM 7300 ini sesuai dimiliki oleh mereka yang ingin memulakan pengembaraan mereka ke dalam dunia HF ini kerana ianya mesra pengguna dan mempunyai fungsi yang standard dan tidak terlalu advance. Mereka (beginner) tidak akan keliru dan pening mengenai apakah filter yang harus digunakan untuk counter kadar kebisingan dikala band menjadi sangat bising. Mereka juga tidak gusar mengenai pemasangan interface untuk mode RTTY dan interface untuk komputer kerana ianya boleh digunakan dengan hanya USB kabel sahaja. Mereka juga tidak perlu gusar mengenai SWR antenna, kerana sudah tersedia antenna tuner didalamnya dan juga SWR analyzer untuk memantau bacaan SWR antenna. Memang cantik sekali Icom keluarkan model ini pada ketika ini, iaitu pada ketika ledakan teknologi skrin sesentuh bermaharajalela...hampir semua gadjet kini ada function touch skrin dari peralatan dapur hinggalah ke peralatan perubatan...semuanya sentuh skrin. jadi tindakan Icom menyertai era sentuh skrin dan mengaplikasikannya pada produk mereka ini adalah satu tindakan yang bijak dan berjaya mencuri hampir semua perhatian pemegang lesen radio amatur diseluruh dunia. Kini Icom 7300 sudah berada di merata dunia dan sedia untuk memberi persaingan kepada jenama-jenama lain dipasaran dengan technologi skrin sesentuhnya. 73

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...