Tuesday, March 12, 2013

Pile-up di 28037.00mhz

Hari ini, seawal jam 7.00 pagi, kawan bertolak ke Desaru. Hari ini kawan ada tugasan, iaitu pergi ke Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, SSTMI di Bandar Penawar untuk mengambil hurdle. Projek ini telah lama dirancang...iaitu dua minggu yang lalu. Oleh kerana kekangan masa, maka kesempatan hari ini digunakan sepenuhnya.

Proses loading hurdle ke dalam lori mengambil masa yang agak lama, iaitu kira-kira satu jam setengah, ini adalah kerana ada beberapa faktor:
  1. Kakitangan yang kurang, iaitu hanya 2 orang sahaja.
  2. Bilangan hurdle yang banyak, iaitu 85 set.
  3. Berat hurdle, satu hurdle adalah seberat 15 kilo, jadi cuba bayangkan jikalau kami menguruskan 85 set.
  4. Saiz lori yang cukup-cukup. Jadi ianya mengambil masa untuk menyusun supaya semua hurdle dapat masuk ke dalam lori.
Selepas semuanya selesai, tanpa berlengah lagi, kami terus menuju ke Stadium Mini Taman Putri yang terletak kira-kira 130km dari sini. Perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Setelah sampai ke stadium mini, proses menurunkan hurdle pulak dijalankan. Tapi kali ini proses tersebut berlaku agak cepat sedikit. Mungkin kerana senang kerana proses menurunkan hurdle ini agak senang sedikit. Selepas setengah jam, semuanya selesai. Sedang asyik dan leka melayan tembakau...tiba-tiba baru teringat, ada lagi yang tertinggal. Pada mulanya kami rancang untuk buat sekaligus, tetapi memandangkan panjangnya saja mencapai 14 kaki...maka kami tinggalkan dulu ia.

Rupa-rupanya kami tertinggal tilam lompat tinggi di STARP, mujurlah cuaca agak baik pada hari ini. Maka tilam itu pun tidak kebasahan di tengah padang. Dengan pantas, kunci lori dicapai dan kami pun bergegas pula ke STARP untuk menyelesaikan tugasan terakhir tengahari ini.

 Boleh tahan besarnya tilam ini, panjangnya 14 kaki dan lebarnya pula membawa 7 kaki. Agak - agak muat ke jika nak disumbatkan ke dalam lori ini. Hmm...hmm...walaubagaimanapun kita mesti mencubanya...dengan segala kudrat yang ada. akhirnya tilam yang terbesar dalam daerah Kulai ini akhirnya berjaya juga dinaikkan ke dalam lori. Mujurlah panjang lori tersebut 14 kaki, jadi ngam-ngam dia masuk.


Selepas semuanya selesai, maka kami pun berpatah balik ke Stadium Mini Taman Putri untuk menurunkan tilam terbesar dalam Daerah Kulaijaya...kawan rasa tilam ini adalah yang terbesar kut. Tapi tak tahulah jika ada lagi tilam yang besar lagi daripada tilam ini dirumah anda..ataupun dirumah saudara anda....ataupun dirumah sapa-sapa...

Tepat pukul 1.30 petang, semua kerja telah selesai. Tetapi perlu ingat...semua ini adalah pinjaman semata-mata. Maka apabila kita pinjam, kita hendaklah memulangnya kembali. Jadi secara tidak langsung, proses loading dan unloading, susun-angkat-130km pergi dan balik-15 kilogram satu, akan berulang kembali. Tetapi ianya masih lambat lagi, kawan mungkin akan memulangkan kembali ke Desaru pada 22 Mac ini, jadi segala urat dan saraf kawan dapat pulih kembali sebelum dikerahkan semula....


Petang tadi, selepas segalanya selesai, kawan pun masuk ke bilik radio. Apabila melangkah saja ke dalam bilik keramat ini. Fuhhhh..segala kepenatan...segala kesulitan...segala permasalahan dan apa-apa segalalah hilang terus. Badan kawan terus menjadi ringan dan mental pula cergas seadanya. Memang berhantu hobi ini. Hobi yang dapat mengembalikan kekuatan diri setelah seharian membanting tulang....

Hasrat dihari sebenarnya adalah ingin check-in sahaja dalam CQ rakan-rakan. Itu objektif kawan pada petang ini. Tetapi setelah meneliti 28200mhz, kedengaran beacon begitu rancak sekali. Hampir setiap 3 minit ianya ada. Terdetik dalam hati suci kawan... band open ni..open cantik...

Maka setelah semuanya diperiksa dan ianya berada dalam keadaan baik. Frequency 28037.00mhz menjadi taruhan kawan. Sekali lagi, MFJ Lambic Key Paddle diperiksa, SWR pada G5RV Jr diperiksa, N1MM disetkan, dan nilai ampere pada GZV4000 pun diselaraskan ke 20amp. Jadi...kawan pun memulakan CQ.

seperti tidak diduga...panggilan CQ kawan dijawab, panggilan CQ pertama dari Kulaijaya telah dijawab oleh rakan kita di Finland, OH2BV iaitu saudara TOR, signalnya memang kuat sekali, iaitu 10dB. Terbaik...manakala responnya pulak cantik...beliau mengatakan yang signal kawan adalah kuat di Eropah sana. Kemungkinan untuk pile-up tinggi...ramalannya benar...sejurus selepas selesai ragchew dengannya...kawan pile-up disini. G5RV-Jr berjaya memainkan peranannya...

Hasilnya...kawan mendapat 69 QSOs dengan 22 DXCC dari seluruh dunia. Pelik juga...ini adalah kerana G5RV Jr kawan halakan ke arah barat, tetapi stesen dari Jepun, China dan Korea Selatan kuat masuk kesini. Adakah mereka datang dari Long Path?...hanya mereka dan Allah SWT sahaja yang tahu jawapannya....
Log hasil petang tadi:
 
9M2ZAK has 19247 contacts stored. 

StationFlagsStart TimeBandModeRST s/r



9M2ZAKJG1UMK 2013-03-12 10:1610MCW599 599



9M2ZAKJA5BVK 2013-03-12 10:1610MCW599 599



9M2ZAKJE3EDJ 2013-03-12 10:1510MCW599 599



9M2ZAKJG1VMK 2013-03-12 10:1410MCW599 599



9M2ZAKJA1FCC 2013-03-12 10:1310MCW599 599



9M2ZAKJA1DVP 2013-03-12 10:1210MCW599 599



9M2ZAKJA9JX 2013-03-12 10:1110MCW599 599



9M2ZAKJH7CVM 2013-03-12 10:1110MCW599 599



9M2ZAKJA9JTU 2013-03-12 10:1010MCW599 599



9M2ZAKLZ1AEY 2013-03-12 10:0710MCW599 599



9M2ZAKLZ2DJA 2013-03-12 10:0510MCW599 599



9M2ZAKUR3IVW 2013-03-12 10:0110MCW599 599



9M2ZAKUT3IZ 2013-03-12 09:5910MCW599 599



9M2ZAKHA3HZ 2013-03-12 09:5410MCW599 599



9M2ZAKDS4AOW 2013-03-12 09:5310MCW599 599



9M2ZAKJA3EEM 2013-03-12 09:5210MCW599 599



9M2ZAKUA3RF 2013-03-12 09:5010MCW599 599



9M2ZAKOE5FBL 2013-03-12 09:4810MCW599 599



9M2ZAKEU7SD 2013-03-12 09:4610MCW599 599



9M2ZAKJA6IQG 2013-03-12 09:4410MCW599 599



9M2ZAKUR5MM 2013-03-12 09:4310MCW599 599



9M2ZAKJO3FKU 2013-03-12 09:4210MCW599 599



9M2ZAKUT5TD 2013-03-12 09:3810MCW599 599



9M2ZAKUR5LF 2013-03-12 09:3610MCW599 599



9M2ZAKJH3BRU 2013-03-12 09:3410MCW599 599



9M2ZAKRI1ANP 2013-03-12 09:3210MCW599 599



9M2ZAKJA4GXX 2013-03-12 09:3010MCW599 599



9M2ZAKJA3BDP 2013-03-12 09:2910MCW599 599



9M2ZAKOK1AY 2013-03-12 09:2810MCW599 599



9M2ZAKOE5MPL 2013-03-12 09:2710MCW599 599



9M2ZAKJA1SVP 2013-03-12 09:2310MCW599 599



9M2ZAKJA9WQ 2013-03-12 09:2210MCW599 599



9M2ZAKIW0BZD 2013-03-12 09:2110MCW599 599



9M2ZAKYO5ALI 2013-03-12 09:2010MCW599 599



9M2ZAKCT1FJK 2013-03-12 09:1910MCW599 599



9M2ZAKSP6JOE 2013-03-12 09:1810MCW599 599



9M2ZAKHA5AQ 2013-03-12 09:1610MCW599 599



9M2ZAKOK1DTN 2013-03-12 09:1610MCW599 599



9M2ZAKOK1JMJ 2013-03-12 09:1510MCW599 599



9M2ZAKOK1ATH 2013-03-12 09:1410MCW599 599



9M2ZAKSM6BGA 2013-03-12 09:1210MCW599 599



9M2ZAK9A9T 2013-03-12 09:1210MCW599 599



9M2ZAKDF2UA 2013-03-12 09:1210MCW599 599



9M2ZAKOK1MGW 2013-03-12 09:1010MCW599 599



9M2ZAKDL8DWW 2013-03-12 09:0910MCW599 599



9M2ZAKOK1XP 2013-03-12 09:0910MCW599 599



9M2ZAKOK1AUG 2013-03-12 09:0810MCW599 599



9M2ZAKOK1AY 2013-03-12 09:0810MCW599 599



9M2ZAKOK2PAY 2013-03-12 09:0710MCW599 599



9M2ZAKHA7NK 2013-03-12 09:0610MCW599 599



9M2ZAKDL2DRZ 2013-03-12 09:0510MCW599 599



9M2ZAKF5IN 2013-03-12 09:0410MCW599 599



9M2ZAKOM3CM 2013-03-12 09:0410MCW599 599



9M2ZAKLY3NX 2013-03-12 09:0310MCW599 599



9M2ZAKJR3VXR 2013-03-12 09:0210MCW599 599



9M2ZAKDL9USA 2013-03-12 09:0210MCW599 599



9M2ZAKJE2EHP 2013-03-12 08:5910MCW599 599



9M2ZAKJR2BYJ 2013-03-12 08:5810MCW599 599



9M2ZAKJR3GIY 2013-03-12 08:5710MCW599 599



9M2ZAKOK1AWG 2013-03-12 08:5410MCW599 599



9M2ZAKOE3HTW 2013-03-12 08:5210MCW599 599



9M2ZAKOK2BFY 2013-03-12 08:4810MCW599 599



9M2ZAKRW3PK 2013-03-12 08:4610MCW599 599



9M2ZAKRW0CD 2013-03-12 08:4310MCW599 599



9M2ZAKVK3HJ 2013-03-12 08:4110MCW599 599



9M2ZAKJA7JRC 2013-03-12 08:4110MCW599 599



9M2ZAKSQ7FPH 2013-03-12 08:3810MCW599 599



9M2ZAKSP7VZ 2013-03-12 08:3610MCW599 599



9M2ZAKJA1ODE 2013-03-12 08:3210MCW599 599



9M2ZAKOH2BV 2013-03-12 08:2410MCW599 599



9M2ZAK9M4SLL Spratly Is. 2013-03-10 16:1940MCW599 599




eQSL yang sempat diterima hari ini...








                                                                                                                                          73 de 9m2zak


Saturday, March 9, 2013

Bergelut pagi-pagi...band 30m

 Kesempatan malam minggu digunakan sepenuhnya...pada awalnya kawan hanya meluangkan masa monitor di 6 meter. Memantau setiap frequency beacon disana. Tetapi malam ini, nampaknya band 6 meter (50mhz) tidak seperti malam-malam terdahulu. Malam ini bacaan noisenya amat tinggi di Kulaijaya. Sekali dengar tak ubah seperti bertih beras digoreng dalam kuali yang penuh dengan minyak panas. Sememangnya amat menyakitkan telinga...


Tombol VFO sekali lagi diramas...tetapi kali ini ramasannya agak lembut sedikit...setiap pusingan disertakan dengan penuh kasih sayang. Kawan pasti...kasih sayang ini juga terpahat pada kawan-kawan yang lain, rakan-rakan radio amatur, dari seluruh dunia mahupun dilokalan. Setelah meneliti hampir ke semua band yang ada, band 30m menjadi landasan kawan pada malam ini untuk memulakan penerbangan.


Frequency 10114.5mhz menjadi pilihan pada awalnya, tetapi oleh kerana lemas akibat dihimpit oleh pesawat-pesawat besar, maka kawan mengambil keputusan untuk mengubah haluan. 10106.00mhz menjadi pilihan. Disini boleh dikatakan agak nyaman jugak, tiada splatter, tiada qrm, dan desirannya pula amat lembut sekali. Setelah SWR dan tone disetting, penerbangan ke Eropah dimulakan. 


Tidak perlu menunggu lama, dalam 2 kali CQ...panggilan dijawab...dan selepas beberapa ketika...berpusu-pusu mereka masuk. Sekali dengar macam  tebuan tanah kehausan madu pun ada jugak, tapi perjuangan mesti diteruskan, dengan lafaz bismillah dan sedikit kecekalan...layanan first class kawan hulurkan kepada setiap stesen yang check in. Syukur alhamdullilah...segala kesulitan menghadapi pile up dapat dihadapi...hasilnya :

kawan mendapat 53 QSOs dengan 25 DXCC dalam masa 43 minit. Syabas kawan ucapkan kepada rakan-rakan yang check in kerana mereka begitu berdisplin dan menggunakan sepenuhnya Kod Etika DX. Bila kita layan orang dengan baik, nescaya orang akan layan kita dengan terbaik sekali. Sepanjang sesi pile up tersebut, tidak ada potong memotong walaupun kawan memanggil berkali-kali. Mereka setia menunggu callsign mereka diketuk...semoga persahabatan yang terjalin ini kekal dan berterusan selama demi kesejahteraan sejagat. 
                                                                                                                                  73 de Zaki 9M2ZAK

just received some eQSL after DXing...



Friday, March 8, 2013

All portable...

Hari ini kawan tak CQ...hanya merayau-rayau sekitar band 6m hingga ke band 30m. Mungkin kebetulan...mungkin juga takdir. Jika diperhatikan pada logbook diatas, semuanya ada tanda berpalang, tanda berpalang itu membawa maksud stesen itu portable dimana beliau tidak memancar di base station beliau. Mereka memancar di tempat lain...

Apa pun...kawan enjoy hobi ini...hobi yang menyatukan...menyatukan segenap insan di seluruh muka bumi ini dibawah panji Radio Amatur... Best 73 de 9m2zak...

Sunday, March 3, 2013

Sabah standoff


Siapakah mereka ini?
Mereka ini dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army) datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.


Adakah mereka ini mewakili Kesultanan Sulu?
Tidak...Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:


 Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.
 

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.
Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974.


 Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.


 Apakah tujuan mereka?
‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:


Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya...Filipina pernah membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah. Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.


Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?
Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu. Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878. Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo. Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?
Tidak..Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.
Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.


Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?
Royal House of Sulu, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu. Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?
Tidak...Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.
Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah. Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).
William Larousse, Michael Leifer, Andrew T. H. Tan dan Alfred W. McCoy adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?
Tipis....
Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Companydan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

           Article 3
The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)
Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

Sumber rujukan:

 1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013,http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim
2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita
3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site,http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm
4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/
5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013,http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov%E2%80%99t-to-assess-Sabah-claim&id=66237
6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013,http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah
7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013,http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand
8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013,http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation
9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sughttp://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu
10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.
11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.
12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.
13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.
14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,”International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf
15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” World Court Digest, 23 Oktober, 2001,http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm

Friday, March 1, 2013

DXing on 6 meter band


Petang tadi...sekitar jam 3.00 petang rasanya...selepas selesai menjamu selera dan berehat-rehat diruang tamu, suasana terasa amat panas sekali. bacaan suhu pada termometer menunjukkan bacaan 33 darjah...panas...memang panas...

Kesempatan ini kawan gunakan sepenuhnya, selalunya pada cuaca sebegini...band 6 meter akan membuka. Maka tanpa berlengah walau sedetik sekalipun...suis kelabu TS-2K ditekan...dan terus menuju ke frequency 50115.00 mhz. Setelah semuanya telah sedia...kawan pun memulakan CQ. Pada mulanya kawan ingin CQ dalam Phone mode...tetapi entah mengapa...tetiba sahaja CW Lambic dicapai dan terus memulakan dayungan...

Sebelum itu, frequency 50010.00 dimonitor terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan terkini band. Ternyata kawan berada pada detik dan saat yang tepat sekali... tanda panggilan JA2IGY kedengaran...walaupun kekuatannya agak lemah...namun masih boleh dicopy sepenuhnya...JA2IGY datang ke Kulaijaya dengan kekuatan signal 559...tetapi perlu ingat...pancaran itu datangnya dari kekuatan 100watt dan dari antenna dipole sahaja. Ini bermakna keadaan band amat baik ketika ini.

Masa yang ada tidak dibazirkan...setelah meneliti dengan tekun di 50115.00 nampak ianya kosong dan tidak diduduki...kawan terus CQ dan CQ tanpa jemu...pada mulanya ianya agak hambar...panggilan demi panggilan tidak ada respon...hanya kedengaran signal noise sahaja. Namun dengan semangat dan darah melayu yang mengalir dalam pembuluh darah ini, kawan meneruskan CQ...kuaci cap Bunga Matahari tidak putus-putus masuk ke mulut dan kulitnya pula bertaburan di atas meja...

Hasilnya...panggilan CQ dari Kulaijaya dijawab...pada mulanya kawan hanya kedengaran ZU sahaja...adakah ianya datang dari Eropah...hmm...mustahil...dan tidak mustahil jugak...kemudian beliau masuk lagi...kali ini hanya kedengaran AZU...hmm...tahulah kawan bahawa itu adalah Suffixnya...kemudian ia sunyi buat seketika...kuat sungguh QSB kali ini..namun kawan teruskan CQ...dan CQ..tiba-tiba...


kedengaran lagi..kali ini..kedengaran E6 sahaja...aduh...mencabar sungguh...QSB begitu galak sekali...namun kawan teguhkan semangat dan teruskan cabaran CQ...setelah 15 minit CQ...akhirnya..kedengaran JE6AZU masuk...rupa-rupanya beliaulah tadi yang cuba masuk..kawan kagum dengan kesabaran beliau..kagum dengan semangat beliau..


Akhirnya kami berjaya mengadakan contact...kawan terima beliau 559 dan syukur...QSO kali ini tidak berlaku QSB..aktiviti ragchew berjaya diselesaikan sehingga habis..terima kasih diucapkan kepada saudara ROY atas CW QSO di 6 meter band ini. Diharapkan agar kita dapat berjumpa lagi pada masa-masa akan datang dilain band pula...73 dari Zaki 9M2ZAK, Kulaijaya.

Setup KA9Q-Radio radiosonde_auto_rx airspy mini

                             Setup KA9Q-Radio + radiosonde_auto_rx  (Airspy mini + Raspberry Pi + Docker) 1. Objektif Setup Manual ini bertu...