Monday, June 18, 2012

CQ All Asia 2012 Contest : 9m2zak's report...

Pukul 1.07 pagi 17 Jun 2012 bersamaan dengan hari Isnin, cabaran CQ AA 2012 Contest ditamatkan kerana pada waktu itu, aku sudah tidak bermaya lagi. Kepala sudah menjadi sakit dan berdenyut - denyut disebabkan oleh badan yang terlalu letih. Itu isyarat yang menunjukkan bahawa cabaran AA ini perlu ditamatkan. Selepas hampir dua hari badan tidak mendapat rehat yang secukupnya. Itu penangan contest ini.


Cabaran CQ AA ini aku mulakan seawal jam 8.00 pagi iaitu 0000 UTC pada Jun 16 2012. Boleh dikatakan aku antara stesen yang terawal memulakan CQ. Dalam setengah jam yang pertama, aku memanggil di 14033.5mhz, tetapi oleh kerana selalu sangat dihimpit dan ditindan oleh stesen-stesen yang HIGH POWER, maka stesen kerdil ini terpaksa angkat kaki. Tiada pilihan dan tiada tempat parking, aku terpaksa QSY dari fre ke fre check in dalam panggilan rakan - rakan yang lain.

Dalam contest ini, aku memilih untuk beraksi dalam ALL BAND kerana memandangkan ketidakstabilan band- band dalam julat 40m hingga 10m. Pada hari pertama. band 10m langsung tidak menonjol, begitu juga dengan band 40m. Manakala band 20m dan 15m seperti biasa penuh sesak dengan rakan-rakan dari seluruh dunia memanggil dengan tanpa rasa jemu dan tidak berputus asa.  Sepanjang 2 hari ini, band 20m dan 15m banyak membantu CQ AA ini dengan pembukaan yang stabil dan berterusan.

Pada cabaran hari kedua, band 10 meter pulak mengambil alih, secara tiba-tiba sahaja band 20m dan 15m menjadi sangat bising dengan QRM. Signal Noise pulak mencatatkan bacaan sehingga S6 - S7 bagi kedua - dua band, perkara itu terjadi sekitar jam 1.45 petang hari Ahad. Maka dengan segera aku angkat kaki QSY ke band 10m. Jangkaan tepat sekali, band 10m menjadi sunyi dan senyap sekali, sesekali kedengaran BAND SINGING memecah kesunyian band. Tanpa berlengah lagi, 28048.5 menjadi fre pilihan. Hanya dengan beberapa CQ sahaja, panggilan aku disambut, dan ianya berterusan sehingga jam 4 lebih. Selepas menjelang petang, keadaannya kembali bising dengan QRM seperti lazimnya.

Kali ini, Japanese Rig menjadi pilihan, Pesawat FT-77 dan MFJ-945E terpilih dalam membantu aku memburu mata dan DXCC selama 2 hari ini. Ternyata mesin tua ini masih lagi bertenaga dan cemerlang tanpa memberikan sebarang masalah kepadaku. Ianya langsung tidak buat hal seperti lazimnya. Selalunya FT-77 ini perlu dipanaskan dulu selama 10 hingga 15 minit untuk mengelakkan penyakitnya, iaitu DRIFTING tetapi syukur alhamdulillah. Gejala - gejala tersebut langsung tidak terjadi. Macam tahu - tahu sahaja yang khidmatnya itu amat diperlukan.

Dalbeam 3 band yagi pula menerajui segalanya. Band 20m - 15m - 10m menjadi tugasnya dalam dua hari tersebut. Memang ianya berfungsi dengan baik. Setiap stesen yang ditalanya memberikan respon dengan segera, tidak ada istilah AGN AGN, malah stesen - stesen tersebut terus memberikan RST dan AGE sebaik sahaja aku check in dalam CQ mereka. Terbukti bahawa signal aku diterima baik disana, semuanya sama ragamnya, semuanya sama responnya. Negara - negara seperti Argentina, Eropah dan Amerika Utara memberikan respon yang baik sekali. Tahniah kepada Dalbeam atas kecemerlangannya. 

Dalam CQ AA ini, aku berjaya mengumpul mata sebanyak 72570 dengan 507 QSOs. Jika dibandingkan dengan contest - contest yang lain, 507 QSOs ini boleh membawa pungutan sehingga ratusan ribu, tetapi dalam CQ AA ini ianya lain. Ini adalah kerana jadual mata berikut:

80m band .......       2 points per Asian QSO. 6 points per Non-Asian QSO.
10m band .......       2 points per Asian QSO. 6 points per Non-Asian QSO.

20m - 15m band....1 point per Asian QSO. 3 points per Non-Asian QSO.

1 mata dan 2 mata untuk 1 QSOs bagi Asian, Mengikut statistik -  aku memperoleh sebanyak 309 QSOs dari negara Jepun. QSOs majoriti dalam contest ini, 61 peratus contact dalam logbook aku adalah dari negara matahari terbit. Maka ianya sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah pungutan mata. Manakala yang selebihnya adalah dari serata dunia. Amerika Utara mencatatkan 46 QSOs, Asiatic Russia 17 QSOs, EU Russia 20 QSOs dan banyak lagi.


Setelah meneliti logbook beberapa kali, baru aku perasan, QSO dari benua Africa tiada dalam CQ AA ini. Tetapi ianya boleh dijangkakan kerana DALBEAM aku halakan sepenuhnya ke 30 darjah utara. Bukannya apa, jika hendak kumpul mata dalam contest, sesuai sekali kita tala ke negara Jepun kerana negara kecil ini mempunyai bilangan HAM yang paling ramai sekali berbanding Amerika Utara. Lagipun, contest ini dianjurkan JARL. Bagi ler sokongan sedikit...serta jangan khuatir, CQ kita pasti disambut di Jepun sana walaupun hanya satu station sahaja yang check in.

Sesuai dengan Contest Exchange, dalam contest ini, kita boleh study dan mengenal pasti purata umur yang aktif dalam radio amatur ini. Hasilnya menunjukkan bahawa umur 63 adalah majoriti dalam pungutan data semasa contest tersebut dan ianya adalah dari negara Jepun.
Golongan 60-an, atau golongan pencen begitu banyak sekali menyertai contest ini. Mungkinkah kerana mereka (60an) ini mempunyai banyak masa terluang dirumah? aku rasa mungkin....


Baiklah, setakat ini sajalah coretan saya dalam CQ AA ini. Semoga kita berjumpa lagi dilain post dan keluaran. 73 dari Kulaijaya...































Friday, June 15, 2012

The 53rd ALL ASIAN DX CONTEST - 2012

Sabtu, 16 June 2012 hingga 17 June 2012 akan bermula lagi satu contest besar selain daripada CQWW, Kali ini CQAA atau CQ All Asian Dx Contest. Contest ini akan bermula pada hari Sabtu pukul 8.00 pagi dan tamat pada hari Isnin jam 7.59 pagi. Jadi secara keseluruhannya, contest ini berlangsung selama 48 jam. Manakala, pada kali ini, hanya mode CW dipertandingkan. Phone mode pula akan berlangsung pada 1 Sept 2012 hingga 2 Sept 2012.

All Asian Dx Contest ini terbuka kepada semua warga radio amatur samada dari Benua Asia mahupun dari seluruh dunia. All Asian Dx contest ini juga dianjurkan oleh JARL iaitu Japan Amateur Radio League yang beroperasi di Tokyo, Japan.

Band - band yang dipertandingkan adalah terdiri daripada band 160m( CW only), 80m, 40m, 20m, 15m dan 10m. Manakala kategori yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Bagi Station dari negara - negara Asia :


ItemCATEGORY
Single OperatorSingle BandHigh PowerSO160HP, SO10HP
Low PowerSO160LP, SO10LP
All BandHigh PowerSOABHP
Low PowerSOABLP
Multi-OperatorSingle Transmitter(multi band only)M/S
Multi-Operator Multi Transmitter
(multi band only)
M/M

Manakala bagi station yang bukan dari negara Asia pula :

 Non-Asian stations

ItemCATEGORY
Single OperatorSingle BandSO160~SO10
All BandSOAB
Multi-OperatorSingle Transmitter (multi band only)M/S
Multi-Operator Multi Transmitter
(multi band only)
M/M

# Single Station bermakna hanya seorang operator sahaja yang menyertai contest sepanjang contest ini berlangsung, iaitu 48 jam.

Low Power Station : Kuasa pemancaran mestilah TIDAK melebihi 100 watt.
High Power Station : Kuasa pemancaran 100 watt ke atas.

Umur minimun bagi setiap operator yang ingin menyertai contest ini adalah 19 tahun, manakala umur senior operator mestilah tidak melebihi 70 tahun atau lebih ( hanya JA station sahaja)

10 minute ruled digunakan dalam contest ini bagi kategori Multi Operator Single Transmitter. 10 minute bermaksud hanya satu transmitter sahaja yang boleh digunakan bagi setiap band dalam masa sepuluh minit sahaja bermula dengan QSO pertama pada band tersebut.

Semasa contest, di syorkan anda menggunakan panggilan ini semasa cq, iaitu CQ AA DE 9M2ZAK 9M2ZAK CQ AA. Disamping itu juga, EXCHANGE bagi contest ini adalah umur pengendali tersebut. contohnya ( jika umur operator 33 tahun) maka perkara yang disebut atau di hantar adalah UR 59933 5nn33.

Bagi operator perempuan, YL station, jika beliau enggan memberitahu umurnya, maka dia boleh menyebut atau menghantar UR 59900 atau UR 5nnTT.

Mata yang diberikan adalah seperti berikut:

Bagi Station dari Asia :

160m band......3 points per Asian QSO. 9 points per Non-Asian QSO.
  80m band .......2 points per Asian QSO. 6 points per Non-Asian QSO.
  10m band .......2 points per Asian QSO. 6 points per Non-Asian QSO.
Other bands....1 point per Asian QSO. 3 points per Non-Asian QSO.


Manakala bagi station yang bukan dari Asia:

 160m band..............3 points
   80m band ...............2 points
   10m band ...............2 points
Other bands............1 point


Log Contest bolehlah diemel ke alamat emel berikut:

Bagi mode CW : aacw@jarl.or.jp
Bagi mode Phone : aaph@jarl.or.jp 


Award akan dianugerahkan kepada station yang berjaya mengumpul mata yang tertinggi sekali mengikut kategori masing- masing.


Keputusan Contest ini akan diumumkan pada tahun 2013 di laman web berikut :
http://www.jarl.or.jp

Kesimpulannya, 9m2zak akan menyertai CQ AA contest ini sebagai  SOABLP. See u in contest!                                
                                                                                                                                     73 de 9m2zak

Tuesday, June 12, 2012

LOTW update.. 2012 June

Hari ini setelah 4 hari menunggu email dari Katherine, akhirnya malam tadi terpacul jugak dalam inbox kawan attachment file TQ8 dari LOTW. Sebelum ini, memang ada upload LOTW, tapi itu semasa bulan Nov 2011 dahulu. Selepas laptop mengalami sedikit masalah teknikal, habis semua data logbook dan juga fail TQ6 kawan. Jadi nak kena apply semula ke LOTW. Ni yang malas ni, kena bermula dari awal semula.

Bertambah malas lagi apabila TQ6 tidak dapat diupload di TQSLCert, rupa - rupanya berlaku beberapa kesilapan kecil tetapi besar impaknya, iaitu :

1. Jangan delete Cert lama anda di dalam TQSLCert. Jika anda terdelete, maka anda perlu generate semula TQ5 dan email semula ke LOTW untuk dapatkan new TQ6.

2. File TQ6 yang lama tidak boleh digunakan untuk generate TQ8. jadi file TQ6 yang lama itu perlu didelete untuk mengelakkan kekeliruan nanti sebab bentuk mereka sama.

See u down the logs, 73 Zaki 9M2ZAK

Friday, June 1, 2012

SEANET Contest : Kuala Lumpur 2012


Jam 8.00 malam ini, iaitu 1200 zulu akan berlangsung satu lagi contest, iaitu SEANET Contest 2012. Contest kali ini agak istimewa sedikit kepada aku berbanding dengan contest - contest yang lain kerana ianya melibatkan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah dalam 40th SEANET Convention 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 November 2012 ini.

Sebelum ini, aku hanya merayau - rayau sekeliling dunia menyertai contest yang dianjurkan oleh negara - negara lain. Kali ini, negara Malaysia pula yang menganjurkannya. Peluang yang indah ini sepatutnya jangan dilepaskan, marilah kita warga radio amateur menyokong dan memberi kerjasama terhadap aktiviti ini. Jangan sampai tiada wakil pula dari negara kita, malu pula kita nanti sebagai tuan rumah.


Contest ini berlangsung selama 24 jam, iaitu bermula pada malam ini, jam 8.00 malam ( Sabtu 2 Jun 2012) hingga jam 8.00 malam ( Ahad 3 Jun 2012). Dalam contest ini, setiap QSO akan diberikan 1 mata dan hanya sekali contact sahaja dibenarkan bagi setiap band. Manakala kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

  1. Single operator (SEANET)
  2. Multi-operator (SEANET)
  3. Single operator (Rest of the World)
  4. Multi-operator (Rest of the World).
Ini bermakna, kedua - dua single operator dan multi-operator boleh menggunakan mana - mana band dan juga mana - mana mode seperti ( CW, SSB, RTTY) atau menggunakan semua band dan mode tersebut. Contohnya, kita boleh cq di SSB, CW dan RTTY dengan syarat hanya satu QSO sahaja bagi setiap callsign untuk setiap band.


Kuasa pemancaran pula bergantung kepada lesen masing - masing. Jika dalam lesen kita hanya dibenarkan TX dengan maksimun 50watt, maka dengan 50watt itulah kuasa Maksimun Pemancaran kita. Setiap negara berbeza kuasa pemancaran mereka. Jadi ikutilah undang-undang yang telah ditetapkan.



Dalam contest ini, band yang diperuntukkan adalah 80m - 40m - 20m - 15m - 10m, namun WARC band tidak dibenarkan. Untuk memudahkan kita mengenalpasti stesen yang menyertai contest ini, maka frequency berikut boleh dijadikan panduan :

CW : 3525, 7025, 14025, 21025, 28025
SSB : 3540 ( Thailand), 3790, 14320, 21320, 28320

Namun jika frequency tersebut telah diduduki kita juga boleh berada di frequency lain dan ianya tidak menjadi kesalahan.

Logs boleh dihantar melalui 2 cara, iaitu secara email ataupun secara Hand-written. Bagi secara email, anda bolehlah menghantar log anda ke email berikut :

contest@2012sea.net

sebelum 31 July 2012, manakala bagi yang ingin menghantar log secara PAPER, anda boleh mengirimnya ke alamat berikut:


SEANET CONTEST 2012
P.O.Box 8124,
Pejabat Pos Kelana Jaya,
46782 Kelana Jaya,
Selangor,
Malaysia

Sijil akan dianugerahkan kepada stesen yang memperolehi mata yang tertinggi bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Keputusan akan diumumkan semasa SEANET 2012 Convention and will be published on the SEANET 2012 website.

See u in contest, 73 9m2zak.

Weak but workable...

Gambar diatas menunjukkan callsign aku telah dispot di dxwatch.com. Pada masa itu, aku sedang bekerja dengan kuasa QRP, 5 watt dengan Dalbeam 6 element tribander yagi. Frequency sebenar aktiviti QRP DX aku adalah 14008.3. Ketika itu, aku sedang mengalami pile up dari EU.
         Tetapi stesen dari Russia ini berjaya mencelah pile up aku dengan bergayanya. dia turunkan 1 khz dan menghantarnya. Pada masa itu, aku berjaya mengesan  callsignnya kerana tonenya berbeza sekali dengan timbunan-timbunan tone yang cuba check in itu. Tonenya agak tinggi  dan tajam, rasanya 1000khz, jadi senang membezakannya kerana kebiasaannya tone 700 - 600khz digunakan.
        Inilah salah satu teknik bagaimana low power station boleh mencelah masuk ke dalam timbunan panggilan (pile up) hanya dengan menggunakan kuasa yang minimun sahaja. Dapat mengalahkan stesen yang empat angka kuasa pemancarannya. Do more with less....

Selepas habis dxing, Saudara Lieven ( ON4PQ) dari Belgium menghantar emel kepada aku untuk menyatakan keadaan sebenar signal aku disana. Terima kasih OM Lieven atas emelnya. Semoga kita dapat bekerja lagi di lain masa dan lain frequency...73 de 9m2zak.

9W2JJF in action






Tahniah 9w2jjf kerana telah berjaya melangkah setapak lagi dalam dunia Radio Amatur ini. Kesungguhan yang ditonjolkan akhirnya telah membuahkan hasil. Jika kita ada kemahuan pasti disitu ada jalannya. Kali ini, anda sudah tidak menoleh ke belakang lagi kerana dunia ini begitu luas untuk diterokai. Dunia ini akan jadi kecil jika kita menerokanya melalui gelombang yang unik ini. Sungguh agung ciptaan Allah, menuntut kita untuk memahaminya... 73 9m2zak

Tuesday, May 29, 2012

Homebrew CW interface


Sebelum ini, puas aku merayau - rayau sekitar Johor Bharu dan Kulaijaya, mencari Projek Box yang sesuai untuk diletakkan interface ini. Akhirnya jumpa juga, tapi di Kulai juga. Bagus Kulai ni, macam - macam ada, kita hanya perlu rajin sahaja meneroka setiap kedai yang ada di bandar Kulaijaya. Untung badan..

CW interface ini mengambil masa hampir 3 hari untuk disiapkan. Cabaran yang paling getir ialah mendapatkan transistor 2n2222, iaitu jenis NPN. Pada mulanya aku hanya jumpa MPS2222A, tetapi ianya agak goyang sedikit. Irama cw menjadi seperti beralun, kadang kala dia menjadi lambat. Perkara yang sama juga berlaku kepada KSP2222A, selepas itu dicuba pula dengan PN2222. PN2222 boleh tahan juga prestasinya tetapi kadangkala apabila laptop dalam loading mode, transmisi akan menjadi slow, ia berubah dengan sendirinya iaitu dari 30WPM menjadi 20WPM.

Tiada pilihan lain, 2N2222A perlu didapatkan. Memang tiada disekitar Kulaijaya dan JB, tetapi dalam internet bersepah. Hanya dengan beberapa klik sahaja. 2N2222A menjadi hak milik. Memang ketara perbezaannya, licin, lancar dan bergaya sekali transmisinya. Difahamkan bahawa, 2N2222A ini adalah High Speed Switching Transistor. Patut ler cantik, Real Time TX.







Interface ini telah cemerlang beraksi dalam CQWW-WPX-CW 2012 tempohari. langsung tidak ada masalah, malah semakin cemerlang prestasinya. Jadi, sehubungan dengan itu, Aku belikan baju baru untuknya, supaya nanti tidaklah kesejukkan dikala menemani aku meneroka dunia ini nanti. Semasa WPX hari tu, Ia beraksi tanpa baju, namun tetap membanggakan. 73 9m2zak.

Setup KA9Q-Radio radiosonde_auto_rx airspy mini

                             Setup KA9Q-Radio + radiosonde_auto_rx  (Airspy mini + Raspberry Pi + Docker) 1. Objektif Setup Manual ini bertu...