Sunday, January 10, 2010

My 20 meter band report : 10 January 2010

Antenna : 2 element mono band yagi
Rig : icom 718
Power : 50 watt
Fre : 14.070
mode : psk 31
Interface : Homebrew


Operator

StationCountryUTCBandModeRSTsRSTr
9M2ZAKJA9LX339
JAPAN
03:2120mPSK31599599
9M2ZAKUAQLOQ0
RUSSIA
02:0520mPSK31599599
9M2ZAKJR1UFN339
JAPAN
01:3820mPSK31599599
9M2ZAKRZ0CQ15
ASIATIC RUSSIA
01:3020mPSK31599599
9M2ZAKUA0FO15
ASIATIC RUSSIA
01:2020mPSK31599599
9M2ZAKRA0LX15
ASIATIC RUSSIA
01:1120mPSK31599599
9M2ZAKVK2MBK150
AUSTRALIA
01:0320mPSK31599599
9M2ZAKDS1QMV137
SOUTH KOREA
00:5820mPSK31599599
9M2ZAKUA0NL15
ASIATIC RUSSIA
00:4920mPSK31599599
9M2ZAKYB8BYL327
INDONESIA

00:3020mPSK31599599
9M2ZAKRW0LIF15
ASIATIC RUSSIA
00:1320mPSK31599599
9M2ZAKVK4FR150
AUSTRALIA
23:5920mPSK31599599
9M2ZAKJA3GAK339
JAPAN
23:5120mPSK31599599
9M2ZAKJA2CKK339
JAPAN
23:5120mPSK31599599
9M2ZAKZS6FEW462
SOUTH AFRICA
16:1420mPSK31599599
9M2ZAKZS6LLS462
SOUTH AFRICA
15:5120mPSK31599599
9M2ZAKZS6AIB462
SOUTH AFRICA
15:2020mPSK31599599
9M2ZAKZS6GRL462
SOUTH AFRICA
17:2620mPSK31599599
9M2ZAKZS6MTV462
SOUTH AFRICA
16:3120mPSK31599599
9M2ZAKZS21462
SOUTH AFRICA
15:3320mPSK31599599
9M2ZAKHS0ZHK387
THAILAND
11:5120mPSK31599599
9M2ZAKA61KM391
UEA
09:4120mPSK31599599
9M2ZAK3DA0WT468
SWAZILAND
11:2220mPSK31599599
9M2ZAKS2IB305
BANGLADESH
00:3420mPSK31599599
9M2ZAK5Z4BO430
KENYA
00:3320mPSK31599599
9M2ZAKFR4LI453
REUNION ISLAND
00:3320mPSK31599599
9M2ZAKVK5NLI150
AUSTRALIA
12:4820mPSK31599599
9M2ZAKZS6BQI462
SOUTH AFRICA
00:3220mPSK31599599
9M2ZAK5R8FL438
MADAGASCAR
00:2720mPSK31599599
9M2ZAK9J2AH482
ZAMBIA
19:0720mPSK31599599
9M2ZAK4S7BRG315
SRI LANKA
18:4220mPSK31599599

SEE U DOWN THE LOGS...

DE 9M2ZAK

Friday, January 8, 2010

Sejarah antenna Yagi





Antenna Yagi telah dicipta pada tahun 1926 oleh Dr. Hidetsugu Yagi dan penolongnya, Dr. Shintaro Uda dari Tohoku Imperial University, Sendai, Jepun.


Antenna Yagi ini digunakan secara meluas semasa Perang Dunia II untuk aplikasi radar udara , kerana ianya mudah dihasilkan dan bersifat directional.


Meskipun Yagi ini dicipta oleh orang Jepun, banyak jurutera Jepun tidak mengetahui aplikasinya dalam pembuatan radar jadi sebab itu negara jepun pada masa itu agak ketinggalan dari segi teknologi radar mereka.

Tentera Jepun pertama kali menyedari teknologi ini selepas pertempuran di Singapura ketika mereka menjumpai nota daripada kakitangan radar Inggeris yang menyebutkan "antena yagi" dalam panduan radar tersebut.


Perisikan Jepun bahkan pada masa itu tidak menyedari bahawa Yagi adalah nama Jepun. dan selepas disoalsiat, baru mereka tahu yang Yagi itu adalah nama seorang Profesor yang berbangsa Jepun.....

Bermula daripada itu......Tentera Jepun telah meningkatkan keupayaan komunikasi mereka dengan bantuan Profesor Shintaro Uda itu untuk meluaskan dasar Imperalisme mereka itu.


Kesimpulannya.... pengetahuan mengenai gelombang radio ini dapat mengubah sejarah sejarah manusia dan juga memberi kesan yang besar kepada peradaban manusia. Cuba renungkan jika teknologi radio ini tidak dijumpai...mungkin sekarang dunia aman dan damai rasanya...tetapi ingat...itu adalah ketentuan Ilahi dan kita sebagai umatnya haruslah menerima dan percaya dengan qada dan qadar kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya. Hikmah disini adalah....Saya dapat mendalami gelombang radio ini dan dapat tiket 9m2....hehehe....

SEE U DOWN THE LOGS......DE 9M2ZAK..

SWR - Praktikal dan implikasinya





Terdetik di hati saya untuk menulis tentang SWR setelah menerima banyak soalan dari rakan-rakan yang menghadapi masalah dengan bacaan SWR mereka. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa SWR amat penting kerana ianya berkaitan dengan jangka hayat peralatan anda. Lagipun bagi penggemar radio amatur nie...peralatan radio mereka sudah menjadi macam buah hati intan payung mereka pulak kerana perhatian yang diberikan kepada peralatan mereka nie lebih dari yang lain... 

Apa itu SWR meter?
SWR Meter adalah sejenis meter yang mengukur Standing Wave Ratio kabel coax anda. Dimana meter tersebut mengukur berapa jumlah kuasa yang hilang atau tidak semasa pancaran dibuat. Pengukuran itu dibuat berdasarkan nisbah impedance antara coax kabel dengan antenna. Dimana standard impedance bagi transceiver ialah 50ohm. jadi nilai 50ohm tersebut dijadikan sebagai perbandingan dengan bacaan impedance dari coax dan juga antenna. Maka 50ohm dari rig, dan 50ohm dari ant. Maka akan jadi 50:50 dan bersamaan dengan 1:1.

Soalan-soalan yang sering ditanya ialah...
1. Bilakah kita perlu mengukur bacaan SWR?
Kita mengukur dan memeriksa SWR adalah ketika memasang dan tuning antena.

2. Kenapa ?
Ketika radio disambungkan ke antena dengan kabel antenna, impedans dari antena dan kabel harus sama bacaan Ohmnya untuk tenaga maksimum dapat dipindahkan daripada kabel antenna.contoh disini ialah, jika kita menggunakan kabel rg 58, impedansnya ialah 50ohm, maka kita perlu pastikan yang impedans dari antena juga 50 ohm, untuk itu balun digunakan untuk mengimbangi ohm tersebut supaya ia menjadi seimbang. Impedans dari antena berubah berdasarkan banyak faktor, seperti ketinggian antenna dari tanah, dan saiz pengalir atau bahan yang digunakan untuk membuat antena.

Tenaga tidak dipindahkan ke antena akan dipantulkan kembali menuju Rig.

Tenaga yang terpantul ini mempunyai tiga implikasi utama :
1. Penurunan kuasa pemancaran, jika tx 100 watt, yang keluar hanya 80 watt.
2. Berlaku ganguan pada radio dan peralatan yang lain spt komputer, laptop dan hanset.
3. Kerosakan pada radio boleh berlaku.

INGAT !!! Jika sesebuah antena itu tidak mempunyai feedline yang seimbang impedansnya, tenaga elektrik atau TX power anda tidak boleh dipindahkan daripada feedline kepada antena dengan berkesan. Maksud disini ialah jika anda tx dengan 100 watt, mungkin tenaga yang keluar adalah sekitar 70-80 watt sahaja. Baki 20-30 watt tadi itu akan berpatah balik masuk kedalam rig anda. Jika perkara ini berterusan, jangka hayat peralatan anda mungkin tidak akan bertahan lama....Bukan itu sahaja, Badan kita juga akan terdedah kepada RF exposure. Kalau hari-hari terdedah nanti akan merana badan...jika anda nak rasa dan tengok sendiri penangan RF nie. anda boleh buat ujikaji sendiri...caranya ialah...letakkan pokok bunga atau sebarang pokok yang boleh dimuatkan didalam pasu kecil dan letakkan berdekatan radio anda. selepas beberapa lama pokok itu akan mati....tapi jangan lupa siram plak...nanti tak relevan. selamat mencuba..

Jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan antenna tuner....
Antena tuner berfungsi untuk mengimbangi impendas dari radio ke antenna. ianya boleh dipasang antara radio dan kabel atau diantara antenna dan kabel. Kedua dua kaedah pemasangan ini akan membolehkan kita beroperasi pada bacaan SWR yang rendah.


Ramai Pengendali radio amatur percaya ketidakseimbang impedansi adalah satu masalah yang serius kerana mereka sayang dengan peralatan ribuan ringgit mereka. Namun, sebenarnya hal ini tidaklah seserius yang mereka jangka. Ini adalah kerana radio pada zaman moden ini telah siap dengan ciri-ciri perlindungan mereka sendiri. Bagi ICOM 718, jika bacaan swr melebihi 2. ianya akan secara automatik tidak akan memancar. maka selamatlah radio tersebut dari pantulan RF power itu tadi. Bagi jenama - jenama lain, saya percaya fungsi ini juga terdapat pada produk mereka. Setakat ini, hampir semua produk ada SWR protection seperti FT450, TS-480, TS-2000, Icom 718, Icom 7300 dan sebagainya.



Thursday, January 7, 2010

PSK for Beginners

Anda mungkin pernah mendengar tentang PSK31, mod yang baru dalam komunikasi yang semakin popular. Dengan PSK, anda menggunakan komputer di rumah anda dan radio untuk menghantar dan menerima isyarat-isyarat digital. Isyarat ini datang melalui radio, yang dimasukkan ke dalam komputer dan diterjemahkan oleh software sebagai perkataan yang muncul di skrin. Komputer kemudiannya menukar perkataan yang anda taip itu menjadi isyarat radio yang dihantar melalui radio. Semua ini menakjubkan kerana ianya bekerja dengan baik, dan cukup hebat. Berikut adalah penjelasan lanjut tentang bagaimana untuk bekerja dalam PSK31.

Permulaan
Jika anda ingin memulakan menggunakan PSK31, saya cadangkan anda mulai dengan mendengar beberapa isyarat PSK. Pertama, masuk ke internet dan download versi terbaru dari program HRD ke komputer anda. HRD adalah percuma ianya amat baik untuk memulakan PSK31 nie.

Kemudian, masukkan sebuah kabel dari jack headphone atau speaker radio anda ke "line in" jack di bahagian belakang komputer anda. Perlu diingat bahawa tidak semua komputer memiliki input LINE (kebanyakan laptop tidak). Jika tidak ada, anda perlu menggunakan jack mikrofon.

PSK cara "Easy Way"
Berikut adalah tip mengenai cara menghantar PSK dengan cara yang mudah. Letakkan speaker komputer anda tepat terhadap rig mikrofon anda (pastikan anda berada dalam bilik yang sunyi), dan bungkus dengan kain untuk mengelakkan gangguan asing. Tetapkan fre yang anda akan gunakan. Turn on the rig's VOX, atau tekan PTT. Anda boleh menghantar PSK langsung dari speaker komputer melalui mikrofon. Walaupun dalam mod SSB, mod penghantaran anda adalah PSK. Ada beberapa perkara yang perlu diingat:

  1. Putar volume speaker sekitar 15-20 peratus.
  2. Ketika penghantaran, tingkatkan kekuatan rf anda sedikit demi sedikit. Saya berhenti pada sekitar 50 watt. Anda mungkin boleh menggunakan lebih kuasa, terpulang kepada anda.
  3. Perhatikan level ALC (automatic level kawalan) pada skrin radio. Jika ALC ini menunjukkan apa-apa selain "sifar," anda boleh overdriving radio anda dan pastikan ianya tidak overflow.

Kaedah ini mungkin tidak memberikan signal yang bersih tapi aku telah menggunakan kaedah ini dengan 50 watt dan menerima respon 599.

Wednesday, January 6, 2010

Cerita disebalik PSK 31


psk 31 in progress...

sambungan antara icom718 dgn laptop, kabel merah phone, kabel hitam mic


sambungan dari laptop ke mic dan phone icom 718


Sambungan dari Radio ke Mic laptop dan Audio out laptop


Apa itu PSK 31
PSK31 atau "Phase Shift keying, 31 Baud" adalah mod modulasi radio digital, digunakan terutama dalam bidang radio amatur untuk melakukan real-time chatting teks antara Pengendali radio amatur.


Asal Usul PSK 31
PSK31 ini dibangunkan oleh Pengendali radio amatur Inggeris yang bernama Peter Martinez (G3PLX) dan diperkenalkan kepada komuniti radio amatur yang lebih luas pada bulan Disember 1998. Martinez mulanya disebut ciptaan-Nya "varicode", kerana dia menggunakan variable length encoding (kod Huffman) untuk mewakili aksara.


Bagaimana dengan kelengkapannya?
Sangat sedikit kelengkapan - di samping pemancar radio standard - diperlukan untuk menggunakan PSK31. Biasanya PC yang lama atau laptop dan beberapa kabel untuk audio dan mic sudah cukup untuk main psk nie; softwarenya pulak percuma untuk download dan yang bestnya ialah ianya berfungsi dengan baik.

Bagaimana ianya berfungsi?
Ia biasanya menggunakan transceiver yang disetkan dengan mode SSB dan ia disambungkan ke sound kad pada PC.
Ketika kita send mesej untuk penghantaran, perisian spt HRD ni akan menghasilkan nada audio, yang berbunyi seperti siulan, kemudian ia melalui salah satu jack mikrofon (selalunya digunakan resistor untuk mengurangkan output sound kad) ke pemancar, di mana dihantar.




Audio yang keluar sebenarnya tak ubah seperti seseorang bersiul ke dalam mikrofon. Namun, software di komputer dengan selambanya membaca isyarat ini dan membentuk varicode. Sebenarnya fungsi psk 31 dengan RTTY sama dan sistemnya juga serupa cuma kelebihannya ia boleh menerima isyarat dengan banyak dan tidak bertindih. Itu kelebihan utamanya...


Untuk decode PSK31, audio yang diterima daripada Radio headphone output dimasukkan ke dalam sound kad pada input audio, dan perisian HRD. Software HRD ini pulak memaparkan teks yang didekode.

Common Frequencie

Berikut ialah frekuensi radio amatur yang biasanya digunakan untuk penghantaran dan penerimaan isyarat PSK31.

PSK31 Frequencies
Frequency Band
1.838.15 MHz 160 meters
3.580.15 MHz 80 meters
7.035.15 MHz 40 meters
7.080.15 MHz 40 meters
10.142.15 MHz 30 meters
14.070.15 MHz 20 meters
18.100.15 MHz 17 meters
21.080.15 MHz 15 meters
24.920.15 MHz 12 meters
28.120.15 MHz 10 meters


see u down the logs... 9m2zak

Setup KA9Q-Radio radiosonde_auto_rx airspy mini

                             Setup KA9Q-Radio + radiosonde_auto_rx  (Airspy mini + Raspberry Pi + Docker) 1. Objektif Setup Manual ini bertu...