Friday, January 8, 2010

Sejarah antenna Yagi





Antenna Yagi telah dicipta pada tahun 1926 oleh Dr. Hidetsugu Yagi dan penolongnya, Dr. Shintaro Uda dari Tohoku Imperial University, Sendai, Jepun.


Antenna Yagi ini digunakan secara meluas semasa Perang Dunia II untuk aplikasi radar udara , kerana ianya mudah dihasilkan dan bersifat directional.


Meskipun Yagi ini dicipta oleh orang Jepun, banyak jurutera Jepun tidak mengetahui aplikasinya dalam pembuatan radar jadi sebab itu negara jepun pada masa itu agak ketinggalan dari segi teknologi radar mereka.

Tentera Jepun pertama kali menyedari teknologi ini selepas pertempuran di Singapura ketika mereka menjumpai nota daripada kakitangan radar Inggeris yang menyebutkan "antena yagi" dalam panduan radar tersebut.


Perisikan Jepun bahkan pada masa itu tidak menyedari bahawa Yagi adalah nama Jepun. dan selepas disoalsiat, baru mereka tahu yang Yagi itu adalah nama seorang Profesor yang berbangsa Jepun.....

Bermula daripada itu......Tentera Jepun telah meningkatkan keupayaan komunikasi mereka dengan bantuan Profesor Shintaro Uda itu untuk meluaskan dasar Imperalisme mereka itu.


Kesimpulannya.... pengetahuan mengenai gelombang radio ini dapat mengubah sejarah sejarah manusia dan juga memberi kesan yang besar kepada peradaban manusia. Cuba renungkan jika teknologi radio ini tidak dijumpai...mungkin sekarang dunia aman dan damai rasanya...tetapi ingat...itu adalah ketentuan Ilahi dan kita sebagai umatnya haruslah menerima dan percaya dengan qada dan qadar kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya. Hikmah disini adalah....Saya dapat mendalami gelombang radio ini dan dapat tiket 9m2....hehehe....

SEE U DOWN THE LOGS......DE 9M2ZAK..

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...