Thursday, April 1, 2021

Homebrew RF Amplifier : Amplifier #3 - Mosfet selalu short.

 

Selama seminggu lebih saya pening mencari dimana punca Mosfet IRFP250 dan power supply fuse  asyik short sebaik sahaja dihidupkan. Ianya telah menyebabkan 4 biji mosfet saya rosak. Yang peliknya, setiap kali ON, hanya mosfet #3 sahaja yang selalu short, dikira dari kanan. Berulang kali saya periksa semua komponen tetapi semuanya menunjukkan bacaan yang bagus.


Kemudian apabila saya hendak tukar mosfet baru pada mosfet yang short tu, saya terlupa untuk cabut probe dari Drain Mosfet dan pada masa yang sama skru saya sudah tanggalkan dan saya terpandang meter yang menunjukkan bacaan tidak short. Pada mulanya saya ingat masalah meter, sebab ini meter murah beli di DIY, hahahahaha. Rupanya skru tersebut telah shortkan lapisan metal bawah mosfet dengan heatsink. Puncanya adalah skru senget. Jadi untuk mengatasi masalah ini. Maka saya tambah washer plastik untuk lindung batang skru dari ke body mosfet.


Hasilnya, Drain sudah tidak short dengan heatsink. Maka untuk langkah keselamatan, saya terus pasang semua washer plastik itu kepada 4 biji mosfet sebagai langkah pencegahan.

Hasilnya adalah seperti gambar diatas. Semuanya dimasukkan washer plastik. Kemudian saya hidupkan amplifier ini dan masalah short sudah tidak lagi muncul. Amplifier ini berjalan seperti biasa. Seperti video dibawah.


PA ini masih bogel iaitu tanpa LPF, jadi saya akan masukkan LPF 80m selepas ini, RF sense dan sebagainya. Syukur sebab semuanya sudah selesai. Dibawah ini adalah hasil ujian PA #3 tersebut.

Jumpa lagi pada posting yang akan mendatang, saya akan terus update perkembangan terkini homebrew RF Amplifier ini dari masa ke semasa. 73 Zaki.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...