Friday, March 19, 2021

Yaesu FTdx10 Hybrid SDR transceiver. Adakah ianya sesuai untuk anda?

 

Dalam blog ini, saya akan membicarakan beberapa perkara yang menarik mengenai rig ini dan siapakah yang sesuai menggunakan atau memiliki rig Hybrid SDR ini.


Kenapa disebut Hybrid SDR? ianya disebut hybrid kerana FTdx10 ini menggabungkan Teknology Narrow Band SDR dengan Direct Sampling SDR.


Beberapa ciri menarik yang saya suka mengenai FTdx10 ini. Antaranya ialah :

1. RX - Keupayaan RX sangat baik walaupun hanya menggunakan speaker asal dan jika dicucuk dengan headphone. Fuh... audio semakin baik. Tidak macam seperti rig model lain, dimana mereka jika didengar melalui headphone memang baik, tetapi jika guna speaker, ianya agak mengecewakan. Tahniah Yaesu.


2. Keyboard dan Mouse  dan USB port- Pada FTdx10 ini, keyboard dan mouse boleh direct dicucuk di belakang radio dimana ada 2 port usb type A disediakan. Jadi apa maknanya? maknanya kita tidak perlu sentuh screen FTdx10 untuk proses operasinya dan lain-lain setting, semuanya hanya melalui mouse.Maka screen 5 inci FTdx10 ini akan sentiasa bersih dan eloklah. Port USB jenis B pula atau gelaran popular, usb printer ini digunakan untuk audio input/ouput/rig control dan CAT.
                             
3. CW Decoder - Yaesu melangkah setapak lagi dengan menyediakan fungsi CW decoder pada FTdx10 ini berbanding Icom IC7300. CW Decoder ini pula berfungsi dengan baik.

4. RTTY dan PSK decoding. FTdx10 boleh direct decode dua mode ini juga. Jadi sudah pastinya ianya amat berguna apabila kita portable kerana tidak perlu alatan tambahan untuk decode.


5. 3DSS - berkeupayaan untuk mengubah spectrum menjadi 3d spectrum. fuhhh!!! dan ianya sungguh cantik sekali. Sejuk mata memandang.

6.  CW - audio CW sungguh jelas, kelia bab kata orang Kedah dan ianya ke depan melepasi bunyi QRM. Jadi segala butiran CW amat jelas kedengaran dan kita akan lebih relax sikit semasa ber-CW dengannya.

7. Ada BPF Band Pass Filter terbina dalam.

8. DNR ( Digital Noise Reduction) yang berfungsi dengan baik. 


9. Ada external display terminal (DV1-D). Iaitu kita boleh sambung ke monitor luar atau TV untuk mendapatkan imej yang lebih cantik. Terutama apabila melayan 3DSS. fuhhh.

10. PTT
Nampak tu butang mute pada atas PTT Mic tu. Ianya berfungsi untuk senyapkan audio secara terus tanpa memusing tombol volume. Jadi dimana kegunaannya? ianya sangat berguna apabila semasa kita QSO, mungkin time tu kedengaran bini kita panggil untuk makan nasi ke atau ada rakan yang telefon atau ada orang tegur kita di belakang dan sebagainya dan juga ada beberapa butang direct program seperti kawalan direct pre-amp, memory, dan sebagainya.

11. Level - Fungsi level ini adalah untuk adjust spectrum waterfall. Katakan pada ketika itu, bandwidth terlalu sibuk dan padat. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah adjust level sehingga kita nampak seketul-seketul signal setiap station yang ada di sekitar dalam bentuk 3D.

sebelum LEVEL dilaras.

selepas LEVEL dilaras
Jangan risau, apabila kita adjust LEVEL, ianya tidak mempengaruhi signal level. Ianya tetap sama dan tidak berubah. Kita cuma ubah rupa signal tersebut sahaja iaitu menjadi lebih sedap mata memandang.

12. Tuner - Seperti biasa, FTdx10 juga mempunyai built-in tuner. Hanya picit button tuner. Settle, hahahaha dan boleh match hingga 3:1.

13. Panel hadapan - Mungkin pereka panel hadapan FTdx10 ni bukan kidal. Dominan kanan, tetapi ianya bukan masalah pun sebenarnya. Kita ni manusia, boleh adaptasi dan ikut rentak. Lama-lama akan biasalah. No problem. 

14. Notch dan Contour - Satu lagi kelebihan FTdx10. dengan fungsi ini, kita bukan saja boleh aktifkan Notch dikala band penuh sesak dengan Big Gun yang bermaharajalela malah kita juga boleh mengubah nilainya juga untuk kurangkan kadar kebisingan mengikut selera telinga kita.

Setelah menelitinya, didapati ianya amat mudah sekali untuk setting apa-apa jenis fungsi kerana cara penyampaiannya yang agak simple dan penuh dengan arahan bergambar. Jadi ianya sesuai bagi mereka yang ingin jadikan FTdx10 ini sebagai rig pertama mereka dan menikmati semua kemudahan yang disediakan olehnya.


Low Noise Floor, RX yang sensitif, Audio yang bagus dimana semua operator pasti akan suka dengan kualiti audionya dan perbezaan yang paling ketara bagi model ini adalah feature-nya, dimana Yaesu amat bermurah hati  meletakkan beberapa feature yang ada pada high-end radio yang lain ke model FTdx10 ini.

Pada pendapat saya berdasarkan hampir kesemua model yaesu dan icom serta kenwood yang saya telah test, uji, guna, dan kaji. FTdx10 ini saya dapati RXnya bagus. Saya terus dapat rasakannya sejurus rig ini dihidupkan. Memang berbeza. Lagi satu perkara yang membuatkan saya jatuh cinta kepada FTdx10 ini adalah filter dimana kita boleh nampak bagaimana filter itu bekerja dan dimana kita berada pada waktu itu. Status DSP Filter seperti Width, notch, contour dan Shift kita boleh nampak dan semestinya ianya akan memudahkan kita dan yang bestnya filternya ada dari wide hinggalah ke narrow.

FTdx10 ada 3 roofing filter beb, iaitu 12000hz untuk mode AM/FM, 3000hz untuk mode phone dan 500hz untuk mode CW dan hasilnya... audio yang mantap. 

Kita selalunya apabila membeli atau mencari radio, pasti akan tertanya. Apa yang radio ini boleh buat dan bukannya prestasinya. Adakah ianya mudah untuk setup atau apakah ada lagi peralatan atau optional yang perlu dibeli untuk sesuatu mode.

Sebelum ini, Yaesu memperkenalkan model FTdx101 dalam setahun lebih sebelum ini tetapi dek kerana harganya yang agak keras maka mereka kecilkan sikit tetapi dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan feature yang ada untuk hasilkan model pertengahan ini. Iaitu FTdx10. Boleh dikatakan bahawa FTdx10 ini adalah versi mini FTdx101.

Nasihat saya bagi pemilik dan bakal pemilik FTdx10, bacalah buku manual selengkapnya kerana FTdx10 tidak akan kecewakan anda jika anda menguasainya.

                                            Adakah ianya sesuai untuk anda?

                                        Salam 73 daripada saya Zaki 9m2zak


Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...