Wednesday, October 31, 2018

Kenwood TS-2000 : Ceramic Fiter Replacement part #1

Toko Ceramic Filter dalam bulatan merah
Pada mulanya saya ingatkan keadaan band dan juga sumber dari persekitaran, iaitu bunyi crackling dan qrm tinggi keluar dari speaker. Tetapi apabila antenna tidak disambung dan radio dihidupkan, crackling noise tersebut masih ada. Selain itu, volume radio jugak kekadang naik dan juga kekadang turun dan adakalanya ianya akan naik dengan sendirinya dan adakalanya ia akan turun dengan sendirinya. Setelah membuat penyelidikan di google, rupanya masalah ini adalah biasa bagi radio kenwood dan juga yaesu, terutama model FT857 dan juga FT897.


Masalah pada TOKO Ceramic. Simptomnya sama seperti apa yang radio TS-2000 saya alami. Simptom ini akan terjadi pada radio-radio yang sudah berumur dan lama. TS-2000 saya sebenarnya sudah 11 tahun bersama dengan saya. Banyak perkara yang manis dan pahit telah kami lalui bersama. Oleh itu, saya bernekad tidak akan membiarkan TS-2000 ini menanggung kesakitan ini lagi, saya akan berusaha untuk merawatnya.  



Bersambung...... 73 Zaki.

Sunday, October 28, 2018

Oceania DX Plaque 2017

Oceania DX Contest Plaque
Baru-baru ini saya ada menerima satu lagi plaque. Kali ini plaque dari Wireless Institute Of Australia. Dimana kami, 9M2GET, 9W2RUT dan 9M2ZAK telah menyertai Oceania DX Contest pada tahun 2017 yang lalu. Kategori yang kami serta ialah Multi Opr Two Tx atau bahasa mudahnya multi operator multi transceiver. Contest ini hanya berlangsung selama 24 jam iaitu bermula pada petang sabtu jam 4.00 petang dan berakhir pada Ahad jam 4.00 petang juga. Syukur, kami bertiga berjaya mengharungi cabaran 24 jam ini dengan jayanya dan sungguh tidak disangka, kami berjaya mendahului peserta-peserta lain dari seluruh dunia dengan begitu cemerlang sekali.

Tony Burt VK3TZ, gambar diambil dari Wireless Institute Of Australia
Terima kasih diucapkan kepada saudara Tony Burt VK3TZ kerana bersusah-payah meluangkan masa dan keringat untuk menguruskan penghantaran plaque ini ke Kulai, Johor. Semoga kita berjumpa lagi, 73 Zaki.

p/s boleh lawat website ni untuk shopping,  https://www.rippletech.com.au/

Thursday, October 25, 2018

Screen raspi sentiasa "on" atau awake

sudo nano /etc/lightdm/lightdm.conf

tambah comand line berikut dibawah section [SeatDefaults]

# don't sleep the screen
xserver-command=X -s 0 dpms

save nano anda dan reboot.

Jika masih tidak berjaya, iaitu screen masih sleep selepas beberapa minit, boleh cuba kaedah ini pula.

sudo apt-get update
sudo apt-get install xscreensaver

Kemudian masuk sofware xscreensaver tersebut dan disable

9M4SJJJ Station JOTA Johor Bharu

Peserta JOTA 2018, station 9M4SJJJ Johor Bharu
Pada hari Sabtu yang lepas, iaitu pada tanggal 20 Oktober 2018, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bharu telah menyertai Jambori On The Air atau lebih popular dengan panggilan JOTA. Jambori ini adalah satu aktiviti tetap yang dilaksanakan setiap tahun pada minggu ketiga bulan Oktober dan ianya dilaksanakan serentak di seluruh dunia. Terima kasih diucapkan kepada JPN Johor dan PPD Johor Bharu kerana memberi pelepasan murid dan guru bagi mereka menyertai Jambori bertaraf dunia ini. 

JOTA ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 1957 dan ini bermakna, Jambori di udara pada tahun ini sudah masuk tahun yang ke-61. Ianya bermula di Malaysia selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Menurut WOSM, JOTA ini disertai lebih daripada 150 buah negera di seluruh dunia dan melibatkan hampir 1.8 juta peserta. 


Kesemua ahli pengakap diseluruh dunia akan berkampung atau berkumpul di sesuatu lokasi dan dengan kerjasama kelab atau persatuan radio tempatan atau dengan inisiatif para pemimpn pengakap yang mempunyai lesen radio amatur sendiri, sebuah station radio amatur khas untuk JOTA akan dibina dan diwujudkan. Bagi daerah Johor Bharu, Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru bertuah kerana menjadi tuan rumah untuk daerah Johor Bharu dan station ini direalisasikan oleh barisan utama seperti berikut:



Pengarah Program   : Encik Adi Sofan bin Md Yusof
                                   (ADC Radio Amatur Johor Bharu)

Penyelaras Program : Encik Rodyisnansyah bin Julaini
                                   (PKPPNJ Pengakap Kanak-kanak)

Station Master         : Encik Zaki bin Din
                                   (PKPPNJ Radio Amatur)

Pen. Station Master : Encik Jayakanthan a/l Lachmanan
                                   (PKPPNJ Media, Publisiti & Imej)

                                : Encik Raymond Wong 
                                  (Pengakap Kelana JB)

                                : Encik Mohd Zahril bin Saleh
                                  (Pengakap Kelana JB)
                               
   
                           
Antara aktiviti yang dijalankan di station JOTA SK Sri Tebrau ini ialah :

  1. Station 1 : Alphabet Phonetic
  2. Station 2 : Q-Code
  3. Station 3 : Fox Hunting
  4. Station 4 : VHF 
  5. Station 5 : Morse code
  6. Station 6 : Emergency Communication
  7. Station 7 : Basic HF
  8. Station 8 : HF station
Setiap peserta perlu mengikuti semua station tersebut sebelum dibenarkan on air pada station 8, iaitu HF station. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan ajk kecil yang menguruskan ke semua station-station tersebut dengan cemerlangnya sehinggakan semua peserta JOTA yang berjumlah 450 orang itu berjaya melengkapkan cabaran di setiap station dengan jayanya. 




Antara station JOTA yang berjaya dihubungi oleh station JOTA 9M4SJJJ ialah :
  1. YC3ZJQ    (Jawa Timur, Indonesia)
  2. 9M4SJSU  (Tuaran, Sabah)
  3. 9M4CAS   (Ipoh, Perak)
  4. 9W6MHJ  (Keningau, Sabah)
  5. 9M4SJB    (PPM Selangor)
  6. 9M4SJD    (PPM Kelantan)
  7. 9W2SBD   (Sri Iskandar, Perak)
  8. YF2ZJU    ( Indonesia)
  9. 9M4CSB   (Sungai Besar, Selangor)
  10. YB4ZKZ  (Sumatra Selatan, Indonesia)
  11. YC1ZOL  (Bekasi, Indonesia)
  12. 9M4SJJB (Batu Pahat, Johor)
  13. 9M4CHQ (Kuching, Sarawak)
  14. YC5ZJE ( Sumatra, Indonesia)
  15. 9M4CSR (Kuching, Sarawak)
  16. 9M4SJM (Melaka)
  17. 9M4SJKY (Yan, Kedah)
  18. 9W2GNU (Kajang, Selangor)
  19. 9W2AZT (Terengganu)
  20. 9M4CPB (Bintulu, Sarawak)
  21. YC1ZOP ( Jakarta, Indonesia)

Kesimpulannya, aktiviti JOTA 2018 pada kali ini berjaya dan segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan sepenuhnya dan lancar sekali. Tahniah diucapkan kepada pengarah program kerana berjaya menganjurkan aktiviti JOTA ini di SK Sri Tebrau, Johore Bharu. Salam Pengakap dari saya, 9M2ZAK Zaki, 73.

jumpa lagi pada tahun hadapan

Thursday, October 11, 2018

Linux : Bagaimana untuk baiki masalah apt-get command.



Apabila kita terdelete sesuatu software dan kemudian ingin mendapatkannya kembali dengan apt-get Command, namun pada akhirnya keluar ini,

E : Unable to find Package XXXXX

Perkara ini terjadi disebabkan oleh masalah pada repositories, maka apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut, ini kes bagi KALI Linux.

# nano /etc/apt/sources.list

kemudian pada nano, delete semua line yang ada dalam nano tersebut. Kita gantikan dengan repositories yang baru. Untuk mendapatkan repo yang baru, pergi ke laman web ini.


dan copy repo tersebut, ada dua iaitu Regular repositories dan Source repositories, copy kedua-dua sekali. Jika malas nak pergi ke website repo di atas, di bawah ni saya tolong copy-kan untuk anda.

deb http://http.kali.org/kali kali-rolling main non-free contrib
deb-src http://http.kali.org/kali kali-rolling main non-free contrib

masukkan dua line tersebut ke dalam nano tadi dan save. Kemudian, 

sudo apt-get upgrade dan sudo apt-get update

Proses update ini memakan masa jika internet anda slow, jika laju 
macam Unifi baguslah, ianya tidaklah lama sangat.

setelah selesai semua, reboot dan insyallah Kali Linux akan pulih 
seperti sediakala.

Kenapa perkara ini terjadi? maksud saya masalah unable to locate package ni. Pada kes
saya ianya terjadi selepas saya run command ini,

sudo apt-get --purge remove (nama software) --auto-remove (nama software)

Maka bermulalah episod masalah seperti diatas tadi, Ok berbalik kepada software yang kita install tadi guna apt-get, kita boleh semak samada ada atau tidak dengan command ini.

#dpkg --list

Command apt-get ni adalah satu command yang bagus dan ianya memudahkan kita dalam segala urusan berkaitan install dan download. Namun ada ketika ianya terkucil juga sedikit. 73 Zaki.

Tuesday, October 9, 2018

Simple Service Discovery Protocol (SSDP)

The SSDP protocol can discover Plug & Play devices, with uPnP (Universal Plug and Play). SSDP uses unicast and multicast adress (239.255.255.250). SSDP is HTTP like protocol and work with NOTIFY and M-SEARCH methods. SSDP can be used over IPv4 and IPv6.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...