- RF Direct Sampling System
- 2 identical receivers
- Easy setting and user friendly
- CW/RTTY/PSK built-in RTTY/PSK decoder and encoder
- USB mouse/keyboard direct
- USB interface (PC Control/ PC logging connection)
- SD Card / USB Flash Drive
sebenarnya ada banyak lagi functionnya, tetapi dalam posting ini saya bicarakan yang di atas sahaja kerana saya dapati ianya amat cool sekali.
RF Direct Sampling System
Ianya convert terus signal radio kepada digital. Yang menariknya, ianya bukan ada satu, tetapi dua receiver circuit untuk Main VFO dan Sub VFO. Berbalik kepada Direct Sampling System ini, ianya berbeza dengan system analog biasa iaitu menggunakan local oscillator atau mixer. Hasilnya signal akan menjadi lebih baik kerana kurang distort semasa proses amplifier signal.
Maka apabila sudah jadi digital, secara tidak langsung ianya membuka jalan kepada 1001 fungsi lagilah iaitu perkara-perkara yang berkaitan audio - filter - mode operation - controlling dan sebagainya.
Jika diteliti semua bebanan kerja tersebut, maka tentulah ianya memerlukan sebuah CPU yang berkesan. Namun...bagi Icom IC-7610, ianya bukan sahaja ada 1 CPU, malah ianya mengandungi 3 CPU untuk melicinkan pelbagai operasi yang terdapat dalam rig tersebut. Icom IC-7610 ada main CPU, Sub CPU dan Front CPU.
2 identical receivers (Dualwatch Operation)
Berkeupayaan RX pada freq yang berlainan pada band yang sama atau pada band yang berlainan secara serentak. Jadi sudah pastilah ianya akan lebih memudahkan kita dalam aktiviti seperti berikut:
- Hunting, terutama dalam pemburuan multiply station (semasa aktiviti contest),
- SWLing, boleh monitor rakan-rakan lain pada masa yang sama
- Band Propogation monitoring, boleh monitor propogation band-band lain serentak
- Memudahkan dalam aktiviti pemburuan Station DXpedition
- Boleh QSO serentak dengan station yang berbeza pada freq yang berlainan pada band yang sama, atau pada band yang berlainan.
Easy setting and user friendly
Perkara ini amat menyentuh sanubari saya, sebab memang terasa senang nak guna menatang ni. Radio ini baru sampai dan dalam masa 2 jam, iaitu sejam baca manual dan sejam praktical. Saya sudah menguasainya. Mungkin kerana ianya banyak direct dan tidak rumit dalam proses setup serta istilah-istilah atau bahasa yang digunakan maka proses untuk memahaminya berjalan dengan lancar.
Paparan pada menu yang siap dengan gambar sedikit sebanyak memudahkan untuk proses setup. Manakala setupnya pula kebanyakkannya adalah direct dan tidak perlu masuk ke dalam memang memudahkan dan senang untuk kuasainya. Manakala kedudukan butang dan tombol-tombol untuk operasi yang selalu digunakan pula berada pada kedudukan mudah dicapai dan selesa sekali. Sekaligus mempercepatkan operasi pengendaliannya.
kedudukan button dan tombol |
Jika diperhatikan kedudukan button dan tombol, semuanya berada pada kedudukan yang senang dicapai oleh jari telunjuk kanan. Button penukaran band yang siap dengan semua band, button filter, tombol PBT, tombol penukaran speed CW semua berada pada zone capaian jari telunjuk apabila kita memegang tombol VFO. Jari pergerakkan akan kurang maka kecekapan pula akan meningkat.
semua dapat dicapai dengan mudah |
Peminat mode digital pasti suka akan perkara ini. Ini adalah kerana dengan ICOM IC-7610, mereka tidak perlu bersusah payah untuk sambung transceiver mereka ke PC dan setup dengan pelbagai step yang kadangkala memeningkan dan merumitkan bagi kita yang baru berjinak-jinak dengan radio amatur ini. Tetapi dengan menggunakan Icom IC-7610 ini, semua itu tidak perlu difikirkan lagi kerana ianya kini direct dengan IC-7610. Ambik USB Keyboard, cucuk dan select mode RTTY atau PSK atau CW, serta merta anda boleh on air dengan mode tersebut.
Keyboard direct |
Anda boleh terus beroperasi mode RTTY/PSK/CW daripada radio. Bagaimana dengan log pula? jangan risau. Anda juga boleh log sekali dan save ke dalam memory kad. Lupa pula nak beritahu, IC-7610 ini juga ada 2 slot untuk USB dan satu slot untuk memory kad.
Dimana pada USB, kita boleh simpan gambar print screen radio, simpan data setting dan simpan memory channel. Manakala bagi SD Card pula, kita boleh simpan data setting, memory channel, log RTTY/PSK/CW, log segala aktiviti PSK dan RTTY dan juga gambar print screen. Jadi, maknanya disini ialah baik kita guna SD Card untuk save semua perkara tersebut. Jadi USB port akan free 2. Maka bolehlah cucuk Keyboard dan mouse pada port USB tersebut.
USB mouse/keyboard direct
Untuk pengetahuan semua, kita juga boleh layan spectrum scope dengan secara direct touch screen dan juga menggunakan mouse. Bukannya apa, saya amat mencadangkan anda menggunakan mouse semasa layan Spectrum Scope sebab untuk elakkan screen 7 inchi itu menjadi kotor dan berbekas dengan cap jari. Nanti lama-lama akan kelabu rasanya. Guna mouse PC sesuai untuk atasi masalah tersebut, lagipun ianya tepat jugak sebab bagi yang mempunyai jari yang besar atau tidak rata, mungkin akan mengalami kesukaran untuk touch pada waterfall yang dikehendaki.
USB interface (PC Control/ PC logging connection/FSK/PSK)
Seperti yang saya bicarakan pada awal-awal tadi, apabila ianya berkeupayaan USB, maka pelbagai fungsi yang berkaitan dengan komputer pasti akan menjadi lebih mudah dan ekonomik. Kita dengan mudahnya boleh sambung ke logging program yang popular seperti N1MM dengan mudah. Untuk itu, apa yang diperlukan adalah usb kabel yang ada dua type dihujungnya, iaitu type A dan Type B. Type A dicucuk pada komputer dan type B pada belakang radio. Tetapi sebelum itu, kita perlu masukkan driver dahulu ke dalam PC kita agar PC kita nampak sambungan tersebut. Lawat website ini,
http://www.icom.co.jp/world/support/download/firm/IC-7600/usb1_20/
dan download driver tersebut. Ingatan mesra kawan ialah semasa proses install driver tersebut, sila jangan sambung dahulu usb kabel ke radio. apabila semua sudah selesai. restart PC dan sambung usb kabel ke radio dan PC akan automatik detect radio. Kemudian, pada N1MM setuplah seperti berikut.
siap, kini anda sudah boleh ke udara dengan keupayaan sepenuhnya dikawal oleh komputer. Untuk mode CW/RTTY/PSK, anda mempunyai dua pilihan, iaitu samada untuk run direct dari N1MM atau dari 7610. Semuanya boleh run dengan menggunakan keyboard. Tapi pada pendapat saya, baik run dari N1MM sebab nanti tak serabut meja dengan kabel .
Secara kesimpulannya, ICOM IC-7610 ini adalah sebuah rig yang bagus dan yang paling penting sekali ialah mereka (ICOM) memahami dan mengerti apa sebenarnya kehendak utama para pengiat radio amatur dalam mencari sebuah transceiver yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan. Tahniah diucapkan kepada pasukan kejuteraan Icom yang saya pasti mereka menghabiskan beribu-ribu jam memerah otak dan tenaga dalam menghasilkan mesin ini. Jujur saya katakan, ianya amat mesra pengguna dan kualiti audionya pula amat menakjubkan serta keupayaan mendengar weak signal yang berkesan sekali.
Antara keistimewaan Icom IC-7610 yang saya dapati ialah :
1. Fungsi APF/TPF (CW) : weak signal dapat dicopy sepenuhnya, RX sensitif meningkat.
2. Twin PBT : QRM dari station sebelah dapat dihapuskan sepenuhnya. Boleh parking sebelah
3. Keupayaan RX yang begitu senyap, sedap telinga mendengar
4. Spectrum Scope : tahniah Icom, ianya amat best sekali
5. USB Kabel : dengan cucuk USB, semua perkara settle. Terbaik!!!
6. Dualwatch, dan yang paling penting, dua-dua ada pre-amp asing-asing. Fuhhh
7. Noise blanker dan noise reducer yang berfungsi dengan baik.
8. PSK/RTTY direct on radio
9. RF gain yang sensitif, tidak perlu set tinggi,
10. Speaker audio yang jelas dan tidak pecah.
11. Mesra pengguna : sekejap saja sudah boleh kuasainya. Kedudukan button sesuai.
12. Band Scope yang boleh guna mouse
13. Boleh remote dari mana-mana sahaja di dunia ini.
14. Screen 7 inci, sejuk mata memandang spectrum
15. boleh sambung ke external monitor, lagi sejuk mata memandang
Kekurangan IC-7610 :
- Tiada CW decoder, tidak boleh decode CW, kena guna telinga sendiri
- DVI Connector, monitor yang guna DVI ni saya takde, so nak kena cari converter.
Baiklah semua, saya berhenti setakat ini dahulu cerita mengenai Icom IC-7610. Semoga paparan yang tidak seberapa ini memberi sedikit gambaran kepada rakan-rakan semua mengenai Icom IC-7610. Jika ada apa-apa persoalan, bolehlah tanya pada ruang komen di bawah ini. Saya cuba jawab sedaya upaya saya, itupun selepas saya google, sebab jika nak dibandingkan dengan kelayakan dan kerja saya, sebenarnya saya tidak layak sebenarnya. Saya ni seorang cikgu biasa yang langsung tidak ada kaitan-ilmu-sijil berkaitan dengan posting-posting yang selalu saya post sebelum ini. Semua ini lebih kepada minat dan pengalaman serta selalu meneroka google dan youtube. 73 Zaki