Pagi ini, kawan berkesempatan untuk menjengah band 80m. Selepas subuh tadi, kawan sebenarnya ingin memantau band 160m. Mana tua...kut-kut ada stesen yang cq disitu, sebab perkara ini kita tidak boleh jangka. Dia umpama macam memancing jugak, ada kala kita dapat banyak dan ada kala kita langsung tidak tangkap apa-apa. Walaupun kita duk memancing ditempat yang sama, lebih-lebih lagi kalau di kolam ikan.
Namun, tiada langsung sebarang aktiviti di 160m. Kedengaran macam band membuka, tetapi biasalah...kalau time hari bekerja ni, kebarangkalian untuk jumpa stesen yang cq agak tipis. Masing-masing sibuk dengan tugasan. Lainlah kalau pada hari cuti hujung minggu. Pasti akan ada yang menyahut.
Band 160m pada pagi ini membuka, semasa kawan monitor ia pada pukul 6.25 pagi. Ianya membuka dengan baik sekali. Signal noise langsung sekitar S2 ke S3, Ok banyak tu bagi sebuah band yang terpencil ini. Selalunya ia mencatat S7 ke S9. Itupun dipantau oleh ant dipole 80m. Dah tentu akan low sikit rx dia sebab tidak resonant.
Kemudian kawan jenguk sebentar di band 80m, pada band ini, kedengaran pun ok, noise rendah. Kemudian kawan pun memantau seketika. Tiba-tiba kawan terdengar splatter signal yang kuat, kawan cuba mencari dengan tepat dimanakah ianya berada. akhirnya jumpa, 9M2AU sedang CQ di 3501.00mhz. Kawan tidak menunggu lama...sebaik sahaja beliau berhenti CQ. Kawan terus melompat masuk ke freqnya. Beliau dapat menerima kawan dengan baik. 599 diterima di Kulai dan beliau pun memerima kawan 599 di Bangi, Selangor. Selepas itu, beliau terus QRT.
Kawan meneruskan lagi aktiviti 80m band ini. Kawan lompat pula ke bilik phone, memang pada masa itu band dikatakan agak bagus, hampir setiap khz ada penghuninya. Dalam banyak-banyak signal yang kedengaran pada pagi yang sejuk itu, ada satu signal yang berjaya mencuri perhatian kawan. Signal ini datang dengan kuat sekali pada freq 3855.00mhz. Kawan pantau dan dengar dengan betul-betul siapakah yang sedang rancak berbual itu. Loghat utara ada, loghat KL ada, loghat Kelantan ada malah loghat Terengganu pun ada sekali jugak. Amboi...habis satu semenanjung.
Pada 3855.00mhz, kedengaran 9m2zs dari Pauh, Perlis, 9M2YRS dari Kuala Kubu Bharu Perak, 9M2VOT dari Terengganu, dan 9M2ART dari Kelantan. Memang satu Malaysia betui pada pagi tadi. Inilah dia radio amatur, boleh jumpa semua pada satu freq. Kawan pun dengan rasa rendah diri pun menghulurkan tanda panggilan kawan. Fuhhh...sepantas kilat Pak Yop menyambar panggilan kawan. Memang champion telinga Pak Yop. Dalam empat stesen tersebut, Pak Yop kawan terima dengan amat kuat sekali, 14dB masuk ke Kulai. Manakala yang lain pun ok jugak, sekitar 7 dan 9 dB. 100% audio mereka dapat diterima.