Saturday, March 1, 2014

Jalan-jalan sekitar Bandar Muar - APRS : 9M2ZAK - 0

9m2zak - 0


Pada 27 - 1 Mac 2014, kawan berkesempatan berkunjung ke Daerah Muar di atas beberapa urusan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kawan. Dalam kunjungan kali ini, kawan sebenarnya sengaja tidak membawa HF transveiver dan segala kelengkapan kerana kawan menjangkakan yang jadual tugasan kawan penuh. Jika berdasarkan kepada jadual dan mesyuarat yang lepas-lepas. Namun selepas menghadirinya, ternyata ianya berubah. Berubah kerana pihak penganjur berjaya menyediakan 10 meja untuk mempercepatkan perjalanan pertandingan. Kawan sebenarnya pergi ke Muar di atas urusan Ping Pong, pada kali ini, Muar menjadi tuan rumah Kejohanan Ping Pong MSSJ 2014.

Pasukan Kulai
Jadi apabila mendapat banyak masa terluang, seperti biasa...bagi warga radio amatur seperti kita ini tentulah akan menggunakan masa tersebut dengan sebaiknya. Mestilah kita akan cuba untuk memancar ke udara untuk mengenalpasti bagaimana prestasi dan keupayaan setup kita di tempat-tempat tertentu dan cuba untuk memahami faktor tempat dan kaitannya dengan pemancaran kita. Namun perkara itu kawan tidak dapat melakukannya kerana seurat dawai pun kawan tidak membawanya bersama-sama dengan kawan.
Muar Soup House
Jadi aktiviti pada malam itu bertukar menjadi aktiviti menjelajah sekitar bandar Muar. Ada hikmahnya juga, sebab selepas bersiar-siar disekitar bandar Muar, rupa-rupanya bandar Muar ini happening pada sebelah malamnya. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh kita kunjungi untuk kita melepaskan penat lelah setelah seharian membanting tulang. Pada malam itu, kawan sempat berkunjung ke Muar Soup House, memang tidak dapat dinafikan bahawa sup disini memang terbaik. Ada pelbagai pilihan sup disini, sup ayam, sup kambing, sup tulang dan sup perut (babat) dan juga pelbagai makanan yang lain. Keadaan menjadi bertambah meriah dan happening sekali dengan ada Pasar Karat yang bertentangan dengan Restoren Muar Soup House itu tadi.
Pasar Karat Muar
Difahamkan oleh pengusaha Restoren Soup itu tadi, pasar karat ini beroperasi pada malam Sabtu dan Malam Ahad. Ini bermakna ianya dibuka pada setiap hujung minggu bagi negeri Johor dan kebanyakkan barangan yang terdapat di pasar  karat ini meliputi pakaian, kasut, permainan kanak-kanak, barangan aksesori kereta dan perlbagai lagi barangan keperluan yang lain. Harga yang ditawarkan pula berpatutan dan munasabah sekali. Tidak rugi jika kita berkunjung ke sini, dalam pemerhatian kawan, pasar karat ini tidak ubah seperti pasar karat JB dimana barang-barang yang dijual disini banyak persamaannya..malah keadaan gerainya juga hampir sama. Ada seketika kita akan berasa seolah-olah kita berada di Johor Bharu.

Selepas selesai menjamu selera dan menjamu mata disekitar pasar karat, kawan berjalan-jalan pula disekitar bandar Muar. Jalan di bandar Muar adalah jalan sehala, jadi kawan cadangkan jika ingin berjalan-jalan sekitar bandar, eloklah berjalan kaki sahaja. Jangan risau, kita tidak akan penat kerana persekitaran bandar yang cantik dan bersih ini boleh menghilangkan segala kepenatan jika kita menghayatinya. Lagipun semua berpusat dan dekat-dekat sahaja. Memang tersusun dan baik sekali perancangan mereka. Tahniah kawan ucapkan kepada Pihak Perancangan Bandar Muar. Terbaik..

Tauhu Lentok Muar
Pada sebelah paginya pulak, kawan sempat pekena Tauhu Lentok. Tauhu Lentok ini adalah menu istimewa di R&H Cafe Jalan Maharani, bertentangan dengan Bus Stand Pagoh. Selain daripada Tauhu Lentok ini, R&H Cafe ini juga terkenal dengan lontong, mee rebus jawa, nasi lemak dan satay. Semua menu tersebut ada dsediakan di R&H Cafe dari pukul 6.30am hingga 12.30pm. Kecuali pada hari Jumaat kerana hari Jumaat mereka tutup. Jika anda minat dengan sate, terdapat pelbagai pilihan sate mengikut selera anda, antaranya ialah satay ayam, satay daging batang pinang, satay paru dan satay perut. Semuanya menjilat pinggan punya. Selain daripada juadah yang menyelerakan, keunikan Cafe ini ialah suasana persekitarannya. Cafe R&H ini menyediakan suasana yang lain sedikit daripada Cafe-cafe yang lain dimana mereka memilih tema taman. Jadi kita bersarapan dalam taman dengan suasana yang damai serta penuh dengan kehijauan. Sudah pastilah selera kita akan selalu terbuka dan nikmat semasa menjamu selera. Bagi yang datang dari jauh-jauh, kawan pasti rasa kepenatan akan hilang apabila berkunjung ke R&H Cafe ini.

R&H Cafe Jalan Maharani
Baiklah...berbalik kita kepada APRS itu tadi. Jadi apabila kawan tiada alat untuk memancar, maka kawan menggunakan pula kesempatan ini untuk menerokai APRS. Pada kali ini, kawan hanya menggunakan server sahaja. Terima kasih kawan ucapkan kepada 9W2RUT kerana berjaya meracun kawan untuk terbabit dalam dunia digital ini. Tak kenal maka tak cinta...akhirnya, jatuh cinta sudah kawan. Pada malam itu, kawan sempat meluangkan masa bertukar-tukar mesej dengan 9W2DYA dengan menggunakan APRS ini. Untuk itu, kawan menggunakan software UIVIEW32 seperti dalam post kawan yang terdahulu. Ternyata ianya berkesan dan dapat jugak mengurangkan stress kawan akibat terlupa membawa radio. Jadi ini, bermakna, walaupun kawan tidak membawa radio, tetapi kawan masih lagi menghubungi rakan-rakan melalui aprs ini.


Kawan mungkin baru lagi dalam dunia ini jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Memang baru, sejujurnya kawan katakan, kawan hanya beberapa bulan sahaja menerokai dunia ini. Jadi segala ilmu dan tunjuk ajar dari rakan-rakan amatlah kawan memerlukannya. Kawan menyanjung tinggi saudara Weerut 9W2RUT kerana  tidak lokek dan tidak jemu melayan kawan dalam 1001 soalan yang kawan selalu PM kepada beliau. Beliau dengan penuh kejujuran melayan segala karenah kawan dalam bertatih-tatih mempelajari ilmu ghaib ini. Rasa kagum dan respek kawan halakan kepadanya kerana sabar mengajar kawan meniti baud-baud dan settingnya. 
        Sekian dahulu dari kawan, jumpa dan jumpa lagi.

SEE YOU ON THE PACKET
de 9m2zak-3

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...