Friday, March 7, 2014

QRP DXCC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca yang budiman sekalian. Diharapkan agar rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya disamping keluarga yang tersayang dan juga ceria dalam menjalankan aktiviti seharian. Kesempatan hujung minggu ini kawan gunakan ia dengan meluangkan sedikit masa untuk menulis sesuatu dalam laman web ini untuk perkongsian kita bersama. Pada paparan kali ini, mari kita berbicara mengenai QRP DXCC.

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, Istilah QRP perlu difahami terlebih dahulu supaya kefahaman kita akan menjadi lebih mendalam. Istilah penggunaan perkataan QRP ini sebenarnya diambil dan diguna pakai secara meluas dari turutan Q-code dimana Q-code ini asalnya digunakan secara meluas dalam transmisi telegraf. Lama kelamaan, penggunaan Q-code ini telah diserap dan diadaptasikan ke dalam Radio Amatur. Walaupun penggunaan Q-code ini sebenarnya diwujudkan untuk memudahkan komunikasi dalam mode CW, namun ianya juga digunakan secara meluas dalam mode-mode yang lain seperti SSB dan PSK-31 kerana keberkesanannya.

QRP :  Shall I decrease power
Menurut majalah QST keluaran bulan Oktober 2002, dalam satu artikel berkaitan QRP POWER, penulis artikel tersebut menyatakan bahawa, QRP adalah transmisi dibawah 5 watt atau kurang dan perkara yang sama juga diperkatakan dalam Wikipedia. Jadi secara tidak langsung dapat disimpulkan bahawa yang QRP ini adalah sebarang transmisi dibawah 5 watt. 

Oleh kerana keberkesanannya, maka ledakan aktiviti QRP telah meletus diseluruh dunia. Maka lahirlah beberapa transceiver yang telah ditetapkan output powernya khusus untuk penggemar QRP. Kesempatan ini telah diambil oleh beberapa syarikat gergasi dalam persaingan mereka dalam pasaran QRP transceiver ini. Maka timbullah produk seperti :
Elecraft K1 

Elecraft K2



Elecraft K3
Elecraft KX1


Elecraft KX3
FlexRadio 1500
ICOM IC-703
MFJ Cub
FT-817
OHR-100

dan bermacam - macam lagi seperti Rockmite, Ten-Tec, Wilderness Radio SST, Software Defined Radios (SDRS) dan Kenwood TS-120v/130V. Masing-masing berlumba bersaing dalam menghasilkan product terbaik mereka.

Berbalik kita kepada topik asal kita iaitu QRP DXCC, objektif utama aktiviti DXing adalah untuk mencuba mendapatkan seberapa banyak negara sebanyak yang mungkin. Tetapi dalam QRP DXCC ini, lain pula ceritanya. dalam QRP DXCC, seseorang operator itu akan cuba untuk mendapatkan seberapa banyak contact (DXCC) tetapi dengan kuasa pemancaran yang paling minima iaitu 5 watt ke bawah (QRP). Jika difikirkan balik, seolah-olah perkara ini mustahil untuk dilakukan. Sehubungan dengan itu, ARRL telah memperkenalkan satu award khusus untuk penggemar aktiviti QRP ini dalam menghargai segala usaha dan masa yang telah mereka luangkan dalam aktiviti mereka. Award itu dinamakan QRPDXCC award.


Sebagai mana yang kita maklum, aktiviti QRP ini menuntut kesabaran dan ketekunan yang tinggi serta sedikit nasib yang baik. Ini adalah kerana, jika tidak kena keadaan dan masanya, pancaran kita mungkin tidak akan kemana ataupun tidak didengar oleh sesiapa. Sehubungan dengan itu, pihak ARRL telah menetapkan hanya 100 DXCC sahaja kelayakan minima untuk memohon award ini. Walaupun angka 100 DXCC ini kelihatan agak kecil berbanding jumlah DXCC yang ada iaitu 340 DXCC. Namun keperitannya amat terasa sekali.

Kawan percaya, pada permulaan aktiviti DXing kita, 15 hingga 60 DXCC rasanya mudah untuk kita memperolehinya. Tetapi semakin banyak DXCC yang kita capai, semakin sukar pulak untuk kita menambah bilangannya kerana kita akan selalu terserempak dengan station-station yang sama dan berulang-ulang. Jika perkara ini terjadi kepada kita, maka kita perlu meneliti beberapa perkara semula dalam aktiviti DX kita. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah:
  1. Ubah kedudukan antenna, jika anda mengunakan Yagi...rasanya tiada masalah. Tetapi jika anda menggunakan dipole, pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk pemasangan antenna anda.
  2. Ubah masa aktiviti DX anda. Jikalau anda terperasaan. Anda akan berjumpa dengan orang sama setiap kali anda memulakan DX. Jadi ini bermakna rutin dx anda sama dengan rutin dx rakan tersebut. Jika anda ingin mencapai objektif DX anda, maka rutin dx anda perlu diubah, masa dx perlu diubah kerana lain negara, lain masanya dan jugak lain keadaan propogasinya. 
Kesabaran dan ketekunan amat diperlukan dalam aktiviti ini. Kerajinan dan usaha yang berterusan sememangnya dituntut. Kadangkala, DXCC yang (RARE) ini selalunya akan mendapat perhatian dari seluruh dunia. Maka situasi BIG PILE-UP pasti akan berlaku. Jadi bagaimana untuk menembusinya sedangkan kita hanya QRP. Sudah pasti signal kita akan ditindan oleh BIG GUN dari luar sana. Berdasarkan kepada pengamatan daripada aktiviti yang lepas-lepas. Timing yang baik semasa menekan PTT diperlukan. Maksudnya, sejurus selepas Operator tersebut habis CQ, kita janganlah terus masuk bersama Big Gun - Big Gun yang lain. Kita masuk sebaik sahaja habis para BIG GUN tersebut habis. Jika bernasib baik, panggilan kita akan didengar dan dijawab. 

Kenapa ianya berhasil? Untuk memahaminya...cuba kita letakkan diri kita di tempat Operator tersebut. BIG PILE-UP ini selalunya terjadi apabila RARE station ke udara atau berlakunya DXCC Activation bagi tempat-tempat yang jarang di duduki oleh manusia. Semasa BIG PILE-up operator tersebut sebenarnya tidak mendengar apa-apa, hanya kedengaran bunyi seperti lebah atau keadaan dalam zoo sahaja (istilah ini diperolehi dari cluster). Jadi dia akan membiarkan para BIG GUN ini bersaing dahulu semasa mereka sehingga habis. Jadi akan ada ruang 5 - 10 saat. Pada ruang masa inilah kita perlu mencelah untuk mendapat perhatian beliau. Timing masa amat diperlukan sekiranya ingin berjaya. Alhamdulilah...setakat ini kawan berjaya melakukannya.

Kenapa para BIG GUN ini suka bersaing semasa mereka sehingga terjadinya fenomena situasi zoo?
Sebagaimana yang kita maklum, BIG GUN ini merujuk kepada mereka yang memancar dengan kekuatan 500watt dan 1000 watt hingga 2000 watt. Tujuan sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana keberkesanan kuasa KW mereka. Adakah mereka dapat didengar oleh station terbabit didalam timbunan station-station yang lain. Jika mereka dapat didengar, ini bermakna setup dan amplifier yang mereka gunakan itu amat berkesan sekali. Kepuasan tidak terhingga akan diperolehi kerana jika sesuatu station itu dijawab panggilannya. Maka secara tidak langsung, ini menunjukkan amplifier dan antenna yang mereka gunakan itu begitu efektif.  Pelaburan beribu-ribu dollar mereka akan terasa berbaloi.

 Baiklah, jika anda sudah pun berjaya mencapai pungutan 100 DXCC anda. Maka anda bolehlah melayari laman ini untuk menuntut award anda sebagai catatan sejarah dalam kehidupan anda sebagai pengamal Radio Amatur. Sila klik pada perkataan link ini dan ikut sahaja segala arahan yang terkandung didalamnya. Selamat mencuba dan cuba hayati maksud ayat ini.

Just a little RF Power Goes a Long Way!

Best 73s De 9M2ZAK



















Saturday, March 1, 2014

Jalan-jalan sekitar Bandar Muar - APRS : 9M2ZAK - 0

9m2zak - 0


Pada 27 - 1 Mac 2014, kawan berkesempatan berkunjung ke Daerah Muar di atas beberapa urusan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kawan. Dalam kunjungan kali ini, kawan sebenarnya sengaja tidak membawa HF transveiver dan segala kelengkapan kerana kawan menjangkakan yang jadual tugasan kawan penuh. Jika berdasarkan kepada jadual dan mesyuarat yang lepas-lepas. Namun selepas menghadirinya, ternyata ianya berubah. Berubah kerana pihak penganjur berjaya menyediakan 10 meja untuk mempercepatkan perjalanan pertandingan. Kawan sebenarnya pergi ke Muar di atas urusan Ping Pong, pada kali ini, Muar menjadi tuan rumah Kejohanan Ping Pong MSSJ 2014.

Pasukan Kulai
Jadi apabila mendapat banyak masa terluang, seperti biasa...bagi warga radio amatur seperti kita ini tentulah akan menggunakan masa tersebut dengan sebaiknya. Mestilah kita akan cuba untuk memancar ke udara untuk mengenalpasti bagaimana prestasi dan keupayaan setup kita di tempat-tempat tertentu dan cuba untuk memahami faktor tempat dan kaitannya dengan pemancaran kita. Namun perkara itu kawan tidak dapat melakukannya kerana seurat dawai pun kawan tidak membawanya bersama-sama dengan kawan.
Muar Soup House
Jadi aktiviti pada malam itu bertukar menjadi aktiviti menjelajah sekitar bandar Muar. Ada hikmahnya juga, sebab selepas bersiar-siar disekitar bandar Muar, rupa-rupanya bandar Muar ini happening pada sebelah malamnya. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh kita kunjungi untuk kita melepaskan penat lelah setelah seharian membanting tulang. Pada malam itu, kawan sempat berkunjung ke Muar Soup House, memang tidak dapat dinafikan bahawa sup disini memang terbaik. Ada pelbagai pilihan sup disini, sup ayam, sup kambing, sup tulang dan sup perut (babat) dan juga pelbagai makanan yang lain. Keadaan menjadi bertambah meriah dan happening sekali dengan ada Pasar Karat yang bertentangan dengan Restoren Muar Soup House itu tadi.
Pasar Karat Muar
Difahamkan oleh pengusaha Restoren Soup itu tadi, pasar karat ini beroperasi pada malam Sabtu dan Malam Ahad. Ini bermakna ianya dibuka pada setiap hujung minggu bagi negeri Johor dan kebanyakkan barangan yang terdapat di pasar  karat ini meliputi pakaian, kasut, permainan kanak-kanak, barangan aksesori kereta dan perlbagai lagi barangan keperluan yang lain. Harga yang ditawarkan pula berpatutan dan munasabah sekali. Tidak rugi jika kita berkunjung ke sini, dalam pemerhatian kawan, pasar karat ini tidak ubah seperti pasar karat JB dimana barang-barang yang dijual disini banyak persamaannya..malah keadaan gerainya juga hampir sama. Ada seketika kita akan berasa seolah-olah kita berada di Johor Bharu.

Selepas selesai menjamu selera dan menjamu mata disekitar pasar karat, kawan berjalan-jalan pula disekitar bandar Muar. Jalan di bandar Muar adalah jalan sehala, jadi kawan cadangkan jika ingin berjalan-jalan sekitar bandar, eloklah berjalan kaki sahaja. Jangan risau, kita tidak akan penat kerana persekitaran bandar yang cantik dan bersih ini boleh menghilangkan segala kepenatan jika kita menghayatinya. Lagipun semua berpusat dan dekat-dekat sahaja. Memang tersusun dan baik sekali perancangan mereka. Tahniah kawan ucapkan kepada Pihak Perancangan Bandar Muar. Terbaik..

Tauhu Lentok Muar
Pada sebelah paginya pulak, kawan sempat pekena Tauhu Lentok. Tauhu Lentok ini adalah menu istimewa di R&H Cafe Jalan Maharani, bertentangan dengan Bus Stand Pagoh. Selain daripada Tauhu Lentok ini, R&H Cafe ini juga terkenal dengan lontong, mee rebus jawa, nasi lemak dan satay. Semua menu tersebut ada dsediakan di R&H Cafe dari pukul 6.30am hingga 12.30pm. Kecuali pada hari Jumaat kerana hari Jumaat mereka tutup. Jika anda minat dengan sate, terdapat pelbagai pilihan sate mengikut selera anda, antaranya ialah satay ayam, satay daging batang pinang, satay paru dan satay perut. Semuanya menjilat pinggan punya. Selain daripada juadah yang menyelerakan, keunikan Cafe ini ialah suasana persekitarannya. Cafe R&H ini menyediakan suasana yang lain sedikit daripada Cafe-cafe yang lain dimana mereka memilih tema taman. Jadi kita bersarapan dalam taman dengan suasana yang damai serta penuh dengan kehijauan. Sudah pastilah selera kita akan selalu terbuka dan nikmat semasa menjamu selera. Bagi yang datang dari jauh-jauh, kawan pasti rasa kepenatan akan hilang apabila berkunjung ke R&H Cafe ini.

R&H Cafe Jalan Maharani
Baiklah...berbalik kita kepada APRS itu tadi. Jadi apabila kawan tiada alat untuk memancar, maka kawan menggunakan pula kesempatan ini untuk menerokai APRS. Pada kali ini, kawan hanya menggunakan server sahaja. Terima kasih kawan ucapkan kepada 9W2RUT kerana berjaya meracun kawan untuk terbabit dalam dunia digital ini. Tak kenal maka tak cinta...akhirnya, jatuh cinta sudah kawan. Pada malam itu, kawan sempat meluangkan masa bertukar-tukar mesej dengan 9W2DYA dengan menggunakan APRS ini. Untuk itu, kawan menggunakan software UIVIEW32 seperti dalam post kawan yang terdahulu. Ternyata ianya berkesan dan dapat jugak mengurangkan stress kawan akibat terlupa membawa radio. Jadi ini, bermakna, walaupun kawan tidak membawa radio, tetapi kawan masih lagi menghubungi rakan-rakan melalui aprs ini.


Kawan mungkin baru lagi dalam dunia ini jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Memang baru, sejujurnya kawan katakan, kawan hanya beberapa bulan sahaja menerokai dunia ini. Jadi segala ilmu dan tunjuk ajar dari rakan-rakan amatlah kawan memerlukannya. Kawan menyanjung tinggi saudara Weerut 9W2RUT kerana  tidak lokek dan tidak jemu melayan kawan dalam 1001 soalan yang kawan selalu PM kepada beliau. Beliau dengan penuh kejujuran melayan segala karenah kawan dalam bertatih-tatih mempelajari ilmu ghaib ini. Rasa kagum dan respek kawan halakan kepadanya kerana sabar mengajar kawan meniti baud-baud dan settingnya. 
        Sekian dahulu dari kawan, jumpa dan jumpa lagi.

SEE YOU ON THE PACKET
de 9m2zak-3

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...