Pada bulan November 2013, iaitu
pada hari Jumaat 22 November 2013. Kawan berkesempatan berkunjung ke negeri
Perlis Indera Kayangan. Kunjungan kawan sebenarnya bukanlah bertujuan untuk
pulang bercuti, tetapi untuk menjalankan tugas sebagai operator CW dalam CQWW
CW 2013 Contest. Dimana contest ini akan berlangsung pada setiap tahun minggu
ketiga dalam bulan November. Sahabat
karib dan juga rakan seperjuangan kawan, encik Hairie 9M2GET telah mengaturkan
rancangan besar untuk contest kali ini. Dimana rancangannya adalah untuk
memecah rekod tahun-tahun sebelumnya. Iaitu rekod dalam kategori Multi One
Multi Operators.
Perjalanan
ke negeri Perlis Indera Kayangan bermula pada petang Jumaat itu. Kawan menaiki
pesawat Air Asia tepat jam 3.15 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
menuju ke Bayan Lepas, Penang. Syukur
alhamdulilah…penerbangan berjalan dengan sempurna tanpa mengalami sebarang
kesulitan.
Tepat jam 4.30 petang, kawan pun sampai di Bayan Lepas. Cuaca yang
baik serta cerah itu seolah-olah merestui perjalanan kawan pada hari itu.
Syukur ke Hadrat Ilahi, semuanya sempurna sekali.
Dalam
suasana hiruk-pikuk dan bersesak-sesak berjalan keluar dari airport, tiba-tiba
kawan ternampak callsign 9M2ZAK dari celah-celah ratusan manusia yang
bertaburan di dewan ketibaan. Rupa-rupanya Hairie dan Oja…tersenyum lebar
kedua-dua mempelai dari Arau itu. Selepas bersalaman dan beramah mesra selama
dua tiga minit bersama mereka, tanpa membuang masa lagi kami terus bergerak menuju
ke Arau.
Difahamkan…perjalanan dari Penang ke
Arau mengambil masa kira-kira dua jam dengan menggunakan lebuhraya
Utara-Selatan. Perjalanan dari Penang ke Arau
sebenarnya turut disertai oleh seluruh ahli keluarga mereka, iaitu Mak Jah,
Adam, Oja dan Hairie serta kawan. Jadi sudah tentulah keadaan menjadi lebih
ceria dengan celoteh Adam yang sentiasa ada sahaja bahan yang endak
diperkatakan. Adam baru sahaja berumur 7 tahun dan akan melangkah ke darjah dua
pada tahun hadapan.
Tepat
jam 10.27 malam. Kami pun selamat sampai ke Arau. Difahamkan pada masa itu, Own
9W2SBL dan Salehan 9W2SBD sedang dalam perjalanan menuju ke Arau bersama-sama
dengan cikgu Aziz 9W2AZE. Manakala Rizal masih lagi di Temerloh baru sahaja
hendak memulakan perjalanan ke Kangar. Dijangkan yang Rizal akan sampai tiba
pada pagi esok juga. Ini bermakna, pada pagi esok, iaitu 23 November 2013,
kawan akan memulakan contest dahulu. Contest akan bermula pada pagi Sabtu 23
Nov pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan dan UTC 00:00z.
Pukul
11.07 malam, suasana perkarangan rumah Hairie menjadi kecoh semula,
rupa-rupanya bang Own, bang Salehan dan Cikgu Aziz telah tiba. Pada masa itu,
kawan berada didalam bilik sedang bersiap-siap untuk mandi serta membersihkan
diri. Rupa-rupanya kawan telah pun bergerak hampir 890 km. 600 km dengan
penerbangan dan 300km lagi dengan kenderaan 4 roda. Syukur alhamdulillah kerana
badan tidaklah letih sangat. Selalunya jika kawan bergerak dari Johor dengan
menggunakan kenderaan 4 roda, ianya akan mengambil masa selama 12 jam dan
kesannya…kawan akan letih sepanjang hari. Hanya tidur dan tidur sahaja. Tetapi
kali ini lain…terima kasih Oja dan Hairie kerana banyak membantu. Memang gila
kita sebenarnya…
Malam
Sabtu itu, kawan masuk tidur awal iaitu sekitar jam 1.00 pagi. Memang kawan
selalu tidur pada waktu itu pun. 6:20 pagi…kawan bangun dan selepas selesai
menunaikan segala kewajipan, kawan dan Hairie terus menuju ke shack untuk
menyiapkan segala kelengkapan dan log untuk beraksi dalam masa kurang sejam
lagi. Antenna dihalakan ke arah Jepun, kuasa pemancaran ditetapkan, SWR
diperiksa berkali-kali. Tepat 8.00 pagi, kawan ke udara dulu. Segala
perancangan berjalan mengikut apa yang dirancangkan. Setiap 6 jam kami akan
bertukar transceiver dan operator. Pada permulaan contest, Icom 756 Pro II akan
digunakan dahulu.
Setelah
meneliti keadaan band, band 20m menjadi pilihan. Ini adalah kerana pada masa
itu keadaannya amat galak sekali. Bermula dari UTC 00:00 hinggalah ke UTC
02:25z kebanyakkan stesen yang masuk adalah dari Jepun. Dalam masa 2 jam 25
minit itu, kawan berjaya mengutip 195 stesen. Selepas itu, kami pun menukar
band memandangkan band 20m semakin bising. Kali ini…band 15m menjadi pilihan.
Pada pukul UTC 02:38z hanya dengan sekali CQ sahaja, keadaan kembali menjadi
pile-up. Seperti biasa…dalam keadaan time-time begini, stesen Jepun menguasai
keadaan. 9M2SM dihujani oleh JA stesen tidak berhenti-henti bermula dari UTC
02:38z hinggalah 07:57z dengan kutipan
sebanyak 356 QSOs tetapi pada kali ini pada penghujung-penghujungnya terdapat
banyak stesen dari Eropah sudah masuk.
Sehubungan
dengan itu, Dalbeam dihalakan ke arah barat manakala band pula di tukar kepada
band 10meter. UTC menunjukkan jam 0806 iaitu kira-kira pukul 4:06 waktu
tempatan. Rupa-rupanya kawan sudah 8 jam CQ dan dalam masa 8 jam pertama
contest tersebut. Kawan berjaya mengutip 551 QSOs. Perjuangan harus diteruskan,
9m8sya pula mengambil tempat. Kali ini beliau ditugaskan untuk menjaga band
10m. Pada ketika itu, band 10m amat cantik, cantik kerana tiada QRM, cantik
kerana noise level kurang, iaitu sekitar S0-S1 sahaja. Oleh kerana kutipan JA
stesen sudah melampaui batas, maka Dalbeam dihalakan ke arah Barat. Seperti
yang dijangkakan…9M8SYA Pak Syed menerima hujanan callsign sebaik sahaja beliau
CQ di 10m. Pada band 10m tersebut beliau berjaya mengutip 248 QSO.
Pukul
7.30 malam…kelihatan Rizal 9M2RDX sudah segar bugar selepas mendapat rehat yang
cukup. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, Rizal baharu sahaja sampai pada
pagi Sabtu tersebut. Jadi pengurus 9M2SM mengambil keputusan untuk merehatkan
dulu Rizal dari segala aktiviti contest. UTC 11:36z 9M2SM op 9M2RDX pula
mengambil tempat. Kali ini band 20m menjadi taruhan beliau. Hanya dengan sekali
CQ sahaja…Rizal terus mendapat pile-up dari Eropah. Wah…kaya beliau kerana
Eropah akan memberikan 3 mata untuk beliau. Beliau berjaya mengutip 199 QSOs
pada band 20m dan akhirnya beliau berhenti CQ pada jam 3 pagi setelah badan
rasa penat.
Pukul
3 pagi, 9M2RDX diarahkan supaya berhenti rehat kerana beliau kelihatan amat
letih sekali. Kali ini Syed 9M8SYA dan kawan mengambil alih tugasan. Pada sesi
kali ini, kami akan CQ berdua untuk mengelakkan mengantuk dan disamping itu
juga bolehlah menemani antara satu sama lain. Pada ketika itu, high band sudah
nampak macam hendak kecundang. Maka keputusan diambil, kami beralih ke band
40m.
Sebelum
bersedia mencari parking, kami meneliti dahulu keadaan band 40m. Nampak gayanya
band 40m cantik awal pagi ini., kedengaran banyak stesen Eropah di frequency.
Masing0masing datang dengan kuat sekali. Kelihatan mata Syed bersinar kembali
setelah mendengar keadaan band.
Begitu juga dengan kawan… kawan beralih
kebelakang….bang Salehan, Own, Rizal dan Hairie sudah hanyut dibuai mimpi.
Nampak gayanya hanya kami berdua sahaja tinggal pada malam itu. Jadi kami
berdua perlu kuat semangat dan gigih supaya tidak kecundang juga. Panggilan CQ
pun dimulakan, seperti yang dijangkakan. Sebaik sahaja Syed CQ, beliau terus
pile-up. Kawan pula bingkas bangun menuju ke dapur menyediakan kopi untuknya.
Kelihatan beliau amat sibuk sekali melayan pile-up dari Eropah. Kemudian kami
bertukar pula…dimana Syed melayan nescafe panas dan kawan melayan pile-up.
Apabila kepala sudah rasa berat, Syed pula akan ambil alih melayan pile-up dan
kawan pula melayan nescafe panas. Begitulah keadaan kami berdua selama 4 jam
itu. Semangat setiakawan dan saling bantu-membantu itu lahir secara semulajadi
demi negara Malaysia
tercinta. Kemudian terdengar azan subuh dan kedengaran juga Hairie dan yang
lain-lain sudah bangun. Masing-masing sibuk menyiapkan diri. Pada masa itu,
kawan dan Syed sudah tidak bermaya lagi…kami gagahkan juga menerima panggilan
dari eropah. Sebelum shack ini bertukar tangan kepada Hairie dan Rizal.
Kemudian Hairie pula mengambil alih, beliau CQ pada band 20m pula. Setelah
selesai segala kewajipan, kawan pun masuk tidur pada pukul 6:55 pagi.
Pukul
12:26 kawan terjaga dari tidur. Setelah selesai menguruskan diri. Kawan menuju
ke shack. Kelihatan Hairie sedang sibuk melayan pile-up dan beliau masih berada
di 20m. Kemudian beliau memandang ke arah kawan…memandangkan petang ini hang
dah nak balik, maka…nah…ambik shack ini pula. Hang pula sambung sampai pukul 6
petang. Maka kawan terus duduk dan menyambung pile-up tadi. Memang dahsyat
keadaan band pada hari Ahad itu.
Kawan mendapat big pile-up dari Jepun. Petang
itu, kawan berjaya mencapai point 1 juta. Pada mulanya kawan ingin habiskan
sehingga jam 6 petang. Tetapi memandangkan kepala sudah menjadi tepu dan
berdengung dengan CW, maka kawan pun buka headphone dari kepala.
Pukul
6 petang, bang Salehan memanggil semua crew supaya berkumpul dihadapan rumah
untuk sesi fotografi dan sesi makan bersama. Terima kasih diucapkan kepada Oja
dan bang Salehan kerana bertungkus-lumus menyiapkan juadah, memang special
sekali. Inilah kali pertama kawan rasa popia berintikan kambing, memang enak
sekali…sehingga menjilat PTT. Sesi fotografi dan makan-makan tidak berlangsung
dengan begitu lama kerana masing-masing fokus dengan objektif contest. Tepat
jam 6.46 petang, Syed terus menyambungkan CQ. Ini bermakna 9M2SM tidak ke udara
hanya dalam masa 41 minit. Hmm…agak rugi jugak, jika dikira balik…dalam masa 41
minit itu boleh dapat lebih kurang 90 QSO. Tetapi semua itu diketepikan.
Sesi
fotografi dan makan bersama itu sebenarnya lebih berharga dari 90 QSO yang
ditinggalkan itu. Kemesraan yang terjalin serta kegembiraan makan bersama itu
tidak ternilai sebenarnya. Itu sebenarnya pencapaian kami. Bersatu hati dan
beramah mesra antara satu sama lain adalah kemuncaknya.
Sebenarnya
petang Ahad itu adalah petang terakhir kawan bersama dengan 9M2SM. Kawan
terpaksa pulang ke Selatan kerana ada tugasan pada hari Isninnya. Kawan akan
berlepas dari Kangar pada jam 7.20 malam. Ini bermakna, pada petang itu, adalah
petang terakhir kawan bersama dengan crew 9M2SM. Disaat kawan meninggalkan
Arau, Syed sedang bergelut di frequency meneruskan baki perjuangan. Kata-kata
semangat untuk Syed kawan lontarkan kepadanya untuk beliau mengharungi
pile-up. Manakala GET dan Oja sudah bersedia dalam Triton untuk menghantar
kawan ke stesen bus. Sebelum melangkah masuk ke dalam Triton, kawan bersalaman
dan berpelukan antara band Salehan, Own, Rizal, Adam dan Mak Jah. Memang terasa
benar kali ini, team spirit yang terbina selama 2 hari ini amat terkesan
sekali. Perhubungan umpama adik-beradik, kesefahaman yang terjalin itu umpama
gabungan 6 jiwa dengan 1 hati. 6 jiwa dari pelbagai negari…satu hati dalam hobi
ini.
Kawan
meninggalkan Kangar tepat jam 7.30 malam. Ini bermakna rakan sepasukan yang
lain mempunyai baki lebih kurang 12 jam lagi untuk menamatkan cabaran. Disaat
kawan meninggalkan mereka, diskrin komputer tercatat point 1 084 274 mata. Pada
masa itu 9M2SYA sedang sibuk bergelut dengan pile-up. Dalam hati kawan…semoga
9M2SM berjaya mengejar target 2 juta. Selepas beberapa minit, bas pun bergerak
ke selatan… kawan rupa-rupanya terlelap dalam bas dan apabila sedar, kawan
terus whatsapp Arau, bang Own memberi respon, jam pada ketika menunjukkan pukul
3.30 pagi. Beliau menyatakan yang sekaran sudah mencapai 1.4 juta. Syukur
alhamdulilah. Dari maklumat bang Own, pada malam itu, bang Hairie dan Rizal
saling bertungkus lumus mengendalikan pile-up. Kemudian mereka beralih pula
kepada band 40m. Kawan pula sambung tidur.
Pukul
7.00 pagi, bas Sri Maju sudah sampai ke Skudai. Selepas itu kawan Whatsapp
sekali lagi untuk mengetahui keadaan terkini 9M2SM. Laporan terkini dari bang
Hairie menyatakan yang 9M2SM berjaya mengutip 1.6 million point. Dan band yang
terakhir mereka CQ adalah band 20m. Menurut Hairie, semasa di band 20m, banyak
stesen NA masuk dan 90% QSO pada pagi terakhir itu datangnya dari NA. Jadi ini
bermakna kutipan 3 mata banyak diperoleh dari NA dan seterusnya memacu lagi
kutipan mata. Akhirnya stesen terakhir, VE3RG berjaya dilogkan oleh mereka pada
UTC 2359z seterusnya menamatkan cabaran 48 jam CQWW CW 2013.
9M2SM
kategori Multi One High Power berjaya menamatkan cabaran CQWW CW 2013 dengan
kutipan 1631924 mata. Dalam contest ini, 9M2SM berjaya mengutip 2109 QSOs dari
seluruh dunia dan mengumpul sebanyak 242 DXCC iaitu 40m = 51 DXCC, 20m=71 DXCC,
15m=71 DXCC, 10m=49DXCC. Manakala jumlah zone yang berjaya dihubungi ialah 34
zone. Ini bermakna 9M2SM hanya tinggal 5 zone sahaja lagi untuk melengkapkan
kutipan zone. Zone yang tidak berjaya dihubungi adalah zone 6, zone 7, zone 12,
zone 38 dan zone 37. Manakala jumlah WPX pula adalah 723 WPX.
Jika
dipecahkan mengikut band pula, 9M2SM berjaya mengutip 271 QSO pada band 40m,
602 pada band 20m, 767 pada 15m dan 469 pada band 10m. Tahniah diucapkan kepada
Hairie 9M2GET, Oja 9M2OUT, Syed 9M8SYA, Rizal 9M2RDX, Zaki 9M2ZAK, Salehan
9W2SBD dan Own 9W2SBL kerana Berjaya mencipta sejarah. Dengan kutipan ini,
kawan percaya callsign 9M2SM akan direkodkan dalam kategori Multi One dan
secara tidak rasminya Berjaya memecah rekod yang telah dipegang oleh 9M2JB (2003)
selama 10 tahun.
Kesimpulannya disini adalah, jika kita bertekad dan bersatu
hati untuk mencapai sesuatu. Nescaya setiap impian yang kita impikan itu pasti
akan menjadi kenyataan. Usaha yang berterusan serta semangat setiakawan dalam
pasukan pasti akan membuahkan hasil. Tidak lupa juga doa yang berterusan kepada
ALLAH SWT juga penting bagi memberkati apa yang kita usahakan. Dalam kesibukan
contest, kewajipan kita kepadaNYA jangan dilupakan. Nescaya keberkatan itu akan
dating jika kita boleh mengimbanginya.
Pengalaman
tidak ternilai ini kawan zahirkan dalam blog ini untuk tatapan dan pedoman
anak-anak cucu kita nanti. Dimana pada suatu hari nanti, pasti ada yang akan
sedar bahawa atuk-atuk mereka ini pernah berjuang habis-habisan menyahut
cabaran contest 48 jam dan bersatu hati dan tenaga demi menjaga maruah Negara Malaysia.
Salam 73 dari kami crew 9m2sm.
Terima
kasih daun keladi kawan zahirkan kepada 9W2SBD dan 9W2SBL, bang own dan bang
Salehan kerana tidak putus-putus dan tidak jemu menyuntik semangat dan
kata-kata sakti kepada kami untuk terus beraksi berjuang semasa contest.
Terima
kasih daun keladi kawan zahirkan kepada 9M2OUT Oja, kerana menjaga makan minum
kami selama 2 hari ini. Air tangan OJA sememangnya banyak memberi inspirasi dan
menaikkan semangat kami untuk terus focus kepada aktiviti contest.
Terima
kasih daun keladi kawan zahirkan kepada Rizal dan Syed kerana begitu amanah
menjalankan tugas yang diberi. High Skill dan High Speed Operator seperti
kalian semua sukar dicari ganti. Semoga prestasi kalian terus memuncak hingga
ke tahap maksimun.
Terima kasih daun keladi kawan
zahirkan kepada Hairie kerana Berjaya menguruskan contest ini dengan jayanya.
Kemahiran pengurusan masa, tenaga dan peralatan contest begitu efisien sekali
sehinggakan tiada masalah langsung sepanjang 48 jam. Anda sebenarnya sudah
mencapai tahap World Class, World Class Contest Manager. Berjaya menguruskan
world class contest dari sebuah rumah kampong di Arau. Semoga kecemerlangan ini
dapat diteruskan sampai bila-bila demi kemajuan Radio Amatur Malaysia.
Terima kasih daun keladi juga
diucapkan kepada Mak Jah. Ibunda kepada Hairie kerana tidak jemu dan tidak
putus-putus berdoa ke hadrat ilahi supaya perjalanan contest ini berjalan
dengan lancer tanpa sebarang masalah. Syukur alhamdulilah…berkat doa Mak Jah…cuaca
sepanjang 2 hari ini amat baik sekali. Walaupun sebelum ini agak teruk.
Keberkatan doa seorang ibu begitu terasa sekali. Segala yang dirancang berjalan
dengan baik. Inilah akibatnya jika kita berniat baik, maka yang baiklah yang
akan dating kepada kita. Akhir sekali, syukur kepada ALLAH
SWT kerana dengan limpah kurniaNYA mengizinkan kami untuk beraksi dalam contest
ini. Kami tetap berpegang kepada janji kami…walaupun sibuk sebanyak mana pun,
tanggungjawab kami terhadap MU tetap akan dilaksanakan. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan
yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. 73. Zaki 9M2ZAK.