His Majesty King Hussein I of Jordan, JY1 |
bersama 4Z4DX, DOV GAVISH semasa Israel-Jordan Field Day 1995 |
JY74X's team |
Almarhum Raja Hussein 1 sebagai operator JY74X, 1995 |
- Almarhum Raja Hussein 1 adalah ahli seumur hidup dalam ARRL (American Radio Relay League)
- Terlibat secara langsung dan menyokong penuh pembentukkan WARC - 79, dimana band 30m, 17m dan 12m dibuka untuk warga Radio Amatur beroperasi.
- Almarhum Raja Hussein 1 juga menyertai dan terlibat dalam Jordan - Israel Field Day 1995, di Gunung Nebo. Dimana warga radio amateur dari kedua-dua negara bergabung dan menjalankan aktivti Dxing dengan callsign JY74X. Pada hari tersebut, Almarhum Raja Hussein 1 sendiri yang menjadi operator dan mendapat Pile-up yang amat hebat sekali.
- Almarhum Raja Hussein 1 juga memulakan Radio Amateur ini sebagai salah satu aktiviti di sekolah rendah di Jordan.
- Almarhum Raja Hussein 1 juga meminati dan terlibat dalam komunikasi satelit. Baginda memantau penuh program SAREX (Space Amateur Radio EXperiment) dan pernah QSO dengan Owen Garriott, W5LFL, di STS-9 pada tahun 1983.
King Hussein 1, JY1 tenang mengendalikan pile-up semasa aktiviti dxing
Almarhum Raja Hussein 1, JY1 juga terlibat pengambaran video mengenai Radio Amatur yang dikendalikan oleh ARRL, dibawah ini adalah video tersebut:
King Hussein 1, JY1 berada pada minit 14:24
Apa yang menariknya, semasa Almarhum Raja Hussien 1, JY1 sedang DXing, Almarhum baginda langsung tidak mendedahkan identiti sebenarnya malah memperkenalkan dirinya sebagai Hussein sahaja dan stesen yang check in sebenarnya langsung tidak kenal dengan siapa sebenarnya mereka QSO. Almarhum Baginda berpegang teguh kepada Kod Etika Radio Amatur dan kita patut mencontohi semangat Radio Amateur yang telah Almarhum Baginda tonjolkan itu.
Setelah menerima QSL kad daripada Almarhum Baginda, barulah mereka sedar dengan siapa mereka QSO dan ini telah menjadikan Almarhum Baginda sebagai Operator Radio Amateur yang paling popular serta disegani dan dihormati pada ketika itu. Ini adalah contoh QSL kad Almarhum Raja Hussein 1, JY1.
Cover depan |
sebelah kiri kad |
sebelah kanan kad |
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada Almarhum Baginda dan berdoa agar Almarhum Baginda ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh disisi ALLAH SWT. Amin.
73 de 9m2zak