Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa ScoutsJB dan Welcoming New Hams for ScoutsJB.




Malam tadi berlangsungnya satu Majlis Berbuka Puasa dan Tandatangan 9M2 bagi calon RAE yang telah lulus peperiksaan Radio Amatur baru-baru ini. Majlis ini bermula pada jam 6.30 petang hingga jam 10.00 malam. Bertempat di Restaurant 7 Spices yang terletak berdekatan dengan Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bharu. Restaurant ini menyediakan makanan India atau Indian Food, bagi yang gemar akan Indian food, bolehlah berkunjung ke sini....kerana rasanya amat sedap sekali, terutama kari kepala ikan, roti naan, kopi masala, dan pelbagai jenis masakan lagi. Ternyata ianya tidak mengecewakan.




Calon-calon RAE yang lulus itu adalah terdiri daripada Zahir, Pika dan Izzati. Mereka ini adalah ahli pengakap Daerah Johor Bharu. Setelah sekian lama melihat, menyertai dan merasai nikmat aktiviti radio amatur ini, maka pintu hati mereka pun terbuka untuk memiliki callsign sendiri. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, 9w2bug terus menjalankan peranannya. Memang menjadi objektif kami, iaitu meramaikan warga ham di johor ini dan hasil tunjuk ajar 9w2bug, Jaya selama berbulan-bulan lamanya, mereka lulus dengan jayanya. Tahniah kepada mereka.
Pepatah melayu ada berkata, Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...kalau tidak berusaha dengan bersungguh manakan datang itu callsignnya...hehe



Y.B.M. Tunku 'Abdu'l Jalil ibni Tunku Osman (9M2TJO) dan aku, 9m2zak antara 9m2 yang hadir dan menurunkan tandatangan kepada mereka. Terima kasih kepada Tunku Jalil kerana sudi datang dan memeriahkan lagi majlis ini.
9M2TJO, Tunku Jalil adalah warga ham yang begitu aktif dan komited sekali dalam hal-hal yang berkaitan dengan radio amateur ini. Tunku akan memberikan sokongan penuh kepada semua aktiviti yang dianjurkan oleh kami ataupun aktiviti yang disertai oleh kami. Sokongan daripada pelbagai aspek ini begitu kami hargai dan akan kami jalankan dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan Radio Amateur Negeri Johor ini.



Turut sama hadir ialah Y.M. Tunku 'Abdu'l Samad ibni Tunku Muhammad Archibald,
difahamkan bahawa beliau juga meminati radio amatur ini. Diharapkan agar selepas
ini beliau dapat memiliki callsign dan boleh ke udara bersama rakan-rakan sekalian. Sebenarnya Y.M Tunku berasal dari keluarga Radio Amateur juga dan darah radio amateur masih lagi mengalir dalam tubuhnya. Semoga satu hari nanti kita boleh bertemu pula di udara bersama Y.M Tunku Abdul Samad....



Dalam majlis tersebut, 9w2dal memberi sedikit panduan dan ucapan kepada semua tetamu yang hadir, seperti biasa...ianya berkisar tentang antenna. Tahniah Danial, kerana mendapat tempahan dari Tunku. Sebelum berangkat ke VEland tu, jangan lupa antenna tu...hulur sikit kepada rakan-rakan, OB11 mana boleh masuk beg, tapi boleh naik atas bumbung aku...hehe





Terima kasih Jaya, 9w2bug kerana mengadakan majlis ini, dan tahniah diucapkan
kerana majlis ini berjalan dengan lancar sekali. Makanan pula begitu enak sekali...
Tidak lupa juga kepada semua rakan ScoutsJB yang hadir dan memberi komitmen bagi menjayakan majlis ini.
73, 9m2zak

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...