Kesalahan yang pertama:
Jangan cuba untuk menghafal, tengok, jeling ataupun simpan carta morse code, seperti .- , -... , -.-. sebelum mula belajar cw dan jangan cuba untuk mengingati .- ini sebagai A kerana ia akan melambatkan kita semasa sesi menerima. Memori secara visual atau menggambarkan A itu sebagai .- adalah berbeza sama sekali dengan mendengar didah sebagai A kerana fungsi visual dan bunyi dalam otak kita adalah berasingan dan berbeza sekali sebab itu orang buta masih lagi boleh berdikari kerana walaupun sistem penglihatan mereka sudah tiada tapi sistem pendengaran mereka masih ok. Maha suci tuhan....
Kesalahan yang kedua:
Cuba dengar cw pada kelajuan 15wpm ke atas. Ingat! tujuan pertama untuk belajar cw adalah untuk lulus dan MCMC hanya test pada kelajuan 13 wpm, jadi untuk itu kita perlu menguasai 13 wpm dan untuk menguasai 13 wpm kita perlu menguasai 15 - 20 wpm. Ini adalah kerana apabila sudah menguasai 15 wpm dan apabila mendengar 13wpm. kita akan rasa amat selesa sekali dan rasa 13 wpm tu selesa sangat...
Kesalahan yang ketiga:
Jangan cuba untuk mengingat secara terbalik, contohnya bagi nombor. Jangan cuba - cuba mengingat 1 sebagai satu Dit dan 4 Dah sahaja manakala 9 itu pulak ada 4 Dah dan satu Dit.
teknik ini sebenarnya akan melambatkan anda semasa sesi menerima. Bagi kesan jangka panjang pulak, kita akan tersangkut pada kelajuan 14 - 16 wpm dan akan mengalami kesukaran untuk mencapai wpm yang lebih tinggi nanti.
Kesalahan yang keempat
Jangan membuang masa dengan berlatih random code. Menerima perkataan sebenar adalah berbeza sekali dengan random code dan perlu ingat, tujuan kita belajar cw adalah untuk lulus dan dapat lesen. MCMC akan menguji kita dengan ayat dan perkataan - perkataan dan bukannya dengan random code.
Cara yang mudah ialah copy mana-mana teks dalam bahasa melayu dan paste kat mana-mana program cw dan cuba copy. mujarab.
Random code sesuai berlatih apabila kita hendak dxing di cw kerana ia adalah gabungan huruf dan angka. Sama seperti callsign, ia juga gabungan huruf dan angka.
Jadi apabila sudah ada tiket nanti, barulah boleh praktis random code kerana yang menanti kita di luar sana amatlah RANDOM sekali.
Kesalahan yang kelima
Jangan berlatih terlalu lama. cukup hanya dengan 10 minit menerima kemudian rehat 5 minit, lepas sambung balik selama 10 minit dan habis. stop. sambung esok pulak.
Kenapa? berlatih menerima cw bukannya berlatih macam main bola. Cw banyak bermain dengan minda separa sedar dimana otak kita perlukan masa untuk menerima benda baru ini untuk diadaptasi kedalam otak kita.
Berlatih main bola pulak adalah banyak bermain dengan minda sedar kita dimana kemahiran yang dipelajari itu akan bertambah baik kerana iainya melibatkan pergerakkan motor otot kaki kita.
Sebab itu MCMC hanya buat test dalam masa 7 - 8 minit sahaja.
Tips : semasa memandu pergi dan balik kerja, cuba dengarkan dalam hati setiap papan tanda jalan, nombor plate kereta, iklan-iklan di billboard. tapi jangan sebut plak, nanti kereta sebelah ingat kita gila plak. Tapi memang kita gila pun, gila main radio...hehe..
de 9m2zak