Tuesday, March 27, 2018

Raspberry Pi Resolution Changes

Apabila kita sambungkan Pi ke monitor komputer, saya pasti, kita akan mengalami masalah resolution, iaitu imej menjadi pecah dan tidak sharp. Jika perkara ini berlaku maka sesuatu perlu dilakukan untuk mendapatkan imej yang cantik serta tidak pecah. Jadi marilah kita selesaikan masalah kita tersebut.

Pertama sekali kita lihat apakah set resolution yang ada dalam Pi kita, untuk itu... pada terminal, sila taip :

$ tvservice -m DMT












paparan berikut akan keluar, cuba perhatikan dengan teliti, terdapat 6 modes ( 6 mode ini bagi Pi3 sayalah, jika anda punya, manalah saya tahu berapa)

kemudian jika ada perasan, ada perkataan (prefer) pada mode 35, iaitu pada resolusi 1280x1024 @ 60Hz 5:4, clock :108MHz progressive

Jadi apa yang perlu dilakukan ialah ingat pada mode berapakah yang dicadangkan oleh system. Dalam kes saya, mode 35.

Kemudian, untuk tukar setting resolution ke mode yang dicadangkan itu. Sila taip :

$ sudo nano /boot/config.txt











kemudian pada paparan nano, sila edit atau tambah pada bahagian # DMT (computer monitor) modes. Dalam kes saya, saya tambah perkataan hdmi_mode=35. 

















Saya sengaja tidak padam atau gantikan hdmi_mode=1 tetapi tambah hdmi_mode=3 dengan bertujuan untuk melihat apa yang akan terjadi. Kemudian save perubahan yang kita buat pada nano dan reboot untuk melihat hasilnya.


















selepas reboot, paparan pada monitor saya menjadi lebih cantik dan tiada lagi masalah imej pecah dan tidak jelas. Perkataan pada skrin dapat dibaca dengan jelas dan terang sekali. Jadi ini bermakna monitor komputer saya memerlukan setup pada mode 3 iaitu pada resolusi 1280x1024. Jadi fahamlah saya kini. Bagi yang ingin mencuba untuk siasat apakah resolusi yang sesuai untuk monitor dan Pi3 anda, bolehlah mencubanya nanti. Lupa nak beritahu, saya guna monitor jenis LCD dan guna VGA to HDMI converter. 73 Zaki.

Sumber rujukan :

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d