Monday, June 20, 2016

9M2M Crew, All Asia Dx 2016 Contest : CW


Semalam, berakhir satu cabaran contest dalam arena Radio Sport iaitu All Asia Dx CW. Dimana dalam contest ini, exchange-nya adalah berbeza sedikit dengan contest-contest yang lain. Dalam contest ini, kita akan bertukar-tukar maklumat umur sesama station yang kita dapat hubungi. Seperti biasa, krew 9M2M akan menyertai contest ini demi kelangsungan aktiviti Radio Sport tanahair. Kali ini, kami akan sertainya dengan kategori yang berbeza dari sebelumnya.... iaitu Single Operator. 

Setelah beberapa sesi mesyuarat di group Whatsapp, maka keputusan nekad dan besar ini kami ambil. Sebenarnya... dengan menyertai contest sebagai single operator ini, cabarannya adalah amat getir sekali. Ini adalah kerana setiap station perlu 100% fokus dan memberi komitmen yang tidak berbelahbagi. Single Operator sebenarnya  memerlukan daya tahan dan stamina yang tinggi untuk mengharungi 36 jam tanpa henti dan bulan ramadhan pula bukannya alasan bagi kami untuk mengalah dan tunduk kepada tekanan. Kami jadikan puasa itu sebagai kekuatan kepada kami untuk mengharunginya. Berbeza dengan station-station lain dari seluruh dunia, mereka boleh makan dan minum seadanya, tetapi kami pulak sebaliknya. Inilah cabaran yang kami sahut demi negara Malaysia yang tercinta.

Cabaran ini disahut oleh Syaiful 9M2PUL, Hairie 9M2GET, Nazmi 9M2MDX dan Zaki 9M2ZAK. Kami berempat adalah crew 9M2M dan kami pula CQ dari tempat yang berlainan iaitu:
  1. 9M2GET ( Arau, Perlis)
  2. 9M2PUL ( Utan Aji, Perlis)
  3. 9M2MDX ( Alor Gajah, Melaka)
  4. 9M2ZAK ( Kulai, Johor )
Dengan izin-NYA, kami berempat berjaya menamatkan cabaran contest tanpa mengalami sebarang masalah dan kecederaan. Cuaca pula baik sepanjang contest. Band pula menunjukkan satu keluarbiasaan. Luarbiasanya adalah... banyak station yang muncul diluar jadual dan putaran band. Contohnya, kami menerima station dari eropah pada waktu tengahari dan juga station dari Amerika Utara pada waktu awal petang. Ini sungguh luarbiasa. Manakala band 20m pula membuka sepanjang hari. Mungkin ini rahmat dari Tuhan yang Maha Esa sepanjang Ramadhan ini. Syukur alhamdulilah kami panjatkan doa kepadaNYA. Hasilnya adalah seperti berikut:
  1. 9M2GET ( 794 QSOs ) *All band
  2. 9M2PUL ( 567 QSOs ) * All band
  3. 9M2MDX ( 281 QSOs ) * 20m band
  4. 9M2ZAK ( 944 QSOs ) * All band
Secara keseluruhannya, kami berjaya mengutip sebanyak 2586 QSOs. Tahniah diucapkan kepada crew 9M2M kerana berjaya menghabiskan cabaran ini dengan jayanya. Difahamkan juga, ada beberapa station lagi yang turut serta dalam contest ini iaitu 9M2ODX dan 9M2NAL. Syabas dan sekalung tahniah kawan ucapkan kepada Dikmad dan abang Zainal kerana turut serta menjayakan contest yang dianjurkan oleh negara Jepun ini. Kawan tumpang berbangga dengan semangat juang yang 9m2odx dan 9m2nal tunjukkan. Contest ini sebenarnya bukannya berkaitan dengan kutipan QSO atau sebagainya. Ianya adalah satu simbolik yang ingin diterjemahkan...iaitu bersatu dan semangat setiakawan. Salah satu kimia yang ada dalam aktiviti ini. Jika tidak kita....siapa lagi. Seratus peratus anak watan pemakan budu dan belacan.

Makan roti di Filipina
Makan ketupat di Malaysia
Tidak pernah hati ini merana
Kerana sahabat selalu setia




No comments:

All Asian Dx 2017 CW : Report

Main Callsign              : 9M2ZAK Country              : West Malaysia Locator              : OJ11TP Sunrise               : UTC 23:...