Saturday, December 1, 2012

National Field Day 2012, 1-2 Disember 2012

Mendapat sokongan padu dari rakan - rakan Radio sekitar...
Jika mengikut perancangan asal, kawan sebenarnya ingin balik kampung dan membebaskan diri dari sebarang gelombang elektromagnet. Itu adalah objektif asal kawan sempena balik kampung ini. Sehubungan dengan itu, segala kelengkapan, segala perkara yang berkaitan dengan RF ini sengaja kawan tinggalkan...tinggalkan di Kulaijaya, biarkan mereka berehat seketika kerana setahu dan seingat kawan, mereka tidak pernah berehat....hampir setiap malam tidak jemu - jemu CQ di udara, mencari DX station dari seluruh dunia.

Semalam selepas memandu hampir 10 jam dari Selatan ( Kulaijaya) hingga ke Sungai Petani (Utara), kawan selamat sampai ke rumah kakak ipar tepat pukul 2 pagi. Syukur alhamdulilah...semuanya selamat. Allah SWT telah merestui perjalanan kami dengan memberikan segala kemudahan, baik dari segi kesihatan mahupun kelancaran lalu lintas, semuanya berjalan dengan sempurna. Terima kasih ALLAH, aku amat bersyukur kepadaMU YA ALLAH...

Pagi tadi semasa sedang asyik melayan nasi lemak ikan bilis 50 sen buatan Padang Serai, kawan menerima text mesej dari Hairie, 9M2GET... secara tiba-tiba paras adrenalin dalam badan ini terus meningkat, peluh meleleh-leleh keluar melalui rongga - rongga badan, suhu badan terus naik dan selera makan terus terbantut...Mereka sedang menjalankan aktiviti National Field Day 2012 di Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan....huhu...tidak senang duduk jadinya, keadaan seolah-olah seperti kucing nak beranak, lantas kunci Iswara Hitam dicapai dan pedal minyak ditekan menuju ke Pantai Kurung Tengar...menyertai rakan-rakan disana...

sampai sahaja disana, kawan disambut dengan penuh kemesraan oleh rakan-rakan disana. Terima kasih diucapkan atas layanan hebat yang diberikan...walaupun tidak pernah bersua, tetapi kemesraan ditonjolkan itu seolah-olah kita ini rakan karib. Inilah dia kehebatan radio amatur ini, menyatukan tidak kira sesiapa sahaja..semuanya sama dibawah hobi yang hebat ini...Tahniah diucapkan...


Kebetulan semasa kawan sampai, mereka sedang enak menjamu selera..memang langkah kanan betul...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... Nasi Tomato, Daging rebus dan air asam... selera kawan yang terbantut tadi kembali ke paras singa..umpama singa lapar dihidangkan antelop...memang terangkat habis..ditambah pula dengan angin sepoi sepoi bahasa dari laut dan menghadap pemandangan Pulau Langkawi...nothing word cant say.... terima kasih sekali lagi rakan - rakan...


Antara station - station yang ada di tempat kejadian ialah :

  1. 9m2get
  2. 9m2out
  3. 9w2zhl
  4. 9w2zrz
  5. 9w2elw
  6. 9w2hnd
  7. 9w2cdn
selepas itu, aktiviti DX dijalankan, kawan ditugaskan untuk DX di mode CW dan saudara Yus di band 10m. Pada ketika itu, band 10m membuka dengan amat cantik sekali, begitu jugak dengan band 40m. Pada ketika itu juga, 40m Net sedang dijalankan. Kesempatan ini digunakan dengan sepenuhnya. 9M2SM berjaya check in dalam Net tersebut dengan RST 58/59. Ok la tu...bagi 50 watt dengan G5RV.

 Manakala Yus pulak sedang asyik melayan pile up di 10 meter, pile up pulak dia...dengan menggunakan antenna delta loop, saudara Yus dari Simpang Empat telah berjaya menyeberangi lautan China Selatan menuju ke Tanah Besar Negara China...beliau pile up dengan station dari China...tahniah diucapkan...kemeriahan beliau melayan serangan bertubi-tubi dari China itu memecah kesunyian sore di pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, Tanah tumpah kelahiran kawan...hehe...

Kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan...secara tiba-tiba keadaan cuaca bertukar...bertukar dari panas terik menjadi gelap gulita. Angin yang sepoi-sepoi bahasa tadi beralih menjadi kencang...umpama memberi signal kepada kami bahawa AKUlah yang paling berkuasa...maka dengan sepantas kilat, kami berkerjasama mengemas barang-barang dan menyelamatkan pelbagai barangan daripada basah kuyup. Syukur...semuanya berjaya diselamatkan..tidak ada satu pun yang tertinggal...kawan kagum dengan semangat kerjasama yang diberikan. semuanya tahu hendak buat apa..tidak perlu disuruh...tidak perlu dipahat...Anda semuanya hebat-hebat belaka...

Menjelang pukul 5.00 petang, kawan terpaksa angkat kaki. kawan terpaksa pulang segera ke Sungai Petani. Sebenarnya hati ini amat berat untuk meninggalkan rakan-rakan disini. Jiwa kawan masih disini, tetapi apa kan daya...tugasan yang lebih penting menanti kawan disana...apa pun kawan  ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada team dari negeri Perlis ini. Kalian semua sememangnya hebat..kalian semua best...teruskan perjuangan rakan-rakan..teruskan usaha murni kalian itu...masih berbaki satu hari lagi...dunia sedang menanti anda....

begitu juga dengan station-station yang lain...dunia sedang menanti anda...antara station yang mengambil bahagian :
  1. 9M2SM Portable Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, Perlis
  2. 9m2agc Kuala Kangsar, Perak
  3. 9m2slj Pak Lop,  Perak
  4. 9m4cme Petaling Jaya, Taman Tasek
  5. 9m4che Kuala Kubu Bharu
  6. 9m2ais Gunung Nuang
  7. 9m4chf Kuala Kedah, Kedah
  8. 9m2esm Pulau Besar, Melaka
  9. 9m2sj Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang
  10. 9m2nm Pak Nordin, Tanjung Sepat, Kuantan
  11. 9m2rdx, Temerloh, Pahang
  12. 9m2avb Pulau Duyung, Kuala Terenganu
  13. 9m2zip Pantai Sri Tujuh, Kelantan
  14. 9m2mso, Pulau Pinang
Semoga berjaya kawan ucapkan disini, teruskan usaha anda..teruskan dx anda, kibarkan jalur gemilang, kembangkan sayap kita, buktikan kepada dunia...kita rakyat Malaysia, rakyat yang bersatu, rakyat yang dihormati..kesopanan dan kesusilaan tetap dijaga tidak kira dalam apa jua mode sekalipun...tak kan melayu hilang di dunia... Dunia sedang menanti anda.... 73 de 9m2zak

2 comments:

Anonymous said...

salam Zak, tahniah...sempat anda ke Perlis,hehe. Pada hari yang sama saya berada di NFD di persisiran sayong kuala kangsar. Tak sempat Qso bersama anda. hanya sempat dx dengan 9m2rdx di 40m. insyallah ada rezeki kita ke temu nanti. de 9w2ohm. 73

Zaki Bin Din said...

Terima kasih...Insyaallah..jika ada rezeki..ada ler peluang kita QSO dan jumpa di daratan..73 Zaki

YB0X-1 APRS Packet : 24 July 2017

Hari aku hanya dapat satu packet sahaja daripada satellite lapan-A3 (IO-86) satellite. Ada sedikit peningkatan dan kekerapan, tidak meng...