Friday, December 7, 2012

2012 CQ WW Contest : Raw Scores

Syukur alhamdullilah, hanya perkataan itu sahaja yang keluar daripada mulut selepas berjaya menamatkan dua sesi dalam CQWW 2012 pada tahun ini. Pada sesi pertama, iaitu CQWWSSB kawan telah berjaya mendapat 38121 mata. Begitu sukar sekali nampaknya....pada tahun ini cabaran amat hebat sekali...mana dengan keadaan cuaca yang sambung-menyambung..mana dengan keadaan band yang penuh sesak...mana dengan kena tindan sana sini...

manakala bagi mode CW, kawan hanya mendapat  137 748 mata. Semua mata-mata ini kawan peroleh dari kategori yang sama, iaitu SINGLE OPERATOR ALL BAND LOW POWER. Kawan gemar berada dalam ALL BAND ini kerana disini kawan dapat menguji kemampuan antenna kawan. Kemampuan antenna kawan terbukti keberkesanannya. Terima kasih kawan ucapkan kepada Danial, kerana menghasilkan DALBEAM 6 element 3 bander Yagi. Inilah dia salah satu tujuan contest ini diadakan. Sebagai wadah untuk para penggemar aktiviti Radio Sport ini menguji kemampuan peralatan mereka. Malah yang menariknya, mereka dalam sedar tak sedar sedang menguji peralatan mereka dengan melibatkan rakan-rakan dari seluruh dunia!!! hebat bukan? bukan calang-calang hobi ini, World Class...

Tahniah juga diucapkan kepada beberapa stesen yang kehebatan mereka amat membanggakan. Mereka ini adalah World Class... World Class Setup, World Class Shack, World Class Operator, World Class Radio Amateur Spirit dan pelbagai lagilah World Class...Sememangnya mereka layak digelar WORLD CLASS..ini adalah kerana callsign mereka berada sebaris dengan callsign - callsign rakan - rakan lain dari seluruh dunia. World Kelas gitu...antaranya ialah :

  1.  9M2SM : Operator 9m2get, 9m2out, 9m2yas, 9m2pz dan 9w2tz. Pencapaian mereka begitu hebat sekali. Pada tahun lepas ( 2011) mereka berjaya mendapat tempat pertama dalam West Malaysia bagi kedua-dua mode, SSB ( 427901) dan CW QRP ( 7680). Kecemerlangan mereka diteruskan lagi pada tahun ini, (2012) dengan barisan yang mantap, dunia ini sekali lagi ditawan oleh mereka, Syabas diucapkan kepada 9m2sm ( 9m2get, 9m2out, 9m2sbd, 9w2sbl ). Tahun 2012 ini, mereka sekali lagi menunjukkan taring mereka, malah rekod tahun 2011 telah berjaya dipecahkan oleh mereka, dengan kutipan mata sebanyak 551 518 ( ssb) dan 41208 (cw)...rekod ini pastinya membanggakan, malah sedikit sebanyak menjulang nama Malaysia di mata dunia.
SSB 2012





CW QRP 2012








2.   9M6YBG, Station ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mr Go ini memang sudah terkenal di seluruh dunia. Pelbagai award, pelbagai pencapaian telah beliau kecapi. Tahniah diucapkan kepada anda, Nampaknya pada tahun ini, anda telah pun memecah rekod anda pada tahun lepas, malah jumlah kutipannya pula bukan main hebat lagi... taraf jutawan nampaknya. Dengan kutipan sebanyak 1 558 216 ( SSB) dan 1 545 264 ( CW) 
 
Sememangnya beliau layak digelar Otai, beliau layak diberi penghormatan, beliau juga layak menerima apa saja pujian dan penghargaan diatas kecemerlangannya... tahniah dan syabas diucapkan. Sebenarnya kawan disini menjadikan anda sebagai idola kawan dan pencetus semangat dalam arena ini. Kecemerlangan beliau sedikit sebanyak menaikkan semangat kawan untuk terus beraksi dalam contest-contest yang mendatang...itulah dia 9M6YBG Mr Go, dari Kota Kinabalu ( KK) Sabah. 

Baiklah kawan-kawan, sampai setakat ini sajalah dulu coretan dan komentar saya pada malam ini, lagipun jam sudah pun menunjukkan pukul 3.15 pagi dan mata sudah pun kuyu dah ni... apapun kawan ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dan bagi yang tiada peluang, insyaallah satu hari nanti pasti akan ada untuk anda pula... 73 de 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...