Tuesday, March 13, 2012

9m2zak/p QRP Labuan bahagian 2


14 Mac 2012 ( Rabu )

Semalam sudah selesai peringkat pertama pertandingan, dimana pertandingan peringkat kumpulan diadakan dahulu. Dalam peringkat ini, Setiap negeri diletakkan dalam setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 kumpulan, dibawah ini adalah kumpulan bagi Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun.

(L 18 tahun)

Kumpulan A :

· Selangor

· Kedah

· Terengganu

· Pahang

Kumpulan B :

· Perak

· Sabah

· Perlis

· WP Labuan

Kumpulan C :

· Sarawak

· Johor

· Kelantan

Kumpulan D:

· WP Kuala Lumpur

· Pulau Pinang

· Negeri Sembilan

· Melaka

Dalam peringkat ini, pasukan L18 telah kecundang dalam perlawanan bertemu Sarawak dan Kelantan. Pasukan L18 tidak dapat mara ke peringkat seterusnya. Tetapi mereka masih lagi ada peluang untuk membaiki keputusan mereka. iaitu dalam Pertandingan Perseorangan peringkat kalah mati. Insyaallah dengan semangat tempe yang dibawa, kejayaan pasti menghidu mereka.

( P 18 tahun)

Kumpulan A :

· Selangor

· Melaka

· Kedah

· Terengganu

Kumpulan B:

· Sarawak

· Sabah

· Perlis

· Pahang

Kumpulan C:

· Perak

· WP Kuala Lumpur

· Pulau Pinang

Kumpulan D:

· Johor

· Negeri Sembilan

· Kelantan

· WP Labuan

Syukur ke hadrat Allah kerana pasukan (P18) Negeri Johor telah berjaya memenangi semua perlawanan dalam peringkat kumpulan dan seterusnya menjadi Johan P18 Kumpulan C. Pasukan P18 Johor telah berjaya menewaskan Pasukan Negeri Sembilan ( 3 - 2), Pasukan Kelantan ( 3 - 0) dan Pasukan WP Labuan ( 3 - 0 ). Tahniah diucapkan kepada pasukan P18 Johor kerana kecemerlangan yang ditonjolkan. Dengan ini, Pasukan P18 layak untuk ke peringkat kalah mati - suku akhir. Tahniah diucapkan.

( L 12 tahun)

Kumpulan A:

· Sarawak

· WP Kuala Lumpur

· Kelantan

Kumpulan B :

· Selangor

· Johor

· Perlis

· Negeri Sembilan

Kumpulan C:

· Kedah

· Sabah

· Pahang

· WP Labuan

Kumpulan D:

· Perak

· Melaka

· Pulau Pinang

· Terengganu

Semasa catatan ini ditulis, pasukan (L 12) masih lagi bertanding. Keputusan terkini yang diperoleh adalah Pasukan L12 Johor telah kecundang kepada pasukan Selangor (2-3). Namun masih ada lagi 2 perlawanan bertemu Perlis dan Negeri Sembilan. Diharapkan agar pasukan Johor L12 dapat meningkat prestasi mereka dan senantiasa dalam keadaan dahaga, dahagakan kemenangan. Jadikan kekalahan kepada Selangor itu sebagai panduan untuk mengenalpasti dimana kesilapan dan kekurangan kita dan berusaha untuk membaikinya untuk perlawanan seterusnya.

( P 12 tahun)

Kumpulan A:

· Sabah

· Selangor

· Terengganu

· WP Labuan

Kumpulan B:

· Sarawak

· Kedah

· Melaka

· Perlis

Kumpulan C:

· Johor

· Pahang

· Negeri Sembilan

· Kelantan

Kumpulan D:

· WP Kuala Lumpur

· Pulau Pinang

· Perak

Pasukan P12 juga berjaya, berjaya menewaskan Pahang (3-0) dan Negeri Sembilan (3-0) dan kalah kepada Kelantan. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Perempuan B12 ini. Semangat yang dipamerkan itu sedikit sebanyak membantu pasukan - pasukan yang lain untuk terus maju ke hadapan. Sasaran Pasukan Johor dalam Pertandingan Peringkat Kumpulan ini adalah Johan Keseluruhan Kumpulan.

Suku akhir P18 Johor vs Kedah

Sekarang sedang berlangsung pertandingan peringkat suku akhir. Para pemain pada masa ini sedang bertarung habis-habisan dalam peringkat ini. Perkembangan terkini mengenai pencapaian mereka akan menyusul selepas ini...

Monday, March 12, 2012

9m2zak/p WP Labuan



9 haribulan March 2012 ( Jumaat ) bertolak dari PPD Ledang menuju ke KLIA. Kontinjen bertolak dari PPD Ledang pada pukul 2.00 pagi kerana penerbangan ke Labuan adalah pada pukul 6.45 pagi. Setibanya di KLIA, iaitu pada pukul 4.00 pagi. Kami dimaklumkan bahawa penerbangan terpaksa di tunda ke pukul 6.45 petang kerana pesawat mengalami sedikit masalah teknikal. Pengumuman itu mengejutkan semua pihak, manakan tidak, semua terpaksa berada di KLIA selama 12 jam lagi untuk penerbangan seterusnya. Setelah mesyuarat bersama jurulatih dilakukan, kami semua sepakat untuk berada disekitar ruangan Departure dan berehat disitu untuk 12 jam lagi.



Apabila perkara ini berlaku, maka peningkatan kos pun juga berlaku. Ini adalah kos makanan dan minuman di KLIA amat tinggi sekali. Nasi lemak telur serta Nescafe panas kosnya adalah RM 7.50. RM 5.00 untuk Nasi Lemak dan RM 2.50 untuk Nescafe. Tetapi apakan daya, perut perlu diisi. Pada mulanya, kami bercadang untuk mengalas perut dengan hanya menjamah roti sahaja. Tetapi ianya tidak berkesan. Ini adalah kerana, apabila badan tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup. Maka kadar metabolisme badan akan meningkat sedikit dari kebiasaan. Akhirnya semua mengambil keputusan untuk makan nasi lemak di Cafeteria dan anggap ianya sebagai sahur kerana kami bercadang untuk makan dalam pesawat pula.

Syukur alhamdullilah, keadaan di KLIA begitu selesa sekali. Keselesaan dari semua aspek. Aspek makanan dan minuman - terbaik saya berikan. Aspek keselamatan - 5 bintang dari 5 bintang juga diberikan. Setiap penjuru KLIA kelihatan anggota polis dan tentera mengawal dan memantau kedaan dan mereka pula menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Tidak kelihatan langsung air muka kebosanan di wajah mereka, malah semangat menjaga dan mempertahankan negara begitu ketara kelihatan dari bahasa tubuh mereka. Terima kasih diucapkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia dan Tentera Darat Diraja Malaysia.



10 haribulan March 2012, 6.45 petang, kami bertolak dari KLIA Sepang menuju ke W.P Labuan. Syukur alhamdulillah. kami selamat sampai ke Labuan pada pukul 9.45 malam dengan jayanya. Ketibaan kami disambut oleh beberapa pegawai dari JPN WP Labuan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Warga Labuan ini sungguh peramah belaka. Pengangkutan bas disediakan oleh JPN WP Labuan untuk Kontinjen Johor berulang alik dari tempat penginapan ke tempat pertandingan. Penginapan kontinjen Johor adalah di SM Sains Labuan, manakala tempat pertandingan MSSM Ping Pong adalah di Dewan Besar Bangunan Ujana Kewangan WP Labuan. Dewan Besar Ujana Kewangan ini amat luas sekali. Ianya boleh memuatkan 1152 penonton. Ini bermakna 15 pasukan dari seluruh negara dapat dimuatkan dalam dewan besar ini dengan selesa sekali. Tahniah diucapkan kepada pihak pengelola kejohanan iaitu JPN WP Labuan kerana menyediakan segala kemudahan ini.

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga




Pihak Pengelola juga menyediakan kemudahan surau untuk pegawai Islam. Mereka menyediakan sebuah bilik khas di hujung dewan untuk kemudahan pegawai bersolat dan berehat. Dengan kemudahan ini, pegawai tidak perlu keluar dari dewan untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka sebagai seorang muslim. Syukur alhamdulillah. Kemudahan tandas juga disediakan. Tandas untuk pemain dan pegawai adalah berasingan. Tandas pula begitu bersih dan luas. Difahamkan bahawa segala kemudahan ini adalah untuk golongan VIP jika ada majlis atau mesyuarat atau seminar atau kursus dijalankan di dewan ini, dan dewan ini juga berhawa dingin dengan suhunya sekitar 20 darjah celsius. Keselesaan yang tiada bandingannya. 11 dan 12 haribulan digunakan oleh kontinjen untuk merehatkan badan selepas 1 hari setengah menempuh perjalanan. Kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya. Setiap perkara itu ada hikmahnya. Hikmah kontinjen Johor bertolak awal adalah kami dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran Labuan ini dari segi cuaca, masa dan makanannya. Semuanya berbeza disini, yang paling ketara adalah cuaca. Cuaca disini sejuk dan nyaman sekali udaranya. Angin sepoi - sepoi senantiasa bertiup dari segenap penjuru dan suhu persekitaran pula tidaklah terasa bahang. Berbeza sekali dengan Semenanjung Malaysia. Keadaan persekitaran dan masa jugak berbeza. Disini jam 6.30 petang sama keadaannya dengan 7.30 petang di Semenanjung. Alah bisa tegal biasa, lama - kelamaan kami biasa juga.



Hari ini, 13 hb Mac 2012, perlawanan dimulakan. Perlawanan peringkat kumpulan akan dimulakan dahulu. Pasukan Johor berada dalam kumpulan C bagi Lelaki 18 bersama dengan negeri Sarawak dan Kelantan. Manakala Perempuan 18 pula berada dalam kumpulan D bersama dengan Negeri Sembilan, Kelantan, dan Labuan. Lelaki 12 tahun pula berada dalam kumpulan B bersama dengan Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan. Perempuan 12 pula diletakkan dalam kumpulan C bersama-sama dengan negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Semoga pasukan Johor dapat bertanding dengan penuh semangat tanpa mengenal erti lelah dan penuh dengan semangat kesukanan serta setiakawan. Menang kalah adat permainan, semangat ditonjol cetus kejayaan.


Sempat juga dx di 40m, hasilnya pada 12 Mac 2012
  1. UA5FC 559/599
  2. 9M2NAM 55/59
  3. YC6CDN 55/59
  4. V85DX 53/59
  5. JA1KIS 559/599
  6. DU2US 559/599
  7. DS1RLG 559/599
  8. JF1TTN 559/599
  9. JH4PXG 559/599
  10. JH2UZR 559/599
  11. JH2XLV 559/599
  12. BG4ACE 559/599
73 9m2zak.

akan bersambung lagi..

Wednesday, March 7, 2012

9M2ZAK portable QRP : Sungai Mati, Ledang, Johor



Selama 4 hari latihan Pusat MSSM Ping Pong diadakan di sini, iaitu bermula dari 7 Mac hingga 10 Mac 2012, kemudian 11 Mac hingga 18 Mac pula kontinjen akan berangkat ke Labuan untuk menyertai Pertandingan Ping Pong MSSM Labuan. Tugas berat menunggu aku disana kerana sebagai pengurus kontinjen, JPNJ mengharapkan sesuatu dari kontinjen. Insyaallah...selagi hayat dikandung badan, selagi itulah aku akan memberi yang terbaik sedaya aku sebagai manusia...



Sambil menyelam minum air, pepatah orang dulu-dulu memang ada benarnya... selari dengan hobi aku iaitu radio amatur ini, kesempatan ini aku gunakan sepenuhnya, menguji kemampuan radio dan antenna tidak kira dimana sahaja berada. Aku percaya, rakan-rakan yang pun sama jugak dengan aku, jika mereka ada kesempatan...



Kali ini, aku diberi kepercayaan oleh Jaya, 9w2bug untuk menguji set QRPnya. Antenna yang dibekalkan pula adalah Military Dipole 40m to 10m. Manakala pesawatnya pula adalah tidak lain tidak bukan, FT817 yang amat terkenal seluruh dunia ini. Memang bagus FT817 ini, ianya ada kelas sendiri. Prestasinya memang tidak menghampakan. Amat berbaloi jika memilikinya bab kata pepatah, alah membeli menang memakai...


Military Dipole

Dipole ini dipasang hanya 6 kaki dari tanah. Ini adalah kerana coax yg dibawa oleh aku hanya sepanjang 20 kaki sahaja. Jadi ianya tidak cukup untuk aku memasang tinggi dipole tersebut. Cukuplah sekadar 6 kaki sahaja. Aku sedar, dalam ketinggian tersebut nilai db aku akan turun, silap haribulan zero db, tapi aku anggap itu sebagai cabaran buat aku dalam permainan ini. Namun dalam keadaan antenna yang sedemikian rupa, aku masih lagi dapat transmit. Dapat juga aku QSO di 40m bersama 9m2nam, yc6cdn, 9m2ody dan 9m2esm. Ternyata dipole ini menunjukkan taringnya. Memang sesuai dinamakan Military Dipole antenna ini, boleh beraksi dalam apa jua keadaan dan tempat.

Manakala bacaan SWRnya pula cantik, pada band 40m, ianya langsung tidak memerlukan antenna tuner, dipole ini hebat di 40m, bermula dari 7002 hinggalah ke 7140, 1:1 bacaan diberikan. Manakala band 20m hingga band 10m, ianya memerlukan antenna tuner untuk beraksi. Itu sudah dikira bagus tu namanya.

Signal noise disini amat membanggakan, ianya amat rendah sekali, iaitu sekitar S0 - S1, Mungkin kawasan ini jauh dari kawasan bandar dan agak terpencil sedikit, maka secara tidak langsung, ianya pun bebas dari segala QRM dan QRN yang selalu membelenggu kita.



Dalam 4 hari ini, inilah keadaan shack sementara aku. semuanya portable. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung dipole. Contact pertama aku disini adalah dengan 9m2nam, Pak Nasir dari Teluk Mas, Melaka. Dengan hanya menggunakan kekuatan 1 watt, aku berjaya melakukan QSO dengannya. Walaupun signal report yang diberikan tu hanya 5 dan 1, ianya amat bermakna sekali bagi aku yang QRP ini. Selepas itu, stesen dari Acheh, iaitu YC6CDN Pak Daud pula masuk, Signal dari Pak Daud amat kuat sekali aku terima disini, iaitu 5 dan 9. Manakala signal report yang aku terima dari Pak Daud pula adalah sekitar 55 - 57. Baik pula kalau di Acheh sana. Ini adalah kerana Pak Daud berada jauh beribu batu dari aku, jadi signal aku dapat melantun dengan sepenuhnya.

Dalam pada itu, kedengaran callsign Pak Nordin, 9m2nm disebut oleh Pak Daud dan Pak Nasir. Berulangkali aku cuba mendengarnya tetapi hampa, tetapi menurut Pak Daud, Pak Nordin sedang memanggil aku dan beliau dapat copy audio aku di Pahang sana. Maaf Pak Nordin, audio Pak Nordin tidak dapat dicopy disini. Sebelah malamnya pula, aku berjaya QSO dengan 9m2ody, tapi kali ini aku transmit dengan kekuatan 5 watt dan RST yang diberikan oleh Ody adalah 56 - 57. Wah...bagusnya....terima kasih Ody.

Terima kasih atas kunjungan rakan-rakan Ham sekitar Ledang, esok pagi insyaalah jika ada kelapangan, kita sarap dengan sate Muar, terbaik...


video

73 9m2zak/p

Saturday, March 3, 2012

Sebelum subuh sudah dx...



Dalam kesibukan aku di balapan, sempat juga mencuri setengah jam CQDX
di 40M. Kebetulan band 40m membuka cantik pada pukul 5.27 pagi waktu
tempatan ( 21:27 UTC) maka besi diketuk sementara menanti subuh tiba.
Kenyang dengan sushi pagi-pagi buta ini.

JR2TER /JA5UBW/3 /JA6FFK/ JA1HOX/JA3BCT/JF2EKJ/DS5DNO/
JA1JPJ/JH1QQN/JA4OPW/JA1HTK/JH1USR/JH6KZP/JA2VHO/JA2BGH
/
JL3TQA/JP1EWY/JA9IRH/VK6SG
9M2ZAK/ 7016.6 / MFJ 550 CW KEY/ 50 WATT/ G5RV/

Memang tidak disangka, selalunya pada waktu begini, semua band berada
dalam keadaan yang tidak menguntungkan. Tetapi pada pagi tadi ianya
cantik sekali, bacaan signal noise pula hampir mencecah sifar, S0.

Seluruh khz band 40 meter aku jelajah, namun tiada kedengaran stesen
yang memangggil, tetapi entah macam mana, tangan ni gatal-gatal nak
ketuk besi disebelah. Niat di hati hanya ingin suka-suka sahaja,
memandangkan 2-3 hari aku sibuk dengan sukan dan pengurusan
padang. Tak disangka...panggilan aku dijawab malah terus dijawab
dan dijawab.

Tetapi ianya tidak lama, hanya sekitar 30 minit sahaja. selepas itu
band kembali sunyi dengan dx stesen dan aku pun angkat punggung
beredar keluar dari shack dengan penuh kepuasan..
73 9m2zak...

Monday, February 27, 2012

QRP : Low Power Operating

Banyak telah ditulis mengenai operasi QRP ini, dan banyak juga dipaparkan di youtube dan website dari seluruh dunia mengenai aktiviti yang mencabar ini. QRP atau Low Power Operating juga dikenali sebagai Flea Power bagi sesetengah orang yang mengikutinya.



Kenapa hendak QRP? sedangkan pada masa kini berlambak di pasaran rig yang mempunyai kuasa yang tinggi dan berkeupayaan tinggi. Jawapan kepada soalan ini adalah sama juga dengan soalan Kenapa perlu memancing ? kan banyak ikan dipasar.

Semuanya adalah kerana cabaran, mendapat contact dengan kuasa 50 watt adalah tidak sama kepuasannya dengan mendapat contact dengan kuasa 5 watt. Kemahiran dan kesabaran diuji dalam konteks ini. Individu yang berjaya mendapat contact dengan 5 watt adalah individu yang berkemahiran dan mempunyai skill tersendiri dalam menangani QRM dan QRN untuk mencapai objektifnya. Kesabaran yang tinggi juga diperlukan kerana QRP menuntut semua ini dari peminatnya...

QRP adalah operasi yang menggunakan kuasa 5 watt ke bawah bagi mode CW dan 10 watt bagi phone mode. Dalam aktiviti QRP, kualiti antenna tidak menjadi masalah sangat. Apa-apa jenis antenna anda boleh gunakan, Asalkan anda TX 5 watt ke bawah, anda dikira sebagai QRPer. Jika anda TX kurang dari 1 watt, ianya di panggil milliwatting operasi. QRP juga adalah aktiviti yang popular dalam dunia HF dan secara keseluruhannya, ianya dilakukan dalam mode CW kerana keberkesanannya.

Untuk memulakan aktiviti QRP, pastikan frequency yang hendak digunakan itu kosong dan tidak ada orang. Contohnya, jika kita hendak QRP di 28.485, pastikan frequency 28.480 dan 28.490 itu juga tiada orang kerana takut nanti signal kita akan tenggelam oleh signal yang kuat dari sebelah.

Kita juga tidak perlu menyebut CQ QRP ketika dxing, tetapi jika kita ingin memanggil rakan yang QRP juga, maka sesuailah menyebut CQ QRP.

Selain itu, kita juga tidak perlu menyebut atau menghantar /QRP di akhir callsign kita untuk menyatakan yang kita sedang QRP kerana ianya nanti akan mengelirukan rakan-rakan kerana kuasa pemancaran kita lemah. Di sebelah station penerima mungkin mempunyai banyak QRM, adalah lebih mudah untuk diterima callsign kita jika kita hanya menyebut prefix dan suffix callsign kita sahaja. Selepas itu barulah nyatakan yang kita dalam keadaan QRP dalam perbualan selanjutnya.

Berikut disertakan senarai Frequency bagi operasi QRP.



Sekian sahaja buat kali ini, insyallah jika ada kelapangan kita akan berjumpa lagi.

Do more with less

9m2zak