Saturday, October 20, 2012

PSK RTTY SSTV Interface

Setelah hampir 2 tahun diam dalam digital mode, entah kenapa baru - baru ini tergerak hati untuk aktif semula dalam mode digital ini. Seperti yang kita sedia maklum, mode digital adalah seperti PSK-31, RTTY dan SSTV. Namun sebenarnya masih banyak lagi tapi yang paling popular dan banyak sekali pengikutnya adalah 3 beradik ini, PSK-RTTY-SSTV.

9m2zak DIGITAL MODE Station.

Sebelum ini, aku ada aktif dalam mode digital ini dan interfacenya dibuat sendiri berdasarkan diagram yang diperolehi dari google. Walaupun ianya sangat simple, namun kualitinya amat bagus sekali, Sebenarnya interface adalah direct interfacing antara radio dan komputer. Lihat rajah dibawah ini:



dengan menggunakan interface yang simple macam ini, aku telah berjaya membuat sebanyak 7918 contact. Working condition pada masa itu adalah Icom 718 dan 2 ele yagi sahaja. Cukup membanggakan...

Kali ini, aku tidak homebrew, kali ini, aku ingin mencuba interface dari internet pulak. Setelah meneliti google selama 2 - 3 hari, akhirnya aku berjaya menjumpai interface yang dicari-cari dan ianya murah pulak. Interface ini aku jumpa dalam ebay, harganya pulak adalah sekitar US15.90. ok lah tu.. dibawah ini link interface tersebut:

http://www.ebay.com/itm/EASY-DIGI-Digital-Sound-Card-Interface-PSK-RTTY-SSTV-NBEMS-JT-65-HF-VHF-UH5-/220896968460

Saya pasti anda sudah tentu sudah copy dan pergi ke link yang aku berikan diatas. Murah dan senang bukan...

Baiklah, interface ini memang sangat mudah dipasang. Kita hanya perlu mengikut sahaja langkah-langkah yang diberikan. selepas 15 minit, nah!!! anda sudah pun bersedia untuk menyelami dunia digital dalam radio amatur ini.

Antara bahan-bahan yang dibekalkan dalam kit ini adalah :

2 biji 600:600 audio Transformer

sebiji 4N25 Opto Coupler

dua biji 1ufd Capasitor

1 biji ( 1N4001 diode), 2 biji ( 1N4148A diode), 2 biji ( 2.2K 1/4watt perintang) dan sebiji ( 430 ohm 1/4 watt perintang)

3 biji monojack ini perlu dibeli sendiri

begitu juga 3 core wayar ini serta

Multi purpose box ini juga, untuk buat box baginya.


 lupa pulak, anda juga memerlukan satu set DB9 jenis Female untuk sambungan pada PC, DB9 bertindak sebagai PTT semasa Digital mode itu nanti.Setelah semuanya sudah sedia, maka kita pun boleh memulakan langkah seterusnya, iaitu pemasangan. Proses pemasangan tidaklah rumit sangat kerana pada PCB board sudah ada label masing - masing. Just plug and solder. Tetapi mesti berhati - hati kerana solder iron itu sangat panas, sila dapatkan bantuan rakan-rakan yang mahir mengendalikan solder iron jika anda tidak yakin. setelah siap di solder, beginilah rupanya.

mudah bukan? sebab itu ianya dinamakan EASY DIGI, terima kasih OM Cliff,  KF5INZ kerana menghasilkan kit ini. OK, setelah aktiviti soldering sudah selesai sekarang kita beralih pulak ke pemasangan port untuk transmit dan rx pulak.

Untuk TX, saya menggunakan Mic hookup untuk disambungkan ke board ini. 8 pin Mic connector digunakan untuk proses ini, Ini adalah contoh gambarajahnya.
manakala untuk sambungan PTTnya pulak, saya menggunakan DB9 jenis Female dan disambung pada DB9 jenis Male pada belakang PC ( Com 1 atau 2).

DB9 Female conector


semua sambungan ini kawan ikut dari skematik yang diberikan, contohnya adalah dibawah ini.


anda boleh juga hasilkan interface anda sendiri dengan berdasarkan skematik ini, ini adalah kerana interface ini berfungsi pada semua jenis radio. apa yang anda perlukan adalah hanya sedikit modifikasi pada MIC jack sahaja.

setelah pemasangan connection port dan kabel sudah selesai, maka sekarang kita beralih pula kepada pemasangan box pulak. Seperti yang anda lihat dalam gambarajah diatas, kawan menggunakan box hitam yang bersaiz 2 x 4 inci. Box ini boleh didapati dari kedai yang menjual barangan elektronik dan elektrik di kawasan kejiranan anda.

Bagaimana untuk meletakkan PCB ini ke dalam Black Box ini adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing. Untuk saya pulak, saya hanya tebuk pada sebelah tepi box itu sahaja mengikut saiz kabel yang tersedia itu. Syukur alhamdullilah tiada malapetaka berlaku sebab jika salah tebuk...habis...


 Setelah semua selesai, maka interface ini disambungkan kepada PC anda. Port yang digunakan adalah Line In /Mic, audio out/phone dan DB9 Male type.

 Sekarang semuanya sudah selesai, Syukur alhamdullilah... kawan sekarang sudah boleh beroperasi dalam semua mode, iaitu Phone/CW/RTTY/PSK-31/SSTV dan pelbagai lagi digital mode yang berada dalam dunia radio amatur ini. Dunia Radio Amatur ini terlalu luas untuk diterokai dan kita sebagai pengamalnya perlu senantiasa bersedia menerokainya demi kelangsungan hobi yang unik ini.

Baiklah, sekarang kita sudah ada digital interface yang sudah siap disambung pada PC. Bagaimana pula dengan settingnya. Untuk beroperasi dalam mode digital ini, anda boleh menggunakan pebagai jenis software digital mode yang berada dalam internet. Disini kawan gunakan HRD Deluxe kerana sudah biasanya. Sudah hampir 7 tahun kawan dengannya. Boleh dikatakan sudah serasi kiranya...


                                             Langkah yang pertama adalah open HRD Deluxe.

klik pada DM780 ( Digital Master 780)

pada DM780, sila klik pada Program Option untuk setting PTT, audio TX/RX serta COM2 setting.


Pada program option, sila pilih pada PTT dan setkan com2 atau com1 ( terpulang kepada anda, dimana anda sambungkan DB9 itu tadi, selalunya bagi pc baru, ianya ada COM1). selepas itu klik pada set DTR dan RTS untuk menghidupkan fungsi PTT melalui DB9.


selepas itu, klik pula pada bahagian soundcard, dan pilih Source pada bahagian Input/(Recieve) sebagai Line In atau Mic. sebenarnya tak kisah pun pilih mana-mana. Nah!!.. sekarang anda sudah pun bersedia untuk beraksi dalam mode digital. Selepas kawan akan postkan pula mengenai RTTY dan SSTV pula.


Syukur kehadrat ALLAH, Interface ini beraksi dengan sempurnanya. Selepas ini, akan muncul callsign aku disebalik waterfall meneroka seluruh alam ini.

SEE YOU ON WATERFALL, DE 9M2ZAK 73.



Monday, October 8, 2012

6 Meter Band Delta Loop

                                                6 meter mono band delta loop
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca. Terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana sudi datang menjengah blog yang tidak seberapa ini. Seperti yang saudara dan saudari maklum, posting kali ini berkaitan dengan 6 meter mono band delta loop.

Sebenarnya projek ini telah saya rancang tetapi oleh kerana ada kengkangan masa, maka ianya terpaksa ditangguhkan. Namun pada 27 Sept yang lalu, saya berkesempatan untuk melakukannya...

Terlebih dahulu, disini saya ingin terangkan sedikit bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan antenna ini, antara bahan-bahannya ialah :

  1. Wayar sepanjang 6 meter atau lebih sikit dalam 3 - 4 cm.
  2. dua batang tiub aluminium ( 2 meter setiap sebatang). jika anda ingin gunakan batang pancing pun boleh...
  3. 4 U bolt bersaiz kecil
  4. 3 batang Angle Bar, ( 1 kaki panjang setiap batang)
  5. 2 U Bolt bersaiz besar ( utk mengikat pole)
  6. dua wayar konektor
  7. 1 meter coax wayar 75 ohm ( coax ant tv/astro)
  8. sebatang pole dalam 10 - 15 kaki atau lebih, terpulang kepada anda...
Langkah - langkahnya:
  •  masukkan wayar 6 meter itu tadi ke dalam tiub aluminium ( 2 batang ) sepenuhnya.
  • kemudian buatkan bentuk segitiga dan pastikan kedua- dua tiub itu ada lebihan sikit wayar sekitar 1-2 inci..
  • kemudian pasang angle bar dan buatkan bentuk v, sebelum itu, buatkan bentuk V dahulu pada tiub untuk mendapatkan sudut yang sesuai bagi angle bar tersebut.
  • apabila sudah dapat sudut yang sesuai, ikat tiub tersebut pada angle bar dan ketatkan ia. ketatkan juga setiap skru pada angle bar supaya sudutnya tidak berubah. sila lihat gambar dibawah.
kemudian ambil coax 75 ohm dan sambung kepada wayar tersebut. bagaimana penyambungannya...itu terpulang kepada kreativiti masing-masing..

                                                         1 meter 70 ohm coax kabel

saya pula menyambung coax 75 ohm itu wayar conektor dan meletaknya didalam sebuah kotak hitam, dan membuat dua port skru untuk memudahkan penyambungan wayar 6 meter itu tadi. saudara/saudari boleh rujuk diagram dibawah dan terpulang kepada saudara/saudari untuk membuat penyambungannya.


 setelah semuanya telah selesai dibuat penyambungan, maka hasilnya adalah begini :

setelah delta loop ini dinaikkan, syukur ianya tidak mengalami apa-apa masalah, Malah bacaan SWR yang dicatatkan amatlah baik sekali, iaitu 1:5:1 dari fre 50.000.00 hingga 50.400.00. Julat fre tersebut sudah bagus dan sudah cukup bagi aktivti DX samada CW atau PHONE...dibawah ini adalah signal yang diterima olehnya. Kebetulan band 6 meter ini membuka dan ini hasilnya:


menerima signal dari 9m2/jg3tto, beacon 6 meter band dari Kuala Lumpur...

Sehubungan dengan itu, untuk menguji sejauh mana prestasinya. Saya mulakan dulu dengan projek beacon. Tujuannya adalah untuk menguji keadaan band serta antenna ini sekali. Dalam projek beacon ini, saya transmit dengan kekuatan 5 watt sahaja dengan selang masa 30 saat bagi setiap transmisinya dan TX pada fre 50.005.00MHZ. Laporan dari rakan-rakan amatlah dialu-aluka. Anda boleh menghantar laporan RX anda melalui email saya, 9m2zak@gmail.com ataupun melalui eQSL. Segala laporan dari anda amatlah dihargai sepenuhnya...


Terima kasih daun keladi diucapkan kepada saudara Azha 9w2bsx dan ustaz 9w2jjf kerana sudi menghulurkan bantuan serta tenaga dalam menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan bantuan yang diterima daripada anda berdua mustahil antenna ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, semoga kalian berdua senantiasa dirahmati olehNYA. Sekali lagi.. ucapan terima kasih dari saya...

Bagi rakan-rakan diluar sana, selamat mencuba dan happy homebrewing...73 dari Zaki 9m2zak...

Thursday, September 27, 2012

My 10 meter band report : Thursday 27 Sept 2012

Walaupun cuaca di Kulaijaya tidak beberapa baik, hujan renyai - renyai namun aktiviti dxing tetap diteruskan juga memandangkan keadaan band 10 meter membuka cantik pada malam ini. Signal Noise yang dicatatkan di Kulaijaya juga rendah, iaitu serendah S0 dan kadangkala naik ke S1.

Frequency 28200 dipantau terlebih dahulu bagi memastikan keadaan terkini band 10 meter. Kedengaran beberapa beacon begitu kuat sekali pancarannya, antara beacon yang kuat audionya pada malam ini adalah :

  1. JA2IGY 599 10dB
  2. VR2B 599 4dB
  3. 4X6TU 599 7dB
  4. OH2B 599 6dB
dan semua beacon diatas senantiasa kedengaran pancaran mereka dan kadangkala bertindan antara satu sama lain. Sungguh cantik band malam jumaat ni...

Malam ini, G5RV Jr ( 40m-20m-15m-10m) diberi penghormatan untuk menjalankan tugasnya pada band 10 meter ini. Disamping itu juga, aku ingin melihat sejauh mana prestasinya. Sejauh manakah wayar antenna ini dapat beraksi dan bagaimanakah persembahannya. Ternyata ianya tidak menghampakan dan taringnya masih lagi tajam seperti dulu.

Kau masih cantik seperti dulu...

Rata - rata stesen yang check - in memberikan RST yang baik kepadanya, hampir semuanya memberikan 599 atau 5nn kepadanya. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada G5RV Jr... Kau masih cantik seperti dulu...
Majoriti stesen yang masuk adalah dari Eropah dan ada juga beberapa stesen dari Asia yang check-in, antaranya seperti E29BUQ, 6K5BXQ dan YB9/DJ7XJ. Terima kasih diucapkan kepada mereka...

                                                                  eQSL dari E29BUQ



Berikut sedikit butiran peralatan yang digunakan dalam dxing malam tadi:

                                                                      28037.00 CW


Antenna          : G5RV Jr ( Inverted V )
Transceiver     : Kenwood TS-2000
PSU               : Diamond GZV4000
Key                : ZAK Keyer Ver 0.4
Head Phones  : Kenwood HS-5 
TX Power      : 50 watt
Frequency      : 28037.00


QSOs :

9M2ZAK has 17237 contacts stored.

OperatorStationFlagsStart TimeBandModeRST s/r


9M2ZAKDL2HJ 2012-09-27 15:2410MCW599 599


9M2ZAKSP5BB 2012-09-27 15:2010MCW599 599


9M2ZAKLY1CO 2012-09-27 15:1410MCW599 599


9M2ZAKSP9BWA 2012-09-27 15:1110MCW559 599


9M2ZAKOK1AQW 2012-09-27 15:0410MCW599 599


9M2ZAKOK1CW 2012-09-27 15:0210MCW599 599


9M2ZAKRZ6M 2012-09-27 15:0010MCW599 599


9M2ZAKHL1BDH 2012-09-27 14:5910MCW599 599


9M2ZAKI1GIS 2012-09-27 14:5910MCW559 599


9M2ZAKF6KEX/P 2012-09-27 14:5710MCW599 599


9M2ZAKF8NUH 2012-09-27 14:5410MCW599 599


9M2ZAKHB9BZA 2012-09-27 14:5310MCW599 599


9M2ZAKOK1LV 2012-09-27 14:5310MCW599 599


9M2ZAKLZ1CY 2012-09-27 14:5210MCW599 599


9M2ZAKOK2PF 2012-09-27 14:5210MCW599 599


9M2ZAKDF1OLS 2012-09-27 14:5110MCW599 599


9M2ZAKDJ9XJ 2012-09-27 14:4910MCW599 599


9M2ZAKF6CSO 2012-09-27 14:4510MCW599 599


9M2ZAKHA6FZ 2012-09-27 14:3510MCW599 599


9M2ZAKUA6HZ 2012-09-27 14:3310MCW599 599


9M2ZAKHS3LSE 2012-09-27 14:3010MCW599 599


9M2ZAKJE6RQO 2012-09-27 14:2010MCW599 599


9M2ZAKHA8LCA 2012-09-27 14:1910MCW599 599


9M2ZAKYO7LAT 2012-09-27 14:1710MCW599 599


9M2ZAKLZ1MDU 2012-09-27 14:1510MCW599 599


9M2ZAKUY7QN 2012-09-27 14:1210MCW599 599


9M2ZAKDL5KUR 2012-09-27 14:1010MCW599 599


9M2ZAKDL4KG 2012-09-27 14:0710MCW599 599


9M2ZAKOZ3SM 2012-09-27 14:0510MCW599 599


9M2ZAKI5QNJ 2012-09-27 14:0410MCW599 599


9M2ZAKIZ5OPX 2012-09-27 13:5910MCW599 599


9M2ZAKYC3TKH 2012-09-27 13:5810MCW599 599


9M2ZAKOE5ANL 2012-09-27 13:5510MCW599 599


9M2ZAK9A2VJ 2012-09-27 13:5210MCW599 599


9M2ZAKLZ1QI 2012-09-27 13:5010MCW599 599


9M2ZAKE29BUQ 2012-09-27 13:4810MCW599 599


9M2ZAKOE5WLL 2012-09-27 13:4610MCW599 599


9M2ZAKF5JU 2012-09-27 13:4510MCW599 599


9M2ZAKYB9/DJ7XJ 2012-09-27 13:4410MCW599 599


9M2ZAK6K5BXQ 2012-09-27 12:5610MCW599 599

Bila KA9Q Tiba-Tiba “Hang” Walaupun Service Masih Active — Cara Saya Buat Auto-Recovery Untuk Radiosonde Auto-RX

  Cara saya buat auto-recovery untuk Radiosonde Auto-RX + KA9Q + Airspy Mini Beberapa hari selepas setup Radiosonde Auto-RX 1.9.0 + KA9Q + A...