Sebelum kita memulakannya, pastikan senarai perisian dan kelengkapan berikut telah tersedia.
- VB Cable
- VLC Player
- Sound Modem
- Telemetry Decoder
- Satellite Telemetry Decoder
- SDR#
- Orbitron - Satellite Tracking System
- RTL-SDR Dongle
- UHF QFH antenna
- FM Notch Filter
- Low Noise LNA
Dengan menggunakan Orbitron, jejak dahulu satellite sasaran kita. Dalam kes saya, saya jejak Unisat-6
Kemudian tune ke freq satellite sasaran kita dengan menggunakan SDR#. Freq bagi setiap satellite boleh didapati dari website ini.
https://n2yo.com
Kemudian rakam lintasan satellite sasaran kita dengan menggunakan SDR#.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemudian buka HS Soundmodem, terus ke Setting dan setup seperti gambar dibawah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buka telemetry dekoder yang di download dari
sini.
ekstrak file tersebut kemudian pada online_conf.file, edit file tersebut dan setup seperti dibawah. Pada bahagian Callsign dan Lat-Long tu, gantikan dengan anda punya sendiri.
Kemudian hidupkan online Telemetry Forwarder, pastikan button AGW hijau dan tulis AGW Connected.
................................................................................................................................................................
Dengan menggunakan perisian VLC, mainkan audio satellite sasaran yang kita rakam tadi, sebelum itu pastikan output audio VLC adalah sama dengan Input audio HS Modem. Untuk sukses dekod, pastikan Online Telemetry Forwarder hijau AGW, HS Modem standby, dan VLC Player ready pada file rakaman tadi. Klik play pada VLC dan selepas selang beberapa minit, paparan seperti bawah akan muncul.
Stop VLC player. Jika muncul seperti diatas, maknanya sukses. dalam kes saya, saya rakam satellite Unisat-6. Freq 437.426 Mhz. Baiklah, sekarang kita sudah dapat data mentah satellite. Kini kita boleh dekod pula data mentah tersebut. Data mentah satelite ini memerlukan decoder khas yang diprogram khas untuk sesuatu satellite. Maknanya setiap satellite ada software dekoder masing-masing. Online Telemetry Forwarder ini sebenarnya menukarkan raw data dari satellite tersebut ke file jenis .kiss. Jadi untuk dekod file .kiss ini. Kredit dan salute diberikan kepada
Mike Rupprecht, DK3WN kerana menulis beratus satelite decoder software untuk kegunaan umum.
Baiklah, mari kita dekod hasil kerja kita tadi.
Pergi ke laman
web DK3WN, dan download Unisat - 6 telemetry decoder. Hidupkan software tersebut dan terus ke file.
Open Kiss file dan terus ke file .kiss yang kita dekod masa mula-mula tadi. File saya namakan tlm forwarder di desktop. File .kiss tu ada dalam file log dalam file tlm forwarder saya. Terpulang kepada anda untuk namakan file Online Telemetry Forwarder anda tadi.
Kemudian hasilnya anda akan dapat seperti dibawah dan proses dekod data telemetry anda sudah pun selesai.
Proses yang sama juga dilakukan kepada satellite yang lain, seperti yang saya katakan tadi, setiap satellite berbeza perisian decodingnya, jadi anda perlu muat turun semua satellite decoding software dari website tadi. Jangan lupa selalu update TLE pada orbitron.
Untuk pastikan yang packet kita sampai ke tak ke server, kita boleh cek callsign kita disini.
https://db.satnogs.org/stats/
Selamat memburu satellite dan Happy Chinese New Year 2019. 73 Zaki.