Kemudian klik button Write yang berada di bawah perkataan Setting pada CPS2017 dan klik OK.
Pastikan MD2017 disambung kepada computer dengan menggunakan programing kabel yang dibekalkan. Pastikan port dan driver programing kabel itu berfungsi dengan baik seadanya.
Maka siap sudah setup kita untuk TYT MD-2017. Mari kita terus ke setup yang seterusnya. Iaitu JumboSpot MMDVM DStar/DMR/C4FM/P25 dan Pi-Zero W
Untuk itu, apa yang anda perlukan adalah sekeping Micro SD Card. Tidak kisah berapa kapasiti memorinya. Tetapi dalam pasaran, hanya ada 8GB, 16GB dan 32GB dan sebagainya. Baiklah, kita terus ke proses flashing. Pastikan SD Card anda sudahpun berada dan bersedia di dalam memory kad reader atau memory kad adapter pada PC atau laptop anda. Kemudian pergi ke laman web ini.
https://www.balena.io/etcher/
Dari laman web ini, sila download perisian tersebut mengikut PC masing-masing. Bagi kes saya, saya adalah Windows x64.
Tunggu hingga proses download selesai. Tunggu lagi dan tunggu lagi. Kemudian sebaik sahaja selesai. Install perisian tersebut. Paparan seperti dibawah akan muncul.
Klik pada Select image dan pergi ke file pi-star yang anda unzip tadi dan tekan open. Kemudian klik Select Drive, dan pilih SD Card, bagi kes saya. SDHC Card, sebab saya guna adapter.
kemudian klik FLASH. Sebaik sahaja proses flash selesai. Ambil Mikro SD kad tersebut dan masukkan ke dalam Pi Zero anda.
 |
Pi Zero yang siap dengan kad. |
kemudian pasangkan pi-zero dengan JumboSpot MMDVM DStar/DMR/C4FM/P25. Biarkan dahulu Pi-Zero dan jumbospot anda dahulu.
 |
Pi Zero ( bawah) Jumbospot (atas) |
Apa yang kita nak lakukan selepas ini adalah untuk aktifkan wifi pada Pi-Zero. Jika kita tak aktifkan wifi, maka nanti macam mana kita nak online dan setup Jumbospot pula sekiranya SSID dan paswed wifi kita tak berikan kepada Pi Zero. Untuk itu, buka laman web ini.
Kemudian terus ke Pi-Star Tools >>>WIFI Builder dan isikan SSID wifi rumah anda serta paswednya. PSK tu adalah password dan tekan submit.
kemudian copy dan paste file wpa_supplicant.conf ke dalam Micro SD kad tadi. Kad yang ada pada Pi-Zero tadi dan paste dalam kad tersebut. Kemudian hidupkan JumboSpot anda dengan cucuk usb power kabel. Tunggu sekejap sekitar 30 ke 40 saat untuk Pi-Zero boot. Apabila muncul MMDVM pada skrin Jumbospot. Maka setup kita sudah berjaya.
Tapi jangan celebrate dahulu, masih ada beberapa step lagi sebelum kita boleh pergi ke oversea dengan walkie talkie sahaja nih. Langkah yang seterusnya adalah setup pada web pi-star. Pada browser anda, taipkan pi-star dan tekan enter. Nanti akan muncul tingkap yang meminta kita untuk isi User Name dan Password. Isi Username : pi-star dan Password: raspberry.
kemudian log in. Sebaik sahaja log in, terus pergi ke Configuration dan isi maklumat berikut. Kalau nak mudah, ikut sahaja setting saya. Lihat gambar dibawah.
 |
isikan DMR ID anda sendiri dan Lat/Long lokasi anda sendiri |
Jika anda bercadang untuk bawa Jumbospot anda ke luar kawasan, contohnya ke kedai mamak, ke sekolah, atau kemana sahaja. Anda juga boleh masukkan beberapa lagi password dan SSID wifi untuk membolehkan Jumbospot ini terus hidup. Untuk itu, apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada Configure WIFI dan masukkanlah seberapa banyak paswed dan SSID wifi kejiranan anda. So nanti mudahlah untuk QSO di taman permainan atau pun di hadapan rumah. Password Wifi Hotspot handphone anda pun boleh juga. No problem.
jangan lupa klik Apply Changes bagi setiap perubahan yang telah anda lakukan. Kemudian klik Dashboard. Pada Dashboard, klik pada configuration dan kali ini, klik pula pada perkataan Expert.
Kemudian klik pula pada perkataan MMDVMHost.
kemudian terus pergi ke bahagian Modem. Ubah nilai pada RXoffset dan TXoffset. Berapa nilai yang perlu diletakkan? Nilai tersebut ada dilekatkan dibawah board Jumbosport anda. Sila tengok di bawah board tu. Ada stiker warna putih.
 |
nilai yang perlu diubah |
 |
stiker ni ada bawah board. |
Pada stiker tersebut dinyatakan RXoffset = 500 dan TXoffset=500, kemudian isikan nilai tersebut pada ruangan yang dibulatkan dengan merah tadi. iaitu 500 bagi kedua-duanya dan klik apply changes.
kemudian, pada radio anda, pergi ke zone, bagi kes saya, zone 9M2ZAK dan pilih Channel Parrot. Tujuan kita pilih Parrot adalah untuk test pancaran kita. Talk Group Parrot ini dia akan ulang pancar semula apa yang kita sebut semasa tekan PTT
 |
MD 2017 |
jika tiada apa-apa respon, iaitu tiada audio kembali kepada anda. Patah balik ke Configuration dan pergi ke Expert semula dan ubah nilai RXoffset dan TXoffset tersebut kepada mana-mana nilai yang anda fikirkan, samada tambah atau kurang dari yang asal dan balik semula ke Dashboard. Proses ini berulang sehingga anda dapat nilainya. Perlu ingat, setiap kali anda ubah nilai, Apply Changes mesti klik. Dan sentiasa perhatikan nila BER, pastikan BER sentiasa berwarna hijau. Jika merah selepas anda tekan PTT, maknanya nilai yang anda letak itu jauh tersasar.
Bagi kes saya, saya mendapat nilai 704 bagi RXoffset dan 701 bagi TXoffset dan BER saya pula hijau serta 0.2%. ok dah tu. Janji hijau.
Maka siaplah sudah setup Hotspot anda. Untuk monitor DMR, katakan anda ingin monitor Talk Group World, pada radio anda, pergi ke channel World dan tekan PTT. sebaik sahaja anda tekan PTT, callsign anda akan terpapar pada dashboard dan audio dari TG91 akan kedengaran jika ada orang QSO, selain itu, ianya juga menunjukkan anda kita sudah bersedia untuk QSO dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Jika nak QSO dengan rakan di Malaysia, pilih sahaja channel Malaysia dan tekan PTT, jika ada yang memantau, 9M2TPT mungkin akan jawab panggilan anda.
Jika TG Malaysia 50210 sunyi tiada aktiviti, anda boleh patah balik ke TG World 91, iaitu dengan pilih channel World dan tekan PTT. Jangan risau, channel World TG91 ni 24 jam ada sahaja orang. Sebab ianya adalah seluruh dunia.
selain daripada melihat paparan Gateway Aktiviti pada skrin komputer, sebenarnya juga boleh melihat siapakah gerangan orang yang sedang QSO pada JumboSpot anda. Pada screen JumboSpot anda, akan terpapar nama dan callsignnya.
Seperti gambar di atas, kelihatan station dari Israel, iaitu 4Z5OT dengan nama Louis sedang monitor di TG 91 iaitu World. Dibawah ini adalah contoh video aktiviti monitoring saya di TG91.